Seramai 756 penduduk di Taman Seroja Salak Tinggi mendesak seorang tuan
rumah di kawasan perumahan berkenaan supaya tidak membina kuil yang
terlalu besar di laman hadapan rumah, kerana dikuatiri akan menganggu
penduduk setempat yang majoritinya adalah beragama Islam. Kamarulzaman
Mat Zain selaku wakil Persatuan Penduduk Taman Seroja mendesak agar
pihak tuan rumah mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh pihak
majlis pembandaran yang dimana sebelum ini kuil berkenaan tidak
diluluskan untuk dibesarkan dan majlis pembandaran telah meroboh kuil
berkenaan.
Satu memorandum telah dihantar ke Pejabat Menteri Besar Selangor bagi membantah pembinaan kuil berkenaan.
Sumber: Malaysiakini
Jarumemas: Sedangkan surau tidak boleh dibina dalama kawasan rumah, inikan pula kuil. Bertimbang rasalah kepada penganut agama lain, janganlah pentingkan diri. Hidup bermasyarakat perlu bertolak ansur antara satu sama lain.
No comments:
Post a Comment