Monday 21 January 2013

Universiti diminta pastikan tidak ada pengedaran Bible Bahasa Melayu di kampus

PASIR GUDANG, 20 Jan — Pihak pengurusan universiti diminta memantau aktiviti di kampus masing-masing untuk memastikan tidak ada pengedaran Bible berbahasa Melayu dilakukan oleh pihak tertentu.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, setiap universiti tertakluk dengan peraturan dan keputusan ditetapkan kerajaan termasuk mengenai penyebaran agama lain di kalangan umat Islam di negara ini.

“Ini soal nasional, soal pengedaran Bible atau apa jua risalah kita tertakluk dengan keputusan yang dibuat... sehubungan itu pihak universiti kena menjaga universiti masing-masing supaya perkara ini tidak terjadi,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Taman Mawar, di sini hari ini yang turut dihadiri oleh Adun Permas, Datuk M Munusamy, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang On Jabbar.


Jarumemas: Hormatilah agama orang lain kerana  kerajaan telah memberi sepenuh kebebasan kepada rakyatnya beragama. 

Mat Sabu akan ketuai demonstrasi jika PRU 13 dicemari penipuan

KUALA LUMPUR, 20 Jan — Pakatan pembangkang menegaskan akan turun ke jalanan sekali lagi sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-13 dicemari dengan penipuan, tegas Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu.

Timbalan Presiden PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu menegaskan Pakatan Rakyat (PR) tidak teragak-agak untuk menghimpunkan lebih ramai rakyat ke jalanan seperti beberapa siri perhimpunan sebelum ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, anjuran NGO yang dikenali sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

“Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang,” katanya  ketika ceramah di Bandar Tasik Puteri malam tadi dipetik portal Harakahdaily.

Beberapa siri perhimpunan telah dianjurkan, seperti Bersih, Bersih 2.0, dan terbaru Bersih 3.0 bagi menuntut pembaharuan sistem daftar pemilih di negara ini yang dakwa PR dipenuhi dengan unsur penipuan.


Jarumemas: Beri peluang SPR menjalankan amanah mereka dengan penuh tanggung jawab.

Aziz Bari: BN, Raja-raja perlu minta penjelasan Dr M

Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ketika pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman.

Katanya, parti BN dan Majlis Raja-Raja perlu meminta penjelasan Mahathir kerana cadangan tersebut  bermaksud bahawa golongan terbabit menerima kerakyatan itu dengan cara tidak sah.

"Lucu sekali, Mahathir, dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri bagaimanapun menyusahkan Umno.

"Bila dia kata Tunku melakukan jenayah yang sama, dia sebenarnya menjejaskan konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India.

“Umno, MCA dan MIC tidak harus berdiam diri. Mereka perlu nyatakan pendirian. Mahathir  secara tidak langsung menyatakan bahawa orang Cina dan India mendapat kerakyatan secara tidak bermoral dan tidak sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jarumemas: Rasanya kenyataan Tun telah disalahtafsirkan.

Pairin: Beri ruang prosiding RCI sebelum buat penilaian

Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta semua pihak memberi ruang kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menjalankan tugas menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah sebelum membuat penilaian.

Ini katanya bagi memastikan prosiding berjalan lancar mengikut terma yang ditetapkan kerajaan.

"Menurut amalan biasa, maklumat data haruslah dari saksi-saksi, selepas itu baru kita lihat apakah yang semua telah dikeluarkan, baru kita akan buat penilaian yang lebih bijak daripada sekarang," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah, mengulas mengenai RCI yang mengakhiri pendengaran awam pertamanya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat lepas.

Lanjut....

Jarumemas: Tanganilah masalah pendatang asing tanpa izin ini secara tuntas kerana masalah ini sudah menjadi duri dalam daging pada rakyat tempatan.

Kenyataan rasis Dr M bakal hancurkan BN, kata anak Samy Vellu

KUALA LUMPUR, 20 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur perkauman kerana ia bakal memusnahkan imej Barisan Nasional (BN) yang cuba dipulihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pengarah Strategik MIC S Vell Paari.

Anak kepada bekas menteri Kabinet Datuk Seri S Samy Vellu itu menegaskan, tindakan bekas perdana menteri itu mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman hanya akan memberikan kesan negatif kepada pentadbiran Najib kerana kenataan-kenyataan Dr Mahathir akan menjadi “back-fire” kepada BN.

“Kenyataan Dr Mahathir yang bersifat perkauman akan hanya menjadi ‘back-fire’ buat BN, beliau langsung tidak membantu (BN),” kata Vell Pari  apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Lanjut....

Jarumemas: Jangan jadi seperti melepaskan anjing tersepit.