Monday 15 July 2013

'Campur tangan Vatican semarakkan sentimen agama'


Malaysia tidak membenarkan campur tangan atau pengaruh asing dalam isu penggunaan kalimah Allah, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anifah berkata sebagai sebuah negara berdaulat campur tangan sebegitu akan hanya menyemarakkan sentimen keagamaan di negara ini serta tidak membantu dalam menyumbang ke arah memastikan kestabilan dan keharmonian kaum serta agama di Malaysia.

"Perkara ini (isu kalacimah Allah) sedang didengar di Mahkamah Rayuan dan semua pihak perlu membiarkan kes itu diputuskan berdasarkan kedaulatan undang-undang negara," katanya. 


Jarumemas: Perlukah orang luar  yang menyibuk dalam kain kita? Apakah ada pihak-pihak tertentu yang menjolok duta tersebut supaya berkata demikian? Masakan tempua bersarang rendah. 

Besut: 'Sedikit kemajuan' selepas 34 tahun

Terdapat persamaan aneh antara pilihan raya kecil 24 Julai ini dengan apa yang berlangsung pada tahun 1979.

Pada 34 tahun lepas, anggota dewan undangan negerinya Zakaria Muda meninggal dunia pada 26 Jun - sama seperti tarikh kematian wakil BN Dr A Rahman Mokhtar pada tahun ini.

Tempoh berkempen pada 1979 juga berlangsung pada bulan Ramadan.

Dalam pilihan raya pada masa itu, Wan Zakaria Wan Abdul Rahman (BN) menewaskan Husin Jusoh (PAS) dengan majoriti 979.

Kali ini, calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berdepan Azlan Yusof daripada PAS.

Bagaimanapun, antara 1979 hingga 2013, masih terdapat persoalan berbangkit berhubung pembangunan di kawasan itu yang masih sedikit.

Nelayan Mohd Faizul Anuar Mat Sin dan Mohd Zaki Che Abdullah antara mereka yang merintih dengan keadaan itu.

Sumber: Malaysiakini

Jarumemas: Sebenarnya ADUN yang dipilih oleh rakyat di situ yang sepatutnya berusaha keras untuk memajukan daerahnya bukan hanya pandai menyalahkan kerajaan atas segala kemunduran dan kekurangan yang dihadapi. 

PAS cuba retakkan sokongan keluarga besar calon BN


PAS mendakwa sebahagian anggota keluarga calon BN di Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman mula menunjukkan minat kepada mereka.

Yang Dipertua PAS Besut Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa, wujudnya pertemuan dengan dua kumpulan saudara mara dan kerabat keluarga Tengku Zaihan dengan pimpinan PAS tempatan malam tadi di Kota Bharu.

Katanya, pertemuan berasingan itu melibatkan jumlah yang "agak ramai" dan responnya cukup baik. 

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar terlibat walaupun ditanya beberapa kali oleh pemberita.


Jarumemas: Pas jangan takut dengan bayang-bayang.

Harga ayam di Perlis tak menentu

Harga ayam bersih di beberapa lokasi di Perlis didapati tidak menentu.


Misalnya harga yang ditawarkan di Pasar Besar Kangar hari ini adalah RM8 sekilogram, lebih rendah berbanding harga ayam segar di Pasar Sehari Behor Lateh dan Pasar Tani Taman Sena yang dijual pada harga RM8.50 sekilogram.

Bagi ayam segar di Abi pula, peniaga meletakkan harga RM7.90 sekilogram manakala di Beseri ia berharga RM7.70 sekilogram.

Bagi peniaga, harga yang ditawarkan itu adalah yang terbaik untuk pelanggan kerana mereka mendapatkan bekalan borong pada harga tinggi sejak lebih seminggu lalu.


Jarumemas: Sememangnya harga barangan akan naik setiap kali Ramadan dan menjelang Raya Puasa. Apa yang sedihnya ialah bermacam kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tetapi peniaga masih bermaharajalela dengan kenaikan harga barangan. Di mana penguatkuasaannya? Di mana tindakannya? 

Bekas IGP: Ganti Akta Hasutan perlu lebih tegas


Bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata kerajaan perlu memperkenalkan akta baru dengan peruntukan yang “lebih ketat dan tegas”, sekiranya undang-undang tersebut akan digubal untuk menggantikan Akta Hasutan.

Abdul Rahim dalam satu wawancara disiarkan Berita Minggu hari ini berkata, kerajaan perlu bertindak demikian memandangkan Akta Hasutan merupakan undang-undang yang mampu menjamin keharmonian antara kaum.

“Jika betul akta ini hendak dimansuhkan, kerajaan perlu mewujudkan satu akta yang boleh merangkumi isu keselamatan rakyat dan keharmonian kaum, seperti pepatah Inggeris 'put the same wine in the different bottle',” katanya seperti dikutip dalam wawancara tersebut.


Jarumemas: Hidup perlu ada undang-undang, kalau tidak hidup umpama dalam rimba. 

Shabery: Pengundi tak termakan usaha laga MB-Idris

MP Kemaman Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata pengundi di Kuala Besut tidak termakan dengan taktik PAS yang didakwanya cuba melaga-lagakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dengan bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh dalam kempen pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Menurut Shabery, ada pihak pernah menjalankan strategi sama semasa pilihan raya kecil DUN Galas pada tahun 2010, namun tidak berjaya menghalang BN dari merampas kerusi tersebut.

Ketika itu, kata Shabery, pihak berkenaan mempersoalkan tindakan BN yang melantik MP Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai jentera parti dalam pilihan raya kecil tersebut.

Pihak berkenaan menimbulkan perkara itu memandangkan ketua perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed didakwa lebih layak mengetuai jentera parti.

Lagi...www.malaysiakini.com

Jarumemas: Lampam bawah jambat. cubaan menangguk di air keruh, adalah perumpamaan yang biasa kita dengar.  

'Campur tangan Vatican semarakkan sentimen agama'


Malaysia tidak membenarkan campur tangan atau pengaruh asing dalam isu penggunaan kalimah Allah, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Dalam satu kenyataan hari ini, Anifah berkata sebagai sebuah negara berdaulat campur tangan sebegitu akan hanya menyemarakkan sentimen keagamaan di negara ini serta tidak membantu dalam menyumbang ke arah memastikan kestabilan dan keharmonian kaum serta agama di Malaysia.

"Perkara ini (isu kalacimah Allah) sedang didengar di Mahkamah Rayuan dan semua pihak perlu membiarkan kes itu diputuskan berdasarkan kedaulatan undang-undang negara," katanya. 

Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino dilaporkan menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi perkataan 'God' dalam kalangan penganut agama Kristian.

Sokongan terbuka biskop itu mendapat tentangan hebat beberapa kumpulan Islam yang menyifatkan tindakan itu sebagai tidak sensitif dan sangat menghina kepada umat Islam serta rakyat Malaysia.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Sampai bila agama Islam berhenti diperlekehkan? Sampai Duta pun sudah mula menghina Islam.