Monday 6 January 2014

PAS tegur DAP isu cadangan pindaan enakmen


PAS menyokong kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan wakil rakyat DAP bertindak gopoh dalam mengeluarkan cadangan untuk meminda undang-undang berhubung penggunaan kalimah 'Allah' di negeri Selangor.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan trio DAP Selangor itu "agak tergopoh-gapah" sepertimana serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM).

"Pindaan itu adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri... Apa (cadangan) yang dipinda, kita pun tak tahu.


Lagi...www.themalaysianinsider.com

Jarumemas: Sekongkol!!!!

arina cari publisiti murah


Sayap pemuda kumpulan pendesak Melayu PERKASA mempersoalkan kehadiran anak bekas perdana menteri Datuk Marina Mahathir ke satu perhimpunan di gereja di Klang bagi mempertahankan rumah ibadat tersebut.

Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris berkata Marina sepatutnya mengambil pendirian bertentangan untuk menghalang golongan Kristian menggunakan kalimah “Allah”.

“Apa motif beliau bersama sama individu lain menyertai perhimpunan bagi menunjukkan solidariti bersama penganut Kristian di perkarangan sebuah gereja di Klang semalam?

“Apakah beliau mahu mencetuskan satu lagi kontroversi atau sengaja mahu mencari publisiti murahan dan dalam masa yang sama mengeluarkan kenyataan yang mengecam tindakan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor).

“Sebagai seorang Muslim beliau sepatutnya berada bersama sama Muslimin dan Muslimat lain dalam mempertahankan kalimah Allah agar tidak digunakan oleh kristian,” katanya dalam satu kenyataan.


Jarumemas: Sesungguhnya insan yang terbaik adalah yang memudahkan orang lain bukan menyusahkan. 

10,000 banjiri KL, kerajaan tak 'terguling'


Bagi menghadapi tahun kenaikan harga barangan dan perkhidmatan 2014, orang ramai mula memenuhi jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur bagi menyatakan bantahan mereka.

Perhimpunan yang dipimpin Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) akan menyaksikan tiga tempat berkumpul, iaitu pusat membeli belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Pasar Seni dan Masjid Jamek.


Pihak berkuasa menganggap perhimpunan mahu menggulingkan kerajaan dan polis melabelnya sebagai perhimpunan haram.

Pengerusi TURUN Mohd Azan Safar sebaliknya menyifatkan isu itu ditimbulkan untuk mengalih perhatian terhadap kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang diketengahkan mereka.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Bak kata orang tua-tua, kapal pecah yu kenyang.

Tidak ada sebab Enakmen Agama Bukan Islam Selangor dipinda

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom  berkata tidak ada sebab Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 untuk dipinda sebagaimana dicadangkan DAP.
"Enakmen ini tidak harus dilihat dalam bentuk emosi dan perlu dilihat dari sudut positif iaitu untuk memelihara agama, keharmonian dan kerukunan masyarakat berbilang kaum negara ini," katanya ketika mengulas cadangan itu hari ini.
Jamil Khir berkata enakmen tersebut diwujudkan seiring dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.
Oleh itu, katanya, tidak ada sebab kerajaan negeri meminda enakmen tersebut.

Jarumemas: DAP jangan bermain dengan api. 

Jangan libatkan sentimen politik dalam isu kalimah Allah, kata Idris Haron

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron meminta semua pihak di negara ini tidak melibatkan sentimen politik dalam isu kalimah Allah bagi memastikan keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini sentiasa terjamin.
Beliau berkata sentimen politik dan isu kalimah Allah merupakan dua perkara yang amat berbeza sama sekali malah tidak sepatutnya dicampuradukkan dan tindakan sesetengah pihak yang cuba “menangguk di air yang keroh” dalam isu itu amat membimbangkan.
Bertindak berdasarkan emosi terhadap isu itu bakal mewujudkan huru-hara di negara ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Ahli Sunnah Wal Jamaah di Masjid Al-Azim di Melaka hari ini.

Jarumemas: Bimbang Malaysia akan dilanda bala yang besar jika perkara ini terus dijadikan modal politik. Nauzubillah...Ya Allah lindungi kami yang tidak berdosa ini dari segala mala petaka besar. 

NGO dakwa pusat hiburan akan cemar Putrajaya


Sayap pemuda PERKASA menuntut agar Perbadanan Putrajaya menghalang pembukaan pusat hiburan Hard Rock Cafe (HRC) di bandar tersebut yang didakwa akan mencemarkan imej pusat pentadbiran berkenaan dengan hidangan arak dan hiburan liar.

Ketua Wira PERKASA Irwan Fahmi Ideris berkata, pihak berkuasa Putrajaya itu perlu menghormati konsep Putrajaya yang dibangunkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mencontohi pentadbiran kota Madinah.

“Beliau membangunkan masjid sebagai asas pembinaan sebelum dikelilingi bangunan-bangunan lain,” kata Irwan dalam satu kenyataan bersama dengan ketua Wira Wilayah Persekutuan Zukhairi Md Osman.


Jarumemas: Carilah tempat lain. Putrajaya telah dijadikan tempat berselawat kini nak dicemari puylak dengan Hard Rock Cafe...

Isu Allah meletus lagi kerana penghakiman kabur, pihak berkuasa berdiam, kata ahli akademik

Pertelingkahan tentang kalimah Allah di Malaysia telah merebak daripada sekadar di media sahaja akibat penghakiman kabur yang telah mengelirukan kumpulan konservatif Islam dan sikap tidak peduli Putrajaya untuk menyelesaikannya, kata ahli akademik memberitahu The Malaysian Insider.
Penggunaan perkataan ini oleh Kristian menjadi tajuk berita minggu lalu selepas Paderi Katolik berkata undang-undang Islam Selangor itu tidak terpakai bagi masyarakat Kristian, mendorong Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu premis Pertubuhan Bible Malaysia (BSM) dan menyita 320 Bible versi Melayu dan Iban yang mengandungi perkataan Allah – bertentangan dengan perjanjian persekutuan bahawa Bible bahasa Melayu boleh digunakan di Malaysia.
"Kita mempunyai dua situasi di sini; berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan menafikan hak mingguan Katolik Herald untuk menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, membuka persoalan sama ada selain daripada penerbitan itu boleh menggunakan perkataan itu atau tidak.
"Satu lagi ialah kumpulan hak Melayu melihat keputusan itu sebagai muktamad bahawa semua orang Kristian tidak boleh menggunakan perkataan Allah, ia satu lagi kekeliruan," kata Profesor Datuk Abdul Halim Sidek dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kepada The Malaysian Insider.

Jarumemas: Rakyat marhein memang keliru dengan permaslaahan ini sekarang. Kerajaan perlu membuat keputusan yang tergas secara tuntas  jangan sampai ada lagi pihak-pihak yang boleh mempertikaikan keputusan yang dibuat. 


Malaysia salah langkah di bawah pentadbiran Najib, kata Kit Siang

Malaysia telah melalui arah yang salah selama di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata DAP.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menegaskan, perdana menteri itu perlu memanggil mesyuarat kabinet bagi meluluskan Penyelesaian 10 Perkara termasuk perbincangan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhubung Rekonsiliasi Nasional bagi membentuk penyatuan kebangsaan.
"Ini masanya untuk pemimpin BN dan PR mengetepikan perbezaan politik dan bergerak ke arah penyatuan kebangsaan melalui ‘blueprint’ rekonsiliasi nasional," katanya.

Jarumemas: Buat yang terbaik jangan hanya pandai komen dan kutuk. 

'Kita cuma halang demo depan gereja'


Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mempertahankan kehadiran anggota partinya dalam demonstrasi membantah penggunaan kalimah "Allah" oleh Kristian di Klang hari ini walaupun telah mengarahkan ahli Umno Selangor tidak berbuat demikian.

Noh berkata arahan beliau semalam hanya meminta ahlinya tidak membuat demonstrasi atau menyertai protes di hadapan gereja.

"Umno selangor telah menunaikan janji. Walaupun nak buat bantahan kita tak bagi buat depan gereja.

"Kita tak halang (jika) nak buat bantahan. Nak buat kat padang, depan rumah (ketua pengarang The Herald) Lawrence (Andrew), itu hak mereka tapi bukan depan gereja," kata beliau ketika dihubungi Malaysiakini.


Jarumemas: Demi kalimah Allah berjuanglah hingga ke titisan terakhir. Mahkamah sudah membuat keputusan mengapa perlu lagi dibantah? Kalau nrayuan sedang dibuat perlulah menunggu sehingga keputusan dikeluarkan. 

'Bapa Tuhan Allah' berkumandang di gereja Klang


Bantahan oleh sekumpulan NGO Islam di padang berhampiran tidak menghalang penganut Kristian mengalunkan puji-pujian kepada 'Allah' dalam satu upacara di sebuah gereja di Klang hari ini.

Kalimah 'Allah' itu berkumandang di gereja Our Lady of Lourdes dalam bentuk lagu pujian (hymn) dan doa upacara keagamaan (mass) menggunakan bahasa Melayu.

Kira-kira 200 orang yang hadir itu antara lainnya mengulangi pujian "Bapa Tuhan Allah" dan "Tuhan kami yang kudus, Allah" sekurang-kurangnya sebanyak empat kali dalam nyanyian lagu dan juga doa sebelum ucapan utama.

Kalimah 'Allah' yang digunakan itu merujuk kepada konsep triniti dalam kepercayaan Kristian.

Upacara diketuai paderi Michael Chua itu berlangsung ketika kira-kira 50 orang penganut Islam berhimpun sebagai tanda solidariti di luar gereja.


Jarumemas: Sesungguhnya cacing memang sudah naik ke mata. Apakah umat Islam masih perlu berdiam diri?