Friday 9 November 2012

Selangor tidak benarkan penguatkuasaan AES

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan penguatkuasaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang di negeri ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal membuktikan AES adalah cara terbaik untuk mengatasi peningkatan kadar kemalangan jalan raya, kata menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid setelah mendengar taklimat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam, kerajaan negeri bercadang melantik penilai bebas untuk mengkaji sama ada Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira secara menyeluruh langkah-langkah sepatutnya sebelum membuat keputusan mengunapakai dan memasang sistem AES.

Dari pembentangan tersebut, Kerajaan Negeri juga mendapati Kementerian Pengangkutan telah gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Berita lanjut....

Jarumemas: Pandulah dengan berhemah...

Malaysia perlu lakukan satu anjakan besar, kata Ali

SEREMBAN, 9 Nov — Malaysia perlu melakukan satu anjakan besar  untuk melangkah ke peringkat pembangunan seterusnya dan mencapai wawasan 2020, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata cita-cita negara tidak akan tercapai hanya dengan meningkatkan infrastruktur atau menambah bilangan sumber tenaga yang murah.

“Anjakan baharu memerlukan satu peningkatan produktiviti dan daya saing daripada warga negara melalui pembangunan modal insan yang menyeluruh.

“Justeru, sistem dan pengurusan pendidikan negara juga perlu mengalami anjakan ke arah pembangunan modal insan itu,” katanya dalam teks ucapan pada majlis penutup Persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2012 anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) di sini, hari ini.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Bersyukur kerana Malaysia maju dan makmur.

‘Do the Dappan’ clip pulled from YouTube

THE controversial Do the Dappan Deepavali video posted on YouTube was taken down by Petronas yesterday.

“After considering the feedback from viewers on our video clip, produced as part of our Be the Light 2012 Deepavali campaign, Petronas decided to discontinue the video from its official YouTube page,” it said in a statement yesterday.

The other three parts of the campaign — a key exhibition at Galeri Petronas, a series of television commercials featuring talents from previous festive advertisements, and print ads in local newspapers — would continue as planned.

Petronas had earlier said the campaign was meant to reach out to Malaysians of all walks of life, carrying messages of positive attributes and values associated with the spirit and celebration of Deepavali.

“As in previous campaigns, our intention is to inculcate and promote common values, traditions and cultures that we share in multi-ethnic Malaysia using a multi-prong, multi-media approach in keeping with the current communication trends and landscape,” the statement said.

“Our campaign, viewed in its entirety, is inspired by and revolves around this positive energy, epitomised via the passion, drive and resolve of Malaysia’s Indian community which are indeed attributes that are universally relevant to all of us.

“These positive attributes are something that we should all promote, inculcate and emulate.”

Petronas also thanked the parties involved, particularly the Religious Division of the Malaysian Hindu Sangam, which had given valuable advice and counselling which ensured the exhibition and messages were consistent with and reflected the spirit of the festival.

MIC secretary-general Datuk S. Murugesan, who had said the Do the Dappan video did not reflect Indian culture, praised Petronas for listening to the people.

“I’m sure this will bring them a lot of goodwill,” he said, pointing out that Petronas had always made Deepavali and Merdeka advertisements with Indian elements.

The three-minute video, which garnered both criticism and praise from leaders and the public, showed a youth named Raj and a host of characters performing a choreographed Dappan Kuthu dance in public places.

Source: The Malays Mail

Jarumemas: Do not make any sensitive issues that involves cultures and religions since we are the multi racial country. 

Zulkifli akan sediakan peguam pertahan Utusan

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru menyatakan kesediaan untuk menyediakan khidmat guaman kepada akhbar Utusan Malaysia, sekiranya Nurul Izzah Anwar mengemukakan saman terhadap akhbar milik Umno itu kerana mensensasikan isu yang mendakwa naib presiden PKR itu "menyokong" kebebasan beragama untuk Melayu-Islam di negara ini.

Datuk Zulkifli Noordin, ketika dalam Forum 'Kebebasan Bertukar Agama' dari sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan di Kg Baru malam tadi menegaskan, pihaknya juga akan memberikan "kejutan" kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya mereka mengumumkan barisan peguam kanan yang telah pun menyatakan kesediaan untuk membela Utusan Malaysia di mahkamah.

"Saya baru berbincang dengan peguam kanan untuk mempertahankan Utusan Malaysia jika disaman.

Berita lanjut....

Jarumemas: Berkata benarlah walaupun pahit, janganlah cuba menegakkan benang yang basah. Jangan suka bersaksi ke lutut.

Najib: Sekolah pondok benteng melawan pluralisme dan liberalisme

AMPANG, 8 Nov — Institusi sekolah pondok mesti dipertahankan kerana mampu diguna dan dirujuk untuk menangani serangan ilmiah pasca moden yang sedang digunakan para orientalis Barat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Beliau berkata, bagi menghadapi isu kebebasan mutlak, rasionalisme tanpa had, sekularisme dan liberalisme, hujah daripada teks sekolah pondok adalah lebih mantap.

"Hakikatnya institusi pondok ini telah banyak melahirkan ulama besar, ilmuan agama, pegawai-pegawai agama, hinggalah ke perdana menteri seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Maka institusi ini wajar dikekalkan bahkan diperkukuhkan bagi membela agama Islam dan umat Melayu," kata Najib selepas merasmikan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia yang diadakan di Masjid Taman Bukit Indah, di Ampang, hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Peganglah pada Al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad saw dalam kita mencari keredhaan Allah di dunia buat bekal di akhirat.