Thursday 2 January 2014

Barang naik harga, rakyat tanggung bahana

Isu berkaitan kenaikan harga barang-barang keperluan adalah isu sejagat yang berkaitan langsung dengan kepentingan rakyat kebanyakkan dan menyentuh tentang survival kehidupan seharian mereka.
Sebagai pengguna yang berhadapan dengan arus kenaikan harga barangan yang tak dapat dibendung, rakyat umum tanpa mengira siapa mereka umpama mentimun dengan durian, digilis luka, menggilis pun luka.
Lebih tragis apabila bebannya bukan setakat kerana harga barangan keperluan melambung tinggi, malah lebih memburukkan keadaan apabila bekalannya juga sukar didapati di pasaran.
Tanpa bermaksud untuk mengagungkan negara jiran itu tetapi sekadar menjawab hujah pemimpin Umno/BN yang gemar menjadikan perbandingan kos hidup negara di seberang Tambak Johor itu sebagai antara jawapan untuk menutup mulut rakyat setiap kali kenaikan harga barang berlaku di samping alasan lapuk, rasionalisasi subsidi.
Apa peranan kita?
Menghadapi arus kenaikan harga barangan, sebolehnya elakkan pembelian tidak terancang. Belilah hanya barang-barang yang benar-benar diperlukan, mengurangkan pembelian menggunakan kad kredit dan yang paling utama, Tolak BN (Barang Naik). – 1 Januari, 2014.
Oleh Dr Azman Ibrahim
Jarumemas: Pengguna hanya perlu memberli apa yang diperlukan bukannya membeli mengikut nafsu. 

Karpal sokong Guan Eng beli Mercedes sebagai hadiah Tahun Baru

Pengerusi DAP Karpal Singh menyokong pembelian Mercedes Benz S300L oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai hadiah Tahun Baru 2014.
Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor menegaskan Lim layak menerima hadiah berkenaan memandangkan Pulau Pinang telah berkembang pesat di bawah pentadbirannya.
"Pembelian kenderaan itu dibuat pada harga RM298,263.75 tanpa cukai dan diskaun berjumlah RM100,000. 
"Jika tidak, ia akan berharga RM65,218," katanya dan menambah "pembelian Lim itu tidak harus diadili dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu."

Jarumemas:  Inilah dia merka yang bercakap tidak serupa bikin. Nak pulangkan paku buah keraslah!!!

Jika Putrajaya ikhlas, potong keuntungan Bernas, TNB dan konsesi tol, kata DAP

Ahli Parlimen DAP, Tony Pua berkata, jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak benar-benar ikhlas mahu menolong rakyat dia perlu mengambil tindakan tegas dengan mengurang keuntungan yang dinikmati oleh Bernas, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan juga pemegang konsesi tol.
Jika tidak, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, sifat simpati dan memahami yang cuba ditunjukkan beliau hanya untuk menenangkan kemarahan rakyat menjelang himpunan Turun dan “tahun naik harga”.
Pua menyifatkan langkah kerajaan untuk menangani ketegangan ini selepas berbulan-bulan tidak mengendahkan suara rakyat dengan langkah yang tidak kukuh, menunjukkan bahawa mereka tiada rasa simpati yang jujur terhadap rakyat.

Jarumemas: Nak cakap salah tak cakap pun salah....Lu fikirlah sendiri Tony Pua!!!

Marina Mahathir kecam Putrajaya kerana biarkan isu sensitif yang dimainkan

Anak perempuan kepada perdana menteri paling lama Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam Putrajaya yang terus diam dengan isu-isu panas yang dimainkan dan boleh menimbulkan perbalahan dan memberi kesan kepada negara.
Dalam ruangannya di akhbar The Star, Musings, Datin Paduka Marina Mahathir mengeluh tentang kepimpinan negara yang boleh melaungkan perpaduan tetapi diam terhadap kenyataan sensitif yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu.
"Apakah jenis kepimpinan yang kita ada yang mulutnya bercakap tentang kesederhanaan dan perpaduan, namun sama sekali tidak berbuat apa-apa terhadap penyataan melampau yang dibuat bukan sahaja oleh apa yang dipanggil badan bukan kerajaan, tetapi juga oleh beberapa pemimpin kerajaan?
“Adakah mereka sedar atau takut? Dan jika mereka takut, mengapa?" tanya beliau dalam tulisannya.

Jarumemas: Apa diharap padi seberang, entah jadi entahkan tidak, apa diharap PM seorang, yang lain pun perlu cakap dan bertindak....

TURUN isytihar himpunan satu kejayaan


Pengerusi Gerakan Turun Kos sara Hidup (TURUN) Azan Safar mengisytiharkan perhimpunan malam tadi sebagai satu kejayaan ekoran kehadiran seramai 10,000 ribu orang membanjiri Dataran Merdeka untuk membantah kenaikan kos sara hidup.

Azan berkata kehadiran ramai peserta pada malam tadi menandakan sokongan dan reaksi mereka terhadap semua kenaikan tersebut, walaupun pihajk berkuasa mengancam mengambil tindakan dan melaber acara tersebut sebagai perhimpunan haram.

"Tahniah Rakyat. Himpunan TURUN berjaya. Terima kasih buat seluruh rakyat Malaysia, dari orang kenamaan sehingga rakyat marhaen yang telah berhimpun secara aman dan bersurai sebaik tamat sambutan Tahun baru 2014.

"Tahniah kepada rakyat yang berjaya menganjurkan himpunan buat rakyat pada malam ini," katanya melalui sistem pesanan WahtsApp kepada Malaysiakini.


Jarumemas: Angkat bakul naik sendiri....Mereka tidak sedar apa kerosakan yang telah mereka lakukan dengan tindakan berhimpun. 

Mahathir: Peserta mahu buat masalah


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk perhimpunan haram yang diadakan pada sambutan ambang tahun baharu malam tadi dan menyifatkannya sebagai tindakan tidak demokratik.

Katanya kumpulan yang menghadiri perhimpinan berkenaan sengaja ingin menimbulkan masalah kepada majoriti orang ramai yang tidak terlibat dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Sebagai negara demokratik, memanglah kumpulan minoriti juga mempunyai hak. Tapi, mereka tidak mempunyai hak untuk mengganggu kehidupan kumpulan majoriti yang mahu menyambut tahun baharu, demokrasi apakah ini?" katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur hari ini.


Jarumemas: Utamakanlah keharmonian negara. Apabila timbulnya huru hara para pelabur tidak akan datang ke negara ini untuk melabur dan sekaligus akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan keamanan  negara. Bertindaklah secara waras dan penuh timbang rasa. 

'Himpunan lebih besar jika tiada tindakan k'jaan'


Dewan Pemuda PAS Malaysia mengancam untuk mengadakan satu perhimpunan lebih besar sekiranya kerajaan masih tidak melakukan sebarang tindakan menurunkan kenaikan kos sara hidup.

Ketuanya Suhaizan Kaiat berkata kehadiran 10,000 golongan anak muda ke perhimpunan di Dataran Merdeka pada malam tadi menunjukkan bahawa masyarakat yang mengalami kesempitan hidup kini tidak boleh lagi berdiam diri.

"Saya juga ingin menyatakan rasa yang sama, bahawa himpunan malam tadi adalah permulaannya.

"Jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan," kata Suhaizan dalam kenyataannya.


Jarumemas: Kenapa mesti dicurahkan minyak pada api yang sedang marak? Kenapa tidak dicari penelesaian yang lebih mapan menanganinya? 

Dr M: Kristian tidak terjejas jika tak guna 'Allah'


Pegangan penganut Kristian di Semenanjung tidak akan terjejas walaupun mereka tidak menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
    
Beliau berkata istilah Arab yang merujuk kepada Tuhan itu selalunya digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.
    
"Selama ini, kita tak pernah berbalah tentang perkara ini kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah itu, jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain, tidak menggunakan kalimah 'Allah', tidak akan memudaratkan mereka.
    
"Sebelum ini, mereka tidak pernah menggunakannya pun. Yang menggunakannya ialah (orang) Sabah dan Sarawak. Tak ada bantahan, tapi di Semenanjung ni, kenapa kita nak jadikannya alasan untuk bergaduh pula," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Tahun Baharu Parti Progresif Penduduk (PPP) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara.


Jarumemas: Dunia hampir kiamat itu sebab banyak soal agama menjadi mainan pihak-pihak kafir. 

Isu guling: Penganjur demo 31 Dis mahu saman k'jaan


Selepas jalan raya, penganjur perhimpunan membantah kenaikan kos sara hidup pada 31 Disember lalu akan mengheret kerajaan dan pihak polis ke mahkamah kerana mendakwa mereka mahu menggulingkan kerajaan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), antara penganjur himpunan itu berkata, dakwaan itu ternyata meleset apabila perhimpunan itu berlangsung aman, tiada kecederaan dan tiada kerajaan “terguling”.

“Pihak polis menuduh SAMM dan beberapa NGO sebagai penganjur 'himpunan guling kerajaan', ternyata tuduhan ini melulu dan tersasar.

“Proses saman akan bermula dalam masa terdekat bagi membersihkan nama SAMM,” kata pengarah propagandanya Edy Noor Reduan (kanan).

Dalam kenyataannya lewat malam adi, Edy juga menafikan peserta himpunan mengganggu konsert ambang tahun baru 2014 dan menurutnya “tiada seorang pun peserta himpunan yang naik ke pentas konsert” seperti didakwa.


Jarumemas: Kita ada undang-undang dan peraturan. Apa salahnya duduk berbincang dengan baik agar kedua-dua pihak menang. 

BN terus hilang undi bandar dengan batal rebat tol, kata pengkritik

Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus kehilangan sokongan di Kuala Lumpur dan Selangor ekoran pemberhentian rebat tol 20% di kalangan penggunanya ketika hampir kesemua rakyat terpaksa berjimat kerana kenaikan kos sara hidup, kata Ahli Parlimen pembangkang.
BN hilang majoriti kerusi di Kuala Lumpur dan Selangor dalam dua pilihan raya lalu, di samping hilang undi popular dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
PRU14 dijangka akan diadakan pada tahun 2018 dan BN dijangka akan terus bergantung kepada undi luar bandar untuk mengekalkan kuasa.
Ahli Parlimen PKR dari Pandan, Rafizi Ramli berkata, keputusan kerajaan menghentikan rebat tol ialah satu lagi tindakan pentadbiran Najib yang membuktikan mereka sudah hilang sentuhan dengan rakyat.


Jarumemas: ????????