Tuesday 17 April 2012

SAIFUDDIN GESA MAHASISWA TAMATKAN DEMO, KERAJAAN PERLU SEMAK SEMULA PTPTN

KUALA LUMPUR, 17 April — Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Seri Saifuddin Abdullah hari ini menggesa mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dataran Merdeka menghentikan tindakan mereka dan kerajaan perlu menyemak semula skim berkenaan.

Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, suara kumpulan mahasiswa itu sudah didengari kerajaan dan beliau menghormati tindakan mahasiswa mengadakan demonstrasi dan perhimpunan kerana itu merupakan sebahagian daripada demokrasi seperti terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.

“Hak untuk berhimpun, berdemonstrasi adalah sebahagian daripada proses demokrasi,” tegas Saifuddin. “Tindakan mereka itu adalah seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.


Jarumemas: Kerana terlalu diberi muka, mahasiswa semakin naik mua. Sebenarnya protes mahasiswa itu adalah bertujuan untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada sebelum pilihan raya diadakan. Pembangkang akan lakukan apa saja...membujur lalu melintang patah, asalkan hajat mereka tercapai, tanpa menghirau siapa yang menjadi mangsa akhirnya. Hatta, ibu, isteri, suami, mahupun anak--anak sendiri yang menjadi korban atau terpaksa dikorbankan demi tertunai hajat di hati.

MALAYSIA BAKAL JADI NEGARA REPUBLIK SEKIRANYA PR MEMERINTAH - PERKASA

KUALA LUMPUR, 17 April — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini berkata, insiden yang mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengejek dan mempersendakan raja-raja Melayu ketika pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tempoh hari adalah petunjuk bahawa mereka akan menjadikan Malaysia sebagai negara republik sekiranya pakatan pembangkang itu memerintah negara.

Malah, kumpulan pendesak Melayu ini juga beranggapan, pemimpin pembangkang itu telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu, dan hilang kesetiaan kepada negara.

“Pada kejadian yang dikatakan wakil rakyat pembangkang menghina raja-raja Melayu di Istana Negara, Perkasa anggap mereka adalah penderhaka dan sudah hilang kesetiaan kepada negara,” tegas timbalan presiden Perkasa, Datuk Abd Rahman Abu Bakar, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas pertubuhan itu memohon permit untuk mengadakan perhimpunan sempena pertabalan Yang Di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Baca terus....

Jarumemas: Dari dulu lagi PR dah nyatakan dengan jelas akan jadikan Malaysia sebuah negara republik jika PR memerintah. Mereka memang hendak menghapuskan Majlis Raja-Raja.dan mengubah Perlembagaan Negara. Persoalannya, siapa yang akan dapat labanya? PAS? PKR? DAP? Maka akan terpinggirlah orang Melayu di tanah air sendiri. Orang Melayu akan merempat, jadi pengemis. Jangan haraplah bangsa asing nak tunjukkkan belas kasihan. Orang Melayu akan diratah, darah mereka akan dihirup. UMNO jangan pandang remeh perkara ini. Jangan asyik nak penuhkan poket, nak kaut kekayaan tak kira halal atau haram. Ayuh! bangun UMNO! bela nasib bangsa mu! jangan sampai anak cucu cicit kita menyumpah kita kerana kelabaan dan ketaksuban kita mengumpul harta sampai lupa amanah kita kepada mereka.

DR.M: PINJAMAN PTPTN UNTUK PELAJAR KURANG MAMPU

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga bermakna memberi pendidikan percuma kepada golongan kaya.
Sedangkan, objektif asal PTPTN adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan tinggi, katanya.

Tambahnya, langkah itu akan membebankan ekonomi negara kerana pemansuhan PTPTN akan menyebabkan ia perlu diganti dengan mekanisme lain. Dengan sinis, beliau juga menyeru golongan yang menyokong supaya PTPTN dimansuhkan supaya membiayai kos pengajian pelajar terbabit.

“Jika pelajar tidak suka, mereka tidak perlu ambil pinjaman dan mereka yang menyokong pemansuhkan PTPTN boleh biaya pelajar itu," katanya lagi dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.


Jarumemas: Inilah golongan manusia yang tidak tahu bersyukur dengan bantuan yang diberi. Eloklah kerajaan tarik balik pinjaman mereka.