Tuesday 11 June 2013

Rafizi buktikan Padang Merbok boleh digunakan 22 Jun

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Rafizi Ramli mendedahkan hari ini tiada acara akan diadakan di Padang Merbok pada 22 Jun ini, mencadangkan alasan diberikan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib untuk tidak membenarkan perhimpunan Pakatan Rakyat (PR) #Black505 kerana tempat itu digunakan pada tarikh tersebut sebagai tidak benar.
Pengarah strategi PKR itu juga berkata, beliau secara peribadi menyiasat dakwaan Ahmad semalam dan mendapati Larian Olimpik McDonald anjuran Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dijadualkan pada 23 Jun di Dataran Merdeka dan bukannya Padang Merbok.
“Menyemak laman Facebook MOM untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Larian Olimpik McDonald ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jarumemas: Biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya...

EAIC: Pembangkang memang sentiasa mengkritik kerajaan

PUTRAJAYA, 11 Jun —Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Datuk Heliliah Mohd Yusof tidak kisah dengan kritikan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang mendakwa mereka gagal melaksanakan tanggungjawab terutamanya melibatkan kes kematian dalam tahanan.
Agensi kerajaan itu menerima tekanan daripada pelbagai pihak terutamanya melibatkan isu kematian 9 orang dalam tahanan polis sepanjang tempoh tahun ini, yang terbaru adalah melibatkan kematian warga Jepun Nobuhiro Matsushita, 33, ditemui tergantung pada palang besi pintu lokap di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya hujung minggu lalu.
“Mereka berhak untuk mengkritik... sebuah pandangan adalah tetap pandangan, cuma kita telah berusaha untuk membolehkan supaya rakyat faham apakah tujuan dan tanggunjawab suruhanjaya ini,” kata Heliliah dalam satu sidang media di ibu pejabat EAIC di sini.
Jarumemas: Biarkan mereka seperti anjing menyalak bukit...

Boycott swearing in and you will be dropped as MPs, Speaker tells Pakatan

KUALA LUMPUR, June 11 — Pakatan Rakyat (PR) elected representatives will be dropped as MPs if they choose to boycott the swearing-in process, Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia warned today.
Pandikar said should the opposition bloc refuse to participate in the procedure, he and his deputies will shun their appeal to be sworn in later, which would lead to their eventual discharge as MPs.
“If you do not come on the first day, is it not an insult (to the parliamentary process?) If they want to do that then we can boycott their swearing in.
“If they can boycott the democratic system, we will boycott their swearing in,” the House Speaker told a press conference after giving his opening speech at the 13th Parliament Sitting briefing session.
Jarumemas: Be firm and do not entertain their demands...

MATLAMAT BLACK 505 BUKAN MENGADAKAN PERHIMPUNAN SEMATA-MATA, KATA PAKAR STRATEGI

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Perhimpunan yang dianjurkan parti pembangkang serta penyokong mereka selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dipercayai mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada hanya untuk mencela Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mereka dakwa bertanggungjawab menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam pilihan raya. 
Beberapa pemimpin politik dan pakar strategi percaya perhimpunan yang diadakan di pelbagai tempat itu juga merupakan suatu usaha untuk membentuk minda anak muda Malaysia yang akan mencapai usia 21 tahun dan layak menjadi pemilih pada tahun-tahun akan datang.
Harapan mereka ialah untuk menarik golongan muda supaya memberi sokongan kepada pakatan pembangkang ''untuk memperbetulkan'' keadaan tidak seimbang dan sistem pilihan raya yang tidak adil di negara ini, seperti yang mereka dakwa, memandangkan kebanyakan yang menghadiri perhimpunan itu terdiri daripada para belia.
Sumber: Bernama
Jarumemas:  Teringat kata-kata arwah nenek...kalau nak hapuskan satu-satu penyakit itu, bunuh ibunya dulu!!!

AMK: Himpunan 'Black 505' di Perlis diteruskan

Seorang pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Chan Ming Kai berkata perhimpunan 'Black 505' yang dirancang untuk diadakan di Perlis pada malam ini akan diteruskan walau polis memberi amaran untuk mengambil tindakan ke atas penganjur.
Perhimpunan itu dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi di Kampung Bakau, Kangar.
Chan berkata, parti itu telahpun memaklumkan kepada polis berhubung acara keraian itu sejak 12 hari lalu, pada 29 Mei, dan polis juga mengesahkan bahawa mereka menerima permohonan itu pada 4 Jun.
Jarumemas: Moga perhimpunan ini kurang mendapat sambutan.