Wednesday 8 January 2014

Setpol baru Najib diharap dapat kawal perbelanjaan boros Rosmah

PETALING JAYA: Pelantikan Datin Paduka Norhayati Onn sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diharap dapat membantu mengawal Pejabat Perdana Menteri berbelanja secara berhemah.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya berharap dengan kedudukan Norhayati itu dapat membawa perubahan dan menjadi pengaruh besar kepada dasar pentadbiran Najib.
“Syabas dan tahniah kepada Norhayati kerana dilantik sebagai Setiausaha Politik.
“Harapnya tidaklah budaya boros yang ada dalam Wanita Umno dan Rosmah tidak berjangkit kepada beliau,” katanya ketika dihubungi.

Jarumemas: Jangan terikut-ikut sudahlah ya....


Paderi guna kalimah Allah untuk kaburi mata orang Islam

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad mempersoalkan tujuan pihak paderi di Semenanjung yang bertegas mahu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk tuhan mereka, walaupun sejak kira-kira 500 tahun dahulu Roman Katolik memasuki Melaka, tidak pernah menggunakannya.
"Bagi saya hanya satu tujuan, iaitu untuk mengaburi mata orang Islam dengan mengatakan kalau kamu datang di gereja kami pun kamu masih beriman dengan Allah," katanya dalam sesi soal jawab di satu wacana intelektual di Kuala Lumpur Selasa.
Wacana bertajuk "Pelaksanaan Hudud di Brunei: Apa Yang Malaysia Boleh Pelajari?".
Menurut beliau, orang Islam di Malaysia perlu mempertahankan hak mereka dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
Dalam syarahannya di wacana itu, Abdul Hamid membincangkan isu hudud dan berkata pelaksanaannya tidak harus bermotif politik jika mahukan undang-undang itu berjaya dilaksanakan.
Jarumemas: Islam diperkotak-katikkan oleh mereka yang cuba menangguk di air keruh. Adakah kita perlu berdiam diri sahaja? 

Kadir Jasin: Najib 'keramat hidup' tak boleh disentuh?


Tokoh wartawan A Kadir Jasin mempertahankan siri kritikannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang disifatkannya boros, cemerkap menguruskan kewangan dan tidak sensitif terhadap perasaan rakyat.

Ini kerana, menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu, masih banyak masalah membimbangkan dalam pentadbiran Najib, selain kesan negatif rasionalisasi terhadap ekonomi.

“Adakah beliau raja berkuasa mutlak yang tidak boleh disentuh barang sedikit pun?

“Atau adakah dia keramat hidup yang bebas daripada segala bentuk kesilapan?” sindir Kadir.

Menulis di blognya semalam, Kadir juga membangkitkan langkah Najib dua tahun berturut-turut bercuti di luar negara dan kemudian “menjanjikan khabar buruk” kepada rakyat dengan memansuh dan mengurangkan subsidi secara serentak.

Dalam tulisan panjang itu, Kadir juga membangkitkan soal kemerosotan nilai ringgit, masalah defisit belanjawan, hutang negara yang makin meruncing serta penjualan aset bagi mengatasi masalah kewangan negara.


Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Bila kita berada di puncak ramai yang melihat kita. Kekuatan dan kelemahan kita mudah dilihat. Oleh itu, segala tindak tanduk kita diperhatikan maka sewajarnya kita berhati-hati dengan toindakan dan tutur kata kita. 

Pimpin melalui teladan, pesan penganalisis kepada pemimpin BN

Pemimpin Barisan Nasional (BN) perlu memimpin melalui teladan dan peka dengan keadaan rakyat yang sedang dihimpit kos sara hidup meningkat atau kerajaan berdepan risiko kehilangan sokongan pada pilihan raya umum ke-14 nanti, kata penganalisis.
Ahli politik juga perlu mengekang gaya hidup mereka seiring dengan permintaan Putrajaya agar berjimat, kata penganalisis, susulan kebimbangan orang ramai bahawa pemimpin kerajaan persekutuan BN tidak mengurangkan perbelanjaan mereka.
Profesor Madya Shaharuddin Badaruddin dari UiTM, berkata ahli politik kedua-dua pihak perlu melaksanakan kata-kata mereka dengan mengurangkan perbelanjaan.

Jarumemas: Ukur baju di badan sendiri, bak kata orang-orang tua. 

Perkasa tidak kisah jika dana ditamatkan

Kumpulan pendesak Melayu, Perkasa tidak akan berdepan dengan masalah sekiranya kerajaan pusat menghentikan dana kepada pertubuhan itu bagi memenuhi desakan DAP.
Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali, berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh mengarahkan agensi kerajaan untuk tidak lagi membiayai program dan aktiviti Perkasa sekiranya beliau merasakan menyelamatkan polisi 1Malaysia adalah lebih penting daripada pertubuhan itu.
Malah, Syed Hassan mendakwa dana diterima Perkasa sebelum ini daripada kerajaan bukan dalam  bentuk jumlah besar, tidak ubah seperti melepaskan batuk di tangga dan mengakui ia amat kurang berbanding dengan apa diperolehi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk pertubuhan kaum lain.

Jarumemas: Perjuangan lebih penting...

Muhyiddin hina intelektualiti sasterawan

Sebagai seorang penulis dan sasterawan, saya rasa terhina dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti disiarkan di Bernama dan beberapa portal berita dalam talian.

Pada suatu majlis penyampaian hadiah di kediaman rasminya di Putrajaya semalam, beliau dilaporkan berkata bahawa golongan sasterawan sentiasa bersama kerajaan dan tidak pernah bersama pembangkang dalam membangunkan negara Malaysia.

Kata-katanya ini bersifat menghina intelektualiti, jati diri dan maruah golongan sasterawan; seolah-olah sasterawan hanya berhak memilih antara “kerajaan” dan “pembangkang”.

Untuk perhatian Muhyiddin dan para Badut Paul Lathic, saya bukan “penyokong kerajaan” mahu pun “penyokong pembangkang”. Saya adalah penyokong Rakyat; khususnya minoriti yang anda tindas secara terancang menggunakan senjata politik dan perkauman.


Jarumemas: Bukan sasterawan sahaja berada di atas landasan neutral tidak memihak mana- mana pihak. Masih ramai lagi kumpulan atau individu yang bersikap nbeutral dalam segi pandangan politik mereka. 

Dengar rintihan bukan rendahkan suara rakyat

MAPIM berpendapat sangat penting para ulama berperanan menjernihkan keadaan ketika umat menghadapi kemusykilan menghadapi isu kenaikan kos sara hidup dan pelbagai kemelut hidup akibat kepincangan urustadbir pemerintah.


Di kala umat sangat mengharapkan kefahaman dan keprihatinan dari pemerintah dan bila umat hilang arah untuk menyalurkan aduan agar masalah mereka didengari, ulama adalah tempat umat mengharap dan mengadu.


Rakyat mengharapkan ulama menegur umara supaya tidak terus mengenepikan keresahan rakyat.



Untuk mendakwa penyaluran maklumat mengenai isu kos sara hidup kepada perdana menteri tidak diusahakan adalah tidak tepat.



Suara rakyat, termasuk ahli akademik dan pemimpin politik dalam dan luar kerajaan yang dikumpul dan disiar dalam media sepatutnya sudah cukup untuk perdana menteri memberi respon yang wajar terhadap keresahan rakyat.



Tidak timbul isu mahu menggulingkan kerajaan kerana rakyat hanya menuntut agar kos sara hidupkan diturunkan.


Jarumemas: Kerajaan telah banyak memberi pelbagai insentif kepada rakyat. Apa yang kerajaan hanya sedikit sahaja. Malangnya, ada pihak yang sedang menangguk di air keruh kerana ingin popular. 

Dr M: Hiburan boleh, tapi jangan lucah di Putrajaya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sememangnya berharap agar pengurusan Putrajaya dapat menyediakan hiburan ringan seperti Champs Elysees di Paris bagi menggalakkan kunjungan pelawat ke pusat pentadbiran tersebut.

Katanya, kunjungan orang ramai ke kawasan tersebut akan mengelakkan bandar itu menjadi kawasan sunyi yang hanya menarik kunjungan penjenayah apabila tamat waktu kerja.

Bagaimanapun, bentuk hiburan yang hendak disediakan itu hendaklah disesuaikan dengan suasana di Putrajaya.

“Adanya hiburan ini tidak bercanggah dengan idea Putrajaya. Saya tidak bersetuju jika diadakan kedai arak dan tarian bogel di Putrajaya. Tetapi jika diadakan sedikit hiburan tidak mengapa,” katanya.


Jarumemas: Dalam hati ada taman, bak kata M. Nasir....

JAIS tak salah, tetapi tak berhemah

Penulis berasa terpanggil untuk memberikan penjelasan dari sudut perundangan, berhubung isu hangat diperkatakan, apabila sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dibantu oleh anggota polis telah menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) di Damansara Kim.

Meski pun kitab Bible dalam bahasa Melayu yang menggunakan perkataan Allah tersebut dikatakan hanya akan diedarkan kepada penganut Kristian sahaja, persoalan mudah yang boleh ditanya kepada diri kita sendiri, kenapa Kitab Bible dalam Bahasa Melayu itu disimpan dalam negeri Selangor? 

Adakah dapat dipastikan atau ada jaminan bahawa Bible berbahasa Melayu itu hanya untuk penganut Kristian sahaja? Semua maklum bahawa orang Melayu pada dasarnya beragama Islam.

Jika Bible itu akan disebarkan kepada penganut Kristian sahaja, mengapa dicetak dalam bahasa Melayu? Adakah orang Melayu beragama Kristian?

Maka, adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa negeri, termasuk JAIS dan MAIS untuk menjaga kepentingan umat Islam di Negeri Selangor, daripada dakyah agama bukan Islam.

Namun, pada pendapat penulis, JAIS sepatutnya lebih berhati-hati terutama apabila melibatkan pihak dari kalangan agama lain.

Tindakan perlu lebih berhikmah dan berhemah, ibarat menarik rambut dari tepung. Rambut tidak putus, tepung tidak berselerak. 

Lebih-lebih lagi di mana setiap kecacatan atau kelemahan pihak-pihak berkuasa akan dimanupulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai agenda tertentu. 

Oleh Musa Awang. 

Selanjutnya...www.malaysiakini.com

Jarumemas: Diharapkan dengan tulisan Musa Awang ini akan dapat memberikan jawapan kepada permasalahan ini. 

MP: Trio DAP jangan campur urusan Islam


Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata tidak wajar tiga ADUN DAP Selangor "campur tangan" apabila mencadangkan supaya Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 negeri itu dipinda.

Menyifatkan pindaan enakmen itu sebagai "urusan orang Islam", Khalid - yang mencetuskan kontroversi hampir sama pada 2010 – berkata, tindakan wakil rakyat DAP itu bercanggah dengan prinsip perjuangan parti, sekali gus memburukkan lagi suasana.

"Sepertimana mereka tidak mahu orang Islam campur tangan dalam urusan agama bukan Islam, begitu juga orang Islam tidak mahu lihat campur tangan bukan Islam dalam urusan agama Islam.

"Tindakan mereka akan bercanggah dengan prinsip yang mereka perjuangkan sendiri. Malahan ia akan digunakan untuk memburukkan keadaannya lagi," katanya melalui SMS jawapan kepada Malaysiakini.


Jarumemas: jangan dijolok sarang tebuan...