Wednesday 10 April 2013

Usaha terancang mencabar ketuanan Melayu

Sistem demokrasi tidak semuanya benar. Namun ia antara sistem pentadbiran dan pemerintahan negara yang terbaik pernah diamalkan. Sistem 1 man 1 vote banyak menyelesaikan masalah pemerintahan. Di samping itu, banyak juga masalah ditimbulkan sistem ini.

Sebagai negara yang sedang membangun, Malaysia menghadapi pelbagai masalah, terutama apabila ras atau etnik serta agama menjadi tunjang perjuangannya. Kebaikan sistem demokrasi bukan saja diamalkan di Malaysia tetapi di negara sedang membangun dan membangun, seperti di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Hampir semua negara ini menumpu kepada kesetiaan agama atau keturunan etnik, walaupun ada parti politik yang menyasarkan ideologi parti. Namun, apabila rakyat terdiri daripada satu-satu kaum yang besar, maka muncullah parti politik menggunakan kaedah keturunan kaum dan agama mengatasi ideologi parti.

Perlembagaan negara ini sendiri mencerminkan demokrasi Par Excellence, sungguhpun pada awalnya pembentukan negara sudah wujud kontrak sosial yang tidak bertulis yang memberi hak tertentu kepada orang Melayu, iaitu penghuni asal negara ini. Tetapi dalam pada itu pun rakyat keturunan ras yang lain turut diberi pengiktirafan sebagai rakyat yang sah tidak boleh dipersoalkan hak mereka. 
 

Jarumemas: Malangnya orang Melayu yang jadi tali barutnya.

Husam sah bertanding di Putrajaya dalam usaha meroboh kubu kuat BN

KUALA LUMPUR, 9 April — Pakatan Rakyat (PR) mula menggerakkan jentera mereka untuk merobohkan kubu kuat Barisan Nasional (BN) apabila PAS hari ini mengesahkan Datuk Husam Musa akan bertanding menentang Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur di kerusi Parlimen Putrajaya.

Pengumuman yang dibuat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS sebentar tadi menyaksikan keyakinan PR semakin menebal untuk menawan kubu BN apabila meletakkan naib presiden mereka di bandar kerajaan itu.

"Saya mengumumkan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan bertanding di Putrajaya," kata Abdul Hadi pada sidang media hari ini.


Jarumemas: Orang Putrajaya perlu memastikan Husam kecundang pada PRU 13 ini kerana anda sedia maklum apa akan jadi kepada Putrajaya jika pembangkang memerintah. Putrajaya akan digadai oleh mereka....

EC: No more extension, come home to vote

Malaysians out of the country who have failed to register as overseas voters after the midnight deadline must come back to vote come in the 13th general election, as the Election Commission (EC) does not have the power to change the deadline it gazetted.

"With regard to the deadline (for overseas voter registration) of 12 midnight on the day of parliament's dissolution, the law states that there cannot be any extension to the original time as it has already been gazetted," explained its chairperson, Abdul Aziz Mohd Yusof

"I advise those who have failed to register before the deadline to look to themselves and ask why it happened that way, and return home to vote," he added.


Jarumemas: By all means do come back to vote.

Umno memikirkan untuk melawan DAP, bergantung kepada undi Melayu

KUALA LUMPUR, 10 April — Umno merancang untuk meletakkan calon mereka sama ada di kesemua kerusi DAP atau kebanyakkan daripadanya kerana undi Melayu boleh diharapkan berbanding undi Cina, kata ahli strategi.

The Malaysian Insider difahamkan, bilik perang Barisan Nasional (BN) percaya, calon Umno boleh mematahkan serangan DAP di Johor dan kerusi majoriti Melayu lain berbanding dengan MCA.

“Calon Umno mempunyai peluang lebih cerah untuk mempertahankan kerusi BN berbanding MCA, jadi kami melihat kemungkinan mengetengahkan lebih ramai calon Melayu,” kata sumber dari gabungan pemerintah itu kepada The Malaysian Insider.


Jarumemas: Bukan UMNO yang kata, ahli strategi yang kata.

Umat Islam perlu elak daripada perbuatan 'haram-mengharam' - Mohamad

SEREMBAN, 9 April (Bernama) -- Umat Islam perlu mengelak daripada terjerumus dalam perbuatan ''haram-mengharam'' yang dilihat boleh menyebabkan perpecahan dan kehancuran di kalangan umat Islam sendiri.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jika berlaku perpecahan, masyarakat Islam di negara ini tidak akan mampu bekerjasama untuk membawa atau menyumbang apa-apa kejayaan kepada negara.

"Ada orang kata sembahyang saya tidak ada pahala. Ada orang kata saya kafir. Ada orang kata saya buat masjid kerana mahu bagi kontrak pada orang. Tapi yang pentingnya dalam hidup ini niat kita yang baik. 

"Kalau macam sesetengah pihak mengadakan kuliah atau ceramah agama kalau niat kerana agama, Alhamdulillah. Tapi kalau buat untuk tarbiahkan orang supaya masuk PAS, itu tujuannya lain," katanya kepada pemberita selepas menghadri majlis makan tengah hari bersama ketua-ketua jabatan kerajaan negeri di sini hari ini.


Jarumemas: Perpaduan dan mengeratkan silaturrahim sesama Islam adalah dituntut. Janganlah kerana kepentingan peribadi kita bermusuh sesama sendiri.

Shahrizat sah tidak bertanding pada PRU-13

KUALA LUMPUR, 9 April -- Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). 

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), berkata PRU-13 bukanlah masa yang sesuai untuk beliau bertanding, sebaliknya ia masa untuk membantu menguatkan jentera Wanita untuk memastikan kemenangan BN.

"Walaupun saya ''jeneral tentera'' Wanita tapi tak semestinya saya kena bertanding. Saya seorang yang realistik, masa untuk saya akan datang tapi bukan PRU-13," katanya dalam sidang media di sini.


Jarumemas: Keputusan yang baik kerana bak kata Tun Mahathir dulu 'do not overstay your welcome'.

Pengundian boleh diadakan pada hari bekerja - Pengerusi SPR

PUTRAJAYA, 9 April -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 nanti diadakan pada hari bekerja walaupun kelazimannya diadakan pada hujung minggu.

"Pengundian boleh diadakan pada mana-mana hari, tetapi SPR perlu menimbangkan banyak faktor sebelum memutuskan tarikhnya," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata SPR tidak mahu hari pengundian diadakan pada hari yang berbetulan ada aktiviti kebudayaan atau upacara keagamaan mana-mana kaum.

Ia juga akan memeriksa dengan Jabatan Meteorologi mengenai ramalan cuaca sebelum memutuskan tarikh pengundian, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada perwakilan asing mengenai pilihan raya umum akan datang.


Jarumemas: Apa pun Jarumemas akan tetap balik mengundi, In Shaa Allah.

Tiga tokoh Pas bertaruh nasib di luar Kelantan

KUALA LUMPUR, 9 April -- Adakah langkah PAS menamakan tiga tokoh parti itu untuk bertanding di luar Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menggambarkan mereka sudah hilang keyakinan boleh menang di negeri itu, atau Kelantan dan negeri pantai timur sudah tidak lagi menerima mereka?. 

Perkara ini menjadi tanda tanya apabila Presiden PAS mengumumkan sejumlah nama calon parti itu untuk PRU13 di sini hari ini. 

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang pada pilihan raya umum 2008 ditolak oleh pengundi kawasan Parlimen Kuala Terengganu dinamakan sebagai calon PAS untuk kawasan Parlimen Pendang di Kedah; manakala Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, akan bertanding di kawasan Parlimen Putrajaya, kubu kuat Barisan Nasional. 

Salahuddin Ayub pula yang sebelum ini menyandang kerusi Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dinamakan calon di satu lagi kubu kuat BN iaitu kawasan Parlimen Pulai, di Johor, yang pada pilihan raja umum 2008 dimenangi oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed dengan majoriti selesa 20,449 undi. 

Muslihat PAS sukar diduga, tetapi sebilangan pihak mengatakan bahawa peralihan Husam ada kaitan dengan khabar-kabar angin bahawa beliau berdepan dengan masalah hubungan tidak baik dengan pihak Istana Kelantan. 


Jarumemas: Agaknya dah tahu 'swing' rakyat Kelatan yang kini terang dan nyata menolak Pas di sana.