Monday 18 March 2013

PTPTN akan bankrapkan negara, dakwa Rafizi

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu dihapuskan segera bagi mengelakkan perbadanan tersebut membankrapkan negara.

Katanya PTPTN sehingga kini meminjam RM45 bilion daripada institusi kewangan, kebanyakannya daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Berhad. Daripada jumlah itu, sebanyak RM30 bilion disalurkan untuk menyediakan pinjaman pendidikan tinggi.

Peningkatan sebanyak 11 peratus setahun itu, kata Rafizi, dijangka mencecah paras RM100 bilion pada 2022.

"Apabila ia berlaku, ia akan mula memberi impak kepada sistem kewangan kita. Maka apa akan berlaku? Kita terpaksa menyelamatkan PTPTN," katanya semalam.


Jarumemas: Kerajaan bagi pinjam bukan seperti pinjam kayu api. Sesiapa yang buat pinjaman kenalah bayar kalau tidak akan dicari sampai ke lubang cacing.

PKR batal hasrat calonkan Asri pada PRU13?

Tokoh agama terkenal Datuk Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan bertanding atas tiket PKR, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh parti tersebut.

Sumber-sumber PKR memberitahu Malaysiakini, Dr Asri dianggap tidak serius untuk bertanding selepas pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dua minggu lepas.

Pada masa yang sama, Dr Asri sendiri dikatakan sudah membuat keputusan muktamad dengan menolak tawaran itu walaupun dijanjikan kerusi timbalan ketua menteri Pulau Pinang.

Sumber-sumber PKR memberitahu, parti itu mahukan komitmen segera daripada bekas mufti Perlis itu kerana pembubaran Parlimen dijangka diumumkan penghujung bulan ini.
 

Jarumemas: PKR takut dengan bayang-bayangnya...

KPN: Perlaksanaan ESSCOM mula dengan naik taraf logistik

LAHAD DATU, 18 Mac — Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), yang meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu mula dilaksanakan di gugusan Felda Sahabat dengan menaik taraf struktur logistik sedia ada serta penambahan anggota dan aset keselamatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata selain itu aset laut Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan digembleng bersama bagi memastikan perairan Sabah bebas daripada ancaman luar.

PDRM akan melaksanakan segera usaha menaik taraf balai polis Cenderawasih, menambah bilangan anggota dan mewujudkan pos kawalan baharu di kawasan strategik di sekitar gugusan Felda Sahabat.


Jarumemas: Semoga semua naggota keselematan kita sentiasa dilindungi Allah dari segala mara bahaya.

Najib akan bentangkan kad laporan BN esok

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Untuk mengekalkan pendekatan politik “ala presiden”, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan kad laporan Barisan Nasional (BN) mengenai pencapaian dan inisiatif dalam ucapan ala “State of Union” malam esok, kata seorang pegawai kerajaan.

Pegawai parti dan pengkritik beliau telah menunjukkan kempen gaya presiden Najib sejak mengambil alih jawatan pada tahun 2009 sebagai faktor utama untuk mendapatkan undi dalam kempen BN bagi Pilihan Raya 2013. Pilihan raya itu dijangka akan diadakan dalam tempoh sebulan.

Dengan menggelarnya ucapan “State of Union” sama seperti yang dilakukan di Amerika Syarikat, menteri dan pegawai mengatakan Najib akan bercakap tentang pencapaian oleh kedua-dua Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang bermula pada 2010.


Jarumemas: Semoga dengan pembentangan laporan ini pengundi akan dapat melihat apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional berbanding parti pembangkang, yang lebih suka menabur air liur saja;

Muhyiddin: Rakyat jangan tertipu janji pembangkang

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan masyarakat Wilayah Persekutuan agar tidak tertipu dengan janji yang ditabur parti pembangkang melalui manifesto yang diumumkan baru-baru ini. 

Timbalan Perdana Menteri berkata janji dibuat pembangkang semasa pilihan raya umum 2008 juga masih banyak yang tidak tertunai seperti pemberian bantuan kepada ibu tunggal dan air percuma.

“Rakyat jangan tertipu dengan janji yang dibawa Pakatan Rakyat. Walaupun apa yang disebut itu menarik, tetapi apa yang dijanjikan pada pilihan raya umum 2008 pun tidak tertunai sehingga ada rakyat di Selangor bawa kes ke mahkamah.

“Bagi rakyat Malaysia yang sudah tahu kepentingan keamanan, keselamatan dan perpaduan, bukti telah ditunjukkan Barisan Nasional (BN). Hanya BN yang mampu teruskan perjuangan bantu rakyat menjadi negara maju pada tahun 2020,” katanya.


Jarumemas: Malangnya pembangkang tak habis-habis mahu memesongkan perhatian pengudi.

Kiram tarik balik gencatan senjata, arah pengikutnya terus berperang

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Jamalul Kiram III yang mengakui dirinya Sultan Sulu telah menarik balik gencatan senjata bagi pihaknya dan mengarahkan pengikutnya di Sabah menjalankan perang gerila keatas pasukan keselamatan Malaysia, menurut laporan media Filipina.

The Philippine Star memetik Sultan Sulu tersebut  berkata bahawa penarikan balik tenteranya yang diketuai oleh adiknya Agbimuddin di Sabah bukan suatu pilihan.

“Mereka sudahpun berada di tanahair mereka, mengapa perlu pulang semula?” kata Kiram kepada wartawan di kediamannya di Bandar Taguig.


Jarumemas: Ke lubang cacing sekalipun akan dicari oleh pasukan keselamatan Malaysia.