Wednesday 3 July 2013

Anak bertukar agama perlu diserah kepada ibu, kata Anwar

Anak atau kanak-kanak bawah umur yang memeluk agama Islam bersama bapa perlu diserahkan di bawah jagaan ibu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tetapi ia masih perlu perbincangan yang lebih mendalam.
Kenyataan Ketua Pembangkang tersebut hadir selepas disoal wartawan tentang Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat baru-baru ini.
"Biasanya dalam ketetapan Islam seperti yang disebut Nabi apabila anak kecil masuk Islam bersama ayah tetapi ibu bukan Islam, anak itu akan dikembalikan kepada ibu untuk dijaga," kata Anwar apabila ditanya wartawan di lobi Parlimen.

Jarumemas: Jangan sampai agama dipermainkan lagi oleh pihak luar...

Tukar agama anak bukan seperti memilih makanan’, kata pemimpin PAS

Menukar agama kepada Islam bukan seperti memilih makanan kata Pesuruhjaya PAS Selangor Dr. Abdul Rani Osman.
Menurut Dr. Abdul Rani isu penukaran agama anak merupakan isu besar dan harus dibincang bersama oleh kedua ibu bapa.
"Kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk menukar agama mereka. Jika ibu bapa mereka telah bertukar agama kepada Islam, mereka perlu mendedahkan anak mereka kepada ajaran Islam," kata beliau kepada The Malaysian Insider apabila ditemui semasa Sidang Dewan Negeri di Shah Alam hari ini.

Jarumemas:  Agama dijunjung, moden dikelek...

PPPM desak kerajaan tidak tarik balik undang-undang penjagaan anak

Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) meminta kerajaan tidak tunduk terhadap desakan beberapa pihak untuk menarik balik Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013.
Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, berkata Rang Undang-Undang itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan selepas ditafsir oleh Mahkamah Persekutuan.
Beliau mendesak semua ahli Parlimen Islam dan bukan Islam tanpa mengira parti menjunjung keluhuran Perlembagaan sebagaimana sumpah mereka ketika menjadi Ahli Dewan Rakyat.
Jarumemas: Berpegang teguhlah pada ayat-ayat Allah. Jangan sampai kepala  kita dihinjak-hinjak oleh orang-orang kafir....

Ketua Hakim Negara: Tiada masalah bekas hakim kembali ke mahkamah

Ketua Hakim Negata Tun Arifin Zakaria mengatakan beliau tiada masalah dengan bekas hakim untuk kembali ke mahkamah.
Menurutnya, menghalang bekas hakim untuk kembali ke mahkamah sama seperti menyekat mereka melakukan sesuatu yang sudah biasa dilakukan dan lebih banyak manfaat dengan kehadiran mereka sebagai peguam di mahkamah.
Arifin merujuk kepada kontroversi terbaru bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengatakan kemungkinan akan mewakili calon PAS untuk kes petisyen pilihan raya di Perak.
Jarumemas: Kalau yang sedia ada sudah boleh dibeli, apa salahnya yang lama kembali bagi memartabatkan perundangan negara. 

Rang Undang-Undang penukaran agama anak ‘tidak adil’, kata Nazri

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan hari ini agama kanak-kanak bawah umur tidak boleh ditentukan oleh seorang penjaga sebaliknya keputusan tersebut mestilah dipersetujui bersama, apabila ditanya tentang pindaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang telah dibacakan kali pertama baru-baru ini.
Nazri menyifatkannya sebagai "tidak adil" kepada salah seorang penjaga tersebut sekiranya Rang Undang-Undang kontroversi baru itu dipinda.
"Jadi kepada saya, tidak adil untuk mengatakan bahawa hanya seorang daripada penjaga boleh menentukan agama anak walaupun kalau seorang itu sudah memeluk Islam," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu ketika di temui di Saloma Bistro di sini dalam majlis anjuran Tourism Malaysia.
Jarumemas: Undang-undang Allah yang sewajarnya dipatuhi bukan terpaksa mengikut kehendak orang. Bimbang nanti bala yang akan Allah turunkan kepada kita orang Islam.