Friday 27 December 2013

NGO Islam dakwa Pakiam biadap kerana hina Najib

Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyelar Ketua Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam kerana melabel Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak "tidak selari dengan sikap seorang pelajar sekolah Katolik."
Kenyataan Pakiam itu jelas Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman (gambar) adalah biadap kerana Najib  mempertahankan penggunaan perkataan Allah untuk orang Islam.
“Kenyataan Pakiam biadap dan menghina. Itu satu penghinaan kepada pemimpin Islam.

Jarumemas: Puak-puak ini masih tidak puas hati dengan keputusan mahkamah. Diharapkan mahkamah akan memutuskan secara tuntas akan permasalahan ini. 

‘Revolusi ambang tahun baru’ usaha Putrajaya, media alih perhatian rakyat, kata pengkritik

Apakah benar-benar wujud rancangan menggulingkan kerajaan pada ambang tahun baru melalui perhimpunan menentang kenaikan harga barang, atau ia merupakan tindakan kerajaan dan media sekutu dalam mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar?
The Malaysian Insider difahamkan, agensi-agensi keselamatan sudah mengadakan taklimat berhubung perkara itu, dan pemerhati melihatnya sebagai tindakan terdesak Putrajaya mengalih perhatian dari isu salah urus pentadbiran negara dan janji pilihan raya yang tidak ditepati.
Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan penganalisis politik bersetuju rakyat Malaysia mempunyai hak menyuarakan bantahan berhubung kenaikan harga barang dan pemotongan subsidi. Mereka menambah, tindakan media milik Umno Utusan Malaysia yang  menggambarkannya sebagai sebuah revolusi akan menyemai kebencian dalam negara.

Jarumemas:  Sediakan payung sebelum hujan. itulah pepatah orang tua. Kita tidak boleh menganggap sesuatu perkara itu tiada  kesannya, tetapi kita perlu melihat apa di sebalik sesuatu perkara itu. Kerajaan tidak akan bertindak tanpa sebarang bukti yang kukuh. Apa yang dibimbang ada tangan-tangan ghaib yang akan mengambil kesempatan dengan perhimpunan ini. Sama seperti Bersih yang kononnya bersih tetapi akhirnya menjadi KOTOR!!!

Penafian Putrajaya adalah pengakuan aset negara digadai, kata Rafizi

Kenyataan Kementeri Kewangan (MOF) semalam mengenai dakwaan penggadaian aset negara merupakan pengakuan Putrajaya bahawa kerajaan telah menjual dan menggadai aset-aset negara, kata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli.
Rafizi menegaskan, MOF tidak menafikan amalan berkenaan, sebaliknya memberikan alasan penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan "adalah perkara biasa dan telah berlaku sebelum ini".
"Kementerian Kewangan tidak boleh menafikan fakta-fakta yang dibentangkan Bank Dunia mengenai terdesaknya pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak dalam mencapai sasaran defisit," dakwa ahli Parlimen Pandan itu ketika sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi ini.

Jarumemas: Lampam bawah jamban akan menangkap apa yang jatuh dari atas. Mereka adalah 'oppotunist' yang akan mengambil kesempatan atas setiap kelemahan orang lain. Kelemahan diri sendiri memang tidak nampak. Muhasabahlah diri sendiri selalu. 

Naib Canselor UniMAP Diiktiraf Antara Saintis Terkemuka Dunia

PARIS, 26 Dis (Bernama) -- Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin menutup tirai 2013 dengan melakar sejarah manis apabila diiktiraf sebagai antara ahli sains terkemuka abad ke-21 oleh sebuah badan antarabangsa.

Beliau menerima anugerah 'The Name In Science' daripada Dewan Perniagaan Eropah (EBA) sempena Sidang Kemuncak Pemimpin Oxford dalam Sains dan Pendidikan selama empat hari yang berakhir 19 Dis di United Kingdom.

Dalam wawancara dengan Bernama selepas mengakhiri lawatan kerja UniMAP ke Perancis Ahad lalu, Kamarudin menyifatkan penganugerahan itu bukan kejayaan peribadi tetapi kejayaan untuk UniMAP dan negara juga.

Katanya penganugerahan itu menyuntik semangat beliau untuk membawa UniMAP terus bersaing di persada dunia sejajar dengan hasrat menjadikan universiti itu dalam kelompok elit dunia.


Lagi...www.bernama.com

Jarumemas: Tahniah Prof kerana mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. 

CWC Dengar Rayuan Pemilihan MIC Dalam Mesyuarat Akan Datang - Prakash Rao

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Semua rayuan berkaitan pemilihan MIC akan didengar oleh jawatankuasa kerja pusat (CWC) parti dalam mesyuarat akan datang, kata Setiausaha Agung MIC A. Prakash Rao.

Sambil menyifatkan itu proses biasa, Prakash Rao mengakui MIC ada menerima aduan berkaitan pemilihan parti yang berlangsung pada 30 Nov lalu.

"Tidak perlu buat kenyataan yang bukan-bukan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 15 Dis lalu, sebuah akhbar melaporkan MIC menerima lima aduan bertulis mendakwa ada percanggahan dalam pemilihan parti yang berlangsung di Melaka itu.

-- BERNAMA

Jarumemas: BN perlu berbuat sesuatu bagi memantap parti kerajaan itu sebelum terlambat. 

Peguam: Jangan guna budi bicara untuk himpunan haram


Ketika ada usaha pihak tertentu menganjurkan perhimpunan kononnya untuk menggulingkan kerajaan akhir bulan ini, pihak berkuasa disaran tidak lagi menggunakan kaedah 'budi bicara' dalam usaha mengekalkan keamanan negara.

Seorang pengamal undang-undang Noor Hajran Mohd Nor berkata pihak berkuasa sebaliknya perlu bertindak tegas mengikut kuasa yang ada pada mereka.

Beliau berkata sebagaimana kerajaan memberi kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman mengikut Akta Perhimpunan Aman, pihak berkuasa juga mempunyai kuasa menangani sebarang ancaman terhadap rakyat dan negara.

"Ini bukan pertama kali perhimpunan seperti ini (dirancang). Jika pihak berkuasa tidak ambil tindakan, kita risau Malaysia akan jadi seperti beberapa negara lain, termasuk di Timur Tengah," katanya.

Noor Hajran berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program 'Ruang Bicara' dengan topik 'Tolak Perhimpunan Haram' terbitan Bernama TV di Kuala Lumpur malam tadi, yang dihoskan Sherkawi Jirim dan turut disertai Presiden Yayasan Media Malaysia Dzulkarnain Taib.


Jarumemas: Akta dah ada kan??? 

Kempen bantah KDN disambut tokoh seberang


Bukan sahaja rakyat Malaysia yang prokebebasan media, kempen membantah tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung mingguan The Heat kini turut mendapat perhatian kumpulan penulis dan aktivis media negara seberang.

Dalam kempen tweet harian hari ketiga malam tadi, tokoh budayawan Indonesia Goenawan Mohamad, penggerak awal Aliansi Jurnalis Indonesia (AJI) Andreas Harsono dan novelis terkenal Ayu Utami turut mengambil bahagian.

“Media bisa salah, tapi membungkam (mencengkam) media lebih besar kerugian dari manfaatnya. Paling rugi adalah warga Malaysia,” tulis Andreas (kanan) di akaunnya @andreasharsono malam tadi.


Jarumemas: Kenapa orang luar perlu tambah minyak pada api yang sedang marak? Rakyat kita tak pernah bertindak sedemikian. Apa agenda beliau yang campur tangan hal ehwal dalaman Malaysia? 

ISMA: Peningkatan kos memang salah Umno


Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya membidas kenyataan Ketua Umno Teluk Kemang Tan Sri Isa Samad yang menyarankan rakyat agar tidak menyalahkan Umno berhubung kenaikan harga barangan keperluan serta kos sara hidup.

Pemimpin NGO itu berkata, kenyataan Isa tersebut menunjukkan pemimpin Umno sudah jauh daripada realiti hidup masyarakat.

“Alasan yang diberi Tan Sri Isa dilihat cuba mempelekehkan minda rakyat seolah-olah rakyat masih hidup di zaman 70-an yang tidak mempunyai sebarang akses maklumat,” kata Aminuddin Yahaya.


Jarumemas: Rakyat begitu marah kepada UMNO. UMNO perlu mencari sebab musababnya sehingga rakyat bertindak begitu. Jika tidak UMNO akan hanya tinggal sejarah dan orang Melayu akan berpecah belah dan berpuak-puak. Maka orang Melayu yang pernah dikatakan tidak akan hilang di dunia akan dilupai dan ditindas oleh orang lain. 

Mahathir: Kurangkan kos, bukan naikkan harga


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, lebih baik langkah pengurangan kos pengeluaran diambil untuk mengekalkan harga barangan dan perkhidmatan daripada menaikkan harganya.

Bekas presiden Umno itu memberi analogi sebuah syarikat perniagaan.

Beliau berkata apabila sesuatu perniagaan berhadapan persaingan atau peningkatan kos yang mengurangkan keuntungan, ia mempunyai pilihan antara menaikkan harga atau mengurangkan kos (cost down).

"Ada masanya harga boleh dinaikkan. Ini mungkin mengakibatkan kemerosotan jualan dan keuntungan. Lebih baik mengurangkan kos atau sama ada mengekalkan atau meminimakan kenaikan harga.

"Perkara sama boleh dilakukan kerajaan. Semua kos boleh diteliti untuk menentukan mana yang benar-benar penting, kos mana yang boleh dikurangkan, atau perkhidmatan mana yang boleh diolah," tulis beliau.

Masyarakat kebanyakan kini berdepan dengan pelbagai kenaikan termasuk kenaikan termasuk tarif elektrik dan kemungkinan tol bulan hadapan.

Kesannya mula dirasai apabila rasionalisasi subsidi pada tahun ini menyebabkan kenaikan harga gula dan petrol.


Jarumemas: Apa kau orang nak kata tentang Tun Mahathir teman tetap menyokong apa yang telah dilakukannya kerana  walaupun 'he was bold' kita sama-sama merasai nikmat kekayaan dan kemajuan negara. Kalau hangpa semua tak suka kemajuan negara ini, hangpa boleh cari negara lain yang lebih aman yang boleh beri segala-galanya tanpa mengira hang siapa....

Gerakan: Gantung The Heat burukkan imej k'jaan


Kempen membantah penggantungan The Heat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut menggamit ahli politik dan tokoh masyarakat terlibat sama membincangkannya, termasuk Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang (bawah).

Beliau turut tampil menulis pesanan di Twitter semasa kempen harian menggunakan hashtag #theHeat anjuran perkumpulan longgar wartawan Gerakan Media Marah (GERAMM).

"Sudah ada undang-undang fitnah. Kenapa perlu gantung akhbar? (Ia) hanya tambah kerosakan kepada imej kerajaan,” tulisnya kelmarin.

Beliau juga berhujah, rakyat sendiri harus dibiarkan menghakimi mutu sesebuah akhbar itu, termasuk akhbar organ pembangkang.

"Ada sebab mengapa pengedaranHarakahKeadilan Daily dan Roket rendah. Jika ia sampah, orang takkan beli. Biar rakyat yang menghakimi #theHeat," tulis beliau lagi


Jarumemas: Banyak komentar yang merasa marah dengan kenyataan Tan Keng Liang. Apa sebenarnya dia nak tunjuk? 

Suspek isu guling kerajaan dicekup di S'wak


Polis telah menangkap seorang remaja yang dipercayai mengajak orang ramai menggulingkan kerajaan persekutuan pada malam tahun baru.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kebangsaan, Datuk Hadi Ho Abdullah, suspek yang menggunakan akaun Facebook di bawah nama Asmaelz Hadzeny II ditangkap pada jam 11 pagi ini di Saratok, Sarawak.

"Suspek ini akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk membantu siasatan. Polis telah mengklasifikasikan kes ini di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen," kata Hadi dalam kenyataan di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia hari ini.

Polis dilihat cuba menghentikan perhimpunan pada malam tahun baru.

Selasa lalu, pengerusi NGO Turun, Mohd Azan Safar yang merancang untuk mengadakan demonstrasi kenaikan harga barang, ditangkap sebelum tengah malam dan disiasat di bawah Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen sama di bawah Kanun Keseksaan.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Adakah mereka ini sudah tidak sayangkan keamanan dan keharmonian yang kita pupuk selama ini? Mereka tidak tahu bersykyur dengan apa yang Allah telah limpahkan. Mereka tidak wajar diberikan keampunan jika benar mahu menghuruharakan negara. Mereka adalah pembelot dan petualang negara.