Tuesday 29 May 2012

SPRM: Usah guna jenayah rasuah untuk kepentingan politik

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM menggesa semua pihak agar tidak menggunakan jenayah rasuah untuk kepentingan politik terutama menjelang pilihan raya umum akan datang. Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata berdasarkan pengalaman lepas aduan dan maklumat berhubung jenayah rasuah yang diterima pihaknya meningkat secara mendadak apabila tiba musim pilihan raya. “Kita minta dalam keadaan nak dekat pilihan raya ini bantulah SPRM kerana dalam pengalaman kita yang lepas setiap kali ada pilihan raya tiba-tiba jumlah maklumat aduan-aduan mengenai rasuah naik dengan mendadak ” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Forum Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan sempena Melaka 750 tahun di sini hari ini. Sumber: Malaysian Insider Jarumemas: ramai yang kaya selepas pilihan raya.....