Tuesday 21 January 2014

'Auto-pilot' BN akan musnahkan M'sia, kata Ong

Bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini memberi amaran Malaysia akan musnah jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus tidak mengendahkan isu yang memecah belahkan negara ini.
 
Merujuk kepada reaksi balas terhadap “flash mob kangkung” di Pulau Pinang pada 16 Januari, Ong berkata, situasi itu menunjukkan kemerosotan pendekatan yang dibawa oleh politik partisan.
 
“Hakikatnya, peningkatan polemik, kebencian dan ancaman semakin tidak terkawal dan menyebabkan kebimbangan di kalangan rakyat, termasuk saya sendiri,” kata Ong dalam Facebook beliau.


Jarumemas: Bertegas tidak semestinya garang, berlembut tidak semestinya lembik. Bertindaklah seperti menarik rambut dari dalam tepung. 

Perjanjian Malaysia perlu dilihat semula untuk jamin kebebasan beragama, kata menteri Sarawak

Titah Sultan Kedah, yang kini merupakan Yang di-Pertuan Agong, bahawa beberapa perkataan termasuk Allah hanya eksklusif untuk Muslim adalah petanda "awan hitam mula menyelubungi”, kata menteri Sarawak yang lantang, Tan Sri Dr James Masing yang turut menuntut agar kajian mendalam dilakukan terhadap Perjanjian Malaysia.
Ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) itu berkata, penganut Kristian dalam negara semakin tertekan apabila penggunaan kalimah Allah cuba dijadikan eksklusif bagi umat Islam.
"Ada trend yang jelas," kata Menteri Pembangunan Tanah Sarawak itu kepada The Malaysian Insider, mengakui beliau turut khuatir dengan situasi tersebut.
Beliau berkata, semakan itu akan memastikan: "Kita tidak beralih daripada apa yang sudah dipersetujui."
"Kerajaan perlu bersetuju dalam perihal agama yang dipersetujui,” katanya.
Masing turut percaya Putrajaya yang mendesak penggunaan kalimah Allah eksklusif untuk Muslim.

Jarumemas: Lihat pada Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia. 

Bukan Islam tidak perlu patuh titah Diraja: Perkasa gesa peguam ditahan

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menggesa penahanan peguam berhubung kenyataan yang mendakwa  masyarakat bukan Islam tidak perlu patuh kepada mana-mana titah pemerintah negeri atau fatwa yang digariskan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Dr Shamsuddin Moner, berkata tindakan peguam berkenaan menghina ketua negara dan keputusan Mahkamah Rayuan selain mendesak kerakyatan peguam tersebut dilucutkan kerana tidak menghormati titah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
"Jelas kepada kita bahawa titah Sultan Selangor,  Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang di-Pertuan Agong yang berkata kalimah Allah hanya eksklusif kepada kaum Islam sebagai satu bentuk penegasan keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan.

Jarumemas: Jangan sampai cacing naik ke mata, telunjuk mencucuk mata. Sudah diberi betis nakkan paha. 

AMK bakar, pijak poster Jepun


Pemuda PKR (AMK) hari ini menghantar memorandum bantahan ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur berhubung sekatan yang dikenakan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu pada 19 Januari lalu.

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, mereka menuntut kedutaan Jepun menjelaskan perkara tersebut dan menyatakan permohonan maaf kepada Anwar kerana telah bertindak sebegitu.

Tambahnya lagi, halangan tersebut disifatkan tidak wajar kerana Anwar difahamkan tiada sebarang isu melibatkannya dengan negara itu.

“Amat mengejutkan, berdasarkan rekod Anwar tidak ada sebarang isu sebelum ini dengan negara itu sehingga menghalang beliau memasuki Jepun minggu lalu oleh Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.


Jarumemas: Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang!!!  

Sekali lagi, Najib pertahan kenyataan ‘kangkung’

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekali lagi menyelar kritikan yang mengejeknya berhubung kenyataan “kangkung” dengan menegaskan bahawa ia adalah makanan kegemarannya.
Najib berkata, beliau menggunakan kangkung sebagai cara menggambarkan konsep penawaran dan permintaan.
"Saya suka kangkung dengan sotong. Saya bagi contoh supply and demand. Sawi ke, ikan kembung ke. Kita perlu lihat rasionalnya," katanya.
Dalam ucapannya di perhimpunan bulanan kakitangan Kementerian Kewangan hari ini, beliau berkata, program rasionalisasi subsidi yang dilaksanakan Putrajaya adalah perlu bagi memungkinkan Malaysia mencapai status negara maju melalui pengurangan beban ditanggung kerajaan untuk perbelanjaan subsidi.
Perdana menteri berkata, tanpa sebarang penstrukturan semula ekonomi, Malaysia mungkin akan terperangkap dalam lingkungan ekonomi mendatar atau dikenali sebagai perangkap ekonomi kelas pertengahan.

Jarumemas: Teman pun suka sotong kangkung, PM.

Anwar tidak mohon kebenaran khas, kata Kedutaan Jepun

Kedutaan Jepun hari ini mengesahkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memerlukan kebenaran khas bagi mengunjungi negara matahari terbit itu setelah beliau pernah dipenjarakan di Malaysia.
Jurucakap kedutaan, Tomoko Nagai, berkata Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 melalui kebenaran khas dan kedatangannya baru-baru ini tidak melalui proses tersebut.
“Sesiapa yang pernah dipenjarakan sebelum ini sama ada di Jepun atau negara lain selama setahun atau lebih akan dinafikan memasuki Jepun.
“Anwar sebelum ini memasuki Jepun pada 2011 dan 2012 dengan kebenaran khas tetapi beliau tidak membuat permohonan sama pada kali ini,” katanya kepada akhbar milik MCA, The Star.

Jarumemas: Bak kata sahabat-sahabat teman semasa bergurau sesama kami, 'Lu sapa?'

Jangan kembalikan luka penjajah dengan alasan kebebasan agama

Gerakan Kristian yang mencabar peruntukan undang-undang dan isu sensitif boleh mengembalikan luka lama dari zaman penjajah, kata kolumnis akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.
Katanya, ketegasan segelintir penganut Kristian berhubung kebebasan agama boleh menjejaskan kesejahteraan negara yang sudah lama diperjuangkan selepas zaman penjajah.
"Zaman penjajahan yang terjadi lebih 400 tahun lalu tidak dapat mengelakkan penjajah bercita-cita mengembangkan pengaruh Kristian di kalangan anak jajahan mereka," tulis penulis kolum Dari jendela Tok Ki, hari ini.
"Bila ungkitan dibuat terhadap hal-hal yang sensitif ibarat mengguris kembali luka-luka lama dan ia adalah bahaya bagi kesejahteraan negara Malaysia.
"Pihak bukan Islam tidak harus berdegil memperjuangkan perkara sensitif kerana peruntukan dalam perundangan mempunyai maksud dan hikmah terbaik memelihara keharmonian yang sekian lama terjalin," tulisnya.

Jarumemas: Sila rujuk Perlembagaan Persekutuan dalam bab ini, wahai orang Kristian. 

Anifah: Tak sangka saya begitu berkuasa


Kerajaan Malaysia tidak ada kena mengena dengan keputusan kerajaan Jepun menghalang pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
    
Beliau berkata setiap negara mempunyai hak kedaulatan untuk menghalang sesiapa sahaja yang mereka fikirkan tidak diingini daripada memasuki negara mereka atas apa jua sebab.
    
"Dan selalunya, mereka tidak perlu memberi penjelasan mengenai keputusan yang diambil itu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, semalam.
     
Anifah menyifatkan dakwaan 'ada tangan tersembunyi' yang mungkin memainkan peranan dalam keputusan kerajaan Jepun itu sebagai sesuatu "yang tidak masuk akal" kerana sepanjang pengetahuannya, beliau tidak mempunyai kedudukan untuk mempengaruhi negara seperti Jepun supaya menyekat mana-mana individu daripada memasuki negara itu.


Jarumemas: Satu jari menuding pada orang lain tetapi kita jgn lupa jari-jari yang lain menuding kepada kita. Kita perlu memuhasabah diri sebelum menyalahkan orang lain.  

Kalimah Allah: Najib ada rujuk Majlis Fatwa?


PAS menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar menjelaskan jika Majlis Fatwa Kebangsaan dirujuk sewaktu beliau membenarkan kalimah Allah diguna penganut Kristian Sabah dan Sarawak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menggesa Najib menjelaskan perkara itu susulan titah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tentang hak eksklusif penggunaan kalimah itu oleh penganut Islam.

“Saya minta Najib nyatakan pendirian mengenai isu kalimah Allah ini. Apakah dia nak membatalkan kebenaran penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian di Sabah dan Sarawak atau sebaliknya?

"Saya nak tahu apakah tindakan Najib membenarkan penggunaan kalimah Allah itu dirujuk dahulu kepada Majlis Fatwa Kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian, memandangkan kerajaan menerusi Penyelesaian 10 Perkara membenarkan kalimah Allah digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.


Sumber: Malaysiakini

Jarumemas: Hanya jauhari yang mengenali manikam. 

Filem Hollywood anak Rosmah diharam di M'sia

Filem tersohor tetapi sarat dengan kontroversi 'The Wolf of Wall Street' dilaporkan diharamkan tayangannya di Malaysia ekoran bahasa dan kandungan yang lucah.
 
"Sumber-sumber dalaman pejabat filem kerajaan Malaysia memaklumkan THR yang pengedar filem itu sedia maklum yang mereka akan berhadapan masalah besar dengan lembaga penapisan kerana kelucahan, babak bogel serta seks sewaktu tayangannya," lapor laman web hiburan The Hollywood Reporter.


Jarumemas: Tidak semua yang datang dari Barat baik belaka. 

PKR: DAN gagal tumpu punca kereta mahal


Dasar Automotif Negara 2014 (DAN) gagal menurunkan harga kereta merentasi industri kerana tidak memberi tumpuan kepada punca sebenar harga kereta menjadi mahal, kata PKR.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menyenaraikan cukai eksais yang tinggi, dan dasar permit import (AP) serta pemberian rebat cukai eksais yang tidak telus sebagai tiga perkara asas yang tidak disentuh DAN.

Menurut mereka, cukai eksais kini berkadar di antara 85 hingga 110 peratus sementara pelaksanaan dasar AP pula mengayakan kroni tertentu dan rebat cukai yang tidak telus menyebabkan margin keuntungan dimanipulasi dalam pembuatan dan penjualan kereta.

"Keengganan BN melaksanakan beberapa reformasi dasar yang penting berhubung industri automotif negara akan terus mengekalkan harga kereta di Malaysia pada kadar antara yang termahal di dunia," kenyataan mereka dipetik.

Mereka turut membidas pemberian rebat dan potongan cukai eksais bagi model dipasang di Malaysia (CKD) terpilih yang tidak akan menurunkan harga kereta secara keseluruhan kerana ia hanya melibatkan segmen kereta yang kecil.


Jarumemas: Cemburu kerana tak dapat sapu..