Tuesday 3 April 2012

PINTU SEMPADAN SESAK, RAMAI 'CABUT' DARI HATYAI

Pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, sesak sejak awal pagi semalam apabila ribuan rakyat Malaysia termasuk warga asing yang berada di negara jiran itu bergegas pulang ke tanah air berikutan insiden letupan bom di sebuah pasar raya di Hatyai, petang kelmarin.

Difahamkan, sebaik pintu sempadan dibuka jam 7 pagi, orang ramai terutama warga tempatan termasuk pelancong asing dilaporkan sudah sedia menunggu dan beratur panjang untuk masuk ke negara ini menerusi Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) di sini.

Jumlah pelancong Malaysia termasuk rombongan beberapa agensi kerajaan ke Thailand menerusi pintu sempadan di sini, dilaporkan meningkat sejak petang Jumaat lalu, berikutan cuti hujung minggu.

Jurucakap Jabatan Imigresen di Bukit Kayu Hitam, berkata berlaku sedikit kesesakan sejurus pintu sempadan dibuka sejak awal pagi semalam, apabila orang ramai terutama rakyat tempatan yang berada di Thailand berpusu-pusu masuk ke Malaysia.

“Bagaimanapun, kesesakan itu kembali pulih kira-kira jam 11 pagi, namun pergerakan masuk ke tanah air tidak putus sehingga lewat petang dan dijangka berterusan sehingga pintu sempadan tutup jam 12 tengah malam ini (semalam).

“Manakala, pergerakan keluar dari Malaysia ke Thailand pula dilaporkan perlahan berbanding jumlah biasa,” katanya dipetik dari Berita Harian.

Dianggarkan 900 hingga 1,000 orang keluar ke Thailand menerusi sempadan setiap hari dan jumlah itu meningkat sehingga 1,500 orang setiap hujung minggu dengan 80 peratus daripadanya membabitkan rakyat Malaysia.

Pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, menjadi pilihan utama rakyat tempatan untuk melancong ke Hatyai menerusi jalan darat berbanding Padang Besar dekat Perlis kerana kemudahan lebuh raya. Dari Bukit Kayu Hitam ke Pekan Hatyai, Thailand hanya kira-kira 40 kilometer.

Sementara itu, kebanyakan pelancong tempatan yang ditemui mendakwa mereka terpaksa mengambil keputusan pulang lebih awal ke tanah air kerana berasa tidak selamat jika terus berada di negara itu.-

Sumber: Agendadaily

Jarumemas memang tak berapa minat melancong ke negara gajah putih tu sebab bimbangkan keselamatan diri semasa di sana. Buat masa ini eloklah tangguhkan dulu bercuti ke tempat-tempat yang bergolak ini. Di negara kita masih banyak tempat yang boleh dilawati.

Adam Adli ditumbuk ketika rundingan penduduk

Rundingan 34 penduduk flat lama PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk.

NONEMenurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.

Adam yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.

Adam ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu.


Jarumemas: Apa lagi yang dia nak tunjuk ni? Sengaja cari fasal. Memang patut pun kena tumbuk dengan penduduk setempat. Janganlah nak jadi hero pulak. Entah berapa RM yang dibayar untuk jadi hero malaya ni ya?

KEMPEN MENDAFTAR JADI PENGUNDI



Sumber:  Utusan Malaysia Online

Jarumemas teringatkan telatah arwah abah semasa di pusat mengundi pada PRU ke-12. Allahyarham tidak pernah melepaskan peluang untuk mengundi walaupun dalam keadaan uzur. PRU 12 adalah kali terakhir  arwah mengundi. Arwah sangat sedih apabila banyak kerusi jatuh kepada pembangkang terutamanya kawasan Parlimen dan DUN  tempat dia membuang undi. Semasa sihat, arwah akan berjaga sampai ke pagi menanti keputusan pilihan raya dan akan mencatat setiap kemenangan dan kekalahan calon BN. Arwah meninggal pada 6 November 2008.

POLL PANEL PROPOSES MINIMUM FOUR-YEAR MANDATE FOR NEW GOVERNMENTS

KUALA LUMPUR, April 3 — Parliament’s electoral reforms panel has recommended future federal governments serve out a minimum four-year term before being allowed to call elections.

“The committee recommends that the duration of Parliament can only be dissolved after it has achieved four years and this shall be provided for in the law,” the panel said in its report tabled to the Dewan Rakyat today.

Article 3 of the Federal Constitution currently states that, “Parliament, unless sooner dissolved, shall continue for five years from the date of its first meeting and shall then stand dissolved.”

The bipartisan nine-member panel, formed six months ago, however noted that the power to determine the date of Parliament’s dissolution does not come under the jurisdiction of the Election Commission (EC).


Jarumemas agree with this reccommendation. The four-year durations of Parliament will give both the existing govenrment and the oppositions ample time to fulfil and review all their promises to the rakyat.

LONJAKAN PENGUNDI TURUT BERLAKU DI KERUSI BN

Lonjakan mendadak bilangan pengundi bukan sahaja berlaku di kerusi yang diwakili Pakatan Rakyat, tetapi juga di kerusi BN, antaranya Parlimen Gua Musang dan Pekan. Ia adalah antara 17 kawasan parlimen yang mencatatkan peningkatan lebih daripada 20 peratus bilangan pengundi sejak pilihan raya umum 2008.

pulau ketam village head election 310711 votingPeningkatan tersebut, yang melebihi purata nasional sebanyak 13.8 peratus, dikesan dalam daftar pemilih yang dikemaskini pada suku akhir 2011.

Daripada 17 kerusi tersebut, sembilan dimenangi Pakatan dalam pilihan raya umum lalu - Bukit Gantang (kekal disandang Pakatan dalam pilihan raya kecil pada 2009), Gopeng, Hulu Selangor (dirampas kembali BN dalam pilihan raya kecil pada 2010), Selayang, Hulu Langat, Serdang, Puchong, Subang dan Kota Raja.

Tujuh lagi kerusi ialah di negeri Selangor yang ditadbir Pakatan, masing-masing tiga di Perak dan Johor, dua di Pahang dan masing-masing satu di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Lonjakan bilangan pengundi di Gua Musang dan Pekan dilihat sebagai satu kejutan, kerana kedua-dua kawasan pilihan raya itu terletak di kawasan luar bandar dengan pertumbuhan penduduk yang perlahan. Di samping itu, ia merupakan kubu kuat BN yang dijangka tidak berdepan dengan persaingan politik yang sengit.

ooppss!!...Sebenarnya rakyat dah mula mauk dan jelak dengan cara pemerintahan Pakatan Pembangkang yang 'cakap tak serupa bikin'!!!

BERSIH 3.0 WILL HAPPEN THIS MONTH, SAY SOURCES

KUALA LUMPUR, April 3 — Bersih is expected to announce the date of its third rally for free and fair elections tomorrow, which sources within the election watchdog group say may take place at the end of the month.

A Bersih steering committee member, who did not wish be named, told The Malaysian Insider that details of “Bersih 3.0” will be revealed at a press conference at the Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) here.

The member would not divulge further information but Internet reports have already marked April 28 as the likely date for the coming rally, and Dataran Merdeka as the chosen venue.

Another Bersih source would neither confirm nor deny the rumours, but admitted yesterday the group has plans in the pipeline to push for greater electoral reforms.

Read more...

ooppss!!!...All the while EC has fulfilled what they had voiced out and yet still not satisfied. The rakyat had enough and they don't want to demonstrate anymore. They want peace and harmony. They do not want to contribute to traffic jams that will takes place, especially in the heart of the city. They do not want to  trouble the  the police and other bodies as what had happened during  Bersih 2 rally.