Wednesday 7 November 2012

Nik Aziz sedia melawan mana-mana pemimpin BN dalam PRU 13

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  bersedia ditentang oleh mana-mana pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut menteri besar Kelantan itu, dalam sebuah negara demokrasi beliau tidak ada masalah untuk berhadapan dengan sesiapa pun yang mahu mencabarnya.

“Tak ada apa, negara ini demokrasi.

“Bagi duit ambil, bagi lembu sembelih, bagi kain pakai, tapi kalau mengundi, pangkah PAS,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Berita lanjut...

Jarumemas: Biarlah ketika kita semakin tua, tindak tanduk kita biarlah yang menyenangkan hati orang muda dan di sekeliling kita. Jangan buat orang marah, nanti orang naik menyampah...aku memuhasabah diriku.

Kos ambil amah Indonesia mungkin meningkat, kata Dr Subramaniam

PUTRAJAYA, 6 Nov — Kos pengambilan pembantu rumah Indonesia mungkin dinaikkan berbanding RM4,511 yang dipersetujui Malaysia dan Indonesia sebelum ini susulan rasa tidak puas hati agensi pembantu rumah dari kedua-dua negara.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata agensi terbabit mendakwa jumlah yang ditetapkan itu tidak menguntungkan mereka jika dibanding dengan kadar di negara lain di rantau ini.

“Justeru kami minta mereka berbincang sesama sendiri dan usulkan kos yang realistik kepada kami.

“Kita tidak tahu meningkat berapa banyak. Biar mereka cadangkan kadar baru dulu. Tetapi ada yang membayar sehingga RM 12,000 dan RM13,000 untuk mendapatkan pembantu rumah asing. Kita harap tidak setinggi itu,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Berita lanjut...

Jarumemas: Ini bukan nak menyenangkan majikan Malaysia tetapi menyentap kekayaan dan keselesaan kami.

Kadar faedah rendah menyakitkan penyimpan, mengekang ancaman luar

KUALA LUMPUR, 7 Nov ―  Kadar faedah yang rendah akan mengecutkan nilai simpanan dan menggalakkan pelaburan spekulatif tetapi pakar ekonomi mengatakan sukar bagi kerajaan untuk membantu penyimpan disebabkan oleh ancaman ekonomi luaran.

Kadar Harga Semalaman (OPR) negara kekal mantap pada tiga peratus sejak Mei tahun lepas di mana ramai merasakan terlalu rendah untuk melindungi mereka daripada inflasi dan kredit murah juga dilihat secara meluas sebagai salah satu sebab mengapa harga hartanah meningkat sejak beberapa tahun ini, menyebabkan pemilikan rumah semakin sukar dan meningkatkan gelembung aset.

Skim pelaburan tidak konvensional yang menawarkan faedah tinggi seperti perdagangan emas juga telah menarik minat rakyat Malaysia yang mahukan hasil lebih tinggi untuk wang mereka bagi melindung nilai terhadap inflasi.

berita lanjut....

Jarumemas: Dunia semakin maju, manusia semakin canggih dan anggun, tetapi nilai duit semakin kecil.

Asri bela Nurul Izzah

KUALA LUMPUR, 7 Nov ― Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membela Nurul Izzah Anwar kerana berdasarkan pemerhatian beliau menerusi rakaman video, kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengatakan tidak boleh memaksa mana-mana pihak dalam beragama.
Menurutnya, kenyataan seumpama itu mungkin boleh memberi pelbagai reaksi.

“Beliau mengulas soalan mengenai kebebasan beragama. Di situ, mungkin berlaku salah tafsiran kerana ia tidak diterangkan dengan mendalam.

“Kerana itu, beliau telah menghubungi saya untuk menjelaskan maksud kenyataan tersebut.

“Selepas menonton video tersebut, boleh dirungkaikan kepada dua perkara iaitu pertama dari segi beragama dan kedua penghayatan agama Islam di mana tidak ada paksaan,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Baru-baru ini, sebuah laman portal melaporkan Naib Presiden PKR itu mengatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu dan ini juga termasuk kepada orang Melayu.

Berita lanjut...

Jarumemas: Bila bercakap bab agama perlu berhati-hati dan berhemah.

PAS mahu dengar penjelasan Nurul Izzah mengenai isu murtad, kata Hadi



KUALA LUMPUR, 6 Nov — PAS akan mendengar sendiri dari Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkenaan dengan kenyataan tentang umat Islam bebas memilih agama, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Menurutnya, PAS tidak akan mengambil keputusan tanpa satu kenyataan yang jelas.



"Kita tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai isu kenyataan beliau (Nurul Izzah), dan kita tidak boleh hukum kalau tidak jelas," kata presiden PAS itu dalam sidang media selepas mesyuarat di ibu pejabat parti tersebut.

Berita lanjut...

Jarumemas: Tak habis dengan fahaman Syiah, Wahabi timbul pulak bab ini.

Mashitah: DAP boleh digelar Kafir Harbi jika tolak Islam

KUALA LUMPUR, 7 Nov — DAP boleh diistilahkan sebagai Kafir Harbi, sekiranya parti itu secara terbuka menentang dan menolak Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

Mashitah ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini menegaskan, mana-mana pihak yang membuat tuduhan Kafir Harbi mahupun Kafir Zimmi juga boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Sivil di bawah Peruntukan 298(A) Kanun Keseksaan kerana cuba menimbulkan rasa tidak senang hati yang boleh menjurus kepada perpecahan dan memudaratkan keharmonian negara.

“Sekiranya bukan Muslim menentang kepada Islam, mengeluarkan kenyataan seperti melabel bahawa syariah Islam itu ekstremisme, dengan terang menyebut tidak mahu Islam, tidak kiralah nak langkah mayat atau tidak, atau merasakan mempertahankan maruah Islam itu sebagai sesuatu yang membazir tenaga dan masa, maka jelas bahawa ia adalah menentang kepada Islam,” kata Mashitah dalam jawapan lisan kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani.

Berita lanjut...

Jarumemas: Dunia dah nak kiamat kerana semakin ramai orang Islam yang sanggup menggadaikan agamanya.