Thursday 27 September 2012

Tiada apa-apa yang buruk tentang dana asing, kata ketua Majlis Peguam

KUALA LUMPUR, 26 Sept ― Dana asing untuk badan bukan kerajaan (NGO) adalah sesuatu yang positif selagi ia mematuhi undang-undang tempatan, kata Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee hari ini di tengah-tengah dakwaan dari ahli-ahli politik Barisan Nasional (BN) yang mengatakan ianya bertujuan untuk menjejaskan kestabilan negara. Ini datang selepas NGO Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menjadi sasaran dakwaan oleh akhbar Melayu bahawa ia adalah ejen jutawan spekulator mata wang George Soros kerana mendapat wang dari beliau. Lim berkata bahawa kerajaan Malaysia sendiri mendapat manfaat dari dana asing pada masa lalu dan juga memberikan bantuan asing. “Malangnya unsur-unsur tertentu telah dibuang dan ini tidak adil tentang pembiayaan asing,” katanya pada sidang akhbar di Persidangan Antarabangsa Undang-undang Malaysia 2012 di sini. Berita lanjut... Jarumemas: Banyak badan bebas pada hari ini menjadi badan politik yang ditaja oleh pihak-pihak tertentu.

Hasan Ali: Kenyataan Anwar di London hina Islam

KUALA LUMPUR, 26 Sept ― Presiden JATI, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghina Islam dengan kenyataannya mengatakan “umat Islam mempunyai masalah dalam jiwa mereka” dua hari lalu di London. Hasan dalam sidang medianya hari ini mengecam Anwar dan melabel pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri yang bermasalah dengan kecelaruan emosi di pihak beliau. “Saya rasa ini satu kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin Islam. “Sebenarnya dialah (Anwar) yang sedang mengalami masalah jiwa,” kata Hasan (gambar). “Rakyat Malaysia faham tentang tekanan emosi yang sedia beliau hadapi berikutan dengan beberapa kes melibatkan moral beliau,” katanya. Dalam laporan Utusan hari ini, Anwar dikatakan mengakui terdapat masalah dalam jiwa umat Islam seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Britain, The Scotsman. Penulis artikel Eddie Barnes berkata, “Dalam reaksi umat Islam terhadap filem yang menghina Islam, beliau (Anwar) bersetuju bahawa ada masalah dengan jiwa orang Islam, mereka mudah marah dan beremosi’’. Hasan juga menyamakan kenyataan Anwar tersebut sama seperti yang telah dilakukan oleh ahli parlimen DAP, Ngeh Koo Ham yang menulis di dalam laman mikro Twitter yang mengatakan umat Islam membuang masa menyertai demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap filem “Innocence of Muslims” pada minggu lalu. Berita lanjut... Jarumemas: Adalah dayus dan munafik merka yang tidak mahu mempertahankan agamanya...

Anwar janjikan lebih banyak wang poket rakyat menjelang PRU semakin hampir

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Pakatan Rakyat (PR) menjanjikan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna oleh rakyat Malaysia dalam Bajet Alternatif mereka yang diumumkan dua hari sebelum Barisan Nasional (BN) membentangkan Bajet 2013. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendapatan boleh guna akan meningkat melalui penurunan harga kereta, pemansuhan tol, dan pemansuhan pinjaman pelajaran, melalui bajet yang dibentangkan beliau hari ini. Anwar turut berkata, kerajaan PR akan berupaya untuk menampung cadangan mereka itu tanpa meningkatkan kadar cukai, sebaliknya hanya mengawal ketirisan yang meningkat sebagai akibat daripada gejala rasuah dan ketidakcekapan. “Kami akan memastikan polisi kerajaan PR lebih telus untuk mengelakkan sebarang ketirisan dan pembaziran kerana gejala rasuah,” katanya sewaktu pembentangan Bajet Alternatif 2012 di sini. Berita lanjut.... Jarumemas: Lunaknya janji PKR!!!!

Bajet Pakatan tidak realistik kata BN

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Bajet Alternatif Pakatan Rakyat (PR) yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini disambut dengan sinis oleh kebanyakan ahli Parlimen daripada parti pemerintah Barisan Nasional (BN). Bajet yang dihasilkan secara bersama daripada komponen parti DAP, PKR, dan PAS itu jelas ahli Parlimen BN adalah “tidak masuk akal” dan “bajet bodoh” serta mempersoalkan bila tempoh masanya untuk dilaksanakan. “Itu bajet bodoh ... persoalannya sekarang bila mereka mahu laksanakannya? “Ia hanya “trick” untuk menarik undi rakyat, dan setakat ini mereka (PR) tidak pernah melakukan apa-apa,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kepada pemberita yang ditemui di Parlimen hari ini. Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan ketika diminta untuk mengulas bajet alternatif PR itu berkata, beliau sendiri tidak melihat secara serius tindakan yang dilaksanakan PR. Berita lanjut... Jarumemas: PKR menjanjikan langit, bulan dan bintang. Ini semua janji pilihan raya lembut gigi dari lidah. Bila dah dapat kuasa, negara akan digadainya.

Belia Pahang harap Belanjawan 2013 mesra belia

KUANTAN, 26 Sept — Majlis Belia Pahang berharap Belanjawan 2013 yang akan dibentang Jumaat ini lebih mesra kepada pertubuhan belia bagi membolehkan lebih banyak program mendekati golongan itu dilaksana. Presidennya Norol Azali Sulaiman berkata menerusi Belanjawan 2013, diharapkan lebih banyak kementerian dapat membantu generasi X dan Y. “Ketika ini agensi-agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan sahaja dilihat memainkan peranan besar dalam membantu dan melaksanakan program-program berkaitan belia di negara ini. “Kita berharap dalam Bajet 2013, kementerian-kementerian lain yang berkaitan juga perlu menyalurkan peruntukan kepada persatuan dan majlis belia bagi memantapkan sahsiah golongan muda,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini. Sementara itu Pengerusi Gerakan Belia 4B Lipis, Azhari Rose berkata belanjawan yang mesra belia amat diperlukan bagi membantu golongan berkenaan mengembangkan potensi diri. “Bajet yang mesra ini dilihat dakan dapat memantapkan lagi pergerakan persatuan dan majlis belia di negara ini. “Kita juga berharap kerajaan menghidupkan semula Tabung Ekonomi Belia (TEB) bagi menyalurkan pembiayaan kepada golongan itu dalam bidang keusahawanan. “Apa yang penting ialah syarat pembiayaan TEB perlu diperketatkan khususnya kepada belia yang mampu dan berintegriti sahaja dalam menggerakkan bidang keusahawanan selain dibimbing menerusi pemantauan yang bersistematik,” katanya. — Bernama Jarumemas: Janji Ditepati....

UIA hadapi masalah ‘pengundi hantu’ dalam sistem e-pengundian

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberikan alasan peningkatan pengundi dalam sistem e-pengundian melebihi jumlah yang layak mengundi menyebabkan pilihan raya kampus (PRK) terpaksa ditangguhkan. Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Datuk Mizan Hitam, dalam kenyataan rasmi mengesahkan perkara tersebut. “Sebagai contoh, sepatutnya satu kuliah mempunyai 300 pengundi tetapi e pengundian mencatatkan jumlah melebih 2000 pengundi yang layak,” katanya. Memetik laporan di Berita Harian hari ini, Dekan Bahagian Pembangunan dan Perhubungan Pelajar UIAM, Dr Akmal Khuzairy Abd Rahman mengesahkan perkara tersebut dan dijangkakan pilihan raya semula akan diadakan pada minggu depan. “Saya masih belum menerima laporan rasmi tetapi ia berpunca daripada masalah teknikal,” kata Dr Akmal kepada Berita Harian. Dr Akmal juga berkata tarikh pilihan raya akan diputuskan hari selepas selesai bermesyuarat. Disamping itu, beliau juga mempertahankan keupayaan sistem e-pengundian yang digunakan oleh semua universiti dalam PRK kali ini. “Ia tidak berlaku di universiti lain kecuali di UIA,” kata Dr Akmal. Bagi mengelak ia berulang, UIA dijangkakan beralih kepada sistem lama iaitu mengadakan pilihan raya secara manual. Cadangan itu dilontar oleh Datuk Mizan dan Dr Akmal dalam kenyataanya hari ini juga menyuarakan pendapat sama yang mahu senat mengadakan satu lagi PRK secara manual. Semalam, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam sidang medianya berkata pihaknya telah menerima laporan awal yang mengatakan kelewatan itu disebabkan kesilapan teknikal dalam penggunaan sistem e-undi yang dikelolakan pihak bertanggungjawab di UIAM. Sebanyak 32 kerusi dipertandingkaan melibatkan 18 kerusi di kampus Gombak dan 13 kerusi di kampus Kuantan. Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan dalam kenyataannya hari ini menggesa sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat segala aduan ketidak adilan dan penipuan yang berlaku dalam PRK sesi ini. Beliau juga menyifatkan PRK yang berlangsung semalam telah menyaksikan penyelewengan dan penindasan ke atas hak demokrasi mahasiswa. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Biasalah golongan yg kalah akan mengeluarkan kenyataan sebegini.

Anwar naiki jet ‘haram’, Azmin selar Tian Chua

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan melakukan kesalahan apabila menaiki jet peribadi milik rakyat Amerika Syarikat (AS) yang menjadi satu kesalahan dalam perjalanan ke Labuan sempena sambutan Hari Malaysia baru-baru ini. “Adalah salah untuk menaiki jet yang didaftarkan milik rakyat AS di Malaysia. “Hanya pemilik jet berkenaan yang boleh menggunakan jet tersebut disini,” lapor akhbar NST yang memetik dari sumber dari pihak berkuasa penerbangan negara. Berita lanjut.... Jarumemas: jangan pula sokong membawa rebah!!!

Tian Chua cabar kerajaan dedah maklumat isu jet

KUALA LUMPUR, 27 Sept ― Selepas diasak dengan pertanyaan demi pertanyaan berhubung status jet yang digunakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain, naib presiden PKR, Chua Tian Chang hari ini pula tampil mencabar kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menjelaskan maklumat lengkap status jet tersebut. Malah, ahli Parlimen Batu itu juga turut menafikan telah mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan Anwar berkenaan jet tersebut sama ada ianya disewa atau ditaja, sebaliknya meletakkan tanggungjawab membuat penjelasan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Kementerian Pengangkutan. “Tidak timbul soal percanggahan antara saya dan Anwar, pesawat itu memang disewa. “Anda pergi semak sendiri... tak perlu tanya saya. Kami juga tunggu dan cabar kerajaan keluarkan semua maklumat-maklumat tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di kawasan lobi Parlimen di sini. Berita lanjut.... Jarumemas...Nafi, tepis dan bermacam lagi yang akan dilakukan oleh mereka demi menegakkan benang yang basah.