Friday 12 October 2012

PKR gesa Najib penjelaskan dakwaan jumpa Soros pada 2010

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, menggesa perdana menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan ekoran pendedahan perjumpaan sulit beliau dengan spekulator mata wang asing George Soros pada tahun 2010. Gesaan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Batu itu semasa sesi perbahasan di parlimen petang tadi. “Najib seperti Mahathir juga pernah mengadakan perjumpaan sulit dengan Soros,” kata Chua (foto fail). “Saya berharap PM dapat berikan bukti atas dakwaan pertemuan sulit antaranya dengan Soros pada 2010. Saya mohon penjelasan.” Pendedahan tersebut dilakukan oleh ahli parlimen Subang, R. Sivarasa, minggu lepas semasa perdebatan dengan ketua penerangan Perkasa, Ruslam Kassim. Berita lanjut.... Jarumemas: Jangan dijolok sarang tebuan..

Kilang-kilang mula membuang pekerja, menjelang pelaksanaan gaji minimum

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pengeluar di Malaysia menggugurkan pekerja disebabkan oleh ketidakpastian terhadap ekonomi global dan menjelang permulaan gaji minimum yang akan berlaku tahun depan, kata RHB Research Institute. RHB berkata dalam satu laporan semalam bahawa sejajar dengan kelembapan dalam jualan, pengeluar memberhentikan 4,609 pekerja pada bulan Ogos berbanding dengan pengambilan 441 pekerja pada bulan Julai. Kadar pengangguran adalah 3.1 peratus pada Julai dengan dianggarkan dua juta pekerja asing bekerja di negara ini. “Sejajar dengan kelembapan di jualan YoY (tahun ke tahun), pengeluar berhati-hati dan mereka memberhentikan beberapa pekerja pada bulan Ogos,” kata RHB. “Ini adalah kerana kelemahan dalam ekonomi global dan diburukkan lagi oleh pelaksanaan dasar gaji minimum yang akan bermula pada awal tahun 2013.” Firma penyelidikan itu memberi amaran bahawa pengeluar boleh membuang lebih banyak pekerja jika keadaan ekonomi merosot sebagai peningkatan produktiviti yang diukur daripada jualan setiap pekerja — perlahan kepada 0.7 peratus pada bulan Ogos daripada 4.3 peratus pada Julai dan 5.8 peratus pada Jun. Berita lanjut.... Jarumemas: Jgn sampai ayam dikepuk mati kelaparan, itik di kolam mati kehausan!!