Friday 11 January 2013

Pakar perundangan: Bukan Islam tak terikat titah Sultan dalam isu ‘Allah’, tetapi…

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Titah Sultan Selangor mahupun fatwa larangan ke atas bukan Muslim daripada menggunakan kalimah “Allah” boleh dikuatkuasakan, kata peguam, sambil menambah bahawa perundangan negeri 1988 itu mungkin mencetuskan satu lagi pertarungan di mahkamah bagi mereka yang mahu terus mempersoalkan isu tersebut.

Masyarakat Kristian dan Sikh seluruh negara membantah larangan oleh Sultan Selangor dan amaran oleh penguatkuasa agama negeri tersebut untuk menguatkuasakan undang-undang ke atas bukan Muslim dengan menegaskan mereka mempunyai hak dalam perlembagaan untuk menyebut tuhan mereka sebagai “Allah” seperti yang ditulis dalam kita suci.

Malaysia, negara didominasi penganut Muslim memiliki mahkamah Syariah yang beroperasi bersama-sama mahkamah sivil telah mewujudkan percanggahan ekoran pertindihan kuasa, kata beberapa pakar perundangan kepada The Malaysian Insider semalam.

“Kenyataan DYMM sendiri secara perundangannya tidak boleh dikuatkuasakan. Ia sepatutnya tidak memberikan sebarang kesan kepada bukan Muslim,” kata Syahredzan Johan yang merujuk kepada titah Sultan Sharafuddin Idris Shah Selasa lalu.


Jarumemas: Setuju ia perlu dikuatkuasakan.

Masyarakat Islam Kelantan tidak setuju kalimah Allah digunapakai bukan Islam

KOTA BAHARU, 10 Jan — Rata-rata masyarakat Islam di Kelantan membantah keras dan tidak bersetuju kalimah Allah digunakan orang bukan Islam, termasuk dalam Bible versi Melayu.

Mereka mahu kerajaan bertindak tegas dan tidak berkompromi dengan kalangan yang cuba menyalahgunakan kalimah itu termasuk bagi kepentingan politik.

Menurut mereka, ini kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan negara di mana agama Islam adalah agama rasmi persekutuan dan kalimah itu adalah hak eksklusif umat Islam.

Penyelia Pelajaran Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Baharu Shahran Ahmad berkata kerajaan tidak harus tunduk kepada tekanan pihak tertentu dalam penggunaan kalimah itu.

“Kerajaan harus melihat dari sudut jangka panjang jika kalimah itu dipergunakan oleh agama lain, terutama masa depan agama Islam sendiri,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.


Jarumemas: Syukur!! yang lain bagaimana?

Mat Sabu: Perhimpunan Sabtu kekal di Stadium Merdeka

KUALA LUMPUR, Jan 11 — Perhimpunan besar-besaran Himpunan Kebangkitan Rakyat akan diteruskan seperti dirancang di Stadium Merdeka esok, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu  mengesahkan, memberitahu bahawa polis secara tidak rasmi meminta agar mereka memindahkan acara itu ke Stadium Bukit Jalil.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider malam tadi satu perjanjian dengan polis telah dicapai dan juga dimeterai, dengan kedua-dua pihak bersetuju dengan tempat acara dan keadaan keselamatan tertentu yang dikenakan terhadap penganjur perhimpunan.

“Tiada arahan polis dikeluarkan menyuruh kami berpindah. Saya sudah bercakap dengan OCPD (ketua polis daerah) Dang Wangi dan ia adalah perbincangan yang baik, dan semuanya teratur,” tegas beliau apabila dihubungi melalui telefon.

“Perhimpunan kita akan diadakan di Stadium Merdeka,” kata pemimpin popular PAS yang dikenali sebagai Mat Sabu lebih awal semasa berucap di majlis makan malam pengumpulan dana Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar di kuil Thean Hou di sini malam tadi.


Jarumemas: Pembangkang tetap mahukan Stadium Merdeka, bairkanlah....

Ahli ekonomi ramal Pakatan menang PRU 13

KUALA LUMPUR, 11 Jan — Pakatan Rakyat (PR) akan menewaskan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 menurut perkiraan Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

Dalam laporan The Straits Times Singapura, perkiraan Azrul mendapati BN hanya mampu menang diantara 97 heingga 107 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan, tidak mencukupi untuk menubuhkan kerajaan.

Tetapi ini juga bermakna PR hanya menjadi kerajaan dengan majoriti tipis, jauh dari apa yang pernah dinikmati oleh BN satu masa dahulu.

Penemuan ini dianggap paling mungkin dalam pembentangan dilakukan oleh jurubank itu di Regional Outlook Forum, Singapura semalam dengan mengambilkira faktor kaum dan demografi.

Kemudian, Azrul meramalkan kejatuhan akibat dari kemenangan PR, dengan pasaran saham bersedia untuk bertindak balas secara “spontan” serta tempoh lanjutan ketidakstabilan dilihat.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan “sabotaj ekonomi” oleh perniagaan dan perkhidmatan awam yang berkait dengan BN.

Kerajaan BN masih mempunyai masa untuk melakukan sesuatu bagi menjamin kemenangan melawan pembangkang paling tersusun pada PRU yang mesti diadakan selepas akhir April tahun ini.

Lagi....

Jarumemas: Bimbang negara akan menjadi huru hara jika pembangkang menang kerana  rakyat marhein tidak akan mendapat menerima jika ini berlaku kerana mereka masih sayangkan kerajaan yang ada. Keadaan ini akan berlaku mungkin disebabkan golongan remaja dan eksekutif mahukan perubahan....mungkin!!!!

Polis sarankan penganjur perhimpunan guna Stadium Nasional Bukit Jalil

KUALA LUMPUR, 10 Jan — Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini menyarankan supaya penganjur perhimpunan menggunakan Stadium Nasional di Bukit Jalil sebagai tempat berhimpun kerana ia lebih sesuai dan mampu menampung kapasiti lebih besar.

Katanya stadium itu juga mempunyai kemudahan pengangkutan awam lengkap termasuk Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) selain memenuhi keperluan dari aspek keselamatan.

Beliau juga meminta mereka menyemak semula hasrat menggunakan Stadium Merdeka sebagai tempat berhimpun kerana perbadanan stadium itu meletakkan syarat utama agar ia tidak disertai lebih daripada 30,000 orang berdasarkan kapasiti stadium.

Sambil mengingatkan penganjur supaya memastikan peserta perhimpunan tidak berhimpun di Dataran Merdeka di sini, Mohmad juga berkata lokasi pertemuan untuk himpunan itu hanya dibenarkan di stadium dan bukannya di lokasi-lokasi yang dijanjikan.

"PDRM memegang jaminan pihak penganjur dalam pertemuan dengan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini bahawa perhimpunan itu akan dijadikan perhimpunan paling aman dalam sejarah selari dengan semangat Akta Perhimpunan Aman (APA) sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini.

Lagi...

Jarumemas: Tunggu apa komen pembangkang mengenai cadangan pertukaran tempat ini.

MPM: ‘Allah’ hak eksklusif orang Islam, bukan Islam hentikan tuntutan

KUALA LUMPUR, 11 Jan ― Majlis Perundingan Melayu (MPM) mengatakan kalimah “Allah” adalah hak eksklusif orang Islam, dan meminta bukan Islam untuk menghentikan tuntutan menggunakan perkataan tersebut, kata setiausahanya, Dr Hasan Mad.

Menurut Hasan, desakan penggunaan kalimah Allah dimulakan oleh pemimpin politik yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang keagamaan.

“Desakan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam ini bukan dicetuskan oleh pemimpin Kristian, tapi pemimpin politik yang tidak pakar dalam agama.

“MPM berpendirian bahawa isu ini wajib dihentikan segera kerana umat Islam keseluruhannya adalah waras dan mempunyai had toleransi ini, dan apabila dicabar, mereka akan bangkit menentang at-all-cost,” kata Dr Hasan dalam sidang media MPM di sini, hari ini.


Jarumemas: Tak rela kalimah ALLAH digunakan oleh kitab Injil kerana bimbang bencana Allah akan turun sekiranya  kalimah ini dibenarkan. Lihat saja pada apa yang berlaku pada Indonesia kerana sewewenangnya membenarkan kalimah ini digunakan. Malah, orang agama lain boleh berkahwin dengan orang Islam tanpa perlu memeluk Islam terlebih dulu. Sebagai balasannya. saban hari Allah turunkan bala seperti gempa bumi, rakyatnya memberontak, bom meletup sana sini. Adakah senario ini yang hendak kita tinggalkan untuk zuriat kita nanti?