Monday 10 September 2012

DPM’s education policies ‘pushing nation backwards’, PAGE warns

KUALA LUMPUR, Sept 10 ― The deputy prime minister’s education policies are causing the nation to regress in terms of knowledge acquisition and fostering unity, said the Parent Action Group for Education (PAGE) today on the eve of the unveiling of the new National Education Masterplan. This comes after Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is also education minister, said in an interview published by an English daily yesterday that the government was against bringing back the teaching of mathematics and science in English (PPSMI) as well as English medium schools, as these would appear that it was backtracking and flip-flopping Today, PAGE chairman Datin Noor Azimah Abdul Rahim said that the by abolishing the teaching of mathematics and science in English, Muhyiddin was preventing many Malaysian children from acquiring knowledge in a language they are most comfortable with ― a concept that UNESCO advocates. “It appears that the DPM is more afraid that his ministry is seen as flip-flopping on the policy than its impact on our children and their future,” said Azimah. Read more... Jarumemas: Nothing wrong if it is backward as long as the policy can enhance the education quality.

IGP must act to stop the pre-election violence

Dr Chris Anthony The recent spate of violence against the nationwide PKR bus-tour election campaign is a cause of serious concern for all Malaysians regardless of their political affiliation. This is not the first of such violent acts against the opposition. Its leaders, notably Anwar Ibrahim, have been harassed many times in the past. Even non-political leaders like Bersih co-chairman, Ambiga Sreenevasan, had been harassed after the recent Bersih 2.0 rally. Despite numerous police reports, the police have yet to act against those who resort to violence to disrupt the opposition ceramahs. It is ironical that the police instead of acting against provocateurs, have instead chosen to act against those who are victims of such rude and violent provocations. The latest act of the police to arrest one of Anwar's bodyguards bears testimony to this lop-sided attitude of the police. Polls violence is a concern for all citizens who want a peaceful election to choose the government of their choice. The police must show its neutrality to protect all parties from gangsters and thugs without fear or favour. Voting or not voting out of fear will tantamount to making a mockery of the democratic process which we claim to have been practicing for over half a century. It's time for the IGP to issue the strongest warning to those who flout the laws of the country. He must not hesitate to act promptly against those who defy his warnings. He has the power to stop this thug rule that is becoming a threat to the peace, harmony and security of the nation. But will he rise up to do his duty which he pledged to the nation and the people? The vast majority of Malaysians doubt his will to do so as they are by now convinced that his police force is for the BN rather than the rakyat. It is time for him to prove them wrong once and for all. He must stop the pre-election violence before it gets out of hand. Source: Malaysiakini Jarumemas: The people also must stay away from all violence and respect the laws.

Kerajaan pusat salur RM1.38 billion kepada Kedah untuk laksanakan projek infrastuktur

ALOR STAR, 10 Sept — Kerajaan Pusat melalui Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri menyalurkan RM1.38 bilion dalam bentuk projek infrastruktur kepada Kedah untuk menyemarakkan pelaburan dan aktiviti ekonomi tahun ini. Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Azmi Lateh berkata komitmen kerajaan pusat itu berjaya menarik dana pelaburan swasta tempatan bernilai RM1.1 bilion setakat ini. Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk kelulusan permohonan untuk melaksana projek kecil dari semasa ke semasa mencecah hampir RM60 juta. “Pemantauan yang dibuat mendapati pelaksanaan projek infrastruktur mencapai 97 peratus dan menghidupkan ekonomi rakyat Kedah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-35 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia cawangan Kedah (PKMM) di sini, hari ini. Ketika berucap sebelum itu, Azmi berkata kemampuan kontraktor menyiapkan projek mengikut jadual memberi kesan terhadap keyakinan pelabur tempatan dan asing untuk melabur di negeri ini. Sumbangan PKMM dalam sektor pembinaan turut memberi impak besar bagi mencapai matlamat bidang keberhasilan utama kerajaan untuk menjayakan agenda transformasi ekonomi kerajaan pusat, katanya. Beliau berkata kerajaan mempunyai mekanisme tersendiri bagi membantu kontraktor yang menghadapi masalah menyiapkan projek kerana mahu rakyat menikmati keselesaan dan kesejahteraan. Sementara itu, yang Dipertua PKMM Kedah Ahmad Fatahi Omar, yang berucap pada majlis itu, berkata hanya kira-kira 40 peratus daripada lebih 1,600 anggotanya berjaya manakala bakinya dalam keadaan tenat dan ada yang telah gulung tikar. “PKMM cawangan Kedah dukacita kerana untuk tahun ini kerajaan Kedah hanya memberi peluang kepada kita menyelenggara jalan negeri bernilai RM50 juta sahaja. “Kita akan menjadi pendesak untuk memelihara kebajikan ahli agar kerajaan pusat dan negeri memberi lebih banyak tender atau projek kepada kami untuk dilaksanakan,” katanya. Ahmad Fatahi berkata pihaknya telah menghantar surat kepada kerajaan Kedah dua bulan lepas agar menganugerahi projek melalui cabutan undi dan menghentikan pemberian projek kepada konsortium yang dikuasai anak syarikat miliknya. — Bernama Jarumemas: Berbudi kepada rakyat

Nakhaie : PM bukan Melayu Pertama Jika PR Menang

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad berkata Malaysia bakal menyaksikan Perdana Menteri bukan Melayu yang pertama jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam Pilihan Raya ke-13 (PRU13) nanti. Katanya PR tidak mempunyai formula yang mantap dalam memastikan orang Melayu terus mentadbir negara selain sistem yang akan digunapakai gabungan itu masih samar. “Pertama sekali kita harus faham, di dalam Pakatan Rakyat (PR) tiada ada satu formula yang jelas mengenai pakatan mereka. “Tidak ada jaminan dalam PR kerana tiada formula yang mantap bahawa orang Melayu akan terus berkuasa walaupun mereka diangkat menjadi PM,” katanya kepada Antarapos dalam satu wawancara eksklusif di kediamannya, baru-baru ini. Sumber: AIDC News Jarumemas: Malaysia akan jadi republik!!.

Anwar: Terserah kepada polis untuk siasat kejadian acu pistol

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan pengawal peribadinya mengacu pistol kepada penyokong Barisan Nasional di Kampung Baru Rim, Melaka, semalam. Ketua pembangkang itu berkata, polis perlu faham tentang keselamatan dan mempertahankan diri mengikut prosedur standard operasi (SOP). “Sama ada dia lakukan untuk pertahankan diri mengikut SOP, polis boleh siasat. Mereka (pengawal peribadi) semuanya mempunyai permit,” beliau memberitahu wartawan di majlis rumah terbuka ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini. Anwar mendakwa bas yang dinaiki dalam program Jelajah Merdeka Rakyat itu diserang oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan beliau sebagai ahli Pemuda Umno. Polis berpakaian biasa menahan pengawal peribadi beliau di tempat kejadian pada jam 3.15 petang. Polis dari Cawangan Khas juga turut berada di tempat kejadian. Media tempatan melaporkan bas yang dinaiki Anwar sedang berhenti apabila sekumpulan lelaki cuba menghalangnya dari memasuki tempat anjuran dalam Jelajah Merdeka Rakyat. Pengawal peribadi itu kemudian keluar dari kereta dan mengacukan pistol ke arah kumpulan lelaki tersebut. Anwar berkata tidak ada kumpulan lelaki yang menyerang basnya ditahan. “Tidak ada dari mereka yang menyerang bas saya ditangkap,” katanya lagi. “Ini menunjukkan betapa tidak bertanggungjawabnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri dalam negeri (Datuk Seri Hishamuddin Hussein),” katanya lagi. “Mereka ini gangster yang disokong oleh Najib dan Hishamuddin,” dakwa beliau. Anwar berkata, beliau mempunyai video dan gambar sebagai bukti bahawa kumpulan itu menyerang jelajahnya. Sekurang-kurangnya empat laporan polis telah dibuat oleh pemuda Umno Jasin dan gerakan Belia 4B selepas kejadian tersebut. Ketua polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, pengawal itu sedang ditahan untuk soal siasat. “Biar kami menyiasat perkara ini, dan menentukan dia menunjukkan senjata kepada orang awam, atau mahu melindungi orang. Dia mungkin terkeluar senjatanya dan tidak sengaja menunjukkan kepada orang ramai,” katanya yang dipetik dari News Sunday Times. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Jangan sampai senjata makan tuan.

PKR mahu bertemu KPN, hentikan keganasan politik

SHAH ALAM, 9 Sept — Setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mahu bertemu dengan ketua polis negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar, bagi mencari jalan penyelesaian terhadap keganasan yang sering dilakukan terhadap parti tersebut dan turut menyebabkan ketua umum mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi mangsa, menurut pengarah komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad. Nik Nazmi: Mengecam taktik samseng. — Foto fail Terbaru semalam, Bas Jelajah #MerdekaRakyat PKR yang disertai Anwar dan pimpinan lain sekali lagi diserang semalam ketika siri lawatan di Jasin, Melaka. Minggu lalu di Kota Bharu, bas yang sama telah diserang dengan lemparan batu dan cat merah. “Sebelum itu, taktik samseng sama telah digunakan terhadap pimpinan KEADILAN dan Pakatan Rakyat,” kata Nik Nazmi dalam sebuah kenyataan yang dikirimkan sebentar tadi. Berita lanjut.... Jarumemas: Sudah terang lagi bersuluh!!

Paralimpik ‘membawa inspirasi kepada generasi baru’

LONDON, 9 Sept — Kejohanan Paralimpik bukan sahaja memberi inspirasi kepada atlet muda untuk menjadi atlet Paralimpik di masa depan tetapi juga inspirasi kepada yang lain, kata pengerusi Jawatankuasa Penganjur Olimpik dan Paralimpik London Sebastian Coe. “Sukan Paralimpik mencipta rekod baru setiap hari, rekod sukan, rekod penonton, penonton televisyen dan semangat yang tidak luntur,” katanya semasa berucap di upacara penutup kejohanan pada Ahad. “Dalam negara ini, kami tidak pernah anggap sukan cara yang sama dan kami juga tidak anggap kurang upaya dengan cara yang sama. Atlet Paralimpik mengangkat keterbatasan,” tambahnya. Coe berkata sukan Paralimpik dan Olimpik sebelum ini merupakan sejarah pencapaian dan usaha manusia yang memberi inspirasi kepada setiap orang yang terlibat. Sementara itu Presiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Sir Philip Craven berkata London menjadi hos Sukan Paralimpik terbaik. Namun beliau berkata selepas kejohanan, cabaran menunggu dalam mengekalkan minat selain meningkat penyertaan. “Kita perlu menumpu perhatian bagi mendapatkan setiap negara melakukan lebih banyak sukan Paralimpik,” katanya. — Bernama Jarumemas: Apakah ada ganjaran bagi mereka ini seperti Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela? Mereka juga mengharumkan nama negara?

Polisi ketat Singapura beri kesukaran kepada rakyat Sabah dan S’wak

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Kerajaan Republik Singapura telah mengambil langkah yang dianggap menghukum ekoran polisi menaikkan syarat umur dari 18 tahun kepada 35 bagi rakyat pribumi Malaysia di Sabah dan Sarawak yang berhasrat untuk mendapatkan pekerjaan disana. Menurut laporan di laman The Star hari ini, perubahan polisi tersebut berpunca ekoran kes jenayah dan pergaduhan kebelakangan ini yang melibatkan rakyat pribumi Sabah dan Sarawak di republik tersebut. Insiden ini termasuklah melibatkan kes pembunuhan di sekitar kawasan Ang Mo Kio Avenue, Kallang, dan juga Geylang. Meskpun tiada pekeliling rasmi dikeluarkan oleh Singapura berhubung perkara itu, Presiden Gagasan Dayak Iban Bersatu Malaysia (GAIU) Sai Malaka menegaskan bahawa permohonan oleh rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak di bawah keperluan syarat umur telah ditolak dengan sewenang-wenangnya tanpa sebab. "Saya merasakan bahawa langkah ini sangat melampau dan langkah diskriminasi terhadap rakyat prbumi Sabah dan Sarawak," kata Sai yang dipetik dalam laporan itu. "Nasib baik kerajaan [Malaysia] membangunkan saluran minyak dan gas di Pengerang dekat sini. Projek itu kini menyediakan kerja kosong yang amat diperlukan bagi pekerja-pekerja yang sedang menganggur." Namun, pihak Singapura menafikan langkah tersebut mensasarkan rakyat Malaysia di timur, tetapi bertujuan untuk mengurangkan pertumbuhan tenaga kerja asing yang semakin tidak menentu. "Kami akan terus meluluskan atau memperbaharui pas pekerja dari Sabah dan Sarawak sekiranya mereka layak dan sesuaibekerja di Singapura," kata wakil Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Singapura yang dipetik dalam akhbar itu. Peningkatan tenaga kerja asing menjadi isu yang diperkatakan dalam kempen pilihanraya umum Singapura menurut Pesuruhanjaya Tinggi Malaysia disana, dan mungkin ia adalah antara faktor peraturan tersebut diperketatkan baru-baru ini. Dasar baru tersebut juga berkemungkinan akan memberi kesukaran kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak yang melanggar undang-undang disana untuk mendapatkan pekerjaan buruh tidak mahir di republik kepulauan tersebut. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: Selesa bekerja di negara sendiri walaupun gajinya kecil.

SSM dakwa miliki dokumen kaitkan Suaram dengan dana asing

KUALA LUMPUR, 10 September — Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa kementeriaannya, melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), mempunyai bukti bagi menuduh pertubuhan bukan kerajaan Suaram mempunyai kaitan dengan spekulator mata wang terkenal, George Soros. Dalam kenyataan kepada Utusan, Ismail berkata dia memiliki dokumen dan e-mel antara kedua-dua pihak bagi menguatkan dakwaannya serta menggesa Bank Negara menyiasat mengikut Akta Pencegahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. “Mengikut maklumat, NGO itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Soros berdasarkan dokumen dan e-mel (antara kedua-dua pihak),” katanya dalam Utusan. Ismail juga berkata dia telah meminta Kementerian Dalam Negeri dan Pendaftar Pertubuhan untuk menentukan status Suaram. Dalam laporan Utusan satu muka surat hari ini, beberapa pihak daripada NGO yang rapat dengan kerajaan telah mengeluarkan kenyataan yang menggesa siasatan pantas diambil ke atas Suaram untuk mengelak daripada badan hak asasi manusia daripada terus memberi masalah kepada kerajaan. Presiden Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim Muhammad Zahid Md Arip, dalam kenyataan kepada Utusan hari ini, mengganggap Suaram sebagai lidah rasmi kepada Pakatarn Rakyat (PR) terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana seling memutar-belitkan isu melibatkan kerajaan. Zahid juga menuduh beberapa individu daripada PR yang mempunyai hubungkait dengan Suaram seperti Senator Dr Syed Husin Ali, Tian Chua (Ahli parlimen Batu) dan R. Sivarasa (Ahli parlimen Subang) dan menyifatkan mereka ini sebagai alat dan perkakas. Kebelakangan ini, Suaram menjadi sasaran serangan daripada pihak kerajaan Barisan Nasional selepas memfailkan kes ke atas firma gergasi pembuat kapal perang Perancis, DCNS dengan mendakwa firma pertahanan itu membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu. Tindakan membayar komisen tersebut dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis. Ekoran serangan tanpa henti ini, Suaram, dalam kenyataan pada 5 Sept, menggesa kerajaan menerusi agensi-agensinya menghentikan tindakan diskriminasi dan keterlaluan ini, serta berkata ia merupakan satu lagi langkah terdesak kerajaan untuk memaksa Suaram menghentikan kes mahkamah di Perancis melibatkan kapal selam Scorpene. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: bangkai gajah nampak, kuman di depan mata?