Tuesday 4 September 2012

Sang Saka warna bendera Nusantara, turut digunakan Umno - Hishamudin Rais

KUALA LUMPUR, — Jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, hari ini mempertahankan bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan oleh sekumpulan anak muda pada malam ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu. Menurut beliau yang juga pengarah filem itu, Sang Saka Malaya adalah warna bendera kepulauan Nusantara yang meliputi Indonesia, Singapura dan Malaysia. “Sang Saka adalah sejarah bangsa, dari zaman kerajaan Langsakuka, Gangga Negara, Sri Vijaya inilah warnanya,” kata beliau ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi. “Merah putih adalah motif nusantara. “Motif Melayu Raya, kerana itu bendera Umno, PAS, Singapura dan Indonesia semuanya menggunakan Sang Saka.” Berita lanjut... Jarumemas: Usah dipertikaikan, setia pada yang ada.

Kg Baru: 'Sampai bila-bila ia akan kekal di rumah kami' AMK nafi mahu ganti Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR- Jika sesiapa pergi ke Kampung Baru, Kuala Lumpur, sudah tentu akan terlihat kain-kain rentang yang digantung di rumah-rumah penduduknya. Bukan satu atau dua buah rumah berbuat demikian, tetapi banyak rumah yang mempunyai kain-kain rentang ini. Bahkan, yang lebih menariknya bukan rumah-rumah kecil atau setinggan tetapi di rumah-rumah yang kelihatan moden dan besar di perkampungan Melayu tengah bandar ini. Mereka terus berbuat demikain meskipun Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 sudah diluluskan di Dewan Negara pada Disember tahun lalu. Yang pasti mereka tetap konsisten membantah akta tersebut Kain rentang ini digantung di hadapan rumah masing-masing yang dilakukan sejak cadangan pindaan akta tersebut mula diutarakan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Berita lanjut... Jarumemas: Jalur Gemilang maruah negara.

Anwar pertahan pengibaran bendera Sang Saka Malaya

KUALA LUMPUR — Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan beberapa pemuda yang mengibarkan Sang Saka Malaya dan bukan bendera kebangsaan, Jalur Gemilang, semasa malam ambang Kemerdekaan baru-baru ini. Ketua umum PKR berpendapat bahawa Sang Saka Malaya merupakan sebahagian dari sejarah negara. Pemimpin dari Barisan Nasional (BN) telah menuduh Pakatan Rakyat (PR) cuba untuk menukar bendera kebangsaan, di mana PR menafikan. “Sang Saka (Malaya), mengikut interpretasi anak muda, haruslah diperkenalkan kerana ini juga salah satu bendera yang diperkenalkan oleh pejuang-pejuang bangsa,” kata Anwar kepada wartawan. “Apa salahnya generasi muda mengetahui tentang sejarah, tentang Sang Saka?” Dia juga berkata bendera Umno juga nama asalnya ialah Sang Saka Bangsa. Seorang blogger telah mengaku mengibarkan bendera “alternatif” di Dataran Merdeka pada Khamis lalu, tetapi berkata mahu memperkenalkan kepada awam tentang sejarah negara. --The Malaysian Insider Jarumemas: Membujur lalu melintang patah, apa saja asalkan matlamat menghalalkan cara.

Boleh ke PRU Nov ini? Penerbangan pulang haji dijangka selesai hujung Nov

KUALA LUMPUR- Penerbangan pertama bakal jemaah haji ke Tanah Suci tahun ini dijadual pada 17 September dan penerbangan terakhir pada 19 Oktober. Jurucakap Tabung Haji ketika dihubungi hari ini berkata, penerbangan pertama pulang ke tanah air dijadual berlepas dari Tanah Suci pada 31 Oktober manakala penerbangan akhir dijadual berlepas pada 28 November. Tarikh wukuf dijangka pada 25 Oktober dan umat Islam di Malaysia dijadual menyambut Hari Raya Haji pada 26 Oktober. Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kira-kira 28,000 orang jemaah Malaysia akan menunaikan haji tahun ini. Permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji berikutan kuota yang terhad setiap tahun. Sehingga kini, seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji. - BERNAMA Jarumemas: Belum pernah lagi tertinggal untuk mengundi sejak layak mengundi.