Thursday 6 December 2012

‘Faktor Najib’ penting untuk MIC dapatkan undi India

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Dalam perebutan MIC untuk  mendapatkan undi India, salah satu elemen penting dikenalpasti sebagai kunci bagi membantu Barisan Nasional (BN) merampas semula sokongan yang hilang dari masyarakat tersebut adalah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun terdapat kritikan MIC terlalu bergantung kepada Najib dan BN untuk terus hidup, parti tersebut mengiktiraf kepentingan populariti perdana menteri untuk memacu undi India apabila pilihan raya umum (PRU) diadakan nanti.

Undi India dilihat penting untuk menentukan masa depan BN pada PRU akan datang yang dijangkakan akan menjadi pertembungan sengit di antara gabungan pemerintah dan Pakatan Rakyat (PR) — masih lagi berusia muda itu.

Pemerhati mendakwa Najib dan pemimpin BN sudah hilang keyakinan dengan keupayaan MIC bagi merampas kembali undi India, menyebabkan perdana menteri melibatkan diri secara langsung dengan masyarakat tersebut, yang membentuk hampir 1.8 juta daripada 28 juta penduduk di Malaysia. Hampir 800,000 daripadanya adalah pengundi berdaftar.

Berita lanjut...

Jarumemas: Sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sewajarnya kita melihat kepada perpaduan dan kemajuan negara yang telah dibawa oleh kerajaan, janganlah kerana kemarau setahun, setitik hujan melenyapkan kepanasan yang berlaku.

BJ Habibie: Pluralisme budaya satu kekuatan

SHAH ALAM, 6 Dis — Masyarakat perlu menghargai pluralisme budaya yang wujud dalam sesebuah negara kerana ia adalah kekuatan kepada negara tersebut, kata mantan presiden Indonesia Prof Bacharuddin Jusuf (BJ) Habibie dalam satu program anjuran kerajaan negeri Selangor hari ini.

Dalam ucapannya semasa program pidato “Habibie Dan Transisi Indonesia Ke Demokrasi” di Universiti Selangor pagi tadi, beliau mengakui negaranya dan Malaysia mempunyai corak budaya sama dan pelbagai serta menggesa ia wajar dipertahankan.

“Pluralisme (budaya) satu kekuatan, Indonesia dan Malaysia sudah biasa hidup dalam pluralisme.
“Unsur ini perlu dipertahankan,” katanya.

Menurut Habibie lagi, faktor keistimewaan tersebutlah yang berjaya melahirkan sebuah masyarakat yang majmuk dan harmoni dikalangan antara satu sama lain.

“Pluralisme akan menyebabkan toleransi tinggi wujud di dalam masyarakat,” tambah beliau.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Adakah kerana Habibie mengamalkan pluralisme?

Adakah Pulau Pinang menuju ke arah Islamisasi?

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.

"Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.

Kenyataan berkenaa, seperti disiarkan di akhbar semalam, tidak dipersetujui Lim yang berkata "Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".

Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.

Berita lanjut....

Jarumemas: Demi perpaduan janganlah perkara ini dijadikan isu.

DAP: Sepatutnya buat kursus mengenai rasuah untuk PM, kabinet

Daripada mengadakan kursus mengenai rasuah untuk ahli Parlimen, DAP berkata, Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutunya mengadakannya untuk perdana menteri dan kabinet beliau.

NONESPRM dan Pejabat Peguam Negara (AG), tegas pemimpin DAP, Lim Kit Siang, seharusnya tahu di mana keutamaannya dalam memerangi rasuah, terutama rasuah besar.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim membidas pengumuman usaha SPRM untuk mengadakan kursus mengenai rasuah untuk ahli Parlimen, sambil menegaskan bahawa pemimpin tertinggi politiklah yang tidak tahu "apa yang boleh diambil dan apa yang tidak boleh diambil".

Beliau merujuk kepada kenyataan PEMANDU semalam bahawa kursus, yang merupakan sebahagian daripada Pelan Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0), dirancang diadakan tahun depan.

Sumber: Malaysiakini

Jarumemas:  Libatkan juga ahli parlimen pembangkang dalam senarai kursus tersebut. Mereka pun belum tentu bersih dan terlepas dari rasuah.

Umno Subang: Tanah diserah pada Umno Kelana Jaya

Bekas ketua Umno Subang Datuk Mokhtar Dahlan menyerahkan isu tanah milik Umno yang kini didakwa menjadi tapak kondominium untuk dijelaskan pemangku ketua Umno Kelana Jaya Datuk Yahya Bujang.

Mokhtar berkata demikian memandangkan tanah berkenaan diserahkan kepada Umno Kelana Jaya selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya 2004.

Beliau sebelum itu mengakui bahawa Umno Subang sebelum itu menerima tanah bagi tujuan mendirikan bangunan Umno bahagian.

"Kita (Umno Subang) mohon (tanah dan) dapat dan selepas persempadan baru wujud bahagian Subang Baru dan Subang Lama," katanya.

Bahagian Subang baru kemudian dikenali sebagai Umno Subang dan bahagian Subang Lama dikenali sebagai Umno Kelana Jaya, katanya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Janganlah asyik bermain tali, nayatakan yang bebar walaupun pahit demi rakyat.

Kajiselidik: Separuh firma M'sia hilang kontrak kerana rasuah

Separuh daripada syarikat-syarikat yang beroperasi di Malaysia yang ditinjau telah melaporkan bahawa mereka telah kehilangan kontrak atau perniagaan kepada pesaing kerana rasuah sepanjang tahun lalu, demikian menurut satu kajiselidik antarabangsa.

NONEPresiden Transparency International-Malaysia, Datuk Paul Low
menyifatkannya sebagai satu respon yang luar biasa tinggi, dan langkah lebih berani perlu diambil untuk menghapuska proses yang menggalakkan penyelewengan.

Low memetik data dari Kajiselidik Pembayar Rasuah yang meninjau syarikat di 30 negara dengan tahap pelaburan dan perdagangan antarabangsa yang tinggi, termasuk 101 syarikat di Malaysia.

Antara soalannya ialah: "Sepanjang 12 bulan lepas, adakah
anda fikir syarikat anda telah gagal memenangi kontrak atau mendapat perniagaan baru kerana pesaing telah membayar rasuah?"

Kajiselidik itu adalah salah satu daripada lapan tinjauan yang diambil kira apabila mengira Indeks Persepsi Rasuah Malaysia 2012, yang diumumkan semalam, di mana negara ini disenaraikan pada kedudukan 54 daripada 176 - bertambah baik enam anak tangga daripada tahun lepas.

Berita lanjut....

Jarumemas: kalau pembangkang jgnkan rasuah negara pun boleh tergadai...