Tuesday, 18 December 2012

Isu Lynas: Fuziah digesa mohon maaf

Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh perlu memohon maaf, bukan sahaja kepada penduduk Kuantan, malah kepada negara, berhubung isu projek nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di kawasan perindustrian Gebeng di Pahang, desak beberapa NGO di negeri itu.

Beberapa ahli politik dan penganalisis berpendapat projek nadir bumi itu bukan lagi isu selepas Mahkamah Tinggi Kuantan pada 8 Nov lepas menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan.

NONEMenurut mereka, walaupun kerajaan beberapa kali menjelaskan pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng adalah selamat daripada ancaman radiasi sebelum ini, namun ia masih dimanipulasi pihak berkepentingan politik.

Pengerusi MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker berkata Fuziah dari Parti Keadilan Rakyat, sebenarnya tidak pernah melakukan apa-apa pun kepada penduduk Kuantan.

"Sebaliknya kejayaan beliau hanya membuat penduduk tempatan menjadi keliru dengan isu Lynas menerusi fakta yang salah, isu itu dimanupulasi demi kepentingan politiknya," katanya kepada Bernama.




Jarumemas: Pembangkang hanya tahu tabur janji kosong dan menyalak seperti anjing menyalak bukit. Sedangkan kebajikan rakyat masih ketinggalan.

Penduduk desak roboh kuil dalam perumahan

Seramai 756 penduduk di Taman Seroja Salak Tinggi mendesak seorang tuan rumah di kawasan perumahan berkenaan supaya tidak membina kuil yang terlalu besar di laman hadapan rumah, kerana dikuatiri akan menganggu penduduk setempat yang majoritinya adalah beragama Islam.  Kamarulzaman Mat Zain selaku wakil Persatuan Penduduk Taman Seroja mendesak agar pihak tuan rumah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh pihak majlis pembandaran yang dimana sebelum ini kuil berkenaan tidak diluluskan untuk dibesarkan dan majlis pembandaran telah meroboh kuil berkenaan.

Satu memorandum telah dihantar ke Pejabat Menteri Besar Selangor bagi membantah pembinaan kuil berkenaan.

Sumber: Malaysiakini

Jarumemas:  Sedangkan surau tidak boleh dibina dalama kawasan rumah, inikan pula kuil. Bertimbang rasalah kepada penganut agama lain, janganlah pentingkan diri. Hidup bermasyarakat perlu bertolak ansur antara satu sama lain.

Serangan bas, PKR dakwa polis tak serius

PKR memutuskan untuk tidak membuat laporan polis berhubung serangan ke atas bas kempen PKR di Tapak, Perak, Ahad lalu kerana mendakwa kecewa dengan kurangnya tindakan polis terhadap insiden-insiden yang sama sebelumnya.

Menurut Setiausaha Kerja PKR, Raden Shamsulkamar Raden Samsudin, dalam kejadian Ahad lalu, staf PKR menunggu polis hampir sejam di tempat kejadian namun mereka tidak muncul.

"Kami menelefon OCPD untuk memaklumkan kepada beliau untuk mengambil tindakan, namun tiada yang muncul.

"Kami membuat keputusan untuk tidak melaporkannya berdasarkan kejadian-kejadian sebelum ini," katanya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Kenapa perlukan tindakan pihak polis sedangkan pembangkang sendiri tidak sukakan pasukan ini. Masakan semasa perhimpunan kereta dan anggota polis diperlakukan seperti haiwan....Padan muka!!!

Lim: DAP bukan parti anti-Melayu

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menegaskan bahawa DAP bukan parti anti-Melayu hanya kerana tiada calon Melayu yang dipilih untuk menganggotai jawatankuasa tertinggi pusatnya (CEC).

Beliau berkata DAP terbuka kepada semua bangsa.
Pada pemilihan parti semasa kongres kebangsaannya Sabtu lepas, tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu terpilih untuk jawatan di dalam CEC, bagaimanapun dua orang - Senator Ariffin S.M Omar dan Zairil Khir Johari - dilantik anggota CEC kemudian.

"Kami tidak mengawal siapa yang dipilih para perwakilan. Kami menerima keputusan (pemilihan itu). Ini adalah demokrasi," katanya.

Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang menggesa media supaya menghentikan laporan yang boleh membangkitkan kebencian dalam kalangan masyarakat terhadap parti itu.

"...bagaimanapun pihak ini juga yang mengkritik DAP hanya kerana kami melantik dua anggota Melayu ke CEC. Kami menerima keputusan dan pemilihan para perwakilan pada kongres kebangsaan itu," katanya kepada pemberita di Georgetown.

-Bernama

Jarumemas: Tidak mudah percaya dengan dia ni yang terang-terangan seorang rasis dan cauvinis. Lihat saja apa yang telah dilakukannya terhadap masayarakat India dan Melayu di Pulau Pinang. Manusia macam inikah yang hendak dinobatkan sebagai pemimpin? Bukalah mata wahai orang Melayu!!

Ahmad Ton diberi cenderahati penghargaan DAP - Lim

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini menyangkal dakwaan kononnya parti itu tidak menghargai jasa veteran DAP Melayu, Ahmad Ton dan tidak menyerahkan cenderahati kepadanya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, baru-baru ini.

dap congress 161212 ahmad tonLim berkata pada kongres berkenaan DAP telah memberikan cenderahati kepada anggota yang telah bersama dengan parti itu selama lebih 35 tahun termasuk Ahmad Ton.

"Semasa kongres, kami memberikan cederahati kepada semua anggota yang lebih 35 tahun tanpa menghiraukan bangsa. Ahmad Ton juga menerima cenderahati itu kerana beliau telah berada dalam parti selama 36 tahun, semua (anggota) melebihi 35 tahun akan diberikan cenderahati," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Kongres Melayu Pulau Pinang yang mendakwa kononnya parti berkenaan tidak menghargai sumbangan kedua-dua veteran Melayu iaitu Ahmad Ton dan Zulkifli Mohd Noor pada kongres tersebut.

Lim berkata parti itu tidak menyerahkan cenderahati kepada anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor kerana tempoh beliau berada di dalam parti itu belum mencapai 35 tahun.

-Bernama

 Jarumemas:  Macam beri gula-gula pada kanak-kanak yang tak menang dalam pertandingan.

Bersih mahu orang ramai jadi ‘pemantau’, saksi penipuan PRU 13

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) merancang untuk mengundang lebih ramai “pemantau orang ramai” pada pilihan raya akan datang.

Kumpulan tersebut menubuhkan “Jom Pantau” dan “Jom 100”, tetapi pengerusi bersamanya, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata hari ini kempen tersebut akan diperluas pada Januari ini untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa.

Aktivis dan peguam itu berkata pilihan raya tidak akan bersih mengikut  apa yang Bersih 2.0 mahukan dan cara terbaik ialah pihak berkuasa sentiasa memeriksa peningkatan pengundi dan menggaji orang awam untuk memantau sebarang masalah pada hari pilihan raya.

“Adakah kita dapat melihat perubahan sebenar sebelum pilihan raya? Jawapannya, tidak,” katanya dalam sidang media bersama ahli jawatankuasa Bersih 2.0 di sini.

“Apa yang kami boleh lakukan ialah kami akan pastikan pilihan raya akan menjadi bersih dan adil,” katanya lagi.

Ambiga menerangkan “Jom 100” adalah usaha Bersih 2.0 menggalakkan pemilih untuk keluar mengundi pada hari pilihan raya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Jangan campur tangan dalam tugas SPR sudah...

Rakan komponen Pakatan sepakat tiada kerusi tambahan untuk DAP di Selangor

KUALA LUMPUR, 17 Dis — Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) — PAS dan PKR — sepakat menolak untuk memberikan kerusi tambahan kepada DAP, seperti mana yang dituntut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng  ketika kongres DAP hujung minggu lalu.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata, tindakan Guan Eng itu adalah normal, dan bukannya sesuatu yang luar biasa kerana setiap parti politik akan membuat tuntutan sama semasa perhimpunan agung parti masing-masing sama ada di peringkat kepimpinan mahu pun perwakilan.

“Di Selangor, tiada perubahan dan kekal status quo sama seperti pilihan raya umum 2008 lalu.

“Tuntutan DAP di negeri ini kita pernah bincang sebelum ini dan diputuskan tiada kerusi tambahan untuk DAP,” katanya di petik dari Sinar Harian Online.

Lim ketika kongres DAP menuntut tambahan tiga kerusi tambahan untuk Parlimen dan 10 kerusi Dun di Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak dikendalikan rundingan kerusi mereka sendiri.


Jarumemas: Sokonglah DAP tu sampai bawa rebah!!!