Thursday 26 April 2012

Bantahan Naib Pengerusi DAP bukti BERSIH 3.0 tidak direstui


KUALA LUMPUR  (Malaysiaaktif) --  Kenyataan Naib Pengerusi DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini tidak menyokong himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu depan membuktikan himpunan haram itu tidak direstui secara menyeluruh.

Beliau dilaporkan Malaysiakini berkata, "Kebanyakan himpunan akan bermula dengan aman dan berakhir dengan keganasan. Siapa yang akan bertanggungjawab tentang keselamatan mereka?


"Saya menolak mana-mana pihak yang melakukan perkara menjurus kepada pelanggaran undang-undang,"

Ini menggambarkan langkah himpunan haram Bersih3.0 sebenarnya tidak disokong sepenuhnya oleh pimpinan para pembangkang seperti yang di war-war kan.

Tanpa berlengah, kenyataan Tunku Abdul Aziz ditempelak dengan perkataan “memualkan” oleh  ketua sayap muda PKR, Shamsul Iskandar  dalam tweet beliau.


Sumber: Malaysia Aktif

Jarumemas: Pembangkang sekarang nak beraja dihati bersultan di hati. Pindalah apa saja undang-undang mahupun enakmen, mereka tetap mengatakan tak puas hati. Mereka tu bersih sangat ke? Pemimpin sendiri pun kelaku tak molek, nak bersihkan kerajaan yang memang dah bersih pun. Kalau kotor pun pemimpin tak kira lah dari parti mana. 

PKR dakwa Pengerusi SPR, timbalannya adalah ahli Umno


PETALING JAYA, 26 April — PKR mencabar Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan timbalannya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, menafikan dakwaan mereka masih memegang keahlian Umno bagi membuktikan mereka adalah berkecuali daripada mana-mana parti politik.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik Sinar Harian Online berkata, mana-mana anggota SPR tidak seharusnya menganggotai mana-mana parti, dan bersifat berkecuali supaya tidak cenderung kepada mana-mana pihak.
Beliau membangkitkan perkara ini ketika desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam masa terdekat dan mempersoalkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.
Malah, Saifuddin turut menegaskan, pihaknya mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno — parti teras Barisan Nasional (BN).


Jarumemas: Macam-macam lagi yang PKR korek, Jangan nanti terkorek lubang ular, langsung kena patuk mata tu!!

Anwar jemput pemantau asing desak Putrajaya laksana pembaharuan pilihan raya


KUALA LUMPUR, 26 April — Pakatan Rakyat (PR) telah menjemput sepasukan pemerhati asing untuk memantau sistem pilihan raya di negara ini dan dipercayai untuk mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan perubahan terhadap sistem berkenaan sebelum pilihan raya umum ke-13.
“Kami telah dijemput oleh ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memantau beberapa isu berkenaan pilihan raya dan mengemukakan laporan cadangan dan akan diserahkan kepada parti politik, termasuk kerajaan dan juga pembangkang,” jelas ahli jawatankuasa kumpulan bebas tersebut, Senator Nicholas Xenophon.
Walaupun telah dijemput oleh pembangkang, Nicholas yang merupakan senator bebas dari Selatan Australia itu menjelaskan, kumpulan tersebut tidak dibiayai mana-mana pihak, sebaliknya datang ke Malaysia hanya sebagai “rakan demokrasi” Malaysia untuk memberikan pandangan memperbaiki sistem pilihan raya sebagai sahabat.
“Ada beberapa isu berkenaan pilihan raya yang akan diperhatikan. Kami bukan datang untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia, kami datang sebagai rakan demokrasi untuk memberikan cadangan penambah baikan sistem pilihan raya di negara ini.
“Berdasarkan maklumat awal, terdapat beberapa isu yang menjadi perhatian kami iaitu, tempoh berkempen untuk pilihan raya, integriti daftar pemilih, satu undi satu nilai, dan akses media menjelang pilihan raya,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya lagi, laporan interim tersebut akan diserahkan kepada kerajaan dan pembangkang dalam tempoh dua minggu dari sekarang, yang mana dakwanya bersifat neutral dan tidak berat sebelah.
Kumpulan itu juga berkemungkinan akan turut memantau perhimpunan Bersih 3.0, “Duduk Bantah” yang dijangka berlaku Sabtu ini di Dataran Merdeka.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Kalay kumpulan pemantau ini kata, semua yang dilakukan oleh SPR adalah tepat dan mengikut spesifikasi, Anwar tetap akan rasa tidak puas hati. Semau dia nampak salah, dia saja yang betul. 

Tunku Aziz bantah perhimpunan Bersih 3.0


KUALA LUMPUR, 26 April — Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim hari ini menyuarakan bantahan terhadap penganjuran perhimpunan “Duduk Bantah” oleh Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) di Dataran Merdeka, Sabtu ini.
Tunku Abdul Aziz  ketika berucap pada sidang Dewan Negara di Parlimen hari ini menolak perhimpunan berkenaan kerana ia bakal menimbulkan kekacauan walaupun pada awalnya dikatakan sebagai perhimpunan aman.

“Prinsip demonstrasi jalanan selalunya dimulakan dengan situasi aman, namun banyak kes perhimpunan yang berakhir dengan kekacauan dan keganasan.
“Siapa akan bertanggungjawab? Penganjur mungkin tiada di lokasi, dan telah menjadi kebiasaan, masyarakat akan menyalahkan pihak berkuasa sekiranya berlaku kekacauan,” katanya kepada pemberita selepas sesi Dewan berhenti rehat.
Tambahnya lagi, ini adalah prinsip peribadinya dan beliau telah pun menyuarakan pendapat tersebut kepada pucuk pimpinan partinya.
“Saya membantah. Ia berdasarkan prinsip dan pendirian individu, dan saya telah memaklumkan kepimpinan parti berhubung perkara ini, apa sahaja tindakan parti, itu keputusan mereka,” katanya lagi.


Jarumemas: Semua tahu bahawa tujuan sebenar mereka bukan perhimpunan haram tapi nak provoke pihak berkuasa. Bila aman dan jadi liar dan pihak berkuasa bertindak mereka pun tuduhlah pihak berkuasa yang jolok mereka. Dah guru dia kencing berdiri, murid kencng berlari....