Thursday 29 August 2013

Putrajaya isytihar perang terhadap 49 kongsi gelap

Putrajaya mengisytiharkan perang terhadap 40,313 orang yang sudah dikenalpasti sebagai anggota kepada 49 organisasi yang kebanyakannya kongsi gelap dan telah diharamkan.
Ketua Setiusaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Abdul Rahim Mohd Radzo berkata kebayakan anggota kumpulan terlibat dalam pembunuhan dan aktiviti berkaitan jenayah.
Mereka berasal dari pertubuhan yang melanggar Sekyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.
Beliau mengatakan semua aset milik kumpulan tersebut akan dibekukan dan ahli kumpulan 49 organisasi itu akan ditahan.

Jarumemas: Kini di kawasan kuarters kerajaan di Putrajaya banyak berlaku kecurian kereta, motosikal. Keadaan ini membuatkan penghuni rasa bimbang. Apakah tindakan BPHJPM dalam mengatasi masalah ini. Ada kuartersyang minta dipasang pagar di kawasan kuarters, alasan BPH konsep terbuka, tidak perlu pagar. Tapi persoalannya, masalah ini membimbangkan penghuni. 

Perkasa panggil ketua pemuda kerana desak Najib letak jawatan

Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mengejutkan ramai pihak apabila membuat gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran gagal menguruskan negara dengan baik.
Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris membuat kenyataan kontroversi itu dalam tulisan di blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan."
"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan," kata Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kepada The Malaysian Insider, serta meluahkan rasa terkejut atas kenyataan Irwan itu.
Menurut Timbalan Presiden Perkasa itu, beliau akan menemui Irwan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan itu.
Kenyataan Irwan bagaimanapun tidak begitu mengejutkan kerana Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sangat kritikal kepada strategi pilihan raya Najib, mengatakan baru-baru ini kumpulan itu tidak berpihak kepada mana-mana parti politik selepas Pilihan Raya 2013.

Jarumemas: Ini gesaan peribadi atau Perkasa? 

Penang cinemas pull plug on ‘Tanda Putera’

GEORGE TOWN, Aug 29 — Penang moviegoers looking to watch “Tanda Putera” will have to go elsewhere after three major cinemas today scrapped the showing of the controversial film in theatres here following a “directive” from the state government.
Golden Screen Cinemas (GSC) said today it had agreed to accede to the Penang government’s “directive” and will refund moviegoers who had purchased the tickets beforehand.
“In compliance with Penang State Government’s directive (as per letter by Majlis Perbandaran Pulau Pinang dated August 28, 2013), GSC will not be screening the movie “Tanda Putera” in cinemas located in the state of Penang,” the country’s leading cinema operator said in a statement. 
The movie, which opens in theatres nationwide today, is no longer listed on GSC’s website, nor the websites of two other cinema operators, Tanjung Golden Village (TGV) Cinemas and Lotus Five Star Cinemas (LFS) for their Penang cineplexes.

Jarumemas: Sekarang ni siapa yang rasis? Janganlah jadi seperti anjing dengan bayang-bayang Guan  Eng. 

Rumah PR1MA tidak boleh dibeli untuk pelaburan

Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang diperkenalkan kerajaan bukan pelaburan bagi mereka yang membelinya, kata Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Hasleen Isnin dalam satu sidang media hari ini di Ara Damansara.
Hasleen berkata, setiap pembeli rumah PR1MA diwajibkan untuk menetap di rumah yang mereka beli di bawah skim PR1MA dan tidak dibenarkan untuk disewakan kepada pihak lain.
"Skim PR1MA ini bukan untuk pelaburan, pembeli yang membelinya perlu menetap di rumah yang mereka beli.
“Sekiranya pembeli ditukarkan atau mempunyai alasan yang kukuh sahaja boleh menyewakannya," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata pembeli juga diwajibkan untuk menandatangani perjanjian yang mengikat mereka daripada menjual rumah yang dibeli untuk tempoh tertentu.

Jarumemas: Memang wajar didiami selepas dibeli. Kalau nak jadikan aset, adalah lebih baik bagi pada mereka yang benar-benar memerlukan rumah.

Lebih ramai murid bukan Islam tinggalkan SK Seri Pristana kerana intimidasi

Sekurang-kurangnya tiga murid bukan Islam meninggalkan SK Seri Pristana dan 10 lagi akan menyertai mereka kerana intimidasi selepas insiden makan di bilik persalinan.
Tiga murid yang meninggalkan sekolah itu mendakwa mereka diintimidasi dan dibuli pihak berkuasa sekolah selepas isu murid bukan Islam diarahkan untuk makan di bilik persalinan timbul.
Dalam sidang akhbar hari ini, ibu bapa kepada 10 lagi murid yang akan berpindah sekolah mendedahkan, keputusan mereka disebabkan salah seorang ibu bapa ditahan kerana mendakwa diintimidasi oleh guru besar sekolah.
Setiausaha Kebangaan Malaysia Tamilan Today Welfare, K Gunasegaran, berkata semua ibu bapa hilang kepercayaan kepada guru besar dan guru.
Jarumemas: Perlukah dibersar2kan isu ini hingga menjadi bertambah keruh? Bukankah GB sekolah telah memohon maaf? nampaknya sudah hilang perasaan muhibah dan rasa hormat antar kaum di Malaysia kerana ada pihak yang suka menangguk di air keruh. Jangan kita lupa  bahawa ada pihak yang suka melihat kita berantakan sesama sendiri dan berpeluang untuk memasukkan jarum mereka.