Thursday 26 September 2013

UMNO: 26 CALON TARIK DIRI DI SELANGOR

SHAH ALAM, 25 Sept (Bernama) -- Seramai 26 anggota Umno Selangor yang menghantar borang pencalonan untuk bertanding pada pemilihan peringkat bahagian dan tiga sayap parti bagi peringkat negeri Oktober ini, menarik diri.
Setiausaha Kerja 1 Jawatankuasa Pemilihan Umno negeri, Mohamad Isa Ishak berkata Umno Selangor menerima permohonan menarik diri daripada bertanding jawatan termasuk Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Anggota Jawatankuasa Bahagian, Ketua Puteri dan Pengerusi Tetap.
"Semakan terhadap calon-calon sama ada mereka layak bertanding atau tidak akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Umno pusat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber: The Malaysian Insider
Jarumemas: Bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Eloklah muhasabah diri sejauh mana kemampuan dan kebolehan yang ada pada diri sendiri. Eloklah mengundurkan diri sebelum dikata orang. 

Sang Saka Malaya terus berkibar walau penjara 1,000 tahun, kata aktivis

Dua aktivis yang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 kerana mengibarkan Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang Kemerdekaan lalu menganggap pindaan akta untuk memberikan hukuman penjara selama 15 tahun bagi tindakan menghina Jalur Gemilang tidak masuk akal.
Menurut Hishamuddin Rais, Sang Saka Malaya akan terus berkibar walau dipenjara 1,000 tahun sekalipun.
"Sang Saka Malaya telah berkibar lebih 2,000 tahun. Bila wujudnya Jalur Gemilang itu?" soal Hishamuddin ketika dihubungi The Malaysian Insider. "Sejak Merdeka hingga 2007 apa nama bendera kita? Seluruh Nusantara menggunakan Sang Saka Malaya," katanya, dan menambah hukuman penjara maksimum sebanyak 15 tahun itu juga sekadar "perkara kecil."

Jarumemas: Inikah dia salah seorang daripada petualang negara?