Thursday 1 November 2012

Rafizi mensasarkan Pandan, apakah Tee Keat mempertahankannya?

KUALA LUMPUR, 1 Nov — Sebut sahaja tentang Pandan kepada mana-mana cendekiawan politik, perbualan pasti akan berlegar-legar kepada soalan tentang apakah Datuk Seri Ong Tee Keat akan bertanding?

Bukanlah satu rahsia lagi bahawa ahli parlimen Pandan (MP) itu tidak digemari oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan kebanyakan pemerhati politik berpendapat tidak mungkin bahawa Chua secara sukarela akan meletakkan Ong di Pandan – atau di mana-mana tempat untuk perkara itu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

MP Pandan Indah Ong Tee Keat amat popular dengan penduduk Pandan Indah.
Semenjak dua tahun lalu, Ong yang berusia 56 tahun itu telah lantang dengan banyak isu yang dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN) termasuk PKFZ. Semua ini menyebabkan ramai orang dalam parti pemerintah membencinya. Malah, terdapat banyak spekulasi bahawa beliau akan meninggalkan MCA dan menyertai pembangkang tetapi sehingga kini andaian tersebut masih belum menjadi kenyataan.

Namun, tidak dapat dinafikan peluang terbaik bagi BN untuk mengekalkan kerusi itu ialah dengan meletakkan Ong terutamanya apabila pengarah strategi PKR Rafizi Ramli akan diletakkan untuk bertanding di Pandan.

Berita lanjut....

Jarumemas: Letaklah calon yang boleh tentu BN menang.

Anwar: Najib sukar ditandingi, namun yakin BN tidak lebih baik berbanding 2008

KUALA LUMPUR, 1 Nov  — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui Datuk Seri Najib Razak merupakan pesaing politik yang sukar ditandingi, namun pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu berkata beliau yakin prestasi Barisan Nasional (BN) tidak akan menjadi lebih baik seperti pilihan raya 2008.

Beliau turut menjelaskan kelemahan BN terletak pada parti komponen perikatan tersebut, dan melihat kempen parti pemerintah itu hanya berkesan di kawasan milik Umno.

Kaji selidik turut menunjukkan walaupun perdana menteri kelihatan popular, kadar kepopularan berkenaan terpisah dengan kerajaan yang ditadbirnya.

“Namun mereka (BN) ada masalah ... Najib bukan bertanding semua kerusi,” kata Anwar kepada The Malaysian Insider semalam.

Berita lanjut....

Jarumemas: Dah mengaku kalah awal-awal lagi....

Kit Siang: Kong Cho Ha letak jawatan jika 112 ahli parlimen sokong tangguh AES

KUALA LUMPUR, 31 Okt — Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha perlu meletak jawatan sekiranya 112 ahli parlimen menyokong untuk penangguhan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), kata ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Menurut Lim, dua orang ahli Umno telah bersetuju untuk menyokong penangguhan ini, selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) mengusulkan untuk menangguhkan AES untuk kesalahan jalan raya, dan memerlukan kajian yang mendalam sebelum dilaksanakan.

"Hari ini, ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang merupakan timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) juga menyokong dasar ini ditangguhkan terlebih dahulu.

"Kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor sudah menangguh pelaksanaan AES ini sehingga kaji selidik selesai.

Berita lanjut...

Jarumemas: Tunggu dan lihat bila saman AES akan datang ke rumah....

Pemasangan AES tidak dilakukan JPJ kerana tiada kepakaran, kata menteri

KUALA LUMPUR, 1 Nov -- Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata keputusan tidak memberi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memasang kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah kerana agensi terbabit tidak mempunyai kepakaran dan melibatkan kos yang tinggi.

“Ia tidak diberikan kepada JPJ kerana kos yang tinggi dan mereka tiada kepakaran,” kata Kong.
“Proses pemberian hak pemasangan kepada pihak luar tersebut bukan baru, malahan ia juga dilakukan oleh negara lain.”

Di samping itu juga, Kong enggan memberi komen kepada gesaan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpin Umno supaya pemasangan AES ditangguhkan.

“Saya tidak boleh beri komen mengenai perkara itu, tetapi setahu saya Umno hanya mahukan penjelasan dan bukannya penangguhan.

“Mengenai pembangkang yang mengatakan pemberian saman AES menyalahi undang-undang, perkara itu boleh dibawa ke mahkamah,” tambah beliau.

Kong juga membidas tindakan kerajaan PR yang mahu menghentikan pemasangan AES di empat negeri mereka sambil menyifatkan ia tindakan tidak bertanggungjawab.

“Langkah pembangkang itu buktikan mereka tidak mementingkan rakyat mereka, AES ialah bertujuan untuk mengurangkan kemalangan dan mengurangkan kematian di jalanraya,” kata pemimpin MCA itu lagi.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Masa yang tak sesuai untuk dipasang.