Monday 22 October 2012

MCA mahu pecat pensabotaj parti dalam pilihan raya

KUALA LUMPUR, 21 Okt — MCA telah mengikut jejak rakannya dalam Barisan Nasional (BN) Umno untuk memecat pensabotaj parti jika didapati bersalah dalam pilihan raya akan datang. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri Mesyuarat Agung MCA hari ini. — Gambar oleh Choo Choo May Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata MCA sudah bersedia “untuk berperang”, dengan menggunakan slogan “kesanggupan, kemampuan dan bersedia” untuk parti menjelang pilihan raya. “Mulai hari ini, kita tidak patut hanya bercakap tentang menewaskan Pakatan Rakyat pada waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. “Tidak ada ruang untuk pensabotaj, Jawatankuasa Pusat (CC) telah membuat keputusan bahawa sesiapa yang mensabotaj parti semasa pilihan raya, dia akan dipecat,” katanya dalam ucapan pembukaan perhimpunan agung MCA yang ke 59 pagi ini. Beliau menyeru penyokong dan ahli untuk memperkuatkan MCA dan menewaskan PR, dan mengingatkan mereka tidak boleh tewas dalam pilihan raya ini. Jarumemas: Kerana mereka inilah pembelot sebenarnya dan menjadi Si Ketol moden...

Mandatori pemansuhan hukuman mati mandatori bolehkan mahkamah kenakan hukuman setimpal, kata Lam Thye

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Pemansuhan hukuman mati mandatori membolehkan mahkamah menentukan bentuk hukuman berdasarkan kesalahan, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye. Katanya, sebelum ini mahkamah tidak mempunyai pilihan lain untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah dadah di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain mati mandatori. "Jadi selepas ini, pihak mahkamah mungkin mempunyai pilihan berdasarkan budi bicara untuk menentukan bentuk hukuman. Bagaimanapun, hukuman itu haruslah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Bersama Mencegah Jenayah MCPF di sini, hari ini. Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengenai cadangan kerajaan untuk menangguhkan hukuman mati mandatori bagi pesalah dadah di negara ini sehingga kajian mengenai kewajaran hukuman itu selesai. Berita lanjut... Jarumemas: ada cahaya di hujung terowong....

MB Selangor gesa pembangkang hentikan kelirukan rakyat

KUALA LUMPUR, 21 Okt — Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa pembangkang di negeri Selangor berhenti daripada terus memutar belit isu paras air di Empangan Sungai Selangor. Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider, Abdul Khalid berkata dia berpuas hati dengan peningkatan takungan air di empangan tersebut yang meningkat kepada 55.43% iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat ini sekaligus membidas dakwaan seperti yang dilaporkan Utusan yang mengatakan takungan menyusut kira-kira 40% daripada jumlah 235 juta meter padu. "Saya berpuashati dengan peningkatan takungan air di Empangan Sungai Selangor yang telah meningkat kepada 55.43% iaitu sebanyak 127.49 juta meter padu setakat hari ini," kata Abdul Khalid. Berita lanjut... Jarumemas: Siapa sebenarnya yang mengelirukan rakyat? Bukan PKR ke?

Amalan kerajaan bersandarkan Islam, bukan retorik atau slogan, kata Najib

PEKAN, 21 Okt — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata amalan kerajaan dalam menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan tidak berpaksikan retorik atau slogan. Sebaliknya, Perdana Menteri berkata segala bantuan yang diberi itu berlandaskan Islam yang merupakan tunjang kehidupan. "Meskipun tiada label Islam pada luaran parti kita, tapi objektif parti adalah untuk memelihara dan mempertahankan serta membangunkan syiar Islam," katanya. Najib, yang juga Anggota Parlimen Pekan, berkata demikian ketika berucap di majlis penyerahan watikah dan wakalah (perwakilan) lembu korban kepada pengerusi masjid dan surau, pejabat kerajaan dan swasta dalam Parlimen Pekan, di sini hari ini. Beliau berkata fungsi Malaysia sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik di Selatan Filipina yang berlarutan selama 40 tahun dan mengorbankan 150,000 nyawa adalah sesuatu yang amat besar dan dihargai oleh bangsa yang baru mahu mengecapi nikmat keamanan. "Malaysia telah memainkan peranan penting di dalam menyelamatkan etnik Bangsamoro termasuk nyawa dan agama mereka," katanya. Pada 15 Okt lepas, kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) memeterai perjanjian bersejarah, dengan Malaysia sebagai pengantara, untuk menamatkan konflik yang berlarutan selama empat dekad di selatan Filipina. Rangka kerja Perjanjian mengenai Bangsamoro itu ditandatangani oleh ketua perunding Filipina Marvic Leonen dan ketua perunding MILF Mohagher Iqbal di hadapan Presiden Filipina Benigno Aquino III dan Najib, di Manila, Filipina. Malaysia menjadi pengantara perundingan damai antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Okt lepas. Sementara itu, sempena sambutan Aidiladha minggu depan, Najib mengajak rakyat supaya meningkatkan ketaqwaan diri selari dengan penghayatan prinsip pengorbanan itu sendiri sebagaimana dilakukan Nabi Ibrahim A.S selepas diperintah Allah S.W.T. Beliau berkata pada tahun ini, Parlimen Pekan mendapat 364 ekor lembu korban sumbangan beberapa syarikat swasta dan beliau sendiri untuk diagihkan kepada 57 buah masjid, 154 surau dan 30 pejawat awam dan swasta. Perdana Menteri turut menyerahkan lesen kelas B2 kepada 234 belia Pekan yang menyertai program perintis Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang dilancarkan di daerah itu pada bulan Mei lepas. — Bernama Jarumemas: Berpijak di bumi nyata..

PAS gesa MCA hati-hati tuduh Nik Aziz galakkan rogol bukan Islam

SHAH ALAM, 22 Okt — PAS menggesa MCA agar berhati-hati membuat kenyataan tentang dakwaan MCA mengatakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menggalakkan wanita bukan Islam untuk dirogol, kata Mohamad Sabu (gambar). Menurut timbalan presiden PAS itu, MCA bukan menghina sahaja PAS tetapi menghina agama Islam. “MCA perlu berhati-hati apabila buat kenyataan, sebab itu bukan lagi menghina parti, tapi sudah menghina agama. Jangan putar belitkan kenyataan Nik Aziz,” kata Mohamad yang ditemui oleh The Malaysian Insider selepas memberikan ceramah di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi. Sabtu lalu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bersetuju dengan pandangan dari Wanita MCA bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita bukan Islam, dengan berkata bahawa Nik Aziz telah mengeluarkan pandangan tersebut dalam satu ceramah empat tahun lalu. Presiden MCA itu mendakwa dalam ucapan pada 2008, Nik Aziz berkata sesiapa yang tidak menutup aurat memang wajar untuk dirogol. “Dan sebabnya kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah. “Ini bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan video (ceramah Nik Aziz) tersebut jika kamu berminat,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dengan delegasi MCA menjelang perhimpunan agung parti itu. Media melaporkan Naib Pengerusi Wanita MCA Senator Heng Seai Kie berkata bahawa PAS menggalakkan rogol kepada wanita yang tidak menutup aurat dalam ucapannya pada perhimpunan agung parti tersebut. Jarumemas: Tak percaya dengan kenyataan Mat Sabu ni...

Tengku Razaleigh mahu BN pilih calon yang dapat restu peringkat bahagian

GUA MUSANG, 21 Okt — Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah mahu pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) memilih calon yang direstui anggota peringkat bahagian untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 akan datang. Beliau berkata langkah itu penting bagi mengelakkan anggota parti mengambil tindakan mensabotaj calon kerana pemilihan dibuat tidak mengikut kehendak mereka. Di Kelantan, perkara seperti itu (sabotaj) sentiasa berlaku, katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Mini Karnival Pemakanan Sihat 2012 Parlimen Gua Musang, di Rancangan Kemajuan Tanah RKT Kesedar Sungai Asap B, di sini, hari ini. Tengku Razaleigh yang menyambut baik keputusan Majlis Tertinggi Umno Jumaat lepas untuk menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengambil tindakan segera terhadap anggota parti yang mensabotaj calon BN, berkata tindakan tegas perlu diambil sebelum pilihan raya. "Saya percaya pucuk kepimpinan memikirkan perkara itu semua supaya tidak berlaku perkara tidak diingini kerana masalah itu sentiasa berlaku pada setiap kali pilihan raya berikutan ada perkara yang tidak kena pada ahli peringkat bahagian. "Kita tidak mahu tindakan tegas diambil selepas pilihan raya selesai seperti yang pernah dibuat jawatankuasa disiplin parti sebelum ini kerana selepas itu orang tidak mempedulinya lagi dan sudah terlambat," katanya. Ditanya mengenai peluang BN Kelantan pada PRU-13, Tengku Razaleigh berkata BN mampu berkuasa semula dengan syarat semua pihak perlu bekerja kuat dengan mengatur strategi betul. Mini Karnival anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Kelantan itu turut dimeriahkan dengan pertandingan masakan kampung dan pemeriksaan kesihatan. — Bernama Jarumemas: Pilih calon yang disenangi akar umbi bukan pilihan orang tertentu.

Kerajaan Kedah perlu jelaskan kerugian dialami syarikat berkaitan kerajaan

ALOR SETAR, 22 Okt — Kerajaan Kedah perlu memberi penjelasan mengenai kerugian dialami syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri seperti dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau berkata segala ketirisan dan kerugian yang dilaporkan itu tidak boleh ditutup kerana ia melibatkan jumlah yang sangat besar. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis anugerah cemerlang dan penyampaian sijil kanak-kanak Tabika Kemas dan Taska Permata peringkat Parliman Alor Setar di sini, semalam, Ahmad Bashah berkata perkara tersebut menjadi isu kerana banyak lagi projek kerajaan negeri juga mengalami kerugian. Katanya, ini khusus bagi sebuah syarikat yang dibenarkan membuat pinjaman besar untuk menjalankan perniagaan di Papua New Guinea. “Segala kepincangan ini (seperti dalam laporan audit) mesti diberi penjelasan. Kita mahu kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu dan pegurusan syarikat terlibat dan janganlah berdiam diri,” katanya. Berita lanjut... Jarumemas: Bukan senang jadi pemimpin, perlu bertanggungjawab atas segala kepincangan.

Faktor ‘Ah Jib Gor’ akan menarik undi Cina ke BN, kata delegasi MCA

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Populariti Datuk Seri Najib Razak atau faktor “Ah Jib Gor” akan membantu memujuk sebahagian segmen pengundi Cina menyokong kembali Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang, kata pemimpin akar umbi MCA, akan tetapi memberi amaran sukar untuk mengalahkan pembangkang di kubu kuat mereka di bandar. Ini adalah sentimen di kalangan perwakilan yang menghadiri mesyuarat umum tahunan ke-59 MCA di Wisma MCA semalam, yang dilihat sebagai peluang terakhir parti itu untuk mencartakan strategi pilihan raya menjelang pertempuran yang paling sukar bakal berlaku beberapa bulan akan datang. “Najib adalah baik kerana dia telah melakukan banyak program untuk rakyat, saya yakin orang Cina akan mengundi BN,” kata seorang perwakilan, Lim Chee Cheong dari MCA Rasah, Negeri Sembilan. “Najib telah melakukan banyak untuk orang Cina. Dan beliau mempunyai sokongan kami dan sokongan masyarakat Cina juga,” perwakilan lain, Loke Poh Chye dari MCA Pengkalan Kota, Pulau Pinang, memberitahu The Malaysian Insider. Berita lanjut... Jerumemas: Sewajarnya rakyat berterima kasih kepada kerajaan terutamanya kepada PM yang telah banyak memberi.

Penempatan polis di kuarters punca jenayah naik, kata Kulasegaran

KUALA LUMPUR, 22 Okt — Ahli parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran mendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mendekatkan diri dengan rakyat dan tidak memahami situasi yang dihadapi rakyat Malaysia yang rata-rata mengakui bimbang dengan kadar jenayah di dalam negara ketika ini. Dalam perbahasan di Dewan Rakyat pagi ini, ahli parlimen DAP tersebut berkata peranan pihak PDRM masih lemah dan tidak mampu memberi keyakinan kepada rakyat. “Indeks persepsi rasa takut jenayah dalam kalangan masyarakat masih 60 peratus, ini membuktikan PDRM tidak memberikan keyakinan kepada rakyat,” kata Kulasegaran semasa membidas penjelasan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Berita lanjut... Jarumemas: betul! betul! betul!