Friday 7 September 2012

Usah melatah isu Sang Saka Malaya — Ahmad Lutfi Othman

7 SEPT — Sambutan kemerdekaan negara kita memang tidak sunyi daripada polemik. Sumbangan para pejuang yang berhempas-pulas menghalau penjajah dengan darah dan air mata turut menjadi pertikaian. Umno mahu membolot legasi perjuangan mulia itu; seolah-olah ia sahaja berperanan membebaskan watan tercinta. Tahun lalu heboh kontroversi Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dilanyak Utusan Malaysia berminggu-minggu tanpa diberi peluang membela diri. Di peringkat awal, PAS nampak tersudut ke penjuru kelam, kononnya tidak langsung menghargai pengorbanan pasukan keselamatan, sekali gus mengagungkan “wira komunis”. Bagaimanapun, tanpa dirancang, minat masyarakat untuk menelusuri jejak perjuangan membebaskan tanahair daripada cengkaman penjajahan British meningkat dengan drastik sekali. Naluri ingin tahu fakta sebenar membuak. (Secara peribadi, saya yakin, apa jua kontroversi, jika disorot melalui tradisi keilmuan yang segar dan mantap, pastinya mendatangkan manfaat buat semua.) Satu Wacana Merdeka, yang dianjurkan Jabatan Sejarah Universiti Malaya, pada 23 September 2011, di Dewan Uliah A, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM, mendapat sambutan memberangsangkan. Saya yang masih bertongkat, terpaksa hadir awal dan mendaftar sebelum jam 8 pagi, bimbang tidak mendapat tempat. Sejarah, yang sering dianggap pengulangan cerita lama yang membosankan, tiba-tiba menggamit minat luar biasa masyarakat awam. Dari sisi lain, sekurang-kurangnya pusara anggota polis yang terbunuh di Bukit Kepong itu, tidak lagi terbiar. Ramai cuba mempamerkan simpati. Dan lebih penting, sehubungan itu, nasib pesara pasukan keselamatan, menjadi perhatian istimewa pemerintah, dengan menawarkan beberapa insentif menarik. Rencana seterusnya.... Jarumemas: Hanya jauhari yang mengenali manikam

BN eyes polls in November, after Budget debate

KUALA LUMPUR, Sept 7 ― Barisan Nasional (BN) is likely to call the general election at the end of November, a week after the last of the 28,000 Muslim pilgrims return from the Haj and the Budget 2013 is passed by the Dewan Rakyat, sources say. The Malaysian Insider understands that Education Ministry top officials have been asked this past week to check the availability of schools, mainly secondary schools, during that period when the Form Five and Six public examinations are usually held. File photo of voters lining up to cast their ballots in the Sarawak state elections last year. The speculation now is that the general election will be called at the end of November. “The government is looking at the end of November, just after the last flight bringing back the Haj pilgrims on November 19,” a BN strategist told The Malaysian Insider. The next Parliament session starts September 24 and is scheduled to end on November 27, with the highlight being Budget 2013 to be tabled by Prime Minister and Finance Minister Datuk Seri Najib Razak on September 28. BN’s mandate expires next April 28, five years after Election 2008 where the ruling coalition under Tun Abdullah Ahmad Badawi suffered historic losses of its two-thirds parliamentary majority and four more states. Abdullah stepped down in favour of Najib in April 2009. This is Najib’s first shot at getting his own mandate. The Malaysian Insider had earlier reported that plans to dissolve Parliament last month have been shelved after two Sabah lawmakers quit the coalition and expressed support for arch-rivals Pakatan Rakyat (PR). There have also been reports of elections to be called earlier and the middle of the year but none have panned out. Najib hinted last week that a general election is near while former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad has openly said November would be a good month for elections. Both are also bullish about BN’s prospects in the coming polls. “The Budget debate normally takes about four weeks to be passed by the Dewan Rakyat before it goes to the Dewan Negara. So Najib can call snap polls after that,” another source said, confirming that November has been cited as the most probable date for a general election. “The government is also thinking of calling elections on a weekday but that depends on the Election Commission (EC),” the source added. He added a BN official has already put a 60-day timeline for the next elections after Budget Day although others are in favour of finishing the current mandate before calling polls. “Not many are in favour of November but influential people like Dr Mahathir have a bigger say,” the source said. Widespread allegations of tampered electoral rolls have forced the EC to defend itself and order a review of the rolls. The EC is also looking into implementing a 10-day campaign period following proposed reforms by a Cabinet committee after widespread protests calling for free and fair elections. Nearly 13 million voters are eligible to cast their ballots if a general election is called, involving all 222 federal seats and 505 seats in 12 states. However, the four PR-ruled states have yet to say if they will hold elections the same day as the general election as their mandates only expire next April. Sarawak has already had its state election last year. Source: Malaysian Insider Jarumemas: the voters will do their duty whenever the date is.

Ex-mufti Asri urges Umno ulamas to speak out against political violence

KUALA LUMPUR, Sept 7 ― Former Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin has criticised the young ulamas or religious scholars in Umno for being silent on the culture of political thuggery, saying that they should not just toe the party line. He cited as proof of the culture of political violence and a breakdown in decent behaviour the attack on PKR’s pre-election tour bus, the recent incident where a student exposed himself at photographs of political leaders, and the alleged throwing of shoes into a mosque by Malay right-wing group Perkasa. “Political differences no longer bring a battle of minds and an offer of better administration, but the contrary is happening,” Asri said on his official website www.drmaza.com. He advised young ulamas in political parties to state their stand and not just follow their party’s wishes. “Yesterday (I) met a few Umno leaders, they said please help tell the young ustaz (religious teachers) who join Umno not to be sycophants. We don’t like (that) too. (Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka.),” Asri wrote on the microblogging site Twitter. Source: Malaysian Insider Jarumemas: They have other important things to do rather than answering the stupid and immoral behaviour. Instead PR should have advice those morons!!!

Punish all, not just pro-democracy activists, PKR demands

KUALA LUMPUR, Sept 7 — PKR today demanded equal punishment on all those who have stomped on photographs of political leaders and activists regardless of their political leanings, accusing the authorities of using selective prosecution to quell dissent against the ruling Barisan Nasional (BN). Party president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pointed out that similarly unruly acts committed in the past by Umno or pro-BN activists against Pakatan Rakyat (PR) leaders like Lim Guan Eng had not resulted in any probe by the police. But she noted that several youths found guilty of stomping on or mooning over pictures of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, his wife and Election Commission (EC) chairman Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof during last week’s pro-democracy gathering are currently facing the full extent of the law for their actions. “It is selective prosecution. If you want to take action, take action against all those who have committed similarly offensive acts... take equal action against all. “If the act was committed against Lim Guan Eng, take action, if against the PM, take action, if against (PAS spiritual adviser Datuk) Nik Abdul Aziz Nik Mat, take action... then it is fair,” she told reporters at the launch of PKR’s “Merdeka Rakyat” mobile stage here. A 19-year-old student, who was caught on camera exposing his bottom and stomping on the photographs of Najib and his wife, has reportedly been expelled from college — the Cheras-based Cybernetics International College of Technology — for insulting a national leader. The police had earlier arrested the boy, as well as a number of other teenagers, for stomping on the photographs, in what opposition politicians have described as an over-reaction to the exuberance of young activists. Similar offensive acts committed by pro-BN activists have gone unpunished in the past, including the performance of butt exercises by a group of army veterans at the home of Bersih 2.0 co-chairman Datuk Ambiga Sreenevasan. Source: Malaysian Insider Jarumemas: Nobody is above the law.

Selepas bas, PKR guna treler untuk kempen

PETALING JAYA, 7 Sept ― PKR melancarkan sebuah treler yang bakal digunakan untuk kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam satu majlis yang telah dirasmikan oleh presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi ini di ibu pejabat PKR. Dr Wan Azizah dalam ucapan perasmiannya memberitahu treler ini akan menjadi simbol baru buat Pakatan Rakyat (PR) dan merupakan wadah baru bagi perjuangan rakyat. Ogos lalu, PKR juga telah melancarkan sebuah bas ekpres yang digunakan untuk kempen 'Jelajah Merdeka Rakyat' namun terdapat segelintir mereka yang kurang senang hinggakan ia diserang pihak tak bertanggungjawab di Kota Bharu. “Treler tersebut akan memulakan perjalanannya dalam program ceramah pada malam ini yang akan berlangsung di Rantau, Negeri Sembilan. “Saya berharap tiada lagi insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Kelantan dan Kedah baru-baru ini,” katanya. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Tak kisah nak guna kapal terbang pun boleh...jangan rakyat dijadikan taruhan demi kepentingan parti dan diri sendiri.

Dr Mahathir tidak peka kepada situasi semasa, kata PKR

KUALA LUMPUR, 7 Sept ― Ahli dewan undangan negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) menyifatkan bekas perdana menteri (PM) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak peka kepada perkembangan semasa di atas kenyataannya memberi amaran kepada rakyat di negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. Dr Mahathir berkata rakyat tidak akan berupaya untuk berubah kepada Barisan Nasional (BN) semula apabila PR memerintah nanti. Dalam ucapannya di Lembah Pantai semalam, Dr Mahathir mengingatkan rakyat untuk tidak “menukar pemimpin” itu kerana ia bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya mengingatkan berkemungkinan ia langkah yang amat teruk. “Saya rasa dia tidak peka kepada situasi yang berlaku dalam dunia sekarang. “Saya rasa rakyat sudah matang dan mampu membuat keputusan sendiri dengan baik. “Jika pemerintah baru tidak mengamalkan corak pentadbiran yang lebih baik dan telus, mereka boleh nilaikannya sendiri,” kata Nik Nazmi kepada The Malaysian Insider. Nik Nazmi turut mempersoalkan bekas PM tersebut sama ada dia terlupa siapa yang memerintah Malaysia selama 55 tahun serta mengamalkan dasar dan polisi berat sebelah sepanjang tempoh tersebut. Sumber: Malaysian Indiser Jarumemas: Dah dasar pembangkang yang enggan menerima pa pandangan orang lain, mereka sahaja yang betul.

PM Sedia Berjumpa Ayah Pelajar Tunjuk Punggung

BESUT, -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia berjumpa dengan ayah kepada seorang remaja yang dikaitkan dengan insiden menghina pemimpin ketika perhimpunan Janji Demokrasi semasa sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur, 30 Ogos lepas. "Tidak ada masalah, saya terima sesiapapun tetapi prinsipnya proses undang-undang tak boleh dikompromi dan mesti diteruskan. Soal dia nak berjumpa dengan saya tu boleh diatur bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan Hari Raya Aifilfitri di Kampung Tasek Tok Lebai, Besut. Media Khamis melaporkan permohonan maaf ayah kepada seorang pelajar lelaki kolej swasta yang menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada malam kejadian itu. Ayah pelajar itu turut menyatakan hasrat bertemu Najib bagi meminta maaf secara peribadi. Jelas Perdana Menteri, semua rakyat Malaysia perlu menghormati kedaulatan undang-undang negara. Pihak pengurusan sebuah kolej swasta di Cheras dilapor mengambil keputusan memberhentikan pelajar itu berikutan insiden tunjuk punggung terbabit. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan sama ada pelajar itu boleh merayu untuk menyambung semula pengajiannya terpulang kepada budi bicara kolej berkenaan. Sebelum itu dalam ucapannya pada majlis itu, Perdana Menteri dalam menyentuh tindakan tidak bertamadun sekumpulan peserta perhimpunan "Janji Demokrasi" dengan memijak gambar pemimpin serta menunjukkan punggung, berkata pemikiran seperti itu yang merosakkan perjuangan untuk membina sebuah negara bangsa yang berjaya. "Sebuah negara boleh merdeka, tetapi untuk membina sebuah negara bangsa mesti ada ikatannya, ada nilai-nilai utamanya dan mestilah bersandar kepada ideologi kebangsaan kita, iaitu Rukun Negara. "Tetapi bila baru-baru ini pada sambutan Hari Merdeka yang ditaja pembangkang, di mana letaknya nilai seseorang itu apabila gambar pemimpin dipijak, seluar dilondehkan, di mana nilai seseorang itu apabila bendera kita mahu ditukar kepada bendera Sang Saka yang baru. "Kalau inilah caranya, Raja tidak dihormati, Perlembagaan tidak dijulang, undang-undang tidak dipedulikan, apa akan jadi pada masa depan," tegasnya. Perdana Menteri juga menegaskan pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi disifatkan "bukan sebarang pilihan raya" kerana ia bakal menentukan masa depan negara ini. Oleh itu, beliau berkata mandat kukuh perlu terus diberikan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan meletakkan pemimpin-pemimpin yang betul di tempat sewajarnya. Perdana menteri berharap seluruh jentera BN di Terengganu menumpukan usaha kepada memenangi pilihan raya umum akan datang dengan tidak membiarkan unsur- unsur luar dicampur-aduk di dalam pertimbangan mereka. Najib berkata sekarang bukan soal pemilihan dalam bahagian, sebaliknya soal sama ada Umno dan BN akan mampu untuk kekal berkuasa atau sebaliknya. -- BERNAMA Jarumemas: Mudah memaafkan tapi sukar untuk melupakan!!

Pijak gambar pemimpin: Hisham mahu tindakan tegas

BATU PAHAT- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang terbabit dalam perbuatan memijak gambar pemimpin dan mengibar bendera baru. "Kes ini dianggap kes kepentingan awam dan polis menyiasat dan kalau tidak boleh didakwa kita nak tahu apa sebab," katanya selepas menghadiri Majlis Minggu Haluan Siswa Universiti Tun Hussein Malaysia, di sini, hari ini. Katanya, tindakan tegas itu bukan demi kepentingan politik tetapi disebabkan masyarakat marah, jijik dan mual dengan perbuatan berkenaan. "Saya tidak mahu dituduh mencampuri dalam hal polis, kementerian menekankan dasar dan pendekatan secara menyeluruh dan selepas itu menyerahkan kepada polis, Peguam Negara dan mahkamah menjalankan tugas masing-masing," katanya. Hishammuddin berkata, bantahan ramai pihak terhadap insiden berkenaan menunjukkan majoriti rakyat Malaysia tidak menerima budaya negatif yang dilakukan individu terbabit. "Perbuatan itu bercanggah dengan budaya kita dibesarkan. Kalau kita tidak membuat pendirian dan majoriti tidak bersuara, ia akan menular di mana apa saja kelebihan serta keunikan di negara akan terhakis sedikit demi sedikit," katanya. - BERNAMA Jarumemas: bertindak tegaslah supaya memberi peringatan kepada yang lain.

Umno Mesti Lebih Kuat Bersatu Jika Mahu Menang Dua Pertiga

KUALA LUMPUR -- Umno dengan kekuatan 3.2 juta anggota, mampu memastikan kemenangan dua pertiga kerusi Parlimen untuk Barisan Nasional, jika semua anggotanya bersatu dengan lebih erat menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Ali Alhabshee. Katanya penyatuan terpenting ialah dengan menyokong siapa pun calon yang akan diketengahkan pucuk pimpinan untuk bertanding dan bekerja keras mencapai kemenangan itu. "Sebagai anggota parti, taat setia kita adalah kepada Umno dan bukannya memburu kepentingan jawatan. Saya sokong kenyataan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini... keutamaan kita yang lebih besar adalah memastikan kemenangan parti," katanya kepada Bernama Rabu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Ahad lepas yang menegaskan bahawa Umno tidak memerlukan pemimpin yang hanya berjuang untuk mengisi perut, jawatan dan juga kuasa. Syed Ali berkata Umno Wilayah Persekutuan juga sudah cukup bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 sekiranya ia berlangsung pada November ini. -- BERNAMA Jarumemas: Beri peluang kepada orang muda untuk terajui UMNO.

Jika PR berkuasa, rakyat tak berpeluang pilih BN kembali, kata Dr M

KUALA LUMPUR — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memberi amaran kepada rakyat di negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya akan datang kerana mereka tidak akan berupaya untuk berubah kepada Barisan Nasional (BN) semula apabila PR telah memerintah. Jelas mantan perdana menteri itu lagi, pilihan untuk "merubah pemimpin" itu juga bukanlah satu tindakan yang baik, sebaliknya mengingatkan berkemungkinan ia langkah yang amat teruk. "Ada yang kata kita tukarlah (pemimpin) ... cuba yang lain ... kita cuba lima tahun, kalau tidak baik, kita tukar. "Sekali mereka berkuasa, mereka akan buat untuk rakyat tidak boleh bertukar lagi kepada BN," kata Dr Mahathir ketika program sepetang bersama beliau di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya anjuran Kelab Pesara Kerajaan Lembah Pantai di sini. Jelas beliau yang telah berkhidmat selama 22 tahun sebagai perdana menteri, usaha mengubah pemimpin negara itu juga berkemungkinan akan menghancurkan negara ini jika kita hanya memilih mereka yang hanya "ingin menjadi perdana menteri." "Jika kita menghargai keamanan dan kemakmuran yang kita ada, kita pasti akan dapat lebih lagi daripada pembangunan," kata Dr Mahathir lagi. -The Malaysian Insider Jarumemas: Malaysia akan tergadai akhirnya!!