Monday 25 June 2012

Politik: Belum ada KSN macam Ali Hamsa

KUALA LUMPUR- “Kenyataan media pertama Datuk Dr Ali Hamsa setelah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) amat dikesali dan dibantah,” ujar Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid . Katanya, kenyataan Ali untuk penjawat awam setia kepada kerajaan yang ada dan menolak janji pembangkang sudah menunjukkan bahawa beliau bukan orang yang tepat menjawat jawatan KSN. “Belum pernah mana-mana KSN sebelum ini secara terang-terangan menyatakan sikap politik kepada penjawat awam dan meminta semua penjawat awam menyokong kerajaan yang ada dan menolak pembangkang,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tambah beliau, Teras berpendirian jika KSN dipilih kerana sikap politik dan bukan atas merit professionalisme maka sendi kestabilan negara iaitu pentadbiran awam akan runtuh. “Kami percaya beliau sepatutnya faham betul etika penjawat awam sebelum memegang jawatan KSN. Tidak faham atau sengaja tidak faham menggugurkan kelayakannya untuk dilantik sebagai KSN,” ujarnya. Beliau berkata, jika seorang ketua pentadbiran awam menggugurkan etika utama dalam pentadbiran awam iaitu bersikap neutral dan bertindak adil kepada semua rakyat di negara , maka dia tidak boleh memimpin jentera pentadbiran awam lagi. Katanya, Teras membantah keras dan mengutuk jika pentadbiran awam dicemari oleh manipulasi politik tidak berertika yang boleh memporak-peranda pengurusan awam. “Adakah hak beliau untuk menyatakan kakitangan awam mesti hanya menyokong kerajaan yang ada?” soalnya. Beliau menambah, di manakah tercatat dalam Perintah Am bahawa penjawat awam mesti hanya menyokong kerajaan. “Jika persoalan asas ini tidak diketahui kami berpendapat jawatan KSN tidak boleh diserah kepada beliau. Sebabnya jelas, jawatan tersebut tidak boleh diberi kepada orang yang didapati bias dari segi politik,” katanya. Ini, ujar beliau kesannya amat jauh kerana sistem pemisahan kuasa esksekutif, kehakiman dan legistatif dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan akan runtuh kerana jentera kerajaan diketuai oleh KSN yang berkhidmat kepada parti politik bukan kepada rakyat. “Teras menggesa Datuk Dr Ali Hamsa menarik balik kenyataan beliau jika rakyat mahu diyakini bahawa pentadbiran awam tidak berfungsi di bawah arahan parti politik,” ujarnya. Mohd Azmi berkata, rakyat tidak akan menghormati KSN jika beliau dilihat orang yang dilantik kerana kecenderungan parti politik. --Harakahdaily Sumber dipetik oleh Malaysian Chronicles Jarumemas: KSN baru pun dipolemik??

Rafizi letak jawatan tumpu tumbangkan Umno BN

PETALING JAYA- Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli hari ini menegaskan perletakan jawatannya dalam kerajaan Selangor adalah tindakan biasa yang dilandaskan pada asas moral. Ini, katanya kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderung kepada aktiviti politik partinya. Malah menurutnya keputusan itu telah lama dirancang demi menumpukan perhatiannya kepada usaha PKR dan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional. "Saya telah mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor sejak bulan Oktober tahun lepas lagi semasa PKR mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC). "Pembubaran Dewan Rakyat yang makin hampir dan keputusan ini akan memberi peluang saya untuk menumpukan kepada usaha merancang kempen PKR dan menyusun strategi hadapi pilihanraya," katanya. Tambahnya, PKR adalah sebuah parti reformasi, budaya politik berbeza dan beliau cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan lebih kepada kerja politik. "Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno BN, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat. "Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno-BN ini apabia saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka," sambungnya. Rafizi menyatakan, beliau akan duduk berbincang dengan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin bagi meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno. "Tindakan ini sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor," ujarnya lagi. -Harakahdaily Sumber dipetik oleh Malaysian Chronicles. Jarumemas: Baca apa yang tersirat.

PKR Selangor desak MB bertindak

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggantung sementara jawatan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin dan melakukan siasatan berhubung isu penggunaan kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor. Ketua Penerangannya, Shuhaimi Shafie berkata, Abdul Khalid seharusnya bersikap konsisten dengan tindakan dan kenyataannya sebelum ini, selain perlu mencadangkan siasatan penuh terhadap Faekah. ''Saya rasa lebih baik digantung dahulu tugas pegawai yang terlibat (Faekah) supaya siasatan dapat dilakukan. Ia juga bagi mengelakkan rasa tidak puas hati. Elok digantung dulu sama seperti kes-kes sebelum ini kerana tindakan itu dilihat lebih konsisten. ''Jadi tidaklah nanti ia menjadi tuduhan-tuduhan besar kononnya Menteri Besar melindungi Setiausaha Politiknya,'' katanya dalam laman blog Antarapos.com di sini hari ini. - Utusan Sumber dipetik oleh Malaysia Chronicles. Jarumemas: Gawat tahap gaban dah ni!!

Strategi Najib serba tidak menjadi, menikam diri — Ahmad Lutfi Othman

25 JUN — Memang segalanya serba tidak menjadi. Banyak strategi BNmenikam diri sendiri. Ada saja yang tidak kena kepada Umno-BN. Lupa sekejap masalah lembu Shahrizat Jalil, timbul pula pelbagai isu berkaitan projek kerajaan yang dibolot anak-anak menteri dan duta khas bertaraf menteri. Skandal kes Scorpene dan pembunuhan Altantuya muncul semula, dengan paparan cerita yang lebih panas dan menggemparkan. Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mengacah Jamil Khir Baharom isu pemindahan wang Tabung Haji, lebih RM300,000, ke dalam akaun Ketua Pegawai Eksekutifnya. Reda sebentar kontroversi “wanita pertama” Rosmah Mansor, dengan segala cincin, beg tangan dan gaya hidup mewah (strategis kempen BN sendiri minta media mengendurkan kisahnya), meletup pula gosip tentang bakal menantu dan besan Perdana Menteri. Rakyat juga masih terngiang-ngiang pendedahan pemandu peribadi seorang artis, yang dikaitkan dengan skandal seorang menteri kanan, yang juga Naib Presiden Umno. Pembekuan pinjaman PTPTN kepada Unisel membongkar mentaliti bebalisme pemimpin Umno bertaraf menteri sehinggalah Timbalan Perdana Menteri sendiri. Dalam masa sama, di samping rantaian cerita sensasi yang tidak berkesudahan itu, isu-isu yang lebih melibatkan kepentingan ramai seperti penggadaian aset orang Melayu dalam FELDA melalui FGVH makin menjauhkan Umno daripada penyokong tradisinya selama ini. Sewaktu Najib Razak rimas dengan pelbagai faktor tolakan kepada Umno, saingan paling digeruninya, PAS pula semakin mendapat tempat dalam masyarakat Melayu. Baca seterusnya.... Jarumemas: Takut dengan bayang-bayang sendiri?

PM: Provocative, inciteful cartoonists lead to disunity

Prime Minister Najib Tun Razak says cartoonists and animators who have influence in determining the stability, unity and prosperity of this country must produce works that do not violate morals and ethics. Read more.. Jarumemas: Be responsible, accountable for what has been done.

Anwar plays down Rafizi's resignation

BUKIT MERTAJAM - PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim brushed off the controversy surrounding the party's strategic director Rafizi Ramli's resignation as matters that would plague the state's performance in the coming general elections. "Rafizi will be issuing a proper clarification tomorrow but I don't see a controversy. He's resigning because he wants to spend full time on the party. He actually wanted to leave last year to focus more on party stability," Anwar said yesterday. He said Rafizi was resigning as the Selangor Economic Advisory Council chief executive and not the party because the latter felt it was a question of ethics having failed to provide more hours to party matters. "Previously, he could stand (working) several hours a day (on council matters) but then he found that PKR work was dragging him all over the country. Suddenly all this erupted into a major political problem with his resignation. "I find that odd. I was with him and he clarified the matter to me," said Anwar. On whether this, and the alleged support letter issued by the Selangor menteri besar's political secretary Faekah Husin to a company applying for state contracts, would affect the PKR-run Selangor's credibility, he dismissed it as a propaganda manifested by Umno media. "There was an instruction by the MB that no political leader can write a recommendation letter. I have not seen her clarification but we certainly have to look at it." He said the alleged discrepancies would not affect Selangor's performance in the general elections, and to imagine the collapse of a state due to a letter was "far fetched". "One political secretary writing a letter of recommendation and you think it's a major crisis? You don't think RM250 million taken by Umno is not a concern? "I don't want to blow this out of proportion," he told reporters when asked how PKR's governing style would fare in Selangor in the coming general elections. Source: The Malays Mail Jarumemas: The Mastermind...

WAN AZIZAH PERNAH BERJUMPA DENGAN WANITA MISTERI YANG DIKAITKAN DENGAN ANWAR IBRAHIM!

Rupa-rupanya wanita misteri yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, sangat mengenali Dr. Wan Azizah Wan Ismail! Perkara ini didedahkan oleh akhbar perdana ketika wanita itu memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd. Selain daripada memberi sumbangan dalam kejohanan badminton BAKTI pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri, wanita tersebut juga mengaku pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang! Wanita itu juga pernah menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Selain daripada itu, wanita misteri itu juga aktif dalam perniagaan lumba kuda pada akhir 1990-an! Dan aset beliau hasil daripada perniagaan lumba kuda itu berjumlah RM100 juta! Anda baca laporan akhbar di bawah. Di antaranya : ....Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000. "Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting. "Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya. Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta. Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu... - UM. MiM menyarankan agar Ummi Hafilda, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim tampil ke hadapan untuk membersihkan nama Zaliah Zakaria, wanita misteri tersebut. Sumber: dari blog DR MiM Jarumemas: Misteri sungguh!!