Wednesday 19 December 2012

K'jaan akan tarik balik saman AES?

Perkembangan terkini mungkin membawa kepada penarikan balik saman trafik yang dikeluarkan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), dengan kes-kes ditarik balik di sekurang-kurangnya dua mahkamah sejak semalam.

Menurut penasihat undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff, ianya benar-benar berlaku sejak semalam tetapi peguam badan tersebut tidak dapat menghadiri kes-kes berkenaan.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Kesudahannya pembangkang yang jadi juara.

AirAsia didenda A$200,000 kerana tidak memasukkan cukai, caj dalam laman web

MELBOURNE, 18 Dis — Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia telah dikenakan denda kerana tidak memasukkan cukai dan lain-lain caj dalam laman sesawangnya.

Syarikat penerbangan itu didenda A$200,000 di Mahkamah Persekutuan Melbourne hari ini kerana melanggar peruntukan peletakan harga tunggal Undang-Undang Pengguna Australia, kata Australian Associated Press.

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia berkata kes itu berkaitan dengan tempoh 10 bulan ketika laman sesawang www.airasia.com tidak menunjukkan beberapa harga tambang penerbangan termasuk semua cukai, duti, yuran dan lain-lain caj mandatori “dalam cara yang jelas dan sebagai angka tunggal”.

Denda itu membabitkan penerbangan antara Melbourne dan Macau, London, Ho Chi Minh City, New Delhi, Hangzhou dan Chengdu, serta, dari Perth ke Taipei, Phuket, Osaka, London, Ho Chi Minh City dan Hangzhou dan dari Gold Coast ke Ho Chi Minh City.

Hakim mahkamah itu berkata melainkan harga penuh dipaparkan dengan jelas, pengguna akan tertarik kepada urus niaga yang beliau tidak akan, jika sebaliknya, rasakan menarik dan kemudian dengan rasa tidak puas hati akan terpaksa membuat bayaran penambahan daripada bersusah payah membatalkan transaksi dan mencari penerbangan lain.

Beliau berkata syarikat itu juga akan mendapat kelebihan daripada pesaing yang mematuhi undang-undang itu.

Beliau menerima janji mahkamah daripada Air Asia Bhd menghalangnya melakukan perkara ini selama tiga tahun.

“Langkah ACCC ini mempertahankan kepentingan semua harga terangkum.

“Pengguna mesti mendapat maklumat harga yang tepat, dan, syarikat penerbangan lain memerlukan persaingan yang adil bagi peletakan harga dalam industri bersaingan sengit ini di mana pengguna sensitif tentang harga,” kata pengerusi ACCC Rod Sims kepada AAP. — Bernama

Jarumemas: Pengguna di Malaysia tak nak saman AirAsia ke? 

Mahfuz menggesa JPJ pulangkan bayaran saman pesalah AES

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu memulangkan semula bayaran oleh pesalah trafik yang dikenakan saman kamera kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selepas membawa kes tersebut ke mahkamah, gesa Datuk Mahfuz Omar hari ini.

Ahli parlimen Pokok Sena itu  mendakwa agensi kerajaan tersebut menghentikan sementara penguatkuasaan kamera perangkap laju tersebut ekoran langkah semalam apabila menarik balik saman tersebut ke atas mereka yang dihadapkan ke mahkamah.

“Apabila saman ditarik balik, ia menunjukkan terdapat masalah dengan penguatkuasaan AES,” kata Mahfuz yang juga mengetuai sebuah kumpulan Kumpulan Anti Saman Ekor (KASE) kepada wartawan.

Berita lanjut....

Jarumemas: Kerajaan perlu berfikir pro dan kontra sebelum melaksanakan satu-satu peraturan dan undang-undang supaya tidak ditempelak oleh pihak-pihak yang sering menangguk di air keruh.

Artikel mengenai Habibie tidak wajar dan tidak beretika, kata Yudhoyono

JAKARTA, 18 Dis — Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono berkata artikel yang ditulis oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia Tan Sri Zainuddin Maidin mengenai presiden ketiga Indonesia BJ Habibie, adalah tidak wajar dan tidak beretika.

Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.

“Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur,” kata Yudhoyono (gambar) dipetik oleh agensi berita Antara, sepertimana diterbitkan oleh akhbar berbahasa Inggeris, The Jakarta Post pada Selasa.

Yudhoyono yang akan berlepas ke Malaysia pada Selasa bagi menghadiri Rundingan Tahunan, forum peringkat tertinggi dalam hubungan dua hala Malaysia-Indonesia, berkata Indonesia akan membangkitkan isu saling hormat menghormati supaya insiden serupa tidak berulang yang boleh menjejaskan persahabatan antara kedua-dua negara.

Artikel Zainuddin disifatkan oleh banyak pihak di Indonesia sebagai “serangan” terhadap Habibie.
Sementara itu, jurucakap presiden, Teuku Faizasyah berkata presiden akan membangkitkan isu-isu penting termasuk perlindungan warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sempadan, perdagangan dan pelaburan pada mesyuarat itu.

Berita lanjut...

Jarumemas: Inilah yang dikatakan cubit paha kanan, paha kiri terasa. Cakap malam dengar-dengar, cakap siang pandang-pandang...

500 penduduk berhimpun aman, bantah kerajaan Kelantan gagal selesai isu air

KUALA KRAI, 18 Dis — Kira-kira 500 penduduk di beberapa kampung di sini, berhimpun secara aman bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri  yang didakwa gagal menyelesaikan masalah bekalan air bersih sejak setahun lalu.
 
Mereka membawa sepanduk menyatakan rasa puas hati dengan sikap kerajaan negeri melalui Air Kelantan tidak  Sdn Berhad (AKSB) yang gagal membekalkan air bersih kepada mereka.

Kampung terlibat ialah Kampung Petaling, Bunut Payung, Kampung Che Wan, Kampung Bechah Batu Besar, Kampung Dalam Gelap, Kampung Baru Telekong dan Kampung Ulu Geh.

Antara tulisan yang tertera pada sepanduk ialah: “Kerajaan Pas Kelantan Gagal Selesaikan Masalah Kami” dan “Air Tak Dak, Nak Mandi Susah”.

Penghulu Kampung Telekong, Abdullah Abu Bakar berkata kebanyakan penduduk menggunakan air hujan dan ada yang menggunakan air sungai untuk minum dan kegunaan harian.

 “Kami kini membayar bil air kepada syarikat pengendali bekalan air bersih AKSB seolah-olah bayar bil untuk angin, kerana kebanyakan paip kami tidak keluar air sebaliknya keluar angin,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.


Jarumemas: Setiap kali balik dari negeri itu teman akan kena cirit birit..

Hadi perlu tarik balik amanat 1980 demi kebaikan semua pihak — Bashah

ALOR SETAR, 18 Dis — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang  dan kepimpinan parti itu perlu menarik balik dengan segera amanat yang dikeluarkan presiden PAS itu pada 1981 bagi memastikan masyarakat Melayu kembali bersatu demi kebaikan semua pihak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata amanat itu telah memecah belahkan orang Melayu dan kembali aktif sejak akhir-akhir ini sehingga ada anggota PAS berdoa untuk kehancuran Umno yang dianggotai Melayu Islam.

“Amanat itu perlu ditarik balik oleh beliau (Hadi) kerana amanat bersifat ekstrem itu masih dipegang oleh anggota dan penyokong PAS dari dahulu hingga kini. Hari ini wujud perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ahmad Bashah yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata berkata PAS mengkafirkan Umno disebabkan ia berkawan dengan parti komponen kaum lain tetapi hari ini mereka boleh bekerjasama dengan DAP.

Mereka seolah-olah lupa apa yang mereka cakap sebelum ini dan seolah-olah memejamkan mata dengan apa yang mereka lakukan, katanya. — Bernama

Jarumemas: Fahaman ini memang telah tertanam dalam lubuk hati pengikut PAs yang fanatik dengan parti ini, terutamanya bagi mereka yang begitu taksub dengan Haji Hadi. 

Jabatan Peguam Negara beku saman AES

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibekukan untuk mengkaji isu perundangan yang dibangkitkan.

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibekukan untuk mengkaji isu perudangan yang dibangkitkan. — Gambar AFP
Kenyataan yang dikeluarkan AGC hari ini selepas rungutan pelbagai pihak terhadap AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu.
 
“Semua prosiding berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diarah ditangguhkan sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan.”

Kenyataan itu turut menyebut saman AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah, bagaimanapun pihaknya mengambil berat beberapa perkara undang-undang dan teknikal yang ditimbulkan berikutan pelaksanaan saman tersebut

“Keputusan akan dibuat dalam beberapa hari berhubung isu di atas,” kata AGC melalui satu kenyataan hari ini.

“Berikutan empat saman AES yang digugurkan kerana tidak cukup bukti, AGC akan mengkajinya semula dan akan mendaftarkannya jika mahukan pendakwaan,” tambahnya.


Jarumemas: menongkah arus??

Pembangkang bersandarkan ‘fitnah dan pembohongan’ untuk raih sokongan rakyat — Musa

KOTA KINABALU, 18 Dis — Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pakatan pembangkang kini semakin ketandusan modal untuk menyerang Barisan Nasional (BN) dan hanya bersandarkan “fitnah dan pembohongan” bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau yakin rakyat terutama di Sabah tidak mudah terpedaya dengan taktik kotor pembangkang, sebaliknya menyokong kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terbukti kemampuannya untuk membangunkan negara ini.

“Rakyat Sabah tahu menilai kerajaan yang boleh membawa pembangunan untuk rakyat. Ada di kalangan pemimpin pembangkang yang pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri, timbalan ketua menteri atau menteri...apa yang mereka buat untuk rakyat?

“Pemimpin pembangkang kata tiada apa-apa pembangunan di Sabah di bawah kerajaan BN. Ini satu pembohongan untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Apakah mereka tidak sedar jalan raya yang digunakan oleh pemimpin pembangkang pun adalah hasil usaha kerajaan BN.


Jarumemas: Pembangkang sedang  menggeraksarafkan minda rakyat. Jelas yang benar disalahkan dan yang salah dibetulkan. Pemimpin BN perlu membetulkan segala tanggapan negatif dengan bersungguh-sungguh jika mahu memastikan BN berjaya pada PRU ke-13 nanti.

Putrajaya tarik sekatan ke atas jemaah Kristian ke Israel

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Pentadbiran Najib menamatkan kuota, had umur dan lain-lain larangan ke atas penganut Kristian di Malaysia yang mahu menziarahi Jerusalem, kata pemimpin gereja dan agensi pelancongan. 

Langkah Barisan Nasional (BN) sebelum sambutan Krismas dan pilihan raya umum dilihat bertujuan memenangi hati kumpulan minoriti tersebut yang meliputi 10 peratus daripada 28 juta rakyat Malaysia, akan tetapi dianggap penting sebagai undi penentu terutamanya dikawasan bandar dan penting dalam perebutan mendapatkan sokongan pengundi pertengahan.

“Ya! Kebenaran diberikan kepada kami seperti yang dituntut,” kata Rev Hermen Shashtri kepada The Malaysian Insider dalam satu teks pesanan ringkas semalam.

Setiausaha agung Majlis Gereja Malaysia (CCM), Shastri sebelum ini mengkritik Putrajaya kerana sering “menukar pendirian” semasa mesyuarat antara kerajaan dan pemimpin gereja, seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ) pada Julai tahun ini.

Masyarakat Kristian di Malaysia tidak gembira dengan keputusan Putrajaya yang hanya membenarkan gereja menghantar 20 orang jemaah ke Jerusalem setahun, menghadkan tempoh menetap selama seminggu disamping sekatan lain kerana menganggap ia membelakangi hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, masyarakat Krisitian dan Muslim di Malaysia terlibat dalam perbalahan penggunaan perkataan “Allah” dengan masyarakat Islam, mengatakan perkataan tersebut eksklusif untuk mereka kerana Islam adalah monoteistik dan perkataan “Allah” bermaksud tuhan orang Muslim.


Jarumemas: Perkataan ALLAH hanya untuk orang Islam sahaja.

Menteri Pengangkutan diminta batalkan saman AES

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha diminta membatalkan 300,000 saman dikeluarkan oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan rakyat apabila dilihat sebagai penswastaan dalam penguatkuasaan undang-undang jalanraya.

Kerajaan Pulau Pinang memberitahu Putrajaya hari ini untuk tidak hanya menangguhkan saman dikeluarkan AES, tetapi membayar semula kepada orang ramai saman yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak 23 September.

“Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha seharusnya menggunakan kuasanya untuk membatalkan saman JPJ sebagai menebus kesilapannya menyokong AES.

“Jika Kong tidak melakukan demikian, beliau harus letak jawatan kerana menyokong AES, dan memburuk-burukkan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mengatakan kami menggalakkan kemalangan berlaku,” kata Lim Guan Eng yang merupakan ketua menteri Pulau Pinang, dalam satu kenyataan hari ini.

Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan semalam mengarahkan penangguhan kepada semua prosedur mahkamah melibatkan saman AES untuk mengkaji semula undang-undang, walaupun saman itu masih lagi sah.


Jarumemas:  Memang manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah didapati. Memang betul kata peribahasa, dah diberi betis hendakkan paha pula....

Pemimpin BN beri amaran kedudukan Malaysia dalam pengaliran wang haram

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) meminta kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempercepatkan usaha dan menghentikan pengaliran wang haram daripada ekonomi Malaysia, dan menegaskan  bahawa sekiranya terus dibiarkan, imej dan integriti negara akan menerima kesan buruk, terutamanya kepada pelabur global.

Bercakap kepada The Malaysian Insider hari ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai mengakui laporan Integriti Kewangan Global (GFI) terbaru dalam pengaliran modal bagi tahun 2010 dan bersetuju bahawa kerajaan akan mengemukakan langkah pencegahan.

“Kami akan menyemak mengenai perkara ini dan mendapatkan BNM untuk membalas,” katanya memberi jaminan.

Pemantau kewangan yang berpangkalan di US, GFI, dalam laporan terbaru, mendapati Malaysia berada di tangga kedua daripada 150 negara-negara membangun yang dikaji, mencatatkan kerugian sebanyak USD64.38 bilion (RM196.84 bilion) wang haram bagi tahun 2010 sahaja.


Jarumemas: Yang ruginya kita juga...