Tuesday 12 March 2013

Mindef juga nafi warga asing dibunuh di Sandakan

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini turut menafikan dakwaan yang dilaporkan media Filipina bahawa pasukan keselamatan membunuh warga negara itu di Sandakan.

Dakwaan berkenaan satu "tuduhan yang melulu" kata Zahid yang menjelaskan maklumat yang diperolehinya dari PDRM menyatakan bahawa tindakan berkenaan tidak berlaku di kawasan yang didakwa.
"Apa yang berlaku adalah (operasi) pembersihan daripada unsur-unsur adanya tali barut bagi penceroboh militan berkenaan.

"Sudah tentu, sekiranya pembunuhan dilakukan, maka polis dan tentera akan mengumumkan pembunuhan itu, (yang) berlaku di luar operasi.

"Pada masa ini, kita menumpu kepada tiga kawasan iaitu di Tanduo, Tanjung Labian dan Tanjung Batu. Selain daripada itu, ia adalah aktiviti operasi biasa," katanya.


Jarumemas: Apa alagi yang nak difitnahkan oleh pecacai pembangkang ni....Tak habis-habis nak meruntuhkan negara sendiri. Mereka inilah puak-puak sokong yang membawa rebah!!!

KSN: Kenaikan gaji bukan buah tangan untuk p'raya

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa menangkis tanggapan bahawa pengumuman kenaikan gred gaji bagi perkhidmatan awam hari ini adalah buah tangan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya beliau berkata, pengumuman itu merupakan amalan tahunan yang dilakukan dalam Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA).

"Tidak (buah tangan). Jangan salah tafsir. Ada pihak yang hanya suka ambil perkara ini sebagai negatif.

"Persidangan MAPPA ialah ia satu amalan tahunan bagi perkhidmatan awam.

"Dalam MAPPA kira akan umumkan pulangan atau penambahbaikan bagi setiap tahun oleh kerajaan," katanya ketika ditanya dalam sidang media selepas majlis tersebut di Putrajaya hari ini.
 

Jarumemas: Apa lagi yang pembangkang dan pecacainya nak kata tentang kerajaan. Apa saja yang dibuat serba tak kena di mata mereka. Mereka saja yang betul!!! kepala hotak kau orang!!!

Kumpulan anti-Anwar lempar telur, kayu

Satu "perhimpunan aman" anjuran tiga NGO pro-BN hari ini bertukar menjadi huru-hara apabila peserta melemparkan telur, kayu dan kon trafik ke arah penyokong PKR di luar ibu pejabat parti itu petang ini.

Tiga kumpulan berkenaan, yang terdiri daripada 50 orang, turut membakar bendera PKR di luar premis tersebut.

Perhimpunan itu didakwa bagi membantah penglibatan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu.

Dakwaan ini sudahpun dinafikan Anwar.

Naib presiden parti tersebut, Tian Chua juga didakwa menyifatkan komando polis yang maut dalam operasi pasukan berkenaan sebagai "mati katak".
 

Jarumemas: Sebaiknya mereka yang menidakkkan peranan anggota keselamatan elok dibiarkan tanpa sebarang perlindungan apabila ada pihak yang cuba  membunuh mereka. Mereka rasakan bahawa mereka kebal dengan undang-undang, jadi mana-mana manusai yang hati kering tu buatlah sesuatu supaya mereka sedar akan pentingnya  anggota polis dan tentera dalam soal mengawal keamanan negara.

Kerajaan Pulau Pinang fail kes desak adakan pilihan raya kerajaan tempatan

PUTRAJAYA, 11 Mac — Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini memfailkan perintah penghakiman di Mahkamah Persekutuan untuk mendesak pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, menjadi negeri pertama mengambil langkah sedemikian.

Ia bertujuan untuk merayu Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Province Wellesley) 2012 yang baru diluluskan untuk membatasi undang-undang persekutuan yang melarang pilihan raya tersebut daripada dijalankan.

“Perlembagaan Persekutuan berkata pihak berkuasa negeri boleh mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (PR) untuk mengadakan pilihan raya,” kata Ketua Menteri Lim Guan Eng kepada pemberita hari ini.

Selain kerajaan negeri, bekas presiden Aliran P Ramakrishnan juga turut sama memfailkan kes terhadap Putrajaya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Jarumemas: Kenapa kerajaan Pupau Pinang bising minta Parlimen dibubarkan? Pembubarannya adalah hak eksekutif DYMM Yang di-Pertuan Agong. Tak kan itu pun tak boleh nak faham?

Kebanyakan pekerja kecewa dengan bonus — kaji selidik JobStreet.com


KUALA LUMPUR, 11 Mac — Lebih daripada 49 peratus pekerja Malaysia yang menerima bonus menyatakan mereka tidak berpuas hati dengan bayaran bonus masing-masing, demikian menurut kaji selidik tahunan JobStreet.com.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat pengambilan pekerja online, JobStreet, berkata kebanyakan industri membayar purata bonus 1.5 bulan.

“Bonus tertinggi diterima, yang merupakan enam bulan atau lebih, dibayar oleh syarikat di dalam sektor kewangan dan perbankan, telekomunikasi dan peruncitan,” katanya.      


Jarumemas: Setakat ini kakitangan awam hanya mendapat bonus satu bulan setengah, itupun ramai yang marah kerana harga barangan naik mendadak. Pihak swasta yang mendapat bonus sehingga 6 bulan gaji inilah yang patut  dipersalahkan bila harga barangan naik.

Undi tidak pasti bagi BN walaupun gaji pasukan keselamatan dinaikkan, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 12 Mac — Langkah Putrajaya untuk menaikkan gaji anggota polis dan tentera menjelang Pilihan Raya 2013 tidak semestinya menguatkan sokongan gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN), kata penganalisis.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak bersetuju untuk menyetarakan gaji pasukan keselamatan dengan penjawat awam lain seperti diumumkan semalam, menelan belanja RM1.5 bilion untuk meningkatkan gaji bagi mereka yang tidak dinaikkan gaji tahun lalu, satu langkah dilihat untuk meningkatkan sokongan BN dalam pilihan raya akan datang. 

Persepsi umum adalah pengumuman tersebut bermakna sokongan lebih kuat pasukan keselamatan oleh kerana tentera dan polis dilihat sebagai penyokong tradisonal BN. Akan tetapi maklumat lebih bebas di internet, tempat berkempen bagi pembangkang menyebabkan persepsi tersebut dicabar, kata penganalisis.

“Secara tradisionalnya, mereka diketahui menyokong kerajaan, akan tetapi untuk mengatakan mereka tidak mampu membuat keputusan termaklum dengan aliran maklumat bebas kini adalah keterlaluan,” kata Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia kepada The Malaysian Insider.


Jarumemas: Walaupun adalaporan media siber yang memperkatakan bermacam tentang kepimpinan Najib, tapi masih ramai rakyat marhein yang mahukan kerajaan sedia ada meminpin negara.

Bapa Saiful sertai PKR, pertahan pendirian liwat 2 ‘konspirasi jahat’

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Bapa Saiful Bukhari hari ini secara rasmi menyerahkan borang menyertai PKR, serta mempertahankan kenyataannya “konspirasi politik jahat” melibatkan anaknya dalam kes liwat kedua.
 
Dalam satu sidang media hari ini, Azlan Mohd Lazim, 60, juga menyatakan keputusan yang dibuatnya hari ini tidak didorong oleh mana-mana pihak sebaliknya menegaskan sekali lagi anaknya terperangkap dalam rancangan oleh seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri.

“Hari ini, secara rasminya saya menyerahkan borang untuk menyertai PKR,” kata Azlan  yang mengaku telah menyokong perjuangan Anwar sejak tahun 1998.

“Saya sebagai rakyat Malaysia, berhak membuat keputusan sendiri... Ini masa yang tepat untuk saya sertai PKR bagi membuat perubahan.”


Jarumemas: Malangnya hidup kalau keluarga sendiri menikam kita dari belakang.