Thursday 10 January 2013

Penduduk mahu bukti jika SYABAS tak sabotaj

Sekumpulan penduduk Ampang dan Cheras yang terjejas dengan krisis air di kawasan tersebut meminta satu siasatan terperinci dilakukan bagi mengesahkan tiada unsur sabotaj berhubung krisis bekalan air di kawasan tersebut.

Pengerusi NGO Hak Air Untuk Rakyat (HAYAT) Arshad Ahamad yang mewakili kumpulan penduduk berkenaan berkata, siasatan itu perlu dilakukan pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Kegagalan demi kegagalan pada sistem SYABAS ( Syarikat Bekalan Air Selangor) dalam tempoh beberapa hari sahaja menimbulkan pelbagai tanda tanya.

"Oleh yang demikian kami mahu siasatan terperinci untuk mengesahkan kejadian-kejadian itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mereka yang berniat memburukkan kerajaan negeri Selagor," katanya yang membacakan satu memorandum.

Lagi...

Jarumemas: Putus bekalan air memang menyiksakan. Teringat suatu ketika dulu terpaksa mengmabil air bukit untuk kegunaan harian kerana tinggal di tanah setinggan.

PERKASA mohon institusi Raja-Raja bertindak

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) memohon institusi Raja-Raja Melayu bertindak mengikut lunas undang-undang terhadap mereka yang terlibat dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Hanya institusi Raja-Raja Melayu yang sesuai mengambil tindakan terhadap mereka itu bagi memastikan kesucian Islam terus terpelihara, kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali pada majlis ceramah 'Jom Tolak Pakatan' di Taman Berkat, Meru malam tadi.

Majis itu turut disertai Pengerusi JATI Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan beberapa NGO seperti Nambikai dan Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia.

Lagi...

Jarumemas: Majlis Fatwa Kebangsaan juga perlu bersuara.

Selangor diberitahu larangan ‘Allah’ bercanggah perintah mahkamah, keputusan Kabinet

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Peguam terkenal kes “CD Allah” Jill Ireland telah menulis secara rasmi untuk memberitahu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bahawa larangan terbaru Sultan mengenai penggunaan kalimah “Allah” kepada orang bukan Islam adalah tidak menghormati perintah Mahkamah Tinggi pada 2009 dan bercanggah dengan keputusan kerajaan persekutuan pada 2011 mengenai perkara itu.

Dalam surat kepada MAIS semalam, peguam turut melampirkan dokumen kedua-dua keputusan untuk mengingatkan majlis tersebut penyelesaian kontroversi sudah lama dicapai, walaupun kekecohan terbaru timbul kembali dalam isu sama.

“Tindakan MAIS itu, yang tidak konsisten dan bertentangan dengan perintah mahkamah, kelihatan memperkecilkan dan tidak menghormati keputusan mahkamah,” kata peguam dalam surat ditandatangani oleh Annou Xavier, yang juga sebahagian daripada Persatuan Peguam Katolik Kuala Lumpur (CLS).

Lagi...

Jarumemas: Seorang lagi penyangak yang cuba menjadi batu api dalam isu ini....

Pemerhati antarabangsa dakwa SPR tolak permohonan untuk pantau PRU 13

SUBANG JAYA, Jan 10 — Satu delegasi pemerhati pilihan raya antarabangsa hari ini berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak tawaran mereka untuk memantau perjalanan pilihan raya umum (PRU) ke-13 dan diberitahu mereka sebaliknya boleh datang “sebagai pelancong”.

Jawatankuasa Pemerhati Pilihan Raya Muslim Amerika Syarikat yang sedang dalam rangka lawatan tiga hari di sini, juga berkata SPR tidak begitu menerima saranan mereka untuk memperbaiki proses pilihan raya termasuk tuntutan kepada suruhanjaya itu untuk menyelesaikan dakwaan menyelubungi daftar pemilih.

Pendedahan berlaku beberapa hari selepas Transparency International bahagian Malaysia menolak tawaran SPR untuk menjadi pemerhati pilihan raya tempatan pada PRU akan datang sebagai protes kepada beberapa terma rujukan yang ditetapkan.

Kedua-dua pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia mengatakan prasyarat dikenakan SPR sebagai “ketat”.

Lagi....

Jarumemas: Siapa dia delegasi pemerhati ini? Siapa nak tolong jawab??

Aktivis mahu turunkan kain rentang misteri

Seorang aktivis Bendera Rakyat, Mohd Haizal Yatizan berkata beliau "geram" dengan satu kain rentang misteri yang dikesan dipasang di satu jejantas berhampiran stesen LRT Abdullah Hukum, Kuala Lumpur hari ini.

Mohd Haizal, 29, berkata beliau sendiri akan menurunkan kain rentang yang disifatkannya sebagai usaha sabotaj ke atas Bendera Rakyat, yang pernah dikibarkannya semasa sambutan ambang tahun baru 2013.

"Saya akan cabut (kain rentang) sekarang. Saya tidak mahu nanti orang kata kami pula (yang bertanggungjawab memasangnya)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Kain rentang berkenaan dikesan menunjukkan slogan yang menggesa orang ramai menukar bendera Malaysia dan dengan bendera yang serupa dengan Bendera Rakyat.

Bendera Rakyat merupakan bender yang dipromosi oleh Mohd Haizal dan rakan-rakannya.

Lagi....

Jarumemas: Sokong jangan sampai membuta tuli, membujur lalu melintang patah!!

Mahasiswa: Jangan cetus huru hara jika ikhlas bela nasib rakyat

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Pembangkang tidak seharusnya mencetuskan huru hara dengan mengadakan perhimpunan atau protes jalanan jika mereka benar-benar ikhlas dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat, kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azraful Azman.

Beliau berkata ini kerana perhimpunan dan protes hanya akan menyusahkan kehidupan orang ramai termasuklah menjejaskan periuk nasi para peniaga.  

“Tengok perhimpunan-perhimpunan sebelum ini apa yang mereka dapat? Hanya timbulkan huru-hara dan kalau itu diteruskan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk apa yang kita nikmati selama ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ditanya mengenai cubaan pembangkang yang mahu mencetuskan peristiwa ala 'Arab Springs', Azraful berkata ia sangat keterlaluan kerana keadaan di Negara ini jauh berbeza dengan beberapa negara di Asia Barat yang dilanda 'Arab Springs', termasuk Syria.

Katanya, pembangkang harus sedar bahawa jika 'Arab Springs' menular ke Malaysia, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda tidak dapat dielakkan sepertimana yang berlaku di Syria sekarang.

Lagi....www.malaysianinsider.com

Jarumemas: Mahasiswa tidak sepatutnya terikut-ikut dengan rentak pembangkang yang hanya mahukan 'political mileage'.


PKR hantar memorandum kepada SYABAS, gesa beri pampasan

KUALA LUMPUR, 10 Jan — PKR hari ini menghantar satu memorandum kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kerana gagal menguruskan air di negeri tersebut serta menggesa syarikat tersebut memberikan pampasan kepada mangsa bencana.

Timbalan Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor Zuraida Kamaruddin ditemani ahli majlis Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta persatuan penduduk berkumpul di perkarangan ibu pejabat SYABAS, Pantai Baru pada jam 10.30 pagi  untuk menyerahkan memorandum serta mengadakan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ruslan Hassan.

Lagi...

Jarumemas: Biar tak ada api jangan tak ada air!! nak kena gali perigi dalam rumah nampaknya!!

Merdeka Center: Populariti Najib jatuh dua peratus

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13 yang akan berlangsung tahun ini, kajian terbaru pusat tinjauan bebas Merdeka Center mendapati populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jatuh dua peratus menjadi 63 peratus berbanding 65 peratus dalam kajian November lalu.

Kajian yang dijalankan dari 15 hingga 28 Disember tahun lalu menyaksikan sentimen pengundi Cina menurun menjadi 34 peratus walaupun penerimaan pengundi Cina dan India kekal di tahap 77 peratus dan 76 peratus.

Menurut Merdeka Center, tinjauan dijalankan dengan menggunakan panggilan telefon dengan sampel melibatkan 1,018 pengundi berdaftar.

Pusat tinjauan itu memberitahu 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India yang dipilih berdasarkan jantina, etnik dan negeri sebagai responden dalam sampel tersebut.

Kajian dijalankan selepas Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2012 dan tatkala isu Deepak Jaikishan, Tan Sri Musa Hassan, Amanat Haji Hadi dan penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam hangat diperkatakan.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas:  Sokong yang tak akan membawa rebah!!

Gereja Protestan teruskan guna ‘Allah’ walaupun terdapat titah Sultan

KUALA LUMPUR, 9 Jan — Kumpulan yang memayungi gereja Protestan Malaysia mengatakan hari ini Kristian di seluruh negara memanggil tuhan mereka dengan gelaran “Allah” dalam amalan mereka sejak berabad-abad lalu dan akan meneruskan hak perlembagaan mereka untuk berbuat demikian, walau apa pun titah Sultan Selangor terhadap bukan Islam.

Ketua-ketua gereja Majlis Gereja Malaysia (CCM) berkata mereka mengikuti wacana semasa penggunaan perkataan “Allah” oleh orang bukan Islam.

Para pemimpin gereja yang bermesyuarat di Ipoh, mengulangi bahawa mereka telah menggunakan “Allah” dalam Alkitab bahasa Melayu “sejak berabad-abad” dan komuniti orang asli di sini telah menjadikan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab itu sebagai sebahagian daripada bahasa harian mereka.

“Jika begitu kesnya, kami akan meneruskan amalan ini — hak yang dijamin kepada kami dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11) dan menyeru semua pihak untuk menghormati hak asasi ini,” kata mereka dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.


Jarumemas: Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!