Wednesday 30 May 2012

Dadah bernilai RM325,500 dirampas, seorang warga Iran ditahan

KUALA LUMPUR 30 Mei - Polis merampas dadah disyaki syabu dengan anggaran nilai pasaran RM325,500 berikutan penahanan seorang lelaki warga Iran di pusat bandar Puchong, Ahad lepas. Ketua Polis Daerah Serdang, Supt. Abdul Razak Elias berkata, polis yang melakukan intipan selama empat jam di kawasan itu menahan lelaki berumur 40 tahun itu di dalam sebuah kereta. "Hasil pemeriksaan di dalam kereta yang dipandu lelaki itu, polis menemui satu beg kertas berwarna coklat di tempat duduk penumpang bahagian belakang yang mengandungi dua bungkusan berisi bahan kristal disyaki dadah syabu seberat 2,011 gram," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA Sumber: Utusan Online Jarumemas: makin banyak tangkapan dibuat semakin menjadi2 pulak penyeludupan. Di mana silapnya?

Pemuda UMNO, NGO buat laporan polis terhadap Nizar

JOHOR BAHARU 30 Mei - Pemuda UMNO Pulai dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang dianggap biadap terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Laporan polis itu dibuat pada pukul 9.30 malam tadi oleh Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Pulai, Asyik Rahmat di Balai Polis Tampoi. "Kami sebagai rakyat Johor berasa amat marah dan tersinggung dengan kenyataan Mohamad Nizar yang memfitnah Sultan Johor bahawa baginda telah menyalah guna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW 1," katanya pada sidang akhbar malam tadi. - BERNAMA Sumber: Utusan Online Jarumemas: Toyota Camry sebuah berapa RM ya?

PENGERUSI KELAB MANGSA PTPTN - MANDEEP SINGH- GAGAL KES SAMAN, BAKAL BERDEMO LAGI?

Pengerusi Kelab Mangsa PTPTN, Mandeep Singh hari ini dilaporkan gagal dalam kes samannya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atas dakwaan perbadanan tersebut memfitnah dan menahannya secara tidak sah pada 6 Julai 2011. Ketika kejadian, Mandeep dikatakan dalam perjalanan ke Shanghai, China tetapi ditahan oleh pegawai imegresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah Sepang kerana namanya telah disenaraihitamkan oleh PTPTN. Kalau dah kena senarai hitam tu apa maksudnya? Dia yang tak bayar hutang kemudian nak saman PTPTN yang dah bagi dia wang untuk belajar. Mandeep Singh juga memainkan peranan penting dalam insiden kalungan bunga malai atau bunga kematian ke atas potret Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi dalam demonstrasi anti-PTPTN pada 14 April 2012 yang lalu. Sumber: Agendadaily Jarumemas: Ibarat kacang lupakan kulit, ibarat melepaskan anjing yang tersepit...

Dakwaan RPK: SPRM buat laporan polis, bermesyuarat Khamis ini

Jeng je jeng... nampaknya SPRM tidak duduk diam berhubung dakwaan terbaru Raja Petra Kamarudin (RPK) yang melibatkan agensi tersebut. Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, Panel Penilai Operasi SPRM akan bermesyuarat Khamis ini, bagi membincangkan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan kes rasuah terhadap Mohamed Azmin dihentikan pada 1995. Katanya lagi, ahli panel itu akan membincangkan dakwaan Pengarang portal Malaysia Today itu kerana jika benar siasatan akan dilakukan. “Siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu sudah berlalu,” katanya dipetik Berita Harian. Katanya, SPRM juga sudah membuat laporan polis berhubung dakwaan itu terutama mengenai pendedahan dokumen rahsia berkenaan, petang semalam di Balai Polis Putrajaya. “Sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini akan diketahui selepas kami membentangkan laporan kepada Panel Penilai Operasi, Khamis ini,” katanya. Raja Petra mendakwa Anwar mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu supaya tidak mengenakan tindakan lanjut (NFA) ke atas Mohamed Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai segala bukti untuk menahan dan mendakwa beliau atas kesalahan berkenaan. Sumber: Agendadaily Jarumemas: Kita tunggu dan lihat ajelah lakonan mereka seterusnya...

Ehem.. Ehem.. Kadir mahu bikin parti sendiri

Ini cerita terbaru perihal, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang sebelum di ada ura-ura nak join PAS, tiba-tiba mahu bikin parti sendiri. Kadir yang umum keluar UMNO baru-baru ini khabarnya sudah meninggalkan NGO Amanah pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah untuk membolehkan beliau tubuh parti sendiri yang dikenali sebagai Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan). Kadir akan mengetuai tersebut dan dijangka akan bergabung dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, PAS, DAP dan PKR. Abdul Kadir dilaporkan enggan mendedahkan butir-butir parti baru, tetapi berkata akan berbuat demikian pada Khamis ini. "Akan ada pelancaran rasmi dan sidang akhbar selepas itu ...Saya akan menjawab pertanyaan itu," kata beliau dipetik media. Sumber: Agendadaily Jarumemas: Pandai-pandailah kita membawa diri, jangan sampai orang tak suka...inilah pesan nenek teman suatu ketika dulu.

Setelah Perak, Nizar cari pasal dengan Sultan Johor pula

Orang politik macam mantan ex-Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin ingat semua perkara boleh dijadikan bahan politik.Mulutnya sentiasa saja nak cari salah kerajaan atau pemimpin tertentu bagi meletakan dirinya sebagai seorang yang “Mr. Know All.” OKlah kalau ia mengkritik kerajaan pimpinan Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir jika kritikan itu berasas dan demi kepentingan rakyat. Tetapi janganlah sampai cuba mengalih perhatian rakyat dengan menjadikan pihak lstana Johor sebagai sasaran baru peluru kosongnya. Istana Johor tidak mencampuri urusan politik Pas Perak ataupun politik Nizar. Baca seterusnya.... Jarumemas: Esok lusa entah siapa pulak dia nak komen...

PTPTN loans will snowball to RM24b by 2020, says Rafizi

PETALING JAYA May 30 — A PKR leader warned today that the current tertiary education model will result in spiralling costs and require the National Higher Education Fund Corporation PTPTN to approve a whopping RM24 billion in student loans for the year 2020 if the current rate of increase continues Strategic director Rafizi Ramli told a press conference that since only RM2 2 billion or half of scheduled repayments have been paid since the fund was established in 1997 the burden would fall back on taxpayers to cover the accumulated RM177 billion to be disbursed by 2020. Read more... Jarumemas: As long as the students pay their loans...

Bersih tidak akan turut serta panel siasatan Bersih

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Bersih turut bersependapat dengan Majlis Peguam untuk tidak akan bekerjasama dengan panel siasatan Bersih yang diketuai Tun Hanif Omar kerana penyiasatan tersebut hanya akan “mempunyai kekurangannya” di bawah pimpinan beliau. Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan mengulangi pendapat Majlis Peguam bahawa penyertaan Hanif ke dalam panel siasatan itu selepas mengeluarkan kenyataan mengktirik Bersih 3.0 sebagai komunis, akan memberikan kesan terhadap keadilan siasatan tersebut. Baca seterusnya: Jarumemas: Dah tau Ambiga akan tolak...