Monday 3 September 2012

DAP chief seeks end to feud with PKR

KUANTAN: Pahang DAP chief Leong Ngah Ngah has told his members to stop quarrelling with PKR over the issue of seat allocation for the general election. “It is better to put a stop to this squabble over seat allocation,” he said when asked to comment on the continuing feud between the two parties regarding the issue. Leong, who is Triang assemblyman, said he had ordered state party leaders to stop issuing any more comments on the matter. On Tuesday, Pahang PKR chairman Datuk Fauzi Abdul Rahman ticked off the state DAP by saying that it had to “exercise discipline” in requesting for seats to contest. Continue reading.... Jarumemas: Who else??

Sultan persoal kerajaan Selangor jemput Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu. Dipetik Sinar Harian, Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri. "Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi. Berita selanjutnya... Jarumemas: Beraja di hati, bersultan di mata...

Replacing the national flag: Chasing after fantasy demons? — Kim Quek

SEPT 3 — As tension continues to mount ahead of the imminent general election, almost the entire top hierarchy of the incumbent Barisan Nasional government appears to have gone bonkers. Two apparently well-meaning youths displayed a flag that looked similar but different from the national flag as a token to commemorate unsung heroes of independence at a National Day eve rally, and lo and behold, the entire top leadership of Umno jumped instantly into a frenzy of wild accusations against the opposition without any proof. Prime Minister Najib Razak accused the opposition of wanting to replace the national flag, and warned of many more undesirable changes, including the institution of royalty, should the opposition alliance come to power. Minister of International Trade and Industry Mustapa Mohamed warned of a plot to amend the constitution and to turn the current constitutional monarchy into a republic. Read more... Jarumemas: Dunia fantasi Mat Jenin pembangkang!!

Tukar bendera bukan agenda kami, kata pemimpin Pakatan

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini menafikan mereka berniat mahu menukar bendera nasional dengan bendera alternatif dan menyelar Barisan Nasional (BN) kerana memutar belit fakta dan “menipu” untuk menghentam pembangkang memandangkan pilihan raya umum semakin hampir. Lim Kit Siang: “Menukar bendera tidak pernah dibincangkan atau dibangkitkan.” — Foto fail Pakatan DAP-PKR-PAS mempertahankan diri berhubung tindakan dimalam ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu apabila ada individu yang mengibarkan bendera yang dikatakan akan menggantikan Jalur Gemilang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam telah mengaitkan pakatan pembangkang dan menuduh mereka berniat untuk menukar simbol negara berkenaan sekiranya mereka berjaya menawan Putrajaya kelak. “Menukar bendera bukan agenda Pakatan Rakyat dan tidak pernah dibincangkan atau dibangkitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat,” kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang kepada The Malaysian Insider. Berita selanjutnya...

Tiga pasukan khas siasat kes biadap di ambang merdeka

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Polis membentuk tiga pasukan khas bagi menyiasat tiga laporan yang dibuat membabitkan insiden di Dataran Merdeka, serangan terhadap bas Jelajah Merdeka Rakyat dan berhubung tindakan penganjur “Himpunan Janji Bersih” yang telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata dalam insiden pertama yang berlaku di Dataran Merdeka semasa Himpunan Janji Bersih, Khamis lalu, polis meminta individu terlibat mempamerkan bendera bagi menggantikan Jalur Gemilang supaya tampil membantu siasatan. Katanya, polis juga mahukan individu dalam insiden memijak dan menunjukkan punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam perhimpunan itu juga tampil memberi keterangan kepada polis. “Kita menubuhkan pasukan khas ini bagi menyiasat ketiga-tiga insiden berkenaan termasuk yang berlaku semasa perhimpunan itu berdasarkan siaran gambar-gambar yang telah dihebahkan oleh pihak media. Kita minta individu-individu yang terlibat itu untuk tampil memberi keterangan. Berita selanjutnya... Jarumemas: Jangan lepaskan mereka!!

Jangan biarkan mereka terlepas! — Zulkiflee Bakar

3 SEPT — Paparan gambar seorang wanita dan seorang gadis memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta aksi memualkan sekumpulan remaja ketika demonstrasi Bersih pada 30 Ogos lalu yang dipaparkan oleh Mingguan Malaysia telah mendapat perhatian ramai. Penulis sendiri menerima banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mempersoalkan apakah perbuatan biadab berkenaan akan dibiarkan begitu sahaja. Mereka mahu kerajaan bertindak kerana perbuatan itu sudah benar-benar tidak boleh dimaafkan. Apa yang paling membimbangkan banyak pihak ialah keberanian sekumpulan pemuda mengibarkan bendera merah putih yang menyerupai bendera Singapura dan Indonesia. Mereka bertindak sedemikian bagi menolak Jalur Gemilang yang selama ini menjadi lambang kedaulatan dan maruah serta martabat rakyat dan negara ini. Justeru persoalan yang bermain di fikiran kita ialah apakah perbuatan biadab dan melampaui batas ini akan dibiarkan begitu sahaja? Berita selanjutnya... Jarumemas: Si biadap dan kurang ajar ini memang patut dibuang negeri!!!