Wednesday 31 October 2012

Markiman: NGO juga perlu bantu jaga keselamatan negara

BUTTERWORTH, 31 Okt — Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) haruslah membantu kerajaan menjaga keamanan negara demi pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara pada masa hadapan.
Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri Datuk Markiman Kobiran berkata pihak NGO juga perlu mengetepikan perbezaan ideologi politik sebaliknya bersatu untuk keharmonian semua bangsa di Malaysia.

“NGO yang ada perlu ketepikan perbezaan bangsa dan bahasa sebaliknya bersatu untuk menjaga keamanan negara, kita juga perlu sayangi negara kita demi keharmonian pada masa hadapan,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Agung kali pertama Pertubuhan Ekonomi Harmoni Aman Malaysia (Harem) di sini malam tadi.

Pengasas merangkap Pengerusi Persatuan Harem Wan Balkis Wan Abdullah berkata Harem, yang ditubuhkan sejak tiga tahun lepas dan mempunyai lebih 10,000 anggota, bertujuan membantu semua golongan bangsa terutama dalam ekonomi.

“Anggota kita terdiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai aktiviti kita anjurkan antaranya untuk meningkatkan ekonomi anggota kita,” katanya.

Kata beliau pihaknya juga merancang untuk menubuhkan persatuan antidadah dan jenayah bagi menarik golongan muda agar tidak terjebak dalam aktiviti haram berkenaan. — Bernama

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas:  Janganlah bertindak seperti sokong membawa rebah.

Anak tempatan isi jawatan kosong di Sarawak

KUCHING 31 Okt. - Berkuatkuasa serta merta, jawatan kosong dalam perkhidmatan awam Persekutuan bagi kumpulan sokongan gred satu hingga gred 40 di Sarawak akan diisi oleh anak tempatan, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat SPA bersama wakil jabatan Persekutuan di Sarawak, dan wakil-wakil badan bukan kerajaan antaranya Persatuan Graduan Dayak Sarawak, Persatuan Kayan Sarawak, Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak diadakan di sini, pada Selasa.

"Hasil mesyuarat tersebut, kita telah berjanji jawatan kosong Persekutuan melalui lantikan oleh SPA di Sarawak, akan diisi orang Sarawak sendiri.

"Keputusan yang dibuat bukan satu masalah besar untuk dilaksanakan, kerana jika kita lantik orang Semenanjung untuk mengisi jawatan sokongan contohnya seperti kerani, masalah logistik dan penempatan mungkin pula akan timbul, jadi lebih baik lantikan dibuat berdasarkan lokaliti," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pusat Temuduga SPA Malaysia cawangan Kuching di sini hari ini. - BERNAMA

Jarumemas: Sewajarnya begitulah.

Taufan Sandy mengganas di AS

NEW YORK 30 Okt. - Sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan terbunuh di tujuh buah negeri apabila Taufan Sandy mengganas, membadai kawasan persisiran pantai timur Amerika Syarikat (AS), awal hari ini menyebabkan lebih sejuta penduduk di beberapa negeri terpaksa dipindahkan.

Antara negeri yang mencatat kematian termasuklah New York, New Jersey, Maryland, Pennsylvania, West Virginia dan North Carolina apabila taufan itu melanda AS sejak pukul 8 malam tadi (8 pagi waktu Malaysia hari ini, menjejaskan lebih 50 juta penduduk di wilayah itu.

Kira-kira sejuta penduduk yang terjejas teruk turut dipindahkan.

Taufan gergasi itu membawa kelajuan angin 130 kilometer sejam, melanda kawasan persisiran pantai sejauh beratus-ratus kilometer dengan beberapa negeri dilanda hujan lebat dan bandar-bandar utama lumpuh dengan bandar raya New York paling teruk terjejas.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan dekri kecemasan di New York dan New Jersey, selepas taufan tersebut mengakibatkan kira-kira 13,500 penerbangan di seluruh negara dibatalkan semalam dan hari ini.

Jarumemas: Allah sedang menurunkan balanya kepada negara yang begitu angkuh dan yang bersekongkol dengan Israel.

KDN akui penahanan di Lubnan ada kaitan dengan al-Qaeda

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui kedua-dua rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas al-Qaeda dan mendakwa mereka telah dipantau sejak setahun lalu.

Hishammuddin berkata kedua dua saspek dipantau sejak tahun lepas. — Gambar fail
“Mereka berdua mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa al-Qaeda telah dipantau oleh pihak berkuasa sejak setahun lalu.

Cuma hari ini kita dedahkan kerana isu sudah ke pengetahuan umum ekoran penahanan dua rakyat Malaysia itu di Lubnan,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Parlimen.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata bilangan pengganas yang dipantau oleh pihak berkuasa banyak tetapi ia masih lagi dapat dikawal dan tidak serius.

“Jumlahnya saya tak boleh umumkan hari ini, tapi saya sedang memantapkan lagi hubungan Malaysia dengan agensi-agensi antarabangsa sama ada dengan CIA, MI6, agensi di India dan Pakistan serta lain-lain lagi,” tambah Hishammuddin.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas:  Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Itulah pesan datuk nenek kita.

Tangguh pelaksanaan AES

UALA LUMPUR 30 Okt. - Pergerakan Pemuda UMNO mendesak kerajaan menangguhkan serta mengkaji semula pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana mendapati banyak kelemahan dalam pelaksanaannya.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kajian semula itu perlu bagi memastikan sistem tersebut mampu berfungsi dengan baik dalam usaha mengesan pesalah trafik di negara ini.
"Sistem AES itu sendiri merupakan sistem amat baik, namun hasil maklum balas akar umbi kami mendapati terlalu banyak kelemahan pada pelan pelaksanaannya yang perlu diatasi antaranya lokasi dan had laju praktikal sesebuah kawasan.
"Mempertimbangkan pandangan-pandangan berkenaan, Pergerakan Pemuda UMNO sebulat suara mendesak kerajaan Persekutuan menangguhkan pelaksanaan AES dan kami berharap Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu ini dapat membincangkan tentang perkara ini dan dapat memberikan keputusan atas permintaan serta desakan kami," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Jarumemas: Pelaksanaannya memang baik tetapi masa pelaksanaannya tidak sesuai.

Call off AES for now, BN MP urges government

KUALA LUMPUR, Oct 31 ― Umno MP Datuk Bung Mokhtar Radin crossed the political divide today and backed the opposition Pakatan Rakyat (PR) pact in calling for Putrajaya to suspend enforcing the controversial Automated Enforcement System (AES), saying it could be used as campaign fodder against the ruling Barisan Nasional (BN).

“The implementation of AES now is not suitable because it is close to elections.

“That’s why I recommend the AES be postponed,” the Barisan Nasional Backbenchers Club (BNBBC) deputy chairman told Malay daily Sinar Harian Online in a text message today.

Bung Mokhtar, a seasoned Umno lawmaker, is the most senior member of the ruling coalition after Umno Youth leader Khairy Jamaluddin to urge the federal government to delay the newly-introduced traffic enforcement system.

Kedah, Penang, Kelantan and Selangor ― all governed by Pakatan Rakyat (PR) ― have decided to suspend approval for the AES that detects speeding motorists and issues fines.

Several influential non-government organisations including the umbrella body representing civil servants, CUEPACS, have also opposed the enforcement by saying the system is not currently suitable. They also want the government to review the locations where the AES would operate.

However, Bung Mokhtar was reported to have said that the system was necessary to “discipline” road users for the good of all.

“AES is excellent as a step to discipline drivers who use the roads,” the Kinabatangan MP was quoted as saying.

The PR states have said they will deny approval to the installation of AES cameras until they receive more information and public feedback on the camera system first.

Lawmakers have also argued that the AES would only benefit the two companies running the system ― Beta Tegap and ATES ― as the firms will allegedly stand to earn RM16 from each summons issued by the AES.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas:  Agree!!

Cuaca tidak menentu dijangka sepanjang November

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan fenomena hujan tidak menentu akan berlaku sepanjang November di seluruh negara disebabkan arah tiupan angin sentiasa berubah.

Menurut jurucakap Bahagian Ramalan Cuaca jabatan itu, hujan yang membawa ribut petir di sebelah petang dijangka berlanjutan hingga awal November di sekitar pantai barat Semenanjung Malaysia terutama di negeri Perak dan kawasan Lembah Klang.

"Di kawasan pantai timur Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, dijangka berlaku peningkatan jumlah hujan pada November...Buat masa ini musim monsun timur laut masih dalam peringkat permulaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap itu bagaimanapun berkata, keadaan ini dijangka tidak akan menjejaskan perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mulai 5 November hingga 6 Disember.

"Masih terlalu awal bagi kami untuk membuat ramalan tepat sama ada keadaan hujan tidak menentu akan berlarutan hingga Disember ini," katanya sambil memberitahu bahawa pihaknya akan mengeluarkan ramalan cuaca sebelum sambutan Deepavali nanti. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Jarumemas:  Berhati2 dan bersiap sedia atas segala kemungkinan banjir.

Konflik Rohingya boleh ancam Selat Melaka - Surin

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Selat Melaka bakal terancam dan tidak stabil sekiranya komuniti antarabangsa gagal mengambil tindakan pantas serta efektif dalam usaha menangani konflik penindasan etnik Rohingya di Myamar.

Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Surin Pitsuwan berkata, disebabkan etnik Rohingya kini berada dalam keadaan tekanan dan penderitaan yang teruk, tidak mustahil mereka bertindak radikal.

"Sekiranya mereka menjadi radikal, seluruh rantau akan menjadi tidak stabil termasuk Selat Melaka.
"Perkara ini amat dibimbangi dan kalau perkara sebegini berlaku, bermakna semua (ASEAN) bakal terjejas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Peningkatan Nilai ASEAN Melalui Konsep Pergerakan Kesederhanaan Global anjuran Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMMF) di sini hari ini.

Jarumemas: Rakyat Malaysia perlu bersyukur dan sentiasa memelihara keamanan yang kita ada sekarang.

Pahang pengeluar minyak, gas

PUTRAJAYA 30 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Pahang bakal menjadi negeri sumber pengeluaran minyak dan gas terbaharu di Malaysia berikutan penemuan pertambahan rizab minyak di medan minyak Bertam yang terletak di Blok PM 307.

Perdana Menteri berkata, medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan negeri Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Katanya, beliau dimaklumkan oleh Petronas salah satu usaha sama minyak dan gas atau Kontrak Perkongsian Pengeluaran terdiri daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Lundin Oil telah menemui rizab minyak tambahan itu baru-baru ini.

Menurut Perdana Menteri, dengan pertambahan rizab tersebut, medan minyak Bertam kini dianggarkan mengandungi jumlah isipadu asal keseluruhan atau minyak yang tersedia di situ sebanyak 64 juta tong.
''Penemuan ini sangat penting memandangkan kita belum pernah menemui minyak komersial dalam kuantiti yang tinggi di Lembangan Penyu, ini merupakan kejayaan besar.

''Bergantung kepada keputusan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komesial, pengeluaran minyak dijangka dicapai pada suku ketiga tahun 2014 dengan sasaran pengeluaran berjumlah antara 17,500 hingga 20,000 tong sehari," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan Bioteknologi (ICM) di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Monday 22 October 2012

MCA mahu pecat pensabotaj parti dalam pilihan raya

KUALA LUMPUR, 21 Okt — MCA telah mengikut jejak rakannya dalam Barisan Nasional (BN) Umno untuk memecat pensabotaj parti jika didapati bersalah dalam pilihan raya akan datang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri Mesyuarat Agung MCA hari ini. — Gambar oleh Choo Choo May Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata MCA sudah bersedia “untuk berperang”, dengan menggunakan slogan “kesanggupan, kemampuan dan bersedia” untuk parti menjelang pilihan raya. “Mulai hari ini, kita tidak patut hanya bercakap tentang menewaskan Pakatan Rakyat pada waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. “Tidak ada ruang untuk pensabotaj, Jawatankuasa Pusat (CC) telah membuat keputusan bahawa sesiapa yang mensabotaj parti semasa pilihan raya, dia akan dipecat,” katanya dalam ucapan pembukaan perhimpunan agung MCA yang ke 59 pagi ini. Beliau menyeru penyokong dan ahli untuk memperkuatkan MCA dan menewaskan PR, dan mengingatkan mereka tidak boleh tewas dalam pilihan raya ini. Jarumemas: Kerana mereka inilah pembelot sebenarnya dan menjadi Si Ketol moden...

Mandatori pemansuhan hukuman mati mandatori bolehkan mahkamah kenakan hukuman setimpal, kata Lam Thye

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Pemansuhan hukuman mati mandatori membolehkan mahkamah menentukan bentuk hukuman berdasarkan kesalahan, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye. Katanya, sebelum ini mahkamah tidak mempunyai pilihan lain untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah dadah di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain mati mandatori. "Jadi selepas ini, pihak mahkamah mungkin mempunyai pilihan berdasarkan budi bicara untuk menentukan bentuk hukuman. Bagaimanapun, hukuman itu haruslah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Bersama Mencegah Jenayah MCPF di sini, hari ini. Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengenai cadangan kerajaan untuk menangguhkan hukuman mati mandatori bagi pesalah dadah di negara ini sehingga kajian mengenai kewajaran hukuman itu selesai. Berita lanjut... Jarumemas: ada cahaya di hujung terowong....

MB Selangor gesa pembangkang hentikan kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa pembangkang di negeri Selangor berhenti daripada terus memutar belit isu paras air di Empangan Sungai Selangor. Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, Abdul Khalid berkata dia berpuas hati dengan peningkatan takungan air di empangan tersebut yang meningkat kepada 55.43% iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat ini sekaligus membidas dakwaan seperti yang dilaporkan Utusan yang mengatakan takungan menyusut kira-kira 40% daripada jumlah 235 juta meter padu. "Saya berpuashati dengan peningkatan takungan air di Empangan Sungai Selangor yang telah meningkat kepada 55.43% iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat hari ini," kata Abdul Khalid. Berita lanjut... Jarumemas: Siapa sebenarnya yang mengelirukan rakyat? Bukan PKR ke?

Amalan kerajaan bersandarkan Islam, bukan retorik atau slogan, kata Najib

PEKAN, 21 Okt — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata amalan kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan tidak berpaksikan retorik atau slogan. Sebaliknya, Perdana Menteri berkata segala bantuan yang diberi itu berlandaskan Islam yang merupakan tunjang kehidupan. "Meskipun tiada label Islam pada luaran parti kita, tapi objektif parti adalah untuk memelihara dan mempertahankan serta membangunkan syiar Islam," katanya. Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, berkata demikian ketika berucap di majlis penyerahan watikah dan wakalah (perwakilan) lembu korban kepada pengerusi masjid dan surau, pejabat kerajaan dan swasta dalam Parlimen Pekan, di sini hari ini. Beliau berkata fungsi Malaysia sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik di Selatan Filipina yang berlarutan selama 40 tahun dan mengorbankan 150,000 nyawa adalah sesuatu yang amat besar dan dihargai oleh bangsa yang baru mahu mengecapi nikmat keamanan. "Malaysia telah memainkan peranan penting di dalam menyelamatkan etnik Bangsamoro termasuk nyawa dan agama mereka," katanya. Pada 15 Okt lepas, kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) memeterai perjanjian bersejarah, dengan Malaysia sebagai pengantara, untuk menamatkan konflik yang berlarutan selama empat dekad di selatan Filipina. Rangka kerja Perjanjian mengenai Bangsamoro itu ditandatangani oleh ketua perunding Filipina Marvic Leonen dan ketua perunding MILF Mohagher Iqbal di hadapan Presiden Filipina Benigno Aquino III dan Najib, di Manila, Filipina. Malaysia menjadi pengantara perundingan damai antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Okt lepas. Sementara itu, sempena sambutan Aidiladha minggu depan, Najib mengajak rakyat supaya meningkatkan ketaqwaan diri selari dengan penghayatan prinsip pengorbanan itu sendiri sebagaimana dilakukan Nabi Ibrahim A.S selepas diperintah Allah S.W.T. Beliau berkata pada tahun ini, Parlimen Pekan mendapat 364 ekor lembu korban sumbangan beberapa syarikat swasta dan beliau sendiri untuk diagihkan kepada 57 buah masjid, 154 surau dan 30 pejawat awam dan swasta. Perdana Menteri turut menyerahkan lesen kelas B2 kepada 234 belia Pekan yang menyertai program perintis Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang dilancarkan di daerah itu pada bulan Mei lepas. — Bernama Jarumemas: Berpijak di bumi nyata..

PAS gesa MCA hati-hati tuduh Nik Aziz galakkan rogol bukan Islam

SHAH ALAM, 22 Okt — PAS menggesa MCA agar berhati-hati membuat kenyataan tentang dakwaan MCA mengatakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menggalakkan wanita bukan Islam untuk dirogol, kata Mohamad Sabu (gambar). Menurut timbalan presiden PAS itu, MCA bukan menghina sahaja PAS tetapi menghina agama Islam. “MCA perlu berhati-hati apabila buat kenyataan, sebab itu bukan lagi menghina parti, tapi sudah menghina agama. Jangan putar belitkan kenyataan Nik Aziz,” kata Mohamad yang ditemui oleh The Malaysian Insider selepas memberikan ceramah di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi. Sabtu lalu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersetuju dengan pandangan dari Wanita MCA bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita bukan Islam, dengan berkata bahawa Nik Aziz telah mengeluarkan pandangan tersebut dalam satu ceramah empat tahun lalu. Presiden MCA itu mendakwa dalam ucapan pada 2008, Nik Aziz berkata sesiapa yang tidak menutup aurat memang wajar untuk dirogol. “Dan sebabnya kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah. “Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video (ceramah Nik Aziz) tersebut jika kamu berminat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dengan delegasi MCA menjelang perhimpunan agung parti itu. Media melaporkan Naib Pengerusi Wanita MCA Senator Heng Seai Kie berkata bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita yang tidak menutup aurat dalam ucapannya pada perhimpunan agung parti tersebut. Jarumemas: Tak percaya dengan kenyataan Mat Sabu ni...

Tengku Razaleigh mahu BN pilih calon yang dapat restu peringkat bahagian

GUA MUSANG, 21 Okt — Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mahu pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) memilih calon yang direstui anggota peringkat bahagian untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Beliau berkata langkah itu penting bagi mengelakkan anggota parti mengambil tindakan mensabotaj calon kerana pemilihan dibuat tidak mengikut kehendak mereka. Di Kelantan, perkara seperti itu (sabotaj) sentiasa berlaku, katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Mini Karnival Pemakanan Sihat 2012 Parlimen Gua Musang, di Rancangan Kemajuan Tanah RKT Kesedar Sungai Asap B, di sini, hari ini. Tengku Razaleigh yang menyambut baik keputusan Majlis Tertinggi Umno Jumaat lepas untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengambil tindakan segera terhadap anggota parti yang mensabotaj calon BN, berkata tindakan tegas perlu diambil sebelum pilihan raya. "Saya percaya pucuk kepimpinan memikirkan perkara itu semua supaya tidak berlaku perkara tidak diingini kerana masalah itu sentiasa berlaku pada setiap kali pilihan raya berikutan ada perkara yang tidak kena pada ahli peringkat bahagian. "Kita tidak mahu tindakan tegas diambil selepas pilihan raya selesai seperti yang pernah dibuat jawatankuasa disiplin parti sebelum ini kerana selepas itu orang tidak mempedulinya lagi dan sudah terlambat," katanya. Ditanya mengenai peluang BN Kelantan pada PRU-13, Tengku Razaleigh berkata BN mampu berkuasa semula dengan syarat semua pihak perlu bekerja kuat dengan mengatur strategi betul. Mini Karnival anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Kelantan itu turut dimeriahkan dengan pertandingan masakan kampung dan pemeriksaan kesihatan. — Bernama Jarumemas: Pilih calon yang disenangi akar umbi bukan pilihan orang tertentu.

Kerajaan Kedah perlu jelaskan kerugian dialami syarikat berkaitan kerajaan

ALOR SETAR, 22 Okt — Kerajaan Kedah perlu memberi penjelasan mengenai kerugian dialami syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri seperti dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau berkata segala ketirisan dan kerugian yang dilaporkan itu tidak boleh ditutup kerana ia melibatkan jumlah yang sangat besar. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah cemerlang dan penyampaian sijil kanak-kanak Tabika Kemas dan Taska Permata peringkat Parliman Alor Setar di sini, semalam, Ahmad Bashah berkata perkara tersebut menjadi isu kerana banyak lagi projek kerajaan negeri juga mengalami kerugian. Katanya, ini khusus bagi sebuah syarikat yang dibenarkan membuat pinjaman besar untuk menjalankan perniagaan di Papua New Guinea. “Segala kepincangan ini (seperti dalam laporan audit) mesti diberi penjelasan. Kita mahu kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu dan pegurusan syarikat terlibat dan janganlah berdiam diri,” katanya. Berita lanjut... Jarumemas: Bukan senang jadi pemimpin, perlu bertanggungjawab atas segala kepincangan.

Faktor ‘Ah Jib Gor’ akan menarik undi Cina ke BN, kata delegasi MCA

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Populariti Datuk Seri Najib Razak atau faktor “Ah Jib Gor” akan membantu memujuk sebahagian segmen pengundi Cina menyokong kembali Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang, kata pemimpin akar umbi MCA, akan tetapi memberi amaran sukar untuk mengalahkan pembangkang di kubu kuat mereka di bandar. Ini adalah sentimen di kalangan perwakilan yang menghadiri mesyuarat umum tahunan ke-59 MCA di Wisma MCA semalam, yang dilihat sebagai peluang terakhir parti itu untuk mencartakan strategi pilihan raya menjelang pertempuran yang paling sukar bakal berlaku beberapa bulan akan datang. “Najib adalah baik kerana dia telah melakukan banyak program untuk rakyat, saya yakin orang Cina akan mengundi BN,” kata seorang perwakilan, Lim Chee Cheong dari MCA Rasah, Negeri Sembilan. “Najib telah melakukan banyak untuk orang Cina. Dan beliau mempunyai sokongan kami dan sokongan masyarakat Cina juga,” perwakilan lain, Loke Poh Chye dari MCA Pengkalan Kota, Pulau Pinang, memberitahu The Malaysian Insider. Berita lanjut... Jerumemas: Sewajarnya rakyat berterima kasih kepada kerajaan terutamanya kepada PM yang telah banyak memberi.

Penempatan polis di kuarters punca jenayah naik, kata Kulasegaran

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mendekatkan diri dengan rakyat dan tidak memahami situasi yang dihadapi rakyat Malaysia yang rata-rata mengakui bimbang dengan kadar jenayah di dalam negara ketika ini. Dalam perbahasan di Dewan Rakyat pagi ini, ahli parlimen DAP tersebut berkata peranan pihak PDRM masih lemah dan tidak mampu memberi keyakinan kepada rakyat. “Indeks persepsi rasa takut jenayah dalam kalangan masyarakat masih 60 peratus, ini membuktikan PDRM tidak memberikan keyakinan kepada rakyat,” kata Kulasegaran semasa membidas penjelasan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Berita lanjut... Jarumemas: betul! betul! betul!

Wednesday 17 October 2012

Speak Malay, PM tells Chinese community

KUALA LUMPUR, Oct 17 ― The Chinese community should embrace Bahasa Malaysia as it is the country’s national language, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said this morning. Speaking on Mandarin radio channel Melody FM, Najib also reassured listeners that Chinese education will be part of the exercise to improve quality of education under the National Education Blueprint. Responding to demands by pressure group Dong Zong, the United Chinese School Committees Association, the premier reminded listeners that Malaysia has always recognised Chinese schools. “We are the only country outside China which has got Chinese education as part of the national system,” he remarked. “The people have taken this for granted.” Read more.... Jarumemas: Many who have been living in Malaysia for ages still could not speak Malay fluently, instead other nationalities who work here could speak Malay very fluently just after a few months being here.

Pakatan akhirnya sepakat terima projek RAPID, minta ditangguh

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Selepas berlakunya sedikit percanggahan pendapat antara parti komponen Pakatan Rakyat (PR) dalam isu pembangunan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tampil membuat penjelasan pakatan pembangkang itu menerima projek tersebut. Anwar ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen hari ini bagaimanapun menggesa agar projek itu dipindahkan ke lokasi lain, dan ditangguhkan sementara supaya kerajaan dapat meneliti beberapa isu yang dibangkitkan penduduk terutamanya berkaitan dengan kajian kesan alam sekitar jika projek itu diteruskan. "Kita mahu jelaskan keputusan bersama iaitu tidak ada kekeliruan kerana pada dasarnya kita tidak pernah menolak apa-apa program pembangunan. "Tetapi isu RAPID di Pengerang ini menjadi masalah kerana pelaksanaan itu bercanggah dengan prinsip yang kita putuskan sebab ada kawasan alternatif yang dikira wajar disediakan untuk projek itu," katanya kepada pemberita. Berita lanjut... Jarumemas: Pulak dah!!!

Devamany bidas pembangkang wujudkan kaji selidik di Pengerang

KUALA LUMPUR, Oct 16 — Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S K Devamany membidas tindakan pembangkang menjalankan kaji selidik terhadap penduduk Pengerang untuk mendapatkan maklum balas mereka terhadap pembangunan Projek Petrokimia Bersepadu (Rapid). Jelas Devamany, usaha yang dijalankan oleh Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (MANTAP) yang diwujudkan PAS itu hanyalah “propaganda pilihan raya” yang digunakan pembangkang dengan pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir. “Cubaan mereka mewujudkan pakar runding, kaji selidik itu indah khabar dari rupa ... (ia hanya) propaganda pilihan raya,” kata Ahli Parlimen Cameron Highland itu lagi. Timbalan Pengerusi MANTAP, Mazlan Aliman ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini mengumumkan akan menjalankan satu lagi kaji selidik ke atas 28,050 penduduk Pengerang bagi mendapat maklum balas berhubung projek tersebut. Berita lanjut... Jarumemas: Pembangkang nak cari apa saja perkara yang boleh dibawa untuk berkempen nanti bagi mengelirukan rakyat.

Pembela mahu pihak berkuasa siasat gerakan jadikan Kristian sebagai agama rasmi

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Gabungan Pembela Islam (Pembela) hari ini mahu pihak berkuasa untuk menyiasat gerakan yang mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara. Menurut pengerusinya, Aminuddin Yahaya, penegasan sikap terhadap pendirian terdahulu PEMBELA mengenai beberapa dakwaan yang wujud mengenai usaha untuk menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi Malaysia, serta memastikan Perdana Menteri Malaysia adalah daripada kalangan penganut Kristian. "PEMBELA menegaskan sikap bertanggungjawab untuk mempertahankan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan, serta menolak pendirian tidak bertanggungjawab dan sikap sinikal sesetengah ahli politik Muslim dan bukan Muslim, yang memandang remeh isu sebegini, serta melabelkan NGO Islam dan umatnya sebagai mempunyai ‘siege mentality’ (mentaliti terkepung). "PEMBELA bertegas dan berpandangan bahawa sebarang dakwaan berkenaan usaha mencabar kedudukan Islam perlu ditanggapi secara serius dan tidak boleh dituduh sebagai bersekongkol dengan mana-mana pendirian politik kepartian yang sempit. Berita lanjut... Jarumemas: Ya Allah tetapkanlah aqidah kami!!

Kerajaan belum bersedia beri pengajian tinggi secara percuma

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi secara percuma kerana bimbang terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Beliau berkata pelaksanaan pengajian tinggi percuma akan melibatkan implikasi yang memerlukan pertimbangan rasional agar tindakan itu tidak menjejas hala tuju negara dalam mencapai status negara maju menjelang 2020. Selain itu, katanya, pengajian tinggi percuma tidak boleh dilaksanakan ke atas institut pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana ia merupakan entiti perniagaan yang berasaskan keuntungan. "Situasi ini akan menyebabkan tumpuan masyarakat beralih kepada institut pengajian tinggi awam (IPTA) manakala kualiti pengajian tinggi negara juga akan jatuh kerana faktor percuma menghilangkan nilai sebenar ilmu dan sikap kebertanggungjawaban pelajar," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini. Berita lanjut... Jarumemas: Teringin nak sambung belajar tetapi rumah kata pergi kubur kata mari...

Tiada masalah PM bertemu Soros, kata Soi Lek

KUALA LUMPUR, 16 Okt — Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata pertemuan antara perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak dengan George Soros bukan menjadi satu kesalahan dan menjelaskan konteks pertemuan antara kedua-dua pihak adalah berbeza sama sekali dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mendapatkan dana daripada penyangak mata wang asing terbabit. Chua juga menjelaskan para pemimpin utama negara banyak mengadakan pertemuan dengan pemimpin besar dunia bagi tujuan diplomatik dan perhubungan dua hala sambil menyifatkan ia adalah perkara yang biasa dilakukan oleh mana-mana pemimpin. "Sebagai seorang pemimpin agung, dia (Najib) berjumpa dengan banyak orang. Berita selanjutnya.... Jarumemas: Teringin nak bertemu dengan Tun Mahathir.

Tanjong: Paling kecil tetapi paling panas di Pulau Pinang

GEORGETOWN, 17 Okt — Tanjong adalah di kawasan parlimen terkecil di negeri ini dengan hanya 53,188 orang pengundi di kawasan tersebut akan tetapi ia juga merupakan salah satu kerusi “panas” dalam mana-mana pilihan raya. Dari kesibukan bandar George Town ke jeti yang mempunyai sejarah puak, kerusi parlimen terdiri daripada kedua-dua penduduk bandar moden dan kampung masih berakar dengan adat lama, tradisi dan kepercayaan. Berita seterusnya... Jarumemas: Masih tertunggu-tunggu bila DS Najib nak umumkan tarikh pilihan raya umum.

Friday 12 October 2012

PKR gesa Najib penjelaskan dakwaan jumpa Soros pada 2010

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, menggesa perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan ekoran pendedahan perjumpaan sulit beliau dengan spekulator mata wang asing George Soros pada tahun 2010. Gesaan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu semasa sesi perbahasan di parlimen petang tadi. “Najib seperti Mahathir juga pernah mengadakan perjumpaan sulit dengan Soros,” kata Chua (foto fail). “Saya berharap PM dapat berikan bukti atas dakwaan pertemuan sulit antaranya dengan Soros pada 2010. Saya mohon penjelasan.” Pendedahan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Subang, R. Sivarasa, minggu lepas semasa perdebatan dengan ketua penerangan Perkasa, Ruslam Kassim. Berita lanjut.... Jarumemas: Jangan dijolok sarang tebuan..

Kilang-kilang mula membuang pekerja, menjelang pelaksanaan gaji minimum

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pengeluar di Malaysia menggugurkan pekerja disebabkan oleh ketidakpastian terhadap ekonomi global dan menjelang permulaan gaji minimum yang akan berlaku tahun depan, kata RHB Research Institute. RHB berkata dalam satu laporan semalam bahawa sejajar dengan kelembapan dalam jualan, pengeluar memberhentikan 4,609 pekerja pada bulan Ogos berbanding dengan pengambilan 441 pekerja pada bulan Julai. Kadar pengangguran adalah 3.1 peratus pada Julai dengan dianggarkan dua juta pekerja asing bekerja di negara ini. “Sejajar dengan kelembapan di jualan YoY (tahun ke tahun), pengeluar berhati-hati dan mereka memberhentikan beberapa pekerja pada bulan Ogos,” kata RHB. “Ini adalah kerana kelemahan dalam ekonomi global dan diburukkan lagi oleh pelaksanaan dasar gaji minimum yang akan bermula pada awal tahun 2013.” Firma penyelidikan itu memberi amaran bahawa pengeluar boleh membuang lebih banyak pekerja jika keadaan ekonomi merosot sebagai peningkatan produktiviti yang diukur daripada jualan setiap pekerja — perlahan kepada 0.7 peratus pada bulan Ogos daripada 4.3 peratus pada Julai dan 5.8 peratus pada Jun. Berita lanjut.... Jarumemas: Jgn sampai ayam dikepuk mati kelaparan, itik di kolam mati kehausan!!

Friday 5 October 2012

Zalim !!! Pakatan Haram Selangor Merampas Tanah Yayasan basmi Kemiskinan

Sesungguhnya, tidak ada yang lebih zalim dari merampas tanah rakyat miskin. Dan inilah yang dilakukan oleh kerajaan PR Selangor yang kononnya berjuang untuk rakyat di mana Menteri Besarnya begitu tega ingin merampas tanah yang dimiliki oleh syarikat Permodalan YBK (PYBK), iaitu anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor. Seluas 218 ekar daripada tanah tersebut telah dicadangkan sebagai tapak Projek UiTM. Alasan Kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah milik syarikat tersebut ialah kerana kononnya telah tidak membayar cukai tanah. Namun keputusan mahkamah yang memihak kepada PYBK semalam membuktikan bahawa cukai tanah sebanyak RM1.280 juta telah dibayar pada 31.8.2009 (‘bayaran pertama”) sebagai memenuhi syarat permohonan Kebenaran Merancang kepada Kerajaan Negeri Selangor. Dan cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta pula dibayar pada 1.2.2010 melalui Yayasan Melaka (“bayaran kedua”). Sumber: Blog Unit Media Baru Jarumemas: Mereka inikah yang hendak dijadikan pemimpin?

Tuesday 2 October 2012

Pendapatan isi rumah semakin meningkat, menurut kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Pendapatan isi rumah rakyat Malaysia telah meningkat dari tahun ke tahun, kata Datuk S.K. Devamany di Parlimen hari ini. Beliau berkata, peningkatan pendapatan isi rumah meningkat lebih tinggi berbanding dengan kadar inflasi. “Peningkatan pendapatan isi rumah, secara purata telah meningkat berbanding inflasi sebanyak 3.4 peratus setiap tahun,” kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Purata pendapatan isi rumah negara telah meningkat daripada RM264 sebulan pada 1970 kepada RM4,025 sebulan pada tahun 2009, kata ahli parlimen Cameron Highlands itu. Beliau berkata, angka itu diambil dari kajian kerajaan mengenai pendapatan isi rumah sejak 1970 dan kali terakhir pada tahun 2009. Beliau menjawab soalan daripada ahli parlimen Sri Gading Datuk Mohamed Aziz yang mahu mengetahui kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah rakyat Malaysia. Menjawab soalan tambahan dari ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw bagaimana kebajikan rakyat Malaysia dapat dipertingkatkan, Devamany menjawab, “Jauh di sudut hati, anda tahu yang kami telah lakukan yang terbaik kepada golongan miskin.” Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Rakyat Malaysia semakin kaya, alhamdulillah

MACC suggests integrity be part of school subjects

THE Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has suggested that the Education Ministry include a module on integrity and corruption prevention in three subjects at the primary and secondary school levels beginning next year. MACC deputy chief commissioner (Prevention), Datuk Sutinah Sutan said the three subjects were Religious Education, Civic Education and Moral Education, and that the proposal had been submitted to the ministry in June. She said the MACC had in fact, discussed the proposal with the ministry's Curriculum Division. "We have also discussed with the Teachers Education Institute, the proposed establishment of a corruption prevention secretariat at each teacher training centre to educate the trainee teachers on such values as honesty, trustworthiness, sincerity and integrity which are elements to be included in the school module." Sutinah said this at a press conference after opening a conference on corruption prevention attended by school principals, school heads and the chairmen of parent-teacher associations in the Federal Territory of Kuala Lumpur, here, today. She said with such a module, the role of schools in moulding students to become excellent human capital would also be more effective. She added that the emphasis on integrity from the school level could help prevent individuals from involving in corrupt practices when they enter working life. — Bernama Jarumemas: Missed my school days very much...

There’s a ‘DAP ghost’ in Penang PKR

GEORGE TOWN: Internal leakage on details of Penang PKR meetings to outsiders, especially DAP, is not something new. “It has been happening since a year ago,” alleged former Kedah PKR secretary Zamil Ibrahim. He claimed that the PKR state leadership was aware of it and suspected a local party leader close to DAP to be the culprit behind the sabotage work. Zamil said the politician had often been described by party insiders as a “DAP ghost in PKR mask.” Based on internal information, he said DAP secretary-general Lim Guan Eng would receive all information, including confidential details, from the suspect on goings-on in PKR meetings. He said Lim, who is also the Penang chief minister, would be informed by this “ghost” within five minutes after a meeting ended. “The leakage in Penang PKR is rampant and dangerous. It’s not only an act of sabotage but an act of betrayal,” Zamil told FMT. Read more.... Jarumemas: there are ghost everywhere!!!

Monday 1 October 2012

Penang Pakatan must take Umno threat seriously, says Guan Eng

GEORGE TOWN, Oct 1 — Pakatan Rakyat (PR) is taking seriously Umno’s 3-3-3-1 threat to recapture Penang, with plans of its own to defend its seats in the state. Penang PR leader Lim Guan Eng will ask all PR parties to submit full reports on their respective election preparation. “Umno is confident because they sense complacency amongst PR and they may be correct as our Penang PR machinery is not in full election mode,” said Lim (picture), who is also Penang chief minister. He said it was high time PR viewed Umno’s threat to wrest control of the state back in the upcoming polls seriously. “We should gear up for the polls which could be held in November, even though Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is widely expected to call for elections next year,” he said in a press statement today. Lim was responding to Defence Minister and Umno vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi’s statement that 3-3-3-1 is the formula for Barisan Nasional (BN) to recapture Penang. Read more.... Jarumemas: jangan takut dengan bayang-bayang!!!

Penganalisis: Fokus bajet kepada pengundi muda, luar bandar belum tentu menguntungkan BN dalam PRU 13

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempertaruhkan apabila menyampaikan Bajet 2013 mesra belia dan luar bandar untuk meningkatkan sokongan pilihan raya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi penganalisis berkata inisiatif jangka pendek tidak cukup untuk mendapatkan sokongan popular pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Bajet RM256.1 bilion yang dibentangkan pada hari Jumaat lalu, telah digambarkan sebagai “bajet pilihan raya” oleh pentadbiran Najib yang sudah bersedia untuk melawan dengan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU akan datang. Pengarah eksekutif pengumpul suara bebas Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, mengatakan Bajet ini mensasarkan dua kumpulan utama — penduduk luar bandar dan berpendapatan rendah, dan pengundi muda yang bakal mengundi pertama kali. “Yang pertama, adalah pengundi luar bandar dan berpendapatan rendah yang biasanya sumber sokongan kuat terhadap BN,” katanya, sambil menambah bahawa Bajet ini mungkin mengakibatkan gabungan BN terus mendapat sokongan kuat daripada kumpulan ini. Beliau berkata Bajet ini mungkin mempunyai impak lebih besar kepada pengundi berpendapatan rendah, oleh kerana “banyak isi rumah akan ketinggalan” dalam pemberian kerajaan, memetik Selangor sebagai contoh, di mana purata pendapatan isi rumah adalah lebih daripada RM4000. Pusingan kedua pemberian RM500 di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, manakala skim itu kini juga akan memberi RM250 kepada orang bujang berusia 21 tahun keatas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000. Beliau berkata bagi pengundi muda, faktor “jurang luar bandar-bandar” masih akan membuat perbezaan. Berita lanjut.... Jarumemas: Kerajaan tak dapat memenuhi semua kehendak rakyat. Yang bergaji besar tak dapat apa yang BR1M, tapi anak-anak sekolah akan dapat bantuan RM100, yang di IPT dapat baucer buku RM250, anak yang masih menganggur dan belajar di IPT pun dapat bantuan BR1M, jadi apa lagi nak?? Kata pepatah Inggeris "You gain some you lose some".

Perumahan Johor: Mahal bagi rakyat Malaysia, menarik untuk ekspatriat Singapura

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Lebih ramai ekspatriat asing memilih untuk tinggal di Johor kerana rumah yang lebih murah dan besar, menurut laporan akhbar Singapura hari ini, sementara rakyat Malaysia masih tidak mampu membeli rumah. Tatkala ekspatriat Singapura mencari rumah yang lebih murah di Malaysia, rakyat Malaysia terutamanya yang baru bekerja mengadu mereka tidak mampu membeli rumah. Dolar Singapura bernilai 2.5 kali ganda lebih tinggi dari Ringgit Malaysia. “Malaysia menawarkan rumah yang lebih murah,” Geert Hulst, warga Australia, isteri kepada warga Belanda, yang bekerja di republik tersebut, memberitahu akhbar Singapura Sunday Times (ST), dalam satu artikel yang diterbitkan hari ini. Berita lanjut.... Jarumemas: jangan sampai anak sendiri hidup merempat di kampung sendiri...

DAP tidak setuju PKR senaraikan nama dalam ‘kabinet bayangan’

KUALA LUMPUR, 1 Okt — Tindakan menyenaraikan nama pemimpin PKR dalam “kabinet bayangan” menerima kritikan timbalan pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang menyifatkan langkah tersebut sebagai khayalan kerana parlimen belum dibubarkan tetapi sudah meletak calon dalam kementerian tertentu. Tan dipetik dari Sinar Harian Online hari ini berkata tindakan itu sebagai langkah salah dan tidak sepatutnya dilakukan kerana fokus sebenar ialah kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. “Tetapi pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata,” kata Dr Tan. Dua hari lalu, akhbar tersebut mengeluarkan laporan seramai 20 pemimpin PKR akan dilantik di kabinet jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menakluk Putrajaya dalam PRU nanti. Dalam maklum balas kepada The Malaysian Insider, Dr Tan mengesahkan berkata perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan dalam mesyuarat PR dan menegaskan keputusan muktamad hanya boleh dibuat selepas menang PRU. Berita lanjut.... Jarumemas: Terlalu yakin akan menang...mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan....

DAP MENGAKU PARTI ANWAR SEDANG BERKHAYAL & MIMPI DI SIANG HARI!

Timbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw menyifatkan hajat PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti bermimpi siang hari. Beliau berkata, pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan ‘Kabinet bayangan’ kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian. "PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian. Tetapi, pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR menyenarian 20 pemimpin kanan parti itu mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13 seperti dilapor akhbar ini semalam. Seng Giaw berkata, mungkin tidak ada masalah sekiranya pemimpin yang disenaraikan itu sudah memenangi kerusi mereka pada pilihan raya umum tersebut. "Kalau sudah menang lain hal. Tetapi kami belum bertanding lagi dalam pilihan raya. Ia bukan mengenai setuju atau tidak tetapi perkara ini tidak betul,” katanya. Sumber: Blog Dr Novandri Jarumemas: Gila meroyan nak tawan Putrajaya. Sebumbung pun tak sebulu dan masih kutuk mengutuk. Kalau dapat kuasa macam mana??

Formula 3-3-3-1 BN rampas Pulau Pinang

BUTTERWORTH - Umno Pulau Pinang perlu mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan merealisasikan Formula 3-3-3-1 jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Formula 3-3-3-1 ialah Umno Pulau Pinang perlu menambah tiga lagi kerusi dengan 11 yang disandang sekarang, MCA dan Gerakan memperoleh tiga kerusi masing-masing dan satu oleh MIC. "Jika ini berlaku, kita dapat bentuk kerajaan BN di Pulau Pinang dengan majoriti satu kerusi. Tetapi kalau parti komponen BN negeri bekerja lebih kuat lagi, saya yakin lebih banyak lagi kerusi Dun boleh dirampas di negeri ini," katanya. Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri, di sini, hari ini. Pada PRU 2008, BN hanya memenangi 11 kerusi Dun daripada 40 kerusi yang dipertandingkan manakala DAP mendominasi dengan 19 kerusi manakala PKR memperoleh sembilan kerusi dan Pas satu kerusi. Mengulas krisis antara Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman, Ahmad Zahid berkata, krisis yang berlaku itu disebabkan pemimpin PKR itu mula menyedari partinya hanya diperkudakan oleh DAP. PKR dan Pas perlu menilai kembali kerjasama yang terjalin dengan DAP kerana kepentingan mereka tidak diambil kira oleh parti itu, katanya. Krisis antara Guan Eng dan Mansor tercetus ekoran penyiaran rakaman audio yang menunjukkan Pengerusi PKR negeri itu mengkritik Setiausaha Agung DAP sebagai sombong dan angkuh yang disiarkan sebuah stesen televisyen Isnin lalu. Rakaman audio berkenaan adalah mengenai mesyuarat strategik PKR negeri yang dilaporkan berlangsung April lepas di pejabat parti di Lebuh King, Pulau Pinang. Mesyuarat itu antara lain membincangkan soal pembahagian kerusi negeri pada PRU13. - Bernama Jarumemas: Buat yang terbaik demi agama, bangsa dan negara.

Anwar angkuh, tak bertolak ansur - Tsu Koon

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai individu yang angkuh dan tidak boleh bertolak ansur sejak berada dalam kerajaan lagi. Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, terdapat peristiwa semasa beliau masih merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang mendedahkan sikap negatif Anwar tersebut yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri. Katanya, peristiwa pada 1997 itu berhubung isu kekosongan jawatan Pengarah Pendidikan Negeri di Pulau Pinang. "Pengarahnya bersara dan timbalan pengarah ketika itu sepatutnya mengisi kekosongan tersebut, tetapi kerajaan Pusat bertindak memilih calon yang lebih muda dengan alasan timbalan pengarah tersebut akan bersara dalam tempoh setahun setengah. Saya berpendapat ia tidak adil. "Kebetulan ketika itu Anwar berada di Pulau Pinang dan saya berjumpa dengan beliau untuk berbincang mengenai isu tersebut. Bagaimanapun Anwar menegaskan saya tidak perlu campur tangan dan biar kerajaan Pusat menentukannya, saya diarah melaksanakan tugas sebagai Ketua Menteri sahaja," katanya. Beliau berucap pada Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan di sini hari ini. Persidangan berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurut Tsu Koon, berikutan sikap angkuh Anwar tersebut beliau merujuk pula kepada Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak. "Saya berbincang dengannya, beliau akui ia tidak adil dan berjanji akan mengkajinya. Janji beliau ditunaikan kerana dalam masa empat hari sahaja timbalan pengarah tersebut dilantik ke jawatan pengarah. "Selepas mengetahui perkara itu, Anwar menghubungi saya dan menegur tindakan membawa perkara tersebut kepada Najib. Beliau memarahi saya dan menghempas telefon di akhir percakapan, ini membuktikan sikap angkuh Anwar, tidak seperti Najib yang lebih bertolak ansur serta menepati janji," jelasnya. Sementara itu, pada sidang akhbar selepas ucapannya, Tsu Koon memberitahu, tidak timbul isu dalaman berikutan tindakan sayap Pemuda parti tersebut tidak menghantar wakil untuk sesi perbahasan kerana nama yang dihantar ditolak Speaker. "Kami demokratik, apa yang disuarakan Ketua Pemuda, Lim Si Pin dianggap suara orang muda. "Orang muda ini mereka vokal dan agresif, kami faham situasinya kerana pucuk pimpinan sedia ada termasuk saya juga berasal daripada sayap Pemuda, tidak timbul isu wujud krisis dalaman," ujarnya. -utusan Jarumemas: Semua orang dah tahu!!!