Tuesday 19 June 2012

Bukan kerja mudah memenuhi kehendak rakyat 1Malaysia

Oleh Hassan Mohd. Noor SEJAK seminggu lalu, rakan-rakan yang membawa teksi terutama Pak Long dan Pak Lang sibuk bercakap mengenai bantuan tayar 1Malaysia. Mereka sibuk mengisi borang untuk dihantar dengan tangan ke pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Putrajaya. Mulanya saya pun tertanya-tanya mengenai betulkah wujud bantuan seumpama itu? Tayar pun kerajaan nak bagi? Pak Long kemudiannya menunjukkan borang itu. Memang sah. Sementara Pak Lang pula memberitahu, dia telah menghebahkan perkara itu kepada rakan-rakan yang lain termasuk pemandu bukan Melayu dengan membuat salinan borang. Dia tidak mahu ‘makan seorang’. Ada yang memberinya RM1 untuk minum kopi. Mulanya dia menolak tetapi rakan pemandu itu berkata: “Kawan, ambillah untuk minum kopi, ini sudah cukup baik ma, empat tayar free!, siapa mahu kasi’’. Baca terus.... Jarumemas: Seronoklah pemilik teksi, teman baru sebulan tukar tayar

Extending windfall to second wives, ex-wives reasonable

EMERLOH (June 18, 2012): Felda's decision to divide a windfall of RM5,000 equally, is well received by the women folk of Felda settlements, describing it as apt and reasonable on humanitarian grounds. A settler's wife, Rahimah Daud, 61, from Felda Sebertak, near here, said although the windfall should be given to the first wife, the second or ex-wife should also be entitled to receive the money. "It is good that the money is divided equally for each of them to enjoy the benefit given by the government. After all, the money is unexpected and should be divided equally," she said. Yesterday, Felda chairman Tan Sri Mohd Isa Samad said the settlers' wives were expected to receive their windfall of RM5,000 next month. Isa said if the settlers had two wives or were divorced, the money would be divided equally among the wives and ex-wives. Chik Rahmah Mat Akil, 54, from Felda Mayam, Bera, said second wives who would also receive the windfall, should not be arrogant, but should be thankful because if they were not married to the settlers, they would never receive the money. "Whatever the government is doing with the money to be divided equally, proves that the government is considerate and fair," she said. Siti Zaleha Hamid, 56, from Felda Bukit Kepayang, Bera, said the settlers should be thankful to the government and Felda, and especially to the prime minister, who decided to give a windfall of RM15,000 to heads of the family, wives and children. "It is not easy for the government to divide the money, especially when the settlers' land are not involved in the (FGVH) listing. People in other countries do not have the same opportunity accorded to the settlers. "Not just the windfall, but also given 800 units of share in Felda Global Ventures Holdings (FGVH) for their future," Siti Zaleha said. – Bernama Jarumemas: Alhamdulillah semoga ekonomi Malaysia bertambah dan aman damai.

Rayuan Punca Masalah Pindah Guru

TAN Sri Muhyiddin Yassin mengaku Kementerian Pelajaran menghadapi masalah untuk memindahkan guru berikutan timbul isu kemanusiaan dan rayuan yang perlu diambil kira. Timbalan Perdana Menteri berkata, kekangan penempatan semula menjadi punca utama kementerian tidak dapat memenuhi tuntutan keperluan sebenar, menyebabkan isu kekurangan guru berlarutan.Beliau kena akui dalam Parlimen, menghadapi masalah apabila mengeluarkan arahan perpindahan, ada rayuan, kadang-kadang orang politik memberi surat sokongan (supaya) janganlah pindahkan mereka (guru) kerana diperlukan. Jikamereka hendak memindahkan si isteri, perlu ambil kira faktor sosial dan keluarga soal ini timbul mengakibatkanmereka tidak dapat memenuhi tuntutan sebenar. Jadi isu kemanusiaan berbangkit menyebabkan ada masalah melaksanakannya secara lebih cekap. - Tan Sri Muhyiddin Yassin Jikabeliau hendak memindahkan si isteri, perlu ambil kira faktor sosial dan keluarga soal ini timbul mengakibatkan kita tidak dapat memenuhi tuntutan sebenar. Jadi isu kemanusiaan berbangkit menyebabkan ada masalah melaksanakannya secara lebih cekap. Dalam konteks ini, Muhyiddin berkata, agensi dan jabatan lain turut menghadapi masalah sama dari segi penempatan semula kakitangan mereka, namun berikutan saiz kementerian besar meliputi satu pertiga daripada penjawat awam dengan membabitkan 500,000 guru, isu berkenaan perlu diuruskan secara teliti untuk penyelesaian jangka panjang. Ini meliputi aspek pengurusan dan pentadbiran mengenai pengambilan dan penempatan guru, terutama menerusi kajian semula sistem pendidikan negara yang sedang dijalankan, walaupun masalah kekurangan yang berlaku atas faktor seperti persaraan, sakit dan cuti bersalin tidak mungkin dapat diatasi 100 peratus. Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian Jarumemas: Tidak setuju cuti bersalin sampai 90 hari.

Parti juara mempolitikkan agama — Nizam Yatim

19 JUN — Baru-baru ini, tokoh-tokoh agama luar negara yang menghadiri Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Kuala Lumpur menegur pemimpin sebuah parti kerana sering mempolitikkan isu agama. Teguran itu memang kena pada masanya kerana jika diimbau sejarah, para pemimpin parti yang ditubuhkan pada 1951 memang paling hebat mempolitikkan isu agama sekali gus meletakkan Malaysia sebagai “juara” dalam soal itu. Kita juga masih ingat, seorang pemimpin PAS ketika berceramah di Kampung Banggul Peradung, Terengganu pada 1982 telah mengeluarkan amanat mengkafirkan orang Umno semata-mata kerana didakwa bekerjasama dengan bukan Islam dan disebabkan tidak melaksanakan hukum hudud. Akibat amanat itu, maka timbulnya perpecahan di kalangan umat Islam seperti sembahyang dua imam, enggan bersembahyang di masjid Umno dan menghukumkan haram makan sembelihan ahli parti itu. Nikah yang dilakukan oleh jurunikah Umno juga dianggap tidak sah, ibu bapa mengkafirkan anak serta berlaku perceraian antara suami isteri kerana berlainan parti dan banyak lagi peristiwa sedih yang benar-benar terjadi. Walaupun berkemampuan melaksanakan hukum hudud setelah memerintah Kelantan dua dekad, PAS tetap tidak mahu melaksanakannya kerana berpendapat ia boleh dijadikan isu kitar semula yang “amat berbisa” bagi meraih undi setiap kali pilihan raya. Isu hudud yang dimainkan PAS ketika berkempen boleh membuatkan seorang Melayu Islam menjadi serba salah untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN). Ini berikutan parti itu akan menggambarkan BN bersikap anti-Islam dan telah mengambil pelbagai langkah menyekat hukum itu daripada dilaksanakan. Mengulas isu itu, ahli akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani yang menjawab soalan pada sesi soal jawab seminar berkenaan berkata, mana-mana pihak yang menggunakan isu pelaksanaan hukum hudud sebagai modal politik untuk menang dalam pilihan raya sebenar bertujuan mencari keredaan pengundi dan bukannya keredaan Allah. Baca terus.... Jarumemas: Parti PAS adalah juaranya...

Pergolakan pentadbiran PKR Selangor — Abdul Yazid Alias

19 JUN — Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikatakan kembali bergolak berikutan tindakan Pengerusi PKR Negeri, Azmin Ali menerusi laporan sebuah portal berita propembangkang, 13 Jun lalu yang menggesa supaya Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin dipecat. Dalam laporan itu, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dinyatakan menerusi Twitter minggu lalu menerbitkan semula tulisan di laman sosial menggesa Faekah dipecat daripada jawatannya sejak mengambil alih daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 2010. Tulisan Azmin itu disiarkan menerusi kempen “Kami Sayangkan PKR” yang dihebahkan melalui laman maya. Tindakan Azmin seperti yang dilaporkan media itu bukanlah perkara yang menghairankan kerana dia sebelum ini pernah dikatakan tidak sehaluan serta tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mentadbir kerajaan negeri. Baca terus.... Jarumemas: Sana sini mengatakan PKR bergolak, Pas tak sehaluan, DAP bagaimana? Jangan ada pihak yang menangguk di air keruh dgn kekalutan rakan separti sudahlah.