Monday 24 September 2012

Ngeh bantu tukang karut Umno?

Kita dapat (dan mudah) memahami pendekatan agresif media dan NGO tali barut Umno untuk mengeksploit semaksimum mungkin reaksi Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham, yang mempertikai hasrat Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin merancang protes besar-besaran terhadap filem jijik itu, sekali gus mempersoal (bertanya), adakah umat Islam wajar menghabiskan masa dan tenaga untuk memberi respons terhadapnya. Sememangnya kenyataan Twitter Ngeh itu perlu ditegur dan diperbetulkan. Dan saya yakin Ahli Parlimen Beruas dan bekas Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak itu sudah mendapat pengajaran sewajarnya daripada insiden tersebut. (Rupanya reaksi segera melalui Twitter kerap juga menimbulkan kesan negatif yang mungkin tidak terduga; dan ini sepatutnya diberi perhatian istimewa oleh semua ahli politik, agar lebih berhati-hati dan tidak mudah gatal tangan, 'kan?). Tentunya sebagai seorang pemimpin yang sering turun ke jalan-jalan raya dan merancang siri demonstrasi menangani banyak isu, bukan sahaja selepas kerajaan Pakatan Rakyat Perak ditumbangkan secara tidak bermaruah pada 2009, malah berkaitan hak-hak rakyat sebelum tahun 2008, dan Ngeh juga pernah ditahan polis semasa perhimpunan Bersih 2.0, beliau tidak seharusnya "terlepas pandang" dengan sensitiviti umat Islam, yang sepatutnya dekat dan akrab dengan beliau. Sesungguhnya kita ditakdirkan hidup bersama, berkongsi keistimewaan bumi Malaysia, yang penuh dengan kepelbagaian dan keunikan ini, dari Perlis ke Pulau Sebatik. Setiap warga perlu melihat setiap perbedaan itu sebagai peluang untuk lebih dekat dan rapat, saling memahami dan mengerti. Mungkin selama ini masih luas jurang yang memisahkan kita, meskipun berada dalam persepakatan politik yang sama, sehingga elemen sensitif pun "terlepas pandang". Oleh itu, saya tidak fikir Ngeh pernah berhasrat untuk cuba menafikan hak setiap warga bagi terlibat dalam sebarang perhimpunan aman seperti dijamin Perlembagaan Persekutuan. Bukankah selama ini pemimpin DAP sering berhujah menggunakan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan bagi menyokong pendirian mereka. Saya kira beliau mungkin sukar memahami atau terkeliru dengan reaksi dan kemarahan umat Islam seluruh dunia, apatah lagi sebahagiannya menunjukkan aksi "ganas", seperti dipaparkan melalui TV satelit. Berita lanjut... Jarumemas: cakap malam dengar-dengar, cakap siang pandang-pandang...

PKR: Namakan Kabinet bayangan

KUALA LUMPUR - Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamad hari ini mencabar kepimpinan PKR dan rakan-rakan pakatan menamakan dulu barisan bayangan Kabinet mereka. Katanya, pemimpin BN sudah berkali-kali mencabar pemimpin utama pakatan pembangkang untuk menamakan barisan Kabinet bayangan tetapi masing-masing cuba melarikan diri daripada menjawab persoalan tersebut. ''Jangan asyik berselindung di bawah permainan politik retorik,'' kata Ahli Parlimen Sepang itu seperti yang dilaporkan dalam The Malaysian Times hari ini. Berita lanjut... Jarumemas: Jangan menang sorak sudah!!!

Jalur pemikiran Khalid Ibrahim

Beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bercakap dengannya serta membaca buku terkininya ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’, saya mendapat kesan bahawa sosok ini adalah paduan seorang intelektual, tokoh korporat dan pemimpin politik yang memberi harapan. Memang tepat pemilihan Pakatan Rakyat kepadanya untuk memimpin Selangor pada tahun 2008 setelah Pakatan Rakyat menawan Selangor bersama empat negeri yang lain dalam PRU Ke-12. Selangor negeri terkaya dan ternama di Malaysia yang dianggap ‘Permata Mahkota’ negara ini. Oleh itu kejayaan Pakatan Rakyat menawan Selangor adalah pukulan paling memedihkan bagi Umno/BN. Sejak itu Tan Sri Khalid antara tokoh menjadi fokas utama dunia politik justru ia diserahkan amanah memimpin Selangor. Buku terbaru Tan Sri Khalid yang saya baca itu mengandungi falsafah hidupnya, pesan-pesannya, bagaimana cara menjadi ahli korporat yang berjaya, begaimana menyesuaikan diri sebagai pemimpin rakyat walaupun puluhan tahun berada di tengah pusat dunia korporat yang penuh glamour. Bagi saya buku ini sangat mengesankan, bagaimana seorang ‘Kampung Boy’ dari Ijok Selangor yang kehidupan awalnya dilatari kehidupan kampung, pohon kelapa, air sungai, rumah dan tradisi kampung serta kedua orang tuanya yang taat beragama. Dari desa itu Tan Sri Khalid tumbuh sebagai anak kampung hingga menjadi Menteri Besar Selangor. Berita lanjut... Jarumemas: Adakah akan terangkat doa dan ibadat kita sekiranya hubungan sesama manusia gagal dilaksanakan?

Pas sudah jangka PRU13 tangguh

POKOK SENA - Pas sudah menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan ditangguh lagi, kemungkinan sehingga akhir tahun atau tahun depan. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, berikutan itu, Pas sudah menetapkan tarikh untuk mengadakan Muktamar Agung Pas pada 24 November ini. “Kita sudah tetapkan tarikh lebih awal untuk adakan muktamar. Bermakna kita lebih berani berbanding Barisan Nasional (BN) untuk pilih November sebagai persidangan,” katanya, pada sidang media, selepas majlis Konvokesyen ke-11 Kolej Islam Darul Ulum (Kidu), semalam. Hadir sama, Menteri Besar yang juga Pengerusi Majlis Muassasah Darul Ulum, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan, Persidangan Agung Umno akan diadakan pada 27 November hingga 1 Disember, dan kemungkinan PRU-13 akan dilaksanakan tahun depan. Sementara itu, calon PRU13 dari kalangan Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) akan diputuskan selepas perbincangan dibuat antara Pas-PKR-DAP. Abdul Hadi berkata, kerusi yang bakal ditawarkan kepada calon DHPP hanya melibatkan kawasan majoriti bukan Islam. Mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Organisasi DAP Pusat, Thomas Su, bahawa Pas berhak memilih calon DHPP asalkan ia hanya melibatkan kerusi kuota Pas, bukannya kerusi yang berlaku pertindihan antara DAP-PKR, Abdul Hadi yakin wujud persefahaman tiga parti dalam perkara itu. Ditanya sama ada setiap negeri akan meletakkan seorang calon DHPP, Abdul Hadi berkata, perkara itu belum diputuskan. -sinarharian.com Jarumemas: Salah ke kalau ditangguhkan? Demi kebaikan negara dan rakyat apa salahnya ditangguh.

Amerika perlu diajar hormat agama, budaya kita

KUALA LUMPUR- Dua perkara perlu diajar pada Amerika Syarikat – pertama belajar menghormati agama lain dengan menjaga sensitiviti penganut agama tersebut, kedua, belajar memahami budaya dan asas protokol dalam negara ini. Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian ekoran tindakan tidak bertamadun Kedutaan Amerika yang mengutuskan Ketua Pengawal Keselamatan untuk menerima memorandum bantahan berhubung filem Innocence of Muslims semalam. “Tindakan mengutus ketua pengawal keselamatan Pejabat Kedutaan untuk menerima memorandum ribuan rakyat negara ini adalah sikap kurang ajar dan biadab. PAS melahirkan kekesalan di atas kebiadaban ini yang gagal memahami budaya dan adab setempat,” tegas Tuan Ibrahim. Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata oleh kerana sebab-sebab di atas, Amerika wajar belajar dan membuang ego yang ada. Semalam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan turut melahirkan rasal kesal terhadap apa yang disifatkannya layanan buruk oleh Kedutaan Amerika kerana tidak menghantar wakil kedutaan untuk menerima memorandum yang diserahkan oleh wakil dari PAS, PKR dan wakil badan bukan kerajaan. "Kita berharap memorandum itu akan sampai kepada wakil kedutaan," kata Nasrudin ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum kira-kira jam 2.45 petang. Katanya, kerajaan AS yang mengamalkan demokrasi sepatutnya mendengar luahan dan perasaan rakyat Malaysia hari ini. Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata himpunan semalam sangat berjaya sehingga kedutaan terpaksa ditutup sebagaimana dimaklumkan. “Isu ini telah menyatukan seluruh dunia Islam tanpa mengira mazhab, fahaman politik dan sempadan geografi. PAS menggesa umat Islam mendalami sirah Rasulullah mengenali Baginda dan berjuang mempertahankan ajaran Islam yang dibawa Baginda,” katanya. “Bukanlah kecintaan itu dengan kamu hanya melaungkan cinta, namun kamu melakukan perkara yang dibenci Baginda," tambahnya. -Harakahdaily Jarumemas: Yahudi sampai kiamat pun tak akan menghormati agama Islam.

Wujud campur tangan asing - Dr M

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penyaluran dana asing untuk aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang membuktikan wujud campur tangan pihak luar untuk menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang boleh mengikut telunjuk mereka. Menurut bekas Perdana Menteri, modus operandi yang digunakan adalah sama seperti di Libya, Mesir dan negara Arab lain yang mereka namakan sebagai Arab Spring, iaitu pihak asing memberi bantuan kewangan bagi membiayai aktiviti NGO mengapi-apikan rakyat supaya bangkit menentang kerajaan dan melakukan apa yang dikatakan sebagai regime change. "Kerajaan interim Mesir telah pun menghentikan kegiatan sesetengah NGO ini yang datang dari Amerika. Mereka ini sebenarnya dibiayai oleh kerajaan (Amerika), mereka pergi ke Mesir dan cuba mempengaruhi orang Mesir dan siapa-siapa yang hendak menghadapi pilihan raya. Mesir telah menghalang mereka daripada masuk campur (dalam pilihan raya). "Kita tak pernah campur tangan, tak pernah pergi kacau (pilihan raya negara mereka) dia punya pilihan raya, dia punyalah. Kita punya pilihan raya adalah hak rakyat kita, pasal apa dia nak cuba pengaruhi orang untuk menukar kerajaan, kerajaan yang mesra kepada mereka? Inilah tujuannya. Ini yang diuar-uarkan sebagai regime change," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di pejabatnya di sini kelmarin. Berita lanjut... Jarumemas: Selagi tak dapat jajah Malaysia ini selagi itulah mereka akan mencuba hingga dapat. Malangnya, ada tali barut dalam negara sendiri yang menyokong mereka ini, malah sanggup menggadaikan maruah negara.