Thursday 21 November 2013

Kerajaan batal jangka hayat kenderaan 12 tahun

Putrajaya membatalkan hasrat untuk menetapkan had 12 tahun untuk kenderaan selepas menerima bantahan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang dan pemilik kenderaan.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk meneruskan cadangan itu.
“Saya mahu tegaskan, kami tidak mempunyai rancangan untuk memperkenalkan jangka hayat kenderaan untuk dilupuskan kerana kita tidak mahu menyusahkan orang ramai,” katanya menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR - Bayan Baru).

Jarumemas: Lega rasanya...

PAC: Ahmad Shabery bebas dakwaan pembayaran RM1.6 juta konsert K-pop

Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) mengesahkan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek  bebas daripada segala tuduhan penyelewengan ke atas pembayaran sebanyak RM1.6 juta kepada kumpulan artis K-pop semasa sambutan Hari Belia Negara 2012.
Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ahli panel tidak mendapati wujudnya elemen kecuaian dan penyalahgunaan dana selepas mendengar penjelasan Ahmad Shabery.
"Beliau memberi jawapan yang bagus dan kenyataan memuaskan. Ini menunjukkan bahawa beliau mahu melakukan pelbagai perubahan dengan cara berbeza tetapi dikekang dengan prosedur semasa.

Jarumemas: Berani kerana benar. 

Pemuda PAS digesa berfikir sebagai anak muda agar dilihat ‘cool’

Perwakilan dari Johor hari ini menggesa agar Dewan Pemuda PAS mempunyai pemikiran seperti sebahagian daripada anak muda Malaysia dan tidak hanya bergerak secara eksklusif.
Shazli Munir menegaskan, beliau mahu melihat Pemuda PAS  berdamping serta selari dengan kumpulan anak muda di Malaysia.
"Kadangkala kita dilihat eksklusif dalam pendekatan, sebab itu dalam kerangka pemikiran ahli Dewan Pemuda PAS tidak boleh berfikir bahawa ia adalah entiti yang lain berbeza dengan anak muda di Malaysia.

Jarumemas: Yang tua dihormati, yang muda disayangi...Orang tua juga perlu mendengar apa yang orang muda perkatakan. Anak muda zaman sekarang lain cara pemikirannya. 

Cukai pintu Kuala Lumpur sah naik bermula 2014

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib hari ini mengesahkan pemilik hartanah di ibu kota akan dikenakan tarif cukai baru bermula Januari 2014.
Beliau berkata, kenaikan itu disebabkan peningkatan kadar penilaian semula yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Kenaikan cukai pintu bukan disebabkan kenaikan peratusan cukai baru tetapi peningkatan itu adalah penilaian semula hartanah yang dilakukan oleh DBKL.

Jarumemas: Jangan sampai menganiaya rakyat......

Laporan Ketua Audit: 39 berdepan tindakan sivil atau jenayah, kata Ali Hamsa

Sebanyak 39 penjawat awam termasuk pesara bakal berdepan tindakan sivil atau jenayah jika didapati bertanggungjawab terhadap ketidakaturan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata mereka yang meliputi 30 penjawat awam dan sembilan pesara itu diberi surat tunjuk sebab untuk menjelaskan tahap penglibatan atau kecuaian mereka dalam ketidakaturan berkenaan.
Jika siasatan lanjut mendapati mereka terbabit, tindakan sivil atau jenayah akan diambil bergantung kepada jenis kecuaian atau perlanggaran yang dilakukan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Jarumemas: Paneh pungkuq yang sedang dikejaq!!!