Friday 29 November 2013

Jeff Ooi pula digelar 'anjing kurap', 'pandi Kutty'


Empat kesatuan sekerja yang mewakili pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang hari ini mengecam MP Jelutong Jeff Ooi berhubung kenyataan "kucing kurap" yang dibuatnya, dengan menggelarkannya pula sebagai "anjing kurap".

Wakil empat kesatuan - Kesatuan Kebangsaan Perkerja-Perkerja Pengguna Tempatan ( Anulae ), Kesatuan Perkhidmatan Perbandaran Pulau Pinang, Kesatuan Pegawai-Pegawai Kanan and Kesatuan Buruh Majlis - meluahkan kekecewaan mereka itu dalam satu sidang media di Komtar hari ini.

Mereka membawa sepanduk besar mengecam Ooi sebagai sombong, 
biadap dan tiada bersopan. Mereka kemudiannya melaungkan "anjing kurap" dan "hidup pekerja".
                    
Jurucakap bagi pihak kesatuan berkenaan, Saleem Salleh (kiri) berkata, jika Ooi enggan memohon maaf berhubung kenyataan "kuching kurap" dalam tempoh 10 hari dari hari ini, mereka akan membawa lebih ramai untuk mengadakan protes.

Katanya, mereka juga merancang untuk menghantar surat bantahan kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Jangan lupa jari telunjuk dihalakan pada orang tetapi masiha da 4 jari yang menuding pada diri sendiri. Biar kurang makan, tapi jangan kurang ajar Jeff Oii!!

M'sia mungkin naikkan tarif elektrik tahun depan

Malaysia mungkin menaikkan tarif bekalan elektrik antara enam dan tujuh sen bagi satu kilowatt tahun depan, kata Menteri Tenaga. Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili.
  
Bagaimanapun, Ongkili berkata kerajaan akan memastikan kenaikan tarif tidak menjejaskan kumpulan berpendapatan rendah.
  
"Kerajaan masih mengkaji kadarnya. Ia mungkin antara 10 peratus dan 20 peratus," katanya dan menambah angka di bawah 20 peratus adalah munasabah.
  
"Kadarnya adalah munasabah. Ia merupakan semakan minimum bagi Tenaga Nasional Bhd yang memastikan ia mencerminkan kos modal, pengurusan dan gaji," katanya kepada pemberita semalam.


Lagi....www.malaysiakini.com

Jarumemas: Belum  naik tetapi bila api rumah teman ini dah pun naik. Jika dulu dlam lingkunagn RM40-RM50 sebulan tetapi bil terkini RM94. Teman tak pasang penghawa dingin pun di rumah.... 

S'gor lebih minat pada kebajikan sendiri

Peningkatan gaji untuk Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat hanya berminat menjaga kebajikan diri sendiri daripada rakyat, kata naib presiden Umno.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, walaupun Pakatan mendakwa memperjuangkan pelbagai isu seperti kemiskinan bandan dan jurang pendapatan, tetapi peningkatan elaun bermula 1 Januari tahun depan menunjukkan sebaliknya.

Katanya, langkah kerajaan Selangor itu bukan sahaja mengabaikan kesusahan rakyat, tetapi juga mengutamakan kedudukan sendiri.


NONEDUN Selangor semalam meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 ADUN berkuat kuasa tahun depan, dengan timbalan speaker mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar, speaker dan exco negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

Ia juga, menurutnya, dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat.



Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Siapa pun tak akan menolak jika inilah kadar  gaji baru yang diberikan kepada kita....

MB pertahan kenaikan gaji exco, ADUN S'gor


Kenaikan gaji bagi wakil rakyat Selangor bertujuan supaya mereka tidak lagi perlu membuat kerja luar untuk mencari pendapatan tambahan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini

Kenaikan pendapatan tersebut, katanya, adalah sesuai untuk wakil rakyat dan exco kerajaan negeri kerana tidak mahu mereka membuat kerja luar untuk menampung perbelanjaan mereka. 

"Ini telah berlaku (sebelum ini)," kata Khalid kepada media di lobi Dewan Undangan Neger (DUN) Selangor di Shah Alam hari ini.



Menurut Khalid, beberapa menteri persekutuan juga mungkin perlu mencari pendapatan tambahan untuk kerja-kerja politik mereka.

Katanya, walaupun mendapat gaji seorang menteri (selain elaun MP atau senator), mereka kadang-kadang mungkin perlu mendapatkan duit dari luar, untuk membayar bagi kerja-kerja mereka.

Khalid mempertahankan kenaikan pendapatan tersebut sebagai "tidak tinggi" dan "munasabah", berbanding dengan upah di sektor swasta.


Jarumemas: Rakyat Selangor yang gajinya kecil terkulat-kulat melihat pada  kadar gaji baru MB dan Exconya. 

Kenaikan gaji MB, exco, ADUN S'gor tidak wajar


Kenaikan gaji baru untuk menteri besar, exco dan ADUN di Selangor yang diumumkan Tan Sri Khalid Ibrahim semalam menimbulkan kritikan pelbagai pihak termasuk mantan menteri besar Tan Sri Abu Hassan Omar.

Mereka menyifatkan keputusan kenaikan tersebut adalah tidak wajar dan perlu mengutamakan kepentingan rakyat, laporan Berita Harian hari ini.

Dalam laporan itu menyebut, Abu Hassan tidak melihat rasional DUN Selangor meluluskan kenaikan gaji itu kerana kerajaan Pakatan belum mampu mengagihkan kekayaan ke seluruh negara, masih ada kawasan belum dimajukan sepenuhnya dan ramai rakyat masih menderita.

"Sebarang kenaikan gaji dan elaun perlu ada kewajarannya. Ketika saya mentadbir Selangor saya tidak pernah menaikan gaji dan elaun Menteri Besar, exco dan ADUN. 

"Kita perlu fikirkan rakyat terlebih dulu," katanya seperti yang dilaporkan akhbar itu.


Jarumemas: Kajilah semula kenaikan ini kerana ia benar-benar  memeranjatkan rakyat. 

PERKASA: Gaji sebesar itu, OKU pun boleh jadi YB

"Kalau gaji besar, bergantung pula pada peruntukan kerajaan, sesiapa pun boleh jadi wakil rakyat. Orang pekak,bisu dan buta pun boleh jadi wakil rakyat."

Begitu sindir Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali (kiri) berhubung kenaikan gaji Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), menteri besar, exco, speaker dan timbalan exco Selangor mulai tahun depan.

Pemimpin kumpulan pendesak Melayu itu berhujah, menjadi wakil rakyat bermaksud pemimpin mesti berkorban, malah harta sendiri demi kepentingan rakyat.

"Kalaulah kerajaan BN yang naikkan gaji seumpama ini, riuh rendah mereka serang," katanya sambil menyeru kakitangan kerajaan membantah kenaikan itu.

"Mereka juga ada beban tugas lebih dari wakil rakyat. Inilah yang dikatakan pagar makan padi."


Lagi...www.malaysiakini.com

Jarumemas: Bukan pagar makan padi lagi, dah telan padi dengan rakusnya!!!

Azmin gesa tangguh naik gaji ADUN Selangor

Anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menangguhkan kenaikan gaji buat wakil rakyat Selangor yang akan berkuat kuasa mulai tahun depan.

Menurutnya, perkara tersebut diputuskan tanpa perbincangan dengan wakil rakyat lain dan kajian semula perlu dibuat agar kadar kenaikannya lebih munasabah.

"Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula agar lebih munasabah dan diterangkan kepada rakyat akan kenaikan ini," kata Azmin yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Menurut Azmin, usul kenaikan gaji itu pada mulanya dibentangkan Khalid "untuk dikaji" sewaktu pembentangan belanjawan 2014 Selangor pada 19 November lalu.

Azmin bagaimana pun terkejut apabila usul itu dibentangkan Khalid dalam masa kurang dari seminggu.


Lagi...www.malaysiakini.com

Jarumemas: Kalau pembangkang sendiri terkejut apa lagi rakyat.

ADUN BN: Kenaikan gaji MB, speaker tak munasabah


Beberapa anggota pembangkang Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor hari ini menganggap sebagai tidak munasabah kenaikan gaji termasuk elaun menteri besar, speaker dan timbalan speaker seperti yang diputuskan sidang dewan semalam.

Mereka menyifatkan kenaikan itu sepatutnya perlu dikaji secara mendalam sebelum ia diputuskan kerana peratusan kenaikan itu terlampau tinggi bagi ketiga-tiga jawatan berkenaan.

Adun Kuang Datuk Abdul Shukor Idrus berkata berdasarkan kenaikan gaji dan elaun bagi tiga jawatan itu, timbalan speaker DUN mencatatkan peratusan kenaikan tertinggi iaitu 373 peratus bersamaan RM15,750 sebulan daripada RM3,327.

"Begitu juga dengan gaji menteri besar yang naik 106 peratus iaitu RM29,250 daripada RM14,175 sebulan diikuti gaji Speaker DUN yang turut naik mendadak pada kadar 268.3 peratus iaitu kira-kira RM22,500 daripada RM6,109 sebulan.

"Bagi saya, kenaikan (bagi ketiga-tiga jawatan ini) tidak mengambil kira denyut nadi rakyat di peringkat bawahan yang masih memerlukan lebih pembelaan daripada kerajaan negeri," katanya ketika ditemui di luar sidang dewan di Shah Alam.


Jarumemas: 373 peratus kenaikan memang dianggap gila oleh rakyat. Persoalannya, adakah khidmat merka ini demi rakyat atau demi kocek sendiri? 

MB beritahu Azmin: Tak mahu tak apalah!


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan kenaikan gaji yang agak besar untuk wakil rakyat negeri itu.

Beliau juga sekaligus menolak cadangan ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali supaya menangguhkan dulu pelaksanaannya.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Khalid berkata langkah Dewan Undangan Negeri meluluskan kenaikan gaji itu adalah muktamad.

Khalid berkata Azmin boleh menderma tambahan gajinya itu kepada badan amal jika beliau tidak puas hati.

Katanya, jika Azmin tidak mahu menerima kenaikan gaji itu, itu hak individu untuk menolaknya. 

"Jika (beliau) tak mahu, tak apalah," kata Khalid.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Wang ringgit boleh mengabui mata kita. Hanya iman dan taqwa yang dapat  menghindari kita daripadasifat tamak dan haloba. 

Bekalan ubat murah dorong kegiatan 'mak nyah'


Bekalan ubat murah serta mudah diperoleh antara faktor mendorong golongan 'mak nyah' atau pondan ghairah bereksperimen demi mengubah penampilan mereka setanding wanita sejati. 
    
Bekas mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 36, atau lebih mesra dipanggil Erin berkata pil hormon seperti Marvelon dan Mercilon yang digunakan golongan itu untuk membesarkan payudara hanya berharga sekitar RM9 hingga RM10, serta mudah dibeli di kebanyakan farmasi di negara ini.
    
"Selain pil hormon, suntikan kolagen, implan, hormon, vitamin C dan B boleh didapati dengan harga serendah RM20 dan lebih cepat kesannya... kalau kita pelanggan tetap boleh pula dapat harga istimewa," katanya ketika ditemui pemberita selepas forum 'Dulu Mak Nyah Kini Berubah' di kampus Universiti Sains Malaysia, di George Town semalam.
    
Beliau menyarankan pengeluaran produk sedemikian dikawal, selain penjualannya dihadkan kepada golongan tertentu sahaja bagi mengelakkan bahan itu disalah guna untuk kegiatan tidak bermoral.
    


Jarumemas: Selain itu sewajarnya golongan ini memuhasabah diri kerana kita tidak hidup menungkat langit. Di akhirat nanti banyak persoalan yang akan timbul dan ketika itu tiada lagi dapat nak bertaubat. 

Hari Nuzul Al-Quran Hari Kelepasan Am Ketiga-Tiga Wilayah Persekutuan Mulai 2014

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Nuzul al-Quran sebagai hari kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula tahun depan.

Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan hari kelepasan am tersebut telah pun diwartakan mengikut Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Selain itu, kerajaan turut menetapkan satu hari kelepasan am tambahan bagi ketiga-tiga Wilayah Persekutuan tersebut pada 3 Feb 2014, iaitu pada hari Isnin, berikutan pertindihan cuti Hari Wilayah Persekutuan dengan hari kedua Tahun Baru Cina yang jatuh pada pada hari Sabtu, 1 Feb, 2014.

Menurut kenyataan itu, pengisytiharan cuti am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah berdasarkan Seksyen 9(2) akta yang sama.

"Pengumuman ini diharapkan membolehkan orang ramai membuat perancangan awal," menurut kenyataan itu.

-Sumber:  BERNAMA

Jarumemas: Syukur dan terima kasih kerajaan. 

Kenaikan Gaji MB, Adun Selangor Terlalu Tinggi - Anwar

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Ketua Pembangkang dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji menteri besar dan anggota Dewan Undangan Negeri Selangor yang diumumkan semalam terlalu tinggi dan perlu dikenal pasti keperluannya.

Beliau meminta satu kajian dijalankan bagi mengenal pasti keperluan kenaikan itu kerana menurutnya kenaikan itu bukanlah desakan daripada mana-mana pihak.

"Kita tidak menolak kenaikan tersebut, cuma kenaikan itu terlalu tinggi," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Kenaikan gaji dan elaun bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Adun negeri Selangor itu akan berkuatkuasa 1 Jan depan.

Berdasarkan struktur gaji dan elaun yang diluluskan itu gaji menteri besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun RM6,000 kepada RM11,250.

Pindaan gaji kali terakhir dilakukan pada 2011.

Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata kerajaan negeri perlu tampil memberi penjelasan rasional mengenai kenaikan itu.

Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: MB Selangor adalah bekas orang korporat yang mendapat gaji puluhan ribu ringgit setiap bulan. Menjadi MB dngan gaji yang belasan ribu ringgit sahaja, sudah pasti tidak memuaskan hatinya. 

Pelaburan Merosot, Kerajaan Selangor Perlu Beri Alasan Kukuh Naik Gaji Adun - Noh Omar

SHAH ALAM, 28 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Selangor perlu memberi alasan kukuh berhubung kenaikan gaji kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang berkuat kuasa 1 Jan depan kerana jumlah kemasukan pelaburan di negeri itu merosot bagi tujuh bulan pertama tahun ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kaedah dan pengiraan kenaikan yang dilihat mendadak perlu diperjelaskan malah kerajaan negeri tadbiran Pakatan Rakyat (PR) itu tidak sesuai menggunakan formula 75 peratus kenaikan kadar gaji seperti dilakukan Sarawak.

Noh berkata kerajaan negeri Sarawak bebas menaikkan kadar gaji mereka kerana menurut laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) bagi Januari hingga Julai tahun ini, Sarawak berada di tangga kedua tertinggi kemasukan pelabur berbanding Selangor, di tangga kelima.

"Bab gaji naik ni siapa tak sokong, tiada orang tak sokong kerana ia pemberi semangat kepada wakil rakyat untuk terus berbakti namun, kita kena ukur baju pada badan sendiri, gaji naik 100 peratus tetapi mengikut perangkaan Mida, Selangor merudum ke tangga kelima kemasukan pelabur dan saya difahamkan ini sejarah paling teruk.

"Saya mahu tunggu sehingga hujung tahun ini dan saya nak minta menteri besar bentangkan berapa pelaburan diterima Selangor... pelaburan merudum, gaji menteri besar naik kenapa sedangkan agenda PR adalah demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.


Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Bukan rakyat didahulukan tetapi pemimpin.