Thursday 7 June 2012

Najib on the horns of dilemma over polls date

COMMENT Like coffee left on a backburner, the timing of the general election is a question that has lost flavour. All of last year, this question enjoyed a sparkle that was grist for the chattering classes, gazing at their crystal balls, to predict when polls would be held. As 2012 began, the timing question became even more titillating, like the puzzle of an unsolved crime... Read more... Jarumemas: No matter when, out duty still continues....

'Permulaan ke arah kebebasan media'

UALA LUMPUR: Pakatan pembangkang menganggap keputusan Kabinet untuk membenarkan semua parti politik membentangkan manifesto masing-masing menerusi media penyiaran adalah permulaan ke arah ketelusan dan kebebasan media di negara ini. Naib Presiden PKR, Tian Chua menyifatkan keputusan itu satu langkah awal yang progresif ke arah perubahan diharap menghasilkan kesan positif untuk semua pihak terbabit. Beliau berkata, secara prinsip ia menggambarkan wujudnya keterbukaan kerajaan terhadap cadangan pembangkang bagi menambah baik sistem pilihan raya. Bagaimanapun, katanya, pembangkang meminta supaya ruang keterbukaan diberikan secara seimbang dan adil kepada semua pihak. “Kita akan teliti keputusan ini kerana tuntutan sebenar ialah kami diberikan ruang media yang saksama, jika BN diberi ruang masa setengah jam, kita juga perlu diberi tempoh yang sama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu menyambut baik keputusan berkenaan dan menyifatkannya sebagai satu perubahan positif. Bagaimanapun, katanya, keadilan bagi semua parti dalam memberi penerangan berhubung manifesto perlu dilakukan secara sama rata kepada semua parti terbabit. “Jika BN diberi peluang berkempen, maka kebenaran sama harus diberi kepada semua parti yang bertanding. “Selain manifesto, PAS mencadangkan semua parti dibenarkan berkempen setengah jam sehari selepas Parlimen dibubarkan sehingga pilihan raya,” katanya. Tuan Ibrahim berkata, keterbukaan itu perlu kerana rakyat seharusnya mendapat maklumat daripada semua parti yang bertanding, sebelum mereka membuat pilihan. Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berharap peluang yang diberikan kepada semua parti politik termasuk parti pembangkang untuk menyiarkan manifesto masing-masing dapat dilaksanakan secara adil dan saksama. “Amalan seumpama ini biasa dilihat di Australia dan United Kingdom ketika berlangsungnya pilihan raya negara berkenaan,” katanya. Sumber: Berita Harian Jarumemas: Rebutlah peluang ini sewajarnya, jangan sampai ruang yang diberikan jadi tempat melemparkan fitnah pula.

Gagal Di Lembah Pantai, Nurul Izzah Akan Bertanding Di Nibong Tebal?

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak nyenyak tidur kebelakangan ini. Punca utamanya ialah kerana kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diserang saban hari oleh pakatan pembangkang tidak menunjukkan sebarang hasil. Ini amat mengecewakan Anwar dan kuncu-kuncunya di dalam Pakatan Rakyat. Mereka mengharapkan kerajaan BN akan semakin lemah dan sokongan terhadap terhadap Perdana Menteri pula bertambah menurun. Apa yang berlaku ialah sebaliknya; sokongan rakyat kepada pimpinan Datuk Seri Najib menunjukkan lonjokan yang memberangsangkan, malah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh beliau semuanya diterima baik oleh setiap peringkat masyarakat. Anwar mahu melihat rakyat memboikot program-program anjuran kerajaan tetapi apa yang berlaku rakyat semakin menaruh keyakinan terhadap keikhlasan kerajaan membantu meringankan bebanan hidup mereka terutamanya dalam keadaan ekonomi yang mencabar kini. Anwar pening kepala bagaimana hendak berdepan dengan populariti BN dan Perdana Menteri yang sudah pulih dan semakin meningkat semenjak pilihan raya umum 2008 dahulu. Parti pimpinannya dalam keadaan kucar kacir; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sedang dalam siasatan kerana didakwa memiliki harta, wang tunai dan aset yang jauh lebih besar daripada kemampuannya sebagai Setiausaha Sulit kepada Anwar satu ketika dahulu. Anwar juga pening memikirkan masa depan politik anaknya, Nurul Izzah di Lembah Pantai. Sejak memenangi kerusi parlimen itu empat tahun lalu tidak banyak kemajuan yangg di bawa oleh Nurul Izzah di Lembah Pantai yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu. Semua pembangunan yang wujud di kawasan itu samada projek pembinaan perumahan rakyat PPR, gerai serta kedai bagi peniaga kecil semuanya diperjuangkan oleh Menteri Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar merangkap Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai. Nurul Izzah gagal sebagai wakil rakyat kerana tidak ada bukti sedikit pun beliau membawa sebarang pembangunan di situ. Hakikat pahit bahawa Nurul Izzah hanya pandai cakap kosong tetapi gagal menjalankan tugasnya disedari oleh Anwar. Bagaimana pun perasaan kasih sayang terhadap seorang anak tetap menyebabkan seorang ayah akan melakukan apa sahaja untuk memyelamatkan karier anaknya itu. Kira-kira dua bulan dahulu, semasa Anwar berceramah di Nibong Tebal, pernah beliau membayangkan kerusi itu akan ditandingi. Sebenarnya niat Anwar ialah untuk melihat respons penyokong PKR di situ samada bolehkah Anwar menghantar Nurul Izzah untuk bertanding di Nibong Tebal pada PRU-13 akan datang. Ini kerana beliau melihat PKR akan kalah di Lembah Pantai, lebih-lebih lagi jika Nurul Izzah terus menjadi calon di situ. Pengundi Lembah Pantai menunjukkan arus sokongan yang positif terhadap Raja Nong Chik dan kemungkinan beliau akan menang besar jika dicalonkan di kawasan itu. Nibong Tebal diwakili oleh ahli parlimen Tan Tee Beng yang menjadi salah satu anak muda 'kesukaan' Anwar, sebelum ia meninggalkan PKR menjadi anggota bebas. Untuk menyelamatkan anaknya, kemungkinan Anwar akan meletak Nurul Izzah di kerusi parlimen itu. Apa hal pun Anwar mesti selamatkan keluarga dan kepentingannya dahulu sebelum memikirkan hal parti dan pemimpin PKR yang lain. Sumber: Blog Cucu Tok Selampit Jarumemas: Kenapa? Masyarakat Parlimen Pantai Baru dah tahu mana kaca mana permata ke?

TONY PUAKA MEMANG SAH KAKI FITNAH!!!

TONY PUAKA MEMANG SAH KAKI FITNAH!!! Tak dapat nak disangkalkan lagi. Pemimpin dikalangan Pakatan Pembangkang ni memang kaki fitnah belaka. Diorang memang dah tak de kerja lain. Jadi, untuk apa lagi kita sebagai rakyat Malaysia nak dengar cakap mereka yang memang sah suka tabur cerita bohong tak tentu arah ni? Adakah kita masih nak dengar dan percaya dengan apa sahaja dakwaan serta tohmahan yang dilemparkan oleh mereka terhadap pihak Kerajaan? Perkara ini bukannya ditentukan oleh Kerajaan Barisan Nasional Sebaliknya, ia diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Tapi, jangan pulak kita pelik kalau kita dengar alasan puak - puak Pakatan Pembangkang tu nanti mengatakan yang mahkamah dibayangi 'tangan ghaib' dan berat sebelah. Kebiasaannya, itulah yang menjadi alasan diorang bila timbul isu seumpama ini. Maklum la, diorang bukannya ada idea lain. Bila kena batang hidung sendiri, mana mungkin diorang nak mengaku kesilapan sendiri!!! Ada je orang lain yang dipersalahkan!!! Sumber: Blog Semut Hitam Jarumemas: Masih ingat kisah Si Ketul dengan raja Mandeliar?

Bekas setiausaha sulit minta Anwar jelas pendedahan akuan berkanun

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari hari ini meminta Ketua Pembangkang itu memberi penjelasan terhadap akuan berkanun Datuk Abdul Murad Khalid berhubung pemilikan 20 akaun induknya. Sekiranya dakwaan yang terdapat dalam akuan berkanun bekas penolong gabenor Bank Negara itu tidak benar, Anuar mempersoalkan mengapa Anwar sehingga kini belum memfailkan saman fitnah terhadap Abdul Murad. Beliau berkata, Abdul Murad mengedarkan akuan berkanun itu pada Oktober 1999, yang antara lain mendedahkan pemilikan kira-kira 20 akaun induk Anwar bernilai lebih RM3 bilion. "Kita minta Anwar jelaskan adakah semua akaun induk tersebut membabitkan pemilikan aset, saham serta wang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang nilainya begitu lumayan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Laporan media semalam menyatakan Anwar mengawal 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion. Media juga melaporkan adik Azmin, Ummi Hafilda pada Sabtu lepas mendedahkan salinan dokumen sebahagian aset Azmin dan Shamsidar bernilai lebih RM30 juta. - BERNAMA Sumber: Berita Harian Online Jarumemas: "Terang lagi bersuluh".

BR1M kedua sudah dicadang kepada Kabinet - TPM

KUALA SELANGOR 7 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya sudah mencadangkan kepada Kabinet agar kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap pada Program Mesra Rakyat sempena sambutan 100 tahun Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa, Jeram di sini hari ini. - UTUSAN Jarumemas: Alhamdulillah...

KDN tangguh siar rakaman Bersih 3.0 kepada orang ramai

Pihak-pihak yang teringin hendak tengok rakaman perhimpunan Bersih 3.0 versi polis nampaknya kena bersabar sikit lagi. Ini kerana Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu memaklumkan bahawa rakaman visual perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu akan disiarkan kepada umum selepas Panel Penasihat Bebas selesai meneliti terlebih dahulu keseluruhan rakaman yang diserahkan kepada mereka sebelum ini. Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi, dalam satu kenyataan, berkata Panel Penasihat Bebas wajar diberikan ruang dan masa secukupnya bagi membuat penilaian ke atas setiap rakaman tersebut. Justeru, katanya, KDN akan mengambil maklum setiap pandangan dan nasihat daripada panel itu yang akan mengadakan mesyuarat Isnin ini. Baca seterusnya.... Jarumemas: Entah apa lagi tohmahan PR nanti..

Azmin: ‘Kenapa sekarang baru nak siasat?’

PETALING JAYA, 6 Jun — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan pertuduhan rasuah terhadapnya dan turut mempersoalkan badan pencegahan rasuah itu kerana baru sekarang menyiasat semula kes tersebut. Malah, ahli Parlimen Gombak itu juga menegaskan, tindakan itu dilihat hanyalah sebagai “pertuduhan politik” terhadapnya memandangkan pilihan raya umum bakal dijalankan tidak lama lagi. “Kenapa sekarang baru nak siasat, sudah 17 tahun, kenapa tidak dari dulu?” katanya. “Pilihan raya dah dekat. Mungkin bulan hadapan. Ini adalah ‘pertuduhan politik’ terhadap saya,” tambahnya. Malah, Azmin turut menyifatkan SPRM sebagai “super efisyen” kerana kebanyakan kes seperti kes yang melibatkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ia diselesaikan dalam tempoh masa singkat, walaupun individu yang sepatutnya memberikan keterangan tidak dipanggil. Baca seterusnya.... Jarumemas: Pepatah ada menyebut, 'Berani kerana benar, takut kerana salah'.

PKR dakwa tanah rizab Melayu dalam bahaya akibat penyenaraian bursa

PETALING JAYA, 6 Jun — PKR hari ini mendakwa status tanah simpanan Melayu Felda akan berdepan risiko melalui penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH). Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, tanah seluas 105,382 ekar berstatus Tanah-tanah Rizab Melayu (TRM) yang dipajakkan kerajaan kepada FGVH juga berkemungkinan jatuh kepada penguasaan asing melalui penyenaraian, sekaligus bertentangan dengan TRM yang mengekalkan hak milik Melayu dan Bumiputera. "Melalui pajakan 99 tahun itu, hak milik dan hasil ekonomi tanah-tanah ini dipindahkan kepada syarikat dan status Bumiputeranya dipersoalkan. "Malah, kesan daripada itu, ia juga akan menjejaskan pegangan tanah kawasan petempatan FELDA dan kesan besar kepada kebajikan peneroka," tegasnya. Rafizi turut menegaskan, jumlah tanah rizab Melayu itu adalah 16 peratus daripada keseluruhan 343,484.46 hektar tanah Felda Plantation Sdn Bhd yang dipajakkan dalam status "Tanah Sedia Ada." Manakala, "Tanah Sedia Ada Tambahan" adalah tanah tidak bergeran yang merujuk kepada tanah untuk aktiviti sosial dan kemasyarakatan seperti tapak kedai, padang, surau, dan banyak lagi. Baca seterusnya... Jarumemas: Tak sudah-sudah nak memesongkan fahaman rakyat. Biarlah merka sendiri yang membuat keputusannya setelah mendengar penjelasan setiap pihak.

Post-GE chaos theory 'dirty politics', says Bersih

The conspiracy theory on likely post-general election chaos ‘to be instigated' by Pakatan Rakyat and Bersih are glaring examples of "dirty politics". Read more... Jarumemas: Clean our hearts and intentions.

PTPTN row: So Selangorians don't pay taxes?

YOURSAY 'The new undergraduates at Unisel should not be made into pawns in the Umnoputras' unprincipled attempts to wrest back control of Selangor.' PTPTN halts loans to Universiti Selangor students Disgusted: I suppose PTPTN (National Higher Education Fund) will now be dispensed to all those illegal immigrants whom they have given citizenship and made voters. Perhaps the Selangor government should start a scholarship fund for Unisel (Universiti Selangor) students, of course with conditions, or otherwise it will be misused. I thought all government institutions are apolitical and are supposed to be neutral. So what next? Pakatan supporters will not be given places in BN-controlled public universities? The BN seems to be using every possible avenue to punish the Pakatan state government, even to the point of using students as pawns to gain advantage. It's like cutting your nose to spite your face. After all, there may be some BN supporters' children on the list of applicants to Unisel as well. Things have really got out of hand in their attempt to recapture Selangor. It only makes rakyat more resolved to get rid of them once and for all from Putrajaya. Read more.... Jarumemas: Becoming more complex and irritating....

Non-Malay PM: Khoo says nay, Malay politicos say aye

A broadcast forum on the possibility of a non-Malay Prime Minister helming the Malaysian government took an awkward turn last night, as two opposing Malay politicians on the panel agreed that it is a possibility allowed for by the constitution, while the sole Chinese historian on board was against it. Read more... Jarumemas: Jangan sampai sejarah hitam 13 Mei 1969 berulang dan rakyat yang merana. Kalau dah jatuh susah nak bangun.

November polls likely after the Haj as BN courts youth, Chinese vote

KUALA LUMPUR, June 7 — The Haj pilgrimage on October 26 and Barisan Nasional’s (BN) efforts to court the youth and Chinese vote could delay the general election to November, sources say, adding Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is still scrutinising the candidates’ lists to ensure a bigger victory. The Malaysian Insider had reported on May 28 of a possible September general election but Najib’s announcement that Budget 2013 will be tabled on September 28 has pushed party strategists to look at a further date to also ensure budget goodies get to the ground. “The Haj could delay the vote just as much as BN wants the people to enjoy the benefits of Budget 2013. We’re looking at November now,” a source told The Malaysian Insider. Election Commission (EC) sources say the commission is ready for polls but has yet to get any indication of snap polls for the 222 federal seats and 505 state seats, except the Sarawak state assembly which was elected last year. Read more... Jarumemas: Teringat lagi "Jangan tunggu lama-lama...."

Rais dakwa Anwar tidak sayang Melayu, gesa undi BN

SHAH ALAM, 5 Jun — Masyarakat Melayu harus bersatu demi kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan hak mereka tidak diketepikan pembangkang, kata menteri Kabinet hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim “tidak sayangkan Melayu, sistem beraja atau budaya Melayu.” Dalam menarik undi masyarakat Melayu, Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim turut menuduh negeri Pakatan Rakyat (PR) mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat Melayu. Beliau berkata masyarakat Melayu “perlu tahu siapa mereka” dan “apa hak mereka”. “Bagi pembangkang, Melayu tiada kuasa politik,” katanya ketika melancarkan Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia di sini. Beliau juga mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar “tidak sayang Melayu, sistem beraja, atau budaya Melayu” dan menambah “tidak pernah menyebut berkenaan kebajikan Melayu.” Baca seterusnya... Jarumemas: Takkan Melayu hilang di dunia...tapi Melayu akan hilang kuasa jika Melayu masih bertelagah sesama Melayu dan yang bukan Melayu bertepuk tangan melihat Melayu seperti Pak Kaduk.