Friday 12 April 2013

Bagi PAS, evolusi ‘jubah’ kepada ‘kot’ mantapkan imej pilihan raya

KUALA LUMPUR, 12 April — Suatu ketika dahulu mereka dikenali dengan imej “kopiah putih”, “serban”, dan “jubah”, perubahan sosiopolitik negara menyaksikan PAS, sebuah parti berteraskan perjuangan Islam merubah penampilan mereka bagi memastikan terus kekal relevan dan diterima segenap rakyat tanpa mengira perbezaan agama dan warna kulit.

Mengakui evolusi tersebut berlaku, pemimpin PAS yang ditemui The Malaysian Insider menyatakan rasa bangga dengan kepimpinan mereka melakukan perubahan demi kelangsungan parti yang sebelum ini dianggap sebagai “jumud.”

“Kekuatan kepimpinan ulama kini disokong digandingi kekuatan profesional dan aktivis ... ini menjadikan PAS disegani kawan, dan ditakuti lawan,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad.


Jarumemas: Pas buat transformasi imej pulak!!!

‘Calon muda atau berusia akan diterima jika mampu jadi jaguh kepada Generasi Y’

KUALA LUMPUR, 12 April — Ada pandangan menyatakan calon muda akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dalam memenangi hati pengundi muda, namun pemerhati politik melihat calon berusia juga boleh menawan golongan itu jika mampu menjadi jaguh kepada aspirasi dan kehendak mereka.

Pensyarah Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM)Md Syukri Shuib berkata golongan muda tidak akan menolak mentah-mentah calon BN yang lebih berusia pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) jika mereka dapat menjamin masa depan cemerlang buat Generasi Y.

“Usia bukan isu sangat tapi apa yang penting adalah sejauh mana orang dah berusia ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak golongan muda terutama di abad ke-21 ini,” katanya kepada Bernama. 

Md Syukri dalam pada itu mencadangkan supaya BN meletakkan 60 peratus calon berusia tidak lebih 60 tahun manakala 40 peratus lagi golongan muda berumur antara 30 dan 40 tahun.


Jarumemas: Jangan salah percaturan ya BN...

Ummi Hafilda yakin dapat mengalahkan Azmin, jika diberi peluang

BALIK PULAU, 12 April — Ummi Hafilda Ali yakin akan menang besar jika diletakkan melawan abangnya Mohamed Azmin Ali di kerusi parlimen Gombak dalam pilihan raya 5 Mei akan datang.

“Tiada siapa yang mengenalinya lebih dari adik beradik dan keluarga jadi dengan pengetahuan kami tentang beliau, saya yakin mampu mengalahkannya jika Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk meletakkan saya sebagai calon untuk melawan Azmin,” katanya.

Ummi Hafilda yang terkenal kerana peranannya sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 telah berkempen secara aktif melawan Anwar, Azmin dan PKR.


Jarumemas: No komen!!

Dr Wan Azizah bayangkan Abdul Khalid tidak dikekalkan MB Selangor

PETALING JAYA, 11 April — Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail  hari ini membayangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin tidak akan dikekalkan sebagai menteri besar Selangor sekiranya pakatan PKR-DAP-PAS terus mentadbir negeri ini selepas pilihan raya umum Ke-13 (PRU13).

Beliau berkata PKR mempunyai beberapa calon berpotensi untuk menyandang jawatan itu, selain Abdul Khalid.

“Tak kisahlah siapa yang akan menjadi MB di Selangor, asalkan dia mempunyai dasar yang baik,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini.

Dr Wan Azizah berkata demikian apabila diminta mengulas kedudukan Abdul Khalid berikutan pengumuman Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bahawa Abdul Khalid akan hanya mempertahan kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Ditanya tentang calon yang berpotensi untuk menyandang jawatan tertinggi di Selangor itu, beliau hanya berkata: “Mereka yang bertanding bagi kerusi negeri di Selangor.”

Menurut laporan, Abdul Khalid mungkin tidak akan dikekalkan sebagai menteri besar Selangor berikutan perselisihan pendapat yang dikatakan wujud antara beliau dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali. — Bernama


Jarumemas: Dah tau rakyat tak akan sokong lagi...

Dr M: Konfrontasi kaum jika Kit Siang menang Gelang Patah

KUALA LUMPUR, 11 April — Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum, kata Tun Dr Mahathir  hari ini, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara masyarakat Melayu dan Cina akan hancur.

Dengan tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang Pilihan Raya 2013, bekas perdana menteri tersebut membuat ramalan hebat

dengan menghentam pemimpin pembangkang sambil menggambarkan kemenangan Lim akan menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina.

“Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu,” tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc.


Jarumemas: Kalau pengundi masih mahu memilih beliau, maka tanggunglah segala musibahnya....

Mahasiswa Yang Mendaftar Sebagai Pemilih Digalak Pulang Mengundi - Saifuddin

GEORGE TOWN, 11 April -- Mahasiswa yang mendaftar sebagai pemilih digalak untuk pulang mengundi pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau yakin pihak institusi pengajian tinggi (IPT) mempunyai cara tersendiri untuk membenarkan setiap penuntutnya menunaikan tanggungjawab mereka pada 5 Mei ini.

"Bagi setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS) di Malaysia, nasihat kami supaya mereka menggunakan budi bicara mereka sama seperti membenarkan mahasiswa pulang pada hari-hari kebesaran.

"Saya cukup yakin apabila Suruhanjaya Pilihan Raya dah umum tarikh hari mengundi, IPT akan membuat perubahan yang bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Persada Kencana Institut Pengajian Siswazah Universiti Sains Malaysia (USM), di sini Khamis.

Beliau berkata pihak kementerian tidak perlu mengeluarkan satu notis mengarahkan setiap IPT membenarkan mahasiswa pulang mengundi kerana pilihan raya umum bukanlah satu perkara baharu.

Saifuddin berkata kerajaan juga tidak menghalang mahasiswa untuk berkempen, bagaimanapun mereka perlu bijak mengatur masa supaya tidak mengganggu proses pembelajaran mereka.

"Pada saya mereka sama juga seperti sesiapa saja yang ingin terlibat dengan kempen pilihan raya. Kalau ada kelas dia kena uruskan sendirilah. Kalau dia rasa masa tu ada kelas dan dia nak turun berkempen, pandai-pandailah dia. Kalau perlu mohon cuti, mohonlah cuti," katanya.

Sumber: Info Malaysia. 

Jarumemas: Tunaikanlah tanggungjawab kita semua. 

Usaha Transformasi Negara Dapat Diteruskan Jika Pilih Kerajaan Tepat - Muhyiddin

LEDANG, 11 April -- Timbalan Perdana Menteri berkata usaha untuk memastikan tranformasi negara terus berjalan hanya akan dapat diteruskan jika rakyat memilih kerajaan yang tepat, berkemampuan dan berpengalaman melakukannnya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sehubungan itu, rakyat perlu bijak membuat pilihan pada pilihan raya umum ke-13 ini kerana tempoh tujuh tahun akan datang merupakan saat penting untuk negara mencapai taraf negara maju.

"Telah berpuluh tahun kami mempunyai rekod yang cemerlang, mempunyai kemampuan dan kesungguhan untuk menepati apa yang dijanji.

"Ada yang kami janjikan sebelum ini tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja dan sehubungan itu kami memerlukan mandat lima tahun lagi untuk memastikan tanggunjawab itu dapat dilaksanakan dan sekaligus meletakkan Malaysia di ambang kejayaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Klinik Bukit Serampang di sini Khamis. Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan isteri timbalan perdana menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Sumber: Info Malaysia

Jarumemas: Kekalkan kerajaan sedia ada akan membawa kepada kemakmuradan kelangsungan hidup Malaysia. 

Parti Politik Tidak Benarkan Anggota Pakai Baju Uniform Seakan-akan Pihak Berkuasa

SHAH ALAM, 11 April -- Parti politik dinasihat supaya tidak membenarkan anggota mereka memakai pakaian seragam yang seakan-akan pihak berkuasa kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menyalahi undang-undang.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata tindakan anggota parti politik yang memakai pakaian beruniform lengkap berberet, kasut but, baju berlogo serta menggunakan senjata seperti cota perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa, dan tidak boleh dipakai sewenang-wenangnya.

"Kami menerima maklumat seperti kejadian pada 9 April lepas, ada parti tertentu melengkapkan beberapa anggota dengan pakaian beruniform siap berberet di mana tindakan ini tidak sihat serta menimbulkan kekeliruan kerana mereka bukan pihak berkuasa," katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini Khamis.

Sumber: Info Malaysia

Jarumemas: Hajat di hati nak jadi polis tapi tak cukup syarat....