Thursday 13 December 2012

Isu Lynas, BERSIH diada-adakan, kata Dr M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata siri perhimpunan BERSIH dan isu radiasi nadir bumi daripada loji Lynas merupakan isu yang sengaja diada-adakan bagi menjejaskan kestabilan politik.

NONEKatanya, keadaan seperti itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan perkembangan ekonomi memerlukan keadaan politik yang stabil.

Namun ada sesetengah pihak yang mahu keadaan seperti di Dataran Tahrir, Mesir itu berlaku, katanya ketika menyampaikan ucaptama pada forum Masa Depan Tindakan Afirmatif di Putrajaya hari ini.

"Banyak di negara lain yang hampir setiap hari ada demonstrasi. Walaupun ada sesetengah orang suka melihat keadaan ini di negara kita.

"Jadi mereka mengadakan (perhimpunan) BERSIH walaupun tiada apa yang hendak diperjuangkan," katanya tanpa menamakan individu tertentu.

Berita lanjut....

Jarumemas: Pembangkang suka menangguk di air keruh. Oppotunis. Tujuan sebenar  mahu rakyat membenci kerajaan yang ada dan membuat uji kaji memilih mereka yang nyata akan meruntuhkan negara.

Isu kerakyatan: Peserta himpunan bergeser di JPN

Sekumpulan kira-kira 500 orang berhimpun di Putrajaya pagi ini dan berarak ke ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu taraf kerakyatan ekoran dan dokumen pengenalan diri.

indian stateless people rally in putrajaya surendranKumpulan berkenaan yang tiba sejak jam 10 pagi berarak daripada kawasan berhampiran Istana Kehakiman ke ibu pejabat JPN.

Ramai di antara mereka membawa poster berbentuk MyKad merah dengan gambar perdana menteri dan menteri dalam negeri, bagi menyatakan dakwaan yang menyalahkan kerajaan dalam usaha mereka mendapatkan taraf kerakyatan.

Naib presiden PKR N Surendran, MP Kapar S Manikavasagam dan MP Subang R Sivarasa menyampaikan ucapan sebelum perarakan dimulakan.

Setibanya di bangunan berkenaan pada kira-kira jam 11.15 pagi, sebahagian daripada peserta berkenaan kemudiannya bergeser dengan kumpulan anggota polis yang mengawal premis tersebut.

Kumpulan peserta berkenaan memenuhi ruang sempit di pintu masuk JPN dan sebahagian lagi yang tidak sabar berkeras untuk memasuki bangunan tersebut.

Pintu berkenaan bagaimanapun ditutup dan dikawal rapi oleh anggota polis yang membentuk dua barisan.

Dua naib presiden PKR, N Surendran dan Chua Jui Meng dilihat mengadakan rundingan dengan seorang pegawai polis bagi membenarkan peserta memasuki bangunan tersebut.

Polis kemudiannya membenarkan 10 orang wakil untuk bertemu ketua pengarah JPN Datin Jariah Mohd Said namun sekumpulan peserta masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan melaungkan "Buka pintu" serta "Reformasi".

Sebahagian daripada peserta berkenaan kemudian mula menolak peserta lain yang berada di bahagian hadapan dan cuba melepasi kawalan polis.

Kumpulan berkenaan kemudiannya berjaya ditenteramkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Sumber: Malaysiakini

Jarumemas: Kenapa baru  baru sekarang isu kerakyatan ini diambil peduli oleh Surendran?

Solidariti Hijau mahu k'jaan batal TOL Lynas

Sekumpulan aktivis dari NGO Solidariti Hijau hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed mendesak supaya membeku atau membatalkan lesen operasi sementara (TOL) kilang nadir bumi Lynas.

Sumber: Malaysiakini

Jarumemas:  Kalau tak selamat nadir bumi ini dah lama masyarakat di Gebeng kena radioaktif.

Dr M: I'll go against anybody who does not perform

Former premier Dr Mahathir Mohamad has denied practising double standards in campaigning for Prime Minister Najib Abdul Razak, but against the fifth prime minister Abdullah Ahmad Badawi.

"(There's) no double standard. If somebody doesn't perform, I will campaign, against anybody," Mahathir said, when approached after an event at the Malaysian Petroleum Club at the Petronas Twin Towers in Kuala Lumpur today.

"Whether he's my nominee or somebody else, I will campaign if somebody does not perform and in my view, Pak Lah didn't perform," Mahathir said.

Asked whether his answer meant that he was satisfied with Najib's performance, he responded, "Yes, I'm satisfied".

'No need to fix GE13 date'

Mahathir was also asked his opinion on whether the date for the coming general election should be fixed.
"No, we follow the British (system), actually. The date is fixed by the government dissolving the Parliament, after putting the proposal before the King," Mahathir said.

He said fixing the election date was an American idea and stressed to reporters that the current system should stay.

Berita lanjut....

Jarumemas: Tun Abdullah lembut orangnya.

PAS Pahang: Kemana sisa loji Lynas akan dihantar?

KUALA LUMPUR, 11 Dis — PAS Pahang mahu Putrajaya dan Lynas Corp menyatakan dengan jelas ke mana sisa Lynas akan dieksport terlebih dahulu sebelum kilang tersebut dibenarkan operasi untuk memproses nadir bumi.

Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Ibrahim Tuan Man juga menggesa kerajaan menghentikan semua aktiviti harian di Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) sehinggakan syarikat tersebut membuktikan negara asal syarikat tersebut akan menerima sisa pemprosesan merbahaya itu.

"Yang pasti, negara asal sumber nadir bumi itu, Australia tidak mahu menerimanya.

"Sebagaimana mereka tidak mahu memberi kelulusan kepada syarikat Lynas sendiri untuk beroperasi di negara sendiri," kata beliau.

Berita lanjut....

Jarumemas: Suka dengan komen Tun Mahathir mengenai isu ini.

Kerajaan tidak masuk campur hal Musa-Ramli, kata Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Kerajaan tidak akan masuk campur dalam krisis melibatkan dua bekas pegawai tertinggi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Tan Sri Musa Hassan dan Datuk Ramli Yusuf, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein  dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Hishammuddin berkata krisis yang berlaku antara kedua-dua individu tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan sama sekali dan ia adalah perkara peribadi antara mereka.

“Biarlah mereka (Musa dan Ramli) tuduh menuduh antara satu sama lain.

“Kerajaan tidak akan masuk campur,” kata beliau selepas menghadiri satu majlis di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurut Hishammuddin, perkara yang menjadi keutamaan ketika ini adalah kerajaan berusaha untuk memperbaiki pasukan polis dan melihat ke depan.

Berita lanjut....

Jarumemas: Tak mahu hal peribadi dijadikan tatapan umum kerana yang malunya nanti adalah diri sendiri dan keluarga.

Masih ada yang lahir sebelum merdeka tetapi belum dapat kewarganegaraan

PUTRAJAYA, 12 Dis — Walaupun lahir sebelum negara mencapai kemerdekaan pada 1957 tetapi masih ada rakyat Malaysia yang masih tidak diberikan kerakyatan sebaliknya masih memegang kad pengenalan merah (MyPR), hasil tinjauan The Malaysian Insider pada perhimpunan duduk bantah di Putrajaya hari ini.

Kira-kira 300 orang peserta datang dari seluruh negara untuk berhimpun di perkarangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menuntut hak kerakyatan dan kad pengenalan biru.

Sarasivathi a/p SNS Durai, 69, datang dari Port Dickson ke Putrajaya semata-mata untuk mendapatkan haknya sebagai rakyat Malaysia dengan harapan permohonan kali ini akan diluluskan.

“Saya lahir sebelum Malaysia ini merdeka tapi saya masih pegang kad pengenalan merah,” kata Sarasivathi yang lahir pada tahun 1943 itu.

Berita lanjut....

Jarumemas: Persoalannya kenapa baru sekarang nak memohon pengenalan diri, sedangkan perkara ini telah lama dilakukan. Port Dickson itu bukan terletak di pedalaman. Pembangkang jangan cuba nak menangguk di air keruh.

Kohilan: BN akan tawan semula Selangor, Pulau Pinang dan Kedah

NIBONG TEBAL, 12 Dis — Barisan Nasional (BN) yakin untuk memenangi semula Pulau Pinang, Selangor dan Kedah dari Pakatan Rakyat (PR)  dalam pilihan raya akan datang kerana prestasi kerajaan negeri tersebut tidak memberangsangkan, kata Naib Presiden Gerakan, A. Kohilan Pillay.

Timbalan menteri luar itu bekata, sokongan rakyat terhadap BN sudah meningkat, yang menurut beliau akan diterjemahkan dalam bentuk undi menyokong gabungan parti pemerintah itu.

“Prestasi PR mengecewakan orang ramai di tiga negeri tersebut, jadi BN mempunyai harapan cerah untuk memenangi semula negeri-negeri tersebut,” katanya lagi.

Kohilan, yang juga pengerusi Gerakan peringkat negeri Selangor berkata parti tersebut juga yakin untuk menakluk semula empat kerusi dewan undangan negeri (Dun) dan satu parlimen di Selangor.

Empat kerusi Dun tersebut iadalah Bukit Gasing, Bukit Lanjan, Teratai dan Kota Alam Shah, sementara kerusi Parlimen adalah di Puchong.

Beliau berkata sepanjang beberapa tahun ini, PR gagal menangani beberapa isu seperti masalah penduduk setinggan di Selangor dan Pulau Pinang.

“Sepanjang empat tahun, tidak banyak rancangan untuk membina rumah kos rendah dan tidak banyak program untuk menyelesaikan masalah penduduk setinggan mendapatkan rumah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Berita  lanjut....

Jarumemas: Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang perlu sedar akan kesilapan yang telah mereka buat pada PRU 2008 lalu. Kalau kata nak buat uji kaji, dah pun dibuat dan jawapannya semua tahu bahawa pembangkang tidak mampu untuk membawa sebarang kebaikan kepada  mereka sebaliknya kita tidak lagi sehaluan walaupun sesama bangsa dan agama.

Robert Phang enggan pohon maaf pada Musa, bersedia ke mahkamah

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Tan Sri Robert Phang  enggan memohon maaf kepada bekas ketua polis negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan yang meminta beliau untuk melakukannya dalam masa tiga hari, dan bersedia untuk ke mahkamah.

Bekas ahli panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu berkata, beliau menafikan tuduhan Musa pernah ‘mengarahkan’ seorang pegawai tinggi polis dipindahkan dalam masa 24 jam, menjadi penasihat kepada seorang lagi bekas KPN, Tun Hanif Omar disamping menawarkan diri untuk menjadi penasihat Musa.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang saya pernah menawarkan diri untuk menjadi penasihat KPN.

“Saya rasa tidak perlu untuk jadi penasihat untuk membantu polis,” kata Phang dalam sidang medianya hari ini.

Berita lanjut...

Jarumemas: Pada pandangan teman perlukah seorang pegawai kanan kerajaan yang telah bersara menyuarakan perkara-perkara yang menunjukkan seolah-olah kerajaan tidak betul? Kalau semasa berkhidmat kita tidak bersetuju dengan apa yang dibuat oleh kerajaan, kita boleh menyuarakan dengan cara berhemah, asalkan niat hati adalah ingin membetulkan keadaan.

Ratusan pemegang kad pengenalan merah berhimpun di Putrajaya, JPN tutup pintu

PUTRAJAYA, 12 Dis — Sekumpulan hampir 300 orang peserta “Himpunan Duduk Bantah” yang menuntut kad pengenalan biru dan hak kewarganegaraan sebagai rakyat Malaysia berhimpun di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN), Putrajaya pagi ini.

Kumpulan tersebut datang dengan lebih 10 buah persiaran daripada seluruh negara mula berkumpul di lapangan tempat letak kereta berhampiran seawal jam 9 pagi sebelum bergerak ke JPN pada pukul 11 pagi.

Sebelum bermula perarakan ke JPN, beberapa pemimpin daripada Pakatan Rakyat (PR) dan penganjur himpunan memberikan ucapan kepada peserta yang majoritinya adalah masyarakat kaum India yang memegang kad pengenalan merah.

Penganjur perhimpunan Naib Presiden PKR N Surendran dalam ucapannya sebelum berarak menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menipu semasa ucapannya pada perhimpunan agung MIC lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung minggu lalu yang mengatakan hanya 9 ribu orang sahaja yang memohon kerakyatan kepada JPN.

“Najib kata 9,000, beliau menipu!

“Sebenarnya ia lebih daripada angka itu, ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum mendapat kerakyatan sebagai warganegara,” kata Surendran.

Berita lanjut....

Jarumemas: Buktikan kalau benar sampai mencecah 300 ribu ramainya kaum India tanpa  pengenalan diri.

AELB: Tiada pelan pelupusan tetapi Lynas masih mempunyai masa

KUALA LUMPUR, 12 Dis — Lynas Corp mash belum mengemukakan pelan untuk kemudahan pelupusan kekal (PDF) sisa yang mungkin ia akan hasilkan dari penapisan nadir bumi kontroversi di Kuantan, kata Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).

Seorang jurucakap AELB memberitahu The Malaysian Insider penyerahan pelan PDF adalah mengikat di sisi undang-undang Lesen Operasi Sementara (TOL) yang dikeluarkan kepada Lynas, tetapi menambah syarat itu masih belum dilanggar.

Jurucakap yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan bahawa kegagalan untuk mengemukakan pelan PDF dalam tempoh 10 bulan TOL dikeluarkan boleh membawa kepada pengantunggan atau pembatalan lesen pelombong Australia itu.

“Jika mereka tidak mengemukakan kepada AELB, kami akan menggunakan kuasa dan autoriti yang kita ada, “katanya, menunjuk kepada Seksyen 22 Akta Pelesenan Tenaga Atom1984 (Akta 304).

Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan Bun Teet berkata Lynas belum mengenal pasti tapak PDF dan mengemukakan rancangan untuk merawat sisa, walaupun syarat AELB tempoh 10 bulan dari tarikh terbitan TOL.

Berita lanjut....

Jarumemas: Nampaknya isu ini masih hangat lagi. Pembangkang sudah tentu memerhatikan perkara ini dan akan dijadikan modal dalam pilihan raya nanti.