Wednesday 26 September 2012

Zaid: PRU 13 akan tunjukkan sama ada Melayu akan tolak Umno

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Pilihan raya umum akan datang bakal mendedahkan sama ada majoriti orang-orang Melayu sudah bersedia untuk meninggalkan “jalan yang dipilih untuk mereka oleh Umno selama 55 tahun yang lalu” dan mencari jawapan lain kepada masalah-masalah yang mereka hadapi, kata Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri Umno itu berkata beliau merasakan parti nasionalis Melayu itu takut minda masyarakat berubah sehingga mendorong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghukum “Melayu tak bersyukur “ baru-baru ini. Beliau memberikan pandangan selepas kajian Universiti Malaya yang menunjukkan bahawa Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negara walaupun sokongan semakin meningkat untuk Pakatan Rakyat (PR). “Pilihan raya ini, lebih daripada sebelumnya, akan menunjukkan jika Melayu dan kaum Bumiputra sudah bersedia untuk meninggalkan jalan yang dipilih untuk mereka oleh Umno 55 tahun lalu,” kata Zaid melalui e-mel kepada The Malaysian Insider. “Pilihan raya ini akan menunjukkan jika mereka sudah bersedia untuk mempercayai diri. “Untuk sekian lama, mereka memegang amanah tersirat dan memberikan sokongan mutlak terhadap pemimpin-pemimpin mereka. “Persoalannya adalah, apakah mereka akan terus berbuat demikian atau mereka akan berusaha jawapan alternatif kepada banyak masalah yang dihadapi kehidupan harian mereka,” katanya. Berita lanjut... Jarumemas: Bukan tolak Zaid Ibrahim ke?

Election budget may curb gains in cutting deficit, economists say

KUALA LUMPUR, Sept 26 ― Datuk Seri Najib Razak’s bid to boost voter support for his Barisan Nasional (BN) coalition ahead of polls may see more handouts to the lower-income groups and civil servants that will likely take a toll on Malaysia’s tackling of its chronic budget deficit, Bloomberg reported today. Citing eight economists it had polled recently ahead of the 2013 Budget announcement this Friday, the international business wire service reported that Malaysia will likely post a deficit estimated at 4.3 per cent of its gross domestic product (GDP) ― going over the four per cent line for the sixth year despite the government’s 4.7 per cent gap last year. “This will likely be another populist budget and the last spending spree before elections are called,” Chua Hak Bin, an economist at Bank of America Merrill Lynch in Singapore, was cited as saying. “Measures to seriously tackle the fiscal deficit and rising public debt will likely be absent. Fiscal reforms will have to come next year, after the general election,” the economist who has covered Malaysia for more than 10 years told Bloomberg. Citigroup Incorporated estimates that Budget 2013 will likely grow to RM259 billion compared to last year’s RM232.8 billion, Bloomberg reported, after the government proposed to raise its previous budget by RM13.4 billion in June. Read more... Jarumemas: Hopefully the new budget will make the lower income group happy.

Kajian UM ramal BN menang, tetapi sokongan kepada PR meningkat

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Hasil kajian yang didedahkan oleh Universiti Malaya pada hari ini menunjukkan Barisan Nasional (BN) mungkin memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tetapi kajian itu juga menunjukkan semakin ramai orang yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan Putrajaya. Kajian bertajuk “Pola pengundian menjelang PRU Ke-13” itu telah dijalankan antara 1 hingga 16 September, manakala kajian sebelum ini ialah pada Mac lalu. Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya UM (UMCEDEL) itu menunjukkan BN akan menang dengan 44 peratus sokongan tetapi angka tersebut dianggap menyusut kerana pada Mac lalu BN memperoleh 49 peratus. Bagi PR pula, kajian menunjukkan peningkatan daripada hanya 21 peratus pada Mac kepada 30 peratus. Hasil kajian itu juga memberi petunjuk Selangor dan Kedah mungkin kekal menjadi milik PR, namun sedikit kebimbangan di Kelantan ekoran sedikit kemerosotan sokongan terhadap kerajaan PAS. Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara daripada 38 peratus kepada 50 peratus manakala untuk BN daripada 28 peratus jatuh kepada 16 peratus. Berita lanjut.... Jarumemas: Percaya pada Allah yang mengetahui segala-galanya.

‘Pupuk perpaduan dari peringkat prasekolah’

KANGAR, 26 Sept — Aspek perpaduan perlu dipupuk dari peringkat prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak membesar dengan nilai-nilai murni dan jati diri yang kukuh, kata pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Negeri Perlis Abdul Jamil Saad. Katanya menerusi cara itu juga diharapkan kanak-kanak terbabit dapat menjadi membesar menjadi rakyat yang cintakan negara dan terhindar daripada gejala negatif. Perbuatan memijak gambar pemimpin dan Jalur Gemilang seperti yang dilakukan segelintir anak muda bulan lepas berpunca daripada kegagalan mereka menghayati susila kehidupan dan lunturnya jati diri, katanya berucap merasmikan program “Sayangi Komuniti Rukun Tetangga” peringkat negeri, di sini malam tadi. Majlis anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPIN) itu juga turut menjadi majlis perpisahan untuk Pengarah JPNIN Perlis Hashim Yob yang berpindah ke Kedah mulai 1 Okt ini. — Bernama Jarumemas: Sewajarnya anak-anak kita dididik menghormati satu sama lain, walaupun berlainan agama, bangsa dan budaya.