Wednesday 28 March 2012

27,000 LITER DIESEL DIRAMPAS

PASIR PUTEH – Pasukan Polis Marin Wilayah 3 merampas 27,000 liter minyak diesel bernilai RM48,600 selepas menahan tiga lelaki Thailand dan dua lelaki warga tempatan di pangkalan kecil Tok Bali, dekat sini awal pagi semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Azmi Ibrahim berkata, tiga warga Thailand tersebut ialah seorang tekong bot bersama dua awak-awak manakala dua lelaki tempatan merupakan pemandu dan kelindan lori tangki minyak yang berusia dalam lingkungan 44 hingga 55 tahun.

Menurut beliau, mereka ditahan ketika sedang memindahkan minyak tanpa sebarang dokumen pembelian di pangkalan persendirian yang tersorok daripada pandangan umum pada pukul 1.30 pagi dan dipercayai cuba menyeludup keluar barangan bersubsidi itu ke negara jiran.

Sumber: Kosmo

ooppss!!!...Kalau tak warga tempatan yang tamak haloba masakan orang luar boleh dapatkan bekalan bersubsidi kita. Dengan duit haram itulah dia beri anak isteri makan. Tidak ada 'halalan taiban'nya pada rezeki yang dibawa balik.

TTUNTUTAN DONG ZONG BIADAP - RIDHUAN TEE

Profesor madya Mohd Ridhuan Tee Abdullah hari ini berkata tuntutan oleh kumpulan aktivis pendidikan Cina, Dong Zong merupakan tindakan "biadab" kerana cuba menjadikan Malaysia seperti negara komunis China.

"Tuntutan mereka amat tidak logik dan melampau. Walaupun komunis telah tiada, tetapi pemikirannya masih kuat.

"Tuntut sebanyak-banyaknya, mereka tahu kerajaan tidak akan tunduk. Namun kerajaan akan beri sedikit, Pemberian sedikit itulah kemenangan terbesar buat mereka," katanya dalam satu tulisan di akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Ridhuan juga berkata, kumpulan "ultra kiasu" Dong Zong itu juga tidak ikhlas untuk membawa agenda kebangsaan dalam tuntutan mereka, tetapi hanya memfokuskan kepada agenda "Cina, Cina, Cina."

Katanya lagi, Dong Zong sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan dan bukannya mengadakan "demonstrasi ultra kiasu."

Tambahnya, tindakan itu sepatutnya menyebabkan kumpulan itu ditahan bawah ISA tetapi kerajaan tidak bertindak seperti itu.

Keadaan itu berbeza dengan tindakan yang akan diambil kerajaan komunis China, yang menembak mati 800 orang dalam perhimpunan berdarah Tiananmen.

"Lihat betapa bertuahnya negara ini, media ultra kiasu mempropagandakan isu ini tidak pernah habis dan terus memainkan sentimen perkauman. Kita terus berlembut.

"Jika ada pun tindakan, ahanya surat tunjuk sebab dan amaran, pun tidak berani menjentiknya. Kenapa?

"Nasihat saya, berilah sebanyak manapun, ultra kiasu tidak akan mengundi kita," katanya.
Sumber: Malaysiakini
 
ooppss!!...Bacalah apa yang tersirat dalam hati DZ itu. Teman lihat sejak dari azali lagi DZ tak sudah-sudah meminta itu dan ini.

BANTAH PENYENARAIAN, PENEROKA DEMO JUMAAT

PKR menjangkakan seramai 1,000 orang akan hadir ke perhimpunan pada Jumaat untuk membantah penyenaraian anak syarikat Felda, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Pengerusi Biro Orang Asal PKR, Suhaimi Said berkata, satu memorandum akan dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan itu.

Katanya, memorandum berkenaan antara lainnya menggariskan mengenai kerugian jangka panjang yang akan ditanggung peneroka akibat penyenaraian itu.

Salah satu daripadanya melibatkan cagaran tanah oleh satu lagi anak syarikat Felda, Felda Plantations Sdn Bhd kepada FGVH untuk tempoh 99 tahun.

"Tanah Felda Platantions yang patut diberikan kepada anak peneroka seluas 850,000 ekar kesemuanya akan dicagarkan kepada FGVH selama 99 tahun.

"Jadi harapan untuk generasai kedua, ketiga untuk dapat tanah akan habis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Jelasnya, tanah berkenaan bukanlah milik Felda tetapi diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk dimajukan oleh lembaga tersebut.

"Felda tidak ada geran ke atas tanah tersebut, jadi apa hak dia untuk pajakkan kepada orang lain? Lainlah jika kerajaan negeri yang pajakkan," tambahnya.

Selain para peneroka, perhimpunan itu juga dijangka akan turut disertai anggota Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), kata Suhaimi lagi.
 
Sumber: Malaysiakini
 
ooppss!!!...Tak habis-habis PKR ni....Anak-anak peneroka jangan jadi Si Luncai dengan labu-labunya....Jangan jadi Pak Kadok ayam menang kampung tergadai....

ORANG ASLI MENGADU KUBUR JADI LAPANGAN MENEMBAK

Orang Asli Mahmeri dari Banting mendakwa menghadapi masalah melakukan upacara keagamaan apabila tanah perkuburan mereka di Bukit Jugra dijadikan sebagai lapangan sasar menembak oleh Kementerian Pertahanan.

Dalan sesi inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam, seorang penduduk terlibat Ariff Embing mendakwa kesukaran itu membuatkan mereka terpaksa mengadakan upacara keagamaan di tempat lain yang jauh.

"Lapangan sasar itu tidak mengganggu kawasan perkuburan Orang Asli tetapi kawasan (perkuburan) itu di dalam lapangan sasar. Jadi susah kita mahu masuk.

"Kemudian kami pindah buat upacara keagamaan itu di Pulau Carey (Kuala Langat). Tetapi jaraknya jauh," katanya pada pendengaran awam inkuiri nasional mengenai hak tanah Orang Asli di ibu pejabat Suhakam, di Kuala Lumpur semalam.
Berita lanjut....

ooppss!!!...Kalau kita nak orang lain hormati hak kita, sewajarnya kita tidak mengganggu keselesaan orang lain. Ke mana perginya perasaan rasa bersalah kita? Bak kata pepatah Inggeris,  "Respect has to be earned not gained".

SHARIZAT: SAYA TAK MAHU KURANG AJAR KEPADA RAFIDAH

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menolak desakan Tan Sri Rafidah Aziz supaya beliau mengundurkan diri selepas terheret dengan skandal projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

shahrizat general hospital 050212Bercakap kepada wartawan selepas majlis penyampaian hamper sempena sambutan Maulidul Rasul, di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur hari ini, Shahrizat berkata beliau tidak akan mengulas kerana dia tidak mahu dianggap kurang ajar terhadap bekas ketuannya itu.

"Saya tidak mahu serang orang yang lebih tua daripada saya, saya datang dari keluarga di mana ibu bapa saya mengajar saya untuk tidak kurang ajar kepada sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang lebih tua daripada saya, jadi saya akan tutup mulut," katanya.

Berita lanjut...

ooppss!!!...Teman tabik sikap Shahrizat. Bak kata sahabat teman, biar kurang makan jangan kurang ajar.....

RAFIDAH: BUANG PIHAT TAPI JANGAN BAKAR KELAMBU

Bekas ketua wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz mengingatkan penyokong BN supaya tidak "membakar kelambu" dalam pilihan raya akan datang, semata-mata kerana marah dengan seseorang pemimpin atau sesuatu isu.

Katanya, isu berkenaan tidaklah terlalu besar sehingga "kelambu BN" itu patut dibakar atau dibuang dalam pilihan raya.

"Kerana kelambu BN, memanglah ada lubang di sana sini, maklumlah, tapi kelambu ini jangan dibuang, kalau ada lubang bantu baiki balik.

"Kalau ada pijat di dalam itu yang hendak mengacau kita itu kerja kita (untuk) buang pijat tapi kelambu jangan dibuang," katanya lagi dalam satu pertemuan bersama penggiat media sosial di Kuala Lumpur malam tadi.

Kenyataannya mengenai "pijat" itu mencuit hati para hadirin apabila beliau pada masa sama ditanya mengenai tegurannya kepada ketua wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang popular dengan nama timangan "Kak Ijat."

Jelasnya, gesaannya kepada Shahrizat supaya meletak jawatan daripada jawatan kabinet itu dibuat demi keuntungan parti dan bukannya untuk mendapatkan jawatan itu semula.

Baca seterusnya...

ooppss!!...hahahaha!!! Teman tak suka pakai kelambu sebab panas!!!

NAJIB EYES ELECTION, VOTE DOUBT RISE

By Anil Netto

PENANG - Is Malaysia headed for an orderly or tumultuous political transition? Despite widespread popular concerns about the potential for electoral fraud and irregularities, political analysts believe Prime Minister Najib Razak is poised to call snap polls in the coming months while his approval ratings are high.

Last month, a member of a Parliamentary Select Committee on Electoral Reform disclosed that an audit of the electoral rolls revealed some 200,000 dubious registered voters. The audit, undertaken by Mimos Bhd, a government-owned technology company, found more than 10,000 cases where more than a dozen individual voters resided at the same listed address.

Political analysts suggest those phantom voters could be enough to swing what are expected to be tightly contested polls. At the last general election in 2008, the ruling Barisan Nasional (BN) coalition retained power with 52.2% of the popular vote. With voter turnout of 8.7 million, some have suggested that bogus electoral rolls helped BN notch its simple majority win over the Anwar Ibrahim-led Pakatan Rakyat opposition coalition.
Read more...

ooppss!!... The 13th General Election will be the most crucial election, as most people said. Several issues played by the oppositions. The time has come where the government should not only rebuttle what the oppositions have said but should dance along to their tunes.....time for the government to ploy what the oppositions have done...spin back their words or rather put back the condemnations into their mouths. Let them swallow all those condemnations.

BN MAMPU MENANG PRU-13 JIKA SEMUA UTAMAKAN PARTI: RAFIDAH

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mampu memenangi pilihan raya umum ke-13 jika semua jenteranya bersatu dan bekerja dengan lebih gigih, kata bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, malam tadi.

Sambil meminta rakyat supaya terus mengundi BN, beliau berharap keputusan pilihan raya umum itu mungkin lebih baik daripada 2008 sekiranya semua memberi keutamaan kepada parti dan bukannya individu.

Rafidah yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar berkata, kerajaan BN sudah melaksanakan pelbagai pembangunan untuk manfaat rakyat dan ia mampu menjadi kerajaan bertanggungjawab yang boleh membawa negara terus ke hadapan.

Sambil menyifatkan BN sebagai "kelambu" yang sekian lama melindungi rakyat, beliau meminta mereka menilai pentingnya "kelambu" itu buat mereka.

ooppss!!...Malangnya ada yang masih melihat apa saja yang dibuat kerajaan pada masa ini sebagai gula-gula pilihan raya. Sewajarnya merka berterima kasih atas segala pembangunan rohani dan jasmani yang telah dihamburkan oleh kerajaan. Janji-janji pembangkang hangan dipercayai kerana mereka memang boleh menjanjikan bulan dan bintang....manakan tercapai bulan dan bintang dilangit....hanya air liur yang dihamburkan tanpa sebarang komitmen. Pada mereka membujur lalu melintang patah, menjadikan  matlamat menghalalkan cara.

USIA 9 HINGGA 22 TAHUN PALING RAMAI HILANG 2011

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak dan perempuan berusia sembilan hingga 22 tahun adalah paling ramai dilaporkan hilang oleh ibu bapa atau penjaga mereka sepanjang tahun lalu, membabitkan 726 daripada 1,097 orang.

Statistik Bukit Aman menunjukkan setakat ini, 406 daripada mereka termasuk 273 perempuan sudah ditemui semula, manakala 691 lagi termasuk 453 kanak-kanak dan remaja perempuan masih belum ditemui dan usaha mengesan mereka masih dijalankan.

Hasil soal siasat ke atas mangsa yang sudah ditemui semula dan keluarga mangsa yang masih hilang mendapati kebanyakan mangsa hilang disebabkan lari dari rumah kerana mengikut teman lelaki selain tinggal berasingan bersama ibu atau ayah selepas berlaku perceraian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin, berkata dalam tempoh itu remaja wanita berumur 14 hingga 17 tahun adalah paling ramai dilaporkan hilang, iaitu 333 kes dengan 147 daripada mereka sudah ditemui semula.

“Punca kehilangan kebanyakan kanak-kanak dan remaja perempuan adalah disebabkan lari mengikut teman lelaki sama ada rakyat tempatan atau warga asing, pengaruh rakan serta inginkan kebebasan kerana mahu lari dari masalah keluarga.

“Kejadian ini pasti tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terbabit terutama ibu bapa, penjaga dan masyarakat bersama-sama memainkan peranan dengan memberikan perhatian bagi mendalami permasalahan yang dihadapi kanak-kanak dan remaja masa kini,” katanya.

Sumber: Berita Harian

ooppss!!...Teman setuju dengan kenyataan Datuk Seri Bakri Zinin itu. Ibu bapa terutamanya ibu perlu memainkan peranan menyelami hati anak2 anak mereka sama ada lelaki mahupun perempuan kerana ibu dekat di hati anak-anak. Apabila anak-anak kita masuk ke alam remaja, kita sebagai ibu bapa perlu menjadi teman dan kawan mereka. Tariklah mereka seperti menarik tali layang-layang....bila mereka terlupa kita sentap sedikit tali itu...dan ada masa kita longgarkan sedikit tapi jangan dilepaskan. Mereka  memerlukan ibu bapa untuk mendengar suara hati mereka. Insyaallah anak-anak kita tak akan bertindak yang bukan-bukan.

'KERAJAAN LANGIT' KEMBALI AKTIF

JERTIH: Tapak perkampungan Ayah Pin, pengasas ‘Kerajaan Langit’ di Kampung Batu 13, Hulu Besut, dilihat berkembang semula, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ajaran diisytiharkan sesat pada 1986 itu sudah kembali aktif.

Tinjauan mendapati kawasan perkampungan itu ada kira-kira 150 rumah berbanding tidak sampai 50 rumah pada zaman kemuncaknya 10 tahun lalu.

Di kawasan itu juga terdapat tiga kubur iaitu kubur isteri pertama Ayah Pin, Che Minah Remeli, 68, seorang bekas pengikutnya serta kubur menantu Ayah Pin, iaitu Hasan Anak Rimau.

Beberapa penduduk di Kampung Batu 13, yang enggan mendedahkan nama mereka mengakui Ayah Pin pulang menziarahi jenazah isterinya, tetapi terus menghilangkan diri menaiki kereta mewah selepas Che Minah dikebumikan.

Kawasan perkampungan Ayah Pin yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama ke Kampung Keruak di sini, dikawal rapi sekumpulan belia dipercayai anak kepada pengikut setia kumpulan ajaran sesat yang menetap di perkampungan berkenaan.

“Beberapa pengikut Ayah Pin ada meminta kebenaran untuk mengebumikan jenazah Che Minah di tanah perkuburan Islam berhampiran perkampungan itu, tetapi tidak dibenarkan penduduk kerana arwah dan tiga lagi madunya termasuk Ayah Pin pernah mengisytiharkan keluar daripada Islam pada 1998.

“Walaupun Ayah Pin pulang ke perkampungan itu dua minggu sekali atau sebulan sekali, kita syak ajaran sesat kerajaan langit masih hidup kerana kepulangan ketuanya diberi sambutan bukan saja daripada pengikutnya yang menginap di perkampungan itu, malah dari luar negeri ini.

“Beberapa belia yang ditugaskan mengawal dan mengawasi orang tidak dikenali daripada memasuki perkampungan itu mengakui Ayah Pin pulang serta mengadakan perjumpaan dengan semua pengikutnya,” katanya.

Bagaimanapun, usaha Berita Harian untuk merakamkan gambar kawasan terbabit dihalang oleh beberapa belia yang ditugaskan untuk mengawal dan mengawasi perkampungan berkenaan.

“Jika nak rakam gambar, perlu minta kebenaran daripada Kak Yah, (isteri keempat Ayah Pin, Nik Kamariah Nik Par), tetapi dia tidak ada di rumah ketika ini.

“Tanpa kebenaran Kak Yah, kami tidak benarkan sesiapapun merakamkan gambar di sekitar perkampungan ini, jika tetap berdegil kami terpaksa merampas kamera,” katanya.

Sumber: Berita Harian

ooppss!!...Dunia sudah nak kiamat kerana semakin ramai yang menggelarkan diri mereka nabi, sedangkan dalam al-Quran telah termaktub bahawa akan tiada nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w.