Wednesday 28 November 2012

Puteri Umno tarik sokongan pengundi atas pagar

Pergerakan Puteri Umno sedia mendekati golongan pengundi atas pagar bagi mengenal pasti kemahuan serta kehendak mereka supaya mereka dapat membuat pilihan yang tepat dengan menyokong kerajaan apabila tiba pilihan raya umum ke-13 nanti.
  
Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata untuk tujuan itu Puteri Umno akan menubuhkan sebuah skuad penggerak bagi mengenal pasti keperluan mendesak golongan pengundi atas pagar itu.
  
"Skuad ini akan mengadakan survey mengenai kemahuan mendesak mereka. Kehendak mereka mudah berubah dan skuad ini perlu mendekati mereka setiap masa hatta sehingga hampir tiba saat pilihan raya.
  
"Kemahuan mereka akan disampaikan terus kepada kerajaan," katanya dalam ucapan dasar bertajuk 'Juang' pada persidangan perwakilan pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Selanjutnya...

Jarumemas: Jangan sampai runtuh pagarnya!!

PM dirayu kembalikan 'peluang dan kedudukan' Shahrizat

Perwakilan Wanita Umno Kedah Halidah Putih merayu kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengembalikan "peluang dan kedudukan di tempat yang sewajarnya" kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, selepas pilihan raya umum akan datang.

Katanya, rayuan itu dibuat kerana pergerakan itu "sayang" ketua Wanita Umno itu yang menurutnya, cukup gigih memajukan sayap utama parti itu dan kaum wanita.

"Saya merayu kepada Datuk Seri Najib... Datuk Seri, kami sayang ketua pergerakan Wanita Umno Malaysia. Tolong kembalikan, Datuk Seri (Najib)... ketua kami di mana yang sewajarnya.

"Beliau berjuang tidak mengira waktu, masa.  Tak kira apa jawatan pun... Waima (beliau) tidak ada jawatan pun, maka Datuk Seri Shahrizat seorang yang cukup gigih.

Selanjutnya...

Jarumemas: Dikambinghitamkan!!!

SPR kenalpasti 18 NGO, pemerhati Asean pantau PRU

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengenal pasti 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan untuk menjadi pemerhati domestik, selain pemerhati negara Asean untuk pantau Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
  
NONETimbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihak SPR telah mengadakan pertemuan dengan NGO tempatan berkenaan dari seluruh negara bagi membincangkan syarat-syarat pelantikan dan rangka kerja pemantauan
  
Katanya, NGO yang dikenal pasti itu merupakan pertubuhan bebas yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
  
"SPR telah mengenal pasti enam NGO di Semenanjung, sembilan di Sarawak dan tiga di Sabah. Pelantikan dan pemilihan NGO akan dimuktamadkan minggu depan. Kesemua NGO ini perlu mematuhi syarat yang ditentukan serta dikehendaki menandatangani Aku Janji Kerja.
  
"Namun, ia terpulang untuk NGO sama ada menerima syarat pelantikan SPR atau menolak lantikan itu," katanya ketika ditemu bual dalam rancangan Hello Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen BernamaTV semalam.

Selanjutnya....

Jarumemas: Tunggu apa Anwar dan pembangkang nak ulas.

KJ: Gempur hingga 'berkubur Pakatan durjana'

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta anggota sayap parti itu supaya menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan meneladani semangat juang tentera Bersekutu yang melawan pakatan Perikatan dalam Perang Dunia Kedua.

Mengimbau semula saat getir peperangan berkenaan, Khairy berkata semangat rakyat dan tenteranya pada saat getir itu disemarakkan oleh perdana menteri Britain di waktu itu, Winston Churchill.

"Detik getir antara dua kemungkinan, antara dua masa depan, antara cahaya dan kegelapan. Perwira itu tak goyah, tak gentar, malah berikrar: Negaranya akan bertempur di lautan, bertempur di udara, di tepi pantai mahupun di celah jalanan. Negaranya tidak akan menyerah kalah, kendati pun dibiarkan kebuluran!," katanya.

Dalam ucapan bertajuk "Dalam dua masa depan" di perhimpunan agung sayap berkenaan hari ini, Khairy berkata perwakilan perlu mendepani musuh mereka sehingga "berkuburlah Pakatan durjana".
"Dengan seiras semangat juang, saya menyeru para perwakilan, mari kita tempur seteru kita di segenap ruang! Kita bahas mereka di Parlimen, kita patahkan hujah mereka di kedai kopi, kita dedah muslihat mereka di alam siber.

"Tak kira di kota atau di desa, kita tumpaskan pengkhianat bangsa. Kita tempur, kita gempur, lantas berkuburlah Pakatan durjana," katanya di dewan Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Selanjutnya....

Jarumemas: Ayuh Pemuda!!!

Shahrizat: Kuasa Melayu 'bagai telur di hujung tanduk

Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya "bagai telur di hujung tanduk" selepas pilihan raya umum 2008.

Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu "akan semakin terpinggir" kemudiannya.

"Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian di bumi sendiri.

"Pepecahan undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup hilang kuasa politik juga?" katanya.

Berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita Umno di Dewan Merdeka hari ini yang bertemakan "Anjakan Untuk Melonjakkan Kemenangan", Shahrizat berkata jika Umno lemah, maka percayalah risikonya akan dirasai oleh semua kaum.

Selanjutnya....

Jarumemas: Bangkitlah orang Melayu pertahankan hak kita jangan sampai terlepas!!

Pemimpin Umno kecam Singapura benarkan taklimat peguam Scorpene

KUALA LUMPUR, 27 Nov — Singapura telah campur tangan urusan Malaysia selepas membenarkan peguam Perancis memberi taklimat isu kes mahkamah Scorpene kepada ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat di sana, kata pemimpin Umno Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini.

Isu kontroversi itu kembali dibangkitkan semula yang didakwa oleh Barisan Nasional (BN) sebagai modal pembangkang untuk mewujudkan sentimen anti-kerajaan menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

Awal hari ini, peguam yang dibawa oleh badan bukan kerajaan (NGO) Suaram tersebut telah memberikan taklimat kepada beberapa pemimpin pembangkang di Singapura selepas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada membawa tetamu jemputan dari luar negara itu mengadakan mesyuarat di Bilik Taklimat bangunan Parlimen.

Berita lanjut....

Jarumemas: Saksi ke lutut dilaknat oleh Allah.

Shahrizat to Malays: Unite or lose political power

Wanita Umno head Shahrizat Abdul Jalil has played the race card in her address to the wing’s general assembly, warning that Malays are in danger of becoming “refugees in our own land” if they do not unite to retain political power.

She told delegates that, among the challenges that Umno faces at the next general election, is the need to safeguard Malay power which is in a perilous position ( bagai telur di hujung tanduk ).
              
“We must address this now if we don’t want to be refugees in our own land. The split of the Malay vote has dulled the political power of the Malays,” she said.


Read more...

Jarumemas: Unite with sincerity will strengthen us.

Street chaos if Pakatan loses GE13, Umno reps agree

KUALA LUMPUR, Nov 28 ― Tun Dr Mahathir Mohamad was right to warn of chaos should Pakatan Rakyat (PR) lose the next general election, Umno leaders have said, agreeing with the former prime minister that the federal opposition has a penchant for hosting street protests to get its way.

Leaders met on the sidelines of Umno’s 66th annual general assembly here and in Parliament also agreed that democracy must have its limits as it could lead to violence if abused.

Despite such assertions by those in Putra World Trade Centre (PWTC), many ruling party officials will have trouble selling such a line to incredulous Malaysians who have seen trouble and violence caused by Malay right-wing group Perkasa and groups linked to the ruling party.

“Democracy must be controlled... there must be limitations. If we are too free and have no limitations, it puts our nation at risk as it could lead to unwanted things,” Batang Sadong MP Nancy Shukri told The Malaysian Insider when approached in Parliament.

Read more.....

Jarumemas: Togetherness will make us strong forever.

Tuesday 27 November 2012

Dr Mahathir mahu pihak berkuasa teliti dalam menyiasat Genneva Gold

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu pihak berkuasa, terutamanya Bank Negara Malaysia menyiasat dengan teliti berhubung siasatan bank pusat tersebut terhadap syarikat jual beli emas itu.

“Saya tak tahu apa yang salah dengan Genneva Gold, mereka mendakwa bahawa mereka tidak beroperasi seperti skim piramid.

“Perlu siasat terlebih dahulu, kerana jika transaksinya disekat, wang orang ramai tidak boleh dikeluarkan, dan emas mereka juga mereka tidak dapat.

“Ini tidak adil bagi mereka yang sudah menyertai skim ini.

“Saya rasa mereka (Genneva Gold) perlu disiasat apa kesalahan yang mereka buat dengan teliti,” kata Dr Mahathir selepas merasmikan forum World Conference on Riba kali ketiga di Palace of Golden Horses hari ini.

Dr Mahathir berkata, setakat ini tidak ada undang-undang yang mengawal perdagangan emas.



“Jadi kita perlukan undang-undang yang mengawal perdagangan ini, ini penting,” katanya lagi.

Pengasas Yayasan Kepimpinan Perdana itu berkata, orang ramai perlu membeli dan menyimpan emas kerana nilainya yang stabil berbanding matawang asing.

Berita lanjut....

Jarumemas: Tun dah lama cakap bab beli emas dan guna Dinar sebagai transaksi dalam perniagaan antarabangsa....

Demokrasi boleh membiakkan keganasan, kata Dr M

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Demokrasi tidak menjamin keselamatan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, sambil memberikan amaran ia boleh menyebabkan keganasan berlaku apabila kumpulan minoriti bangkit menuntut hak mereka.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara ini menegaskan semasa pilihan raya, pihak yang kalah seringkali tidak menerima kegagalan mereka dan akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan dipilih rakyat.

Beliau berkata walaupun pihak kalah melalui proses demokratik, mereka akan menggunakan sistem demokrasi sama untuk menafikan keputusan pilihan raya dengan mendakwa bahawa ianya sudah tercemar.

“Kadang-kadang ini membawa kepada keganasan dan pembunuhan, rumah-rumah dan bangunan terbakar ... mereka akan lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan kerajaan majoriti,” kata Dr Mahathir semasaa ceramah makan tengah hari bagi Forum Antarabangsa 2012 diadakan sempena perhimpunan agung Umno minggu ini.


Jarumemas: Pembangkang mahu merampas kuasa dengan cara kekerasan sekiranya gagal dalam pilihan raya umum. Begitulah caranya nampaknya, menjadikan matlamat menghalalkan cara.

Tingkatkan kemampuan sistem kehakiman untuk bendung rasuah — Pak Lah

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Sistem kehakiman negara perlu dihormati dan dipertingkatkan kemampuannya sekiranya negara mahu melihat korupsi dapat dibendung, kata mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata sistem kehakiman negara perlu mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam membendung masalah korupsi kerana hanya sistem kehakiman sahaja yang mempunyai keupayaan yang tinggi menangani masalah ini.

"Saya berharap sistem kehakiman dapat menjadi satu pengaruh yang besar dalam menangani isu corruption...sekiranya sistem kehakiman dapat dipertingkatkan kemampuannya maka tindakan yang diambil (menjatuhkan hukuman) mereka akan dipandang tinggi oleh masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup forum "Menghapuskan Rasuah: Di manakah Kejayaan Kita?" Anjuran Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), di sini hari ini.
Abdullah berkata melalui undang-undang yang diluluskan sebelum ini ia perlu dilaksanakan dengan penguatkuasaan yang menyeluruh agar mereka yang terlibat dapat dibawa ke muka pengadilan.

Pada sidang media beliau berkata sistem tadbir urus kehakiman perlu sentiasa diperbaiki dan ditambah baik agar ia sentiasa dipandang tinggi sebagai badan berintegriti.

"Kita tidak boleh kata our governance is the best (tadbir urus kita terbaik), kita perlu sentiasa perbaiki dan terus tambah baik. Dan pada pandangan saya ia perlu diperbaiki lagi," katanya.

Ditanya sama ada sistem kehakiman berada di tahap yang baik, Abdullah berkata sistem kehakiman negara pada masa sekarang sentiasa diperbaiki dan undang-undang yang diluluskan kerajaan sentiasa diguna pakai dalam sistem kehakiman negara.

"Saya yakin pada masa-masa akan datang akan ada lagi penambahbaikan dilakukan kerajaan untuk meningkatkan taraf sistem kehakiman negara," katanya. — Bernama

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Hakim mesti memastikan keputusan yang dibuat adalah seadil-adilnya bukan kerana sebab lain kerana di akhirat nanti akan diadili oleh Allah atas apa yang telah mereka lakukan semasa di dunia.

Azmin optimis PR akan rampas Putrajaya selepas PRU13

SHAH ALAM, 26 Nov — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali  hari ini optimis kerajaan Pakatan Rakyat (PR) akan menawan Putrajaya dan membentuk kerajaan baru selepas Pilihan Raya Umum ke-13, sekaligus membidas kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan PR akan menimbulkan kekacauan jika tewas dalam pilihan raya tersebut.

"PR akan menang, saya optimis PR akan terajui kerajaan baru ... jadi  tidak timbul isu PR akan timbulkan keganasan," katanya selepas sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini.

Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan, kenyataan Dr Mahathir itu adalah sifat semulajadi Umno yang mewujudkan budaya "menakut-nakutkan" rakyat ekoran kedudukan parti dominan Melayu itu jelasnya yang semakin "tenat" dan "nazak".
"Ini yang kita selalu sebut, Umno membawa budaya menakut-nakutkan rakyat, (sedangkan) kita (PR) bawa budaya harapan kepada rakyat.

"Konsep kita adalah pengagihan yang adil dan semua ini meyakinkan rakyat, Umno pula dah tersepit, nazak, dan terus dengan budaya menakutkan-nakutkan rakyat," katanya kepada pemberita.

Berita lanjut....

Jarumemas: Bukan UMNO yang membawa budaya menakutkan rakyat tetapi pembangkang. Pembangkang yang menanam budaya kurang ajar dalam kalangan rakyat.

Umno teguh dalam memperjuangkan rakyat — Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  berkata Umno kekal teguh dalam memperjuangkan kebajikan rakyat dan negara selama ini.

“Kami membentuk semula Umno.

Namun, kami masih parti yang sama dengan prinsip yang sama. Kami masih memperjuangkan bangsa, agama dan negara. Itu objektif utama Umno walaupun cara (sekarang) mungkin berbeza,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata sudah menjadi taktik pembangkang selama ini untuk menuduh kerajaan tidak melakukan secukupnya untuk rakyat.

 “Kami akan diberitahu masih banyak yang perlu dilakukan kerana itu tugas pembangkang untuk mengatakan (apa yang kerajaan) lakukan tidak cukup.

“Bagaimanapun, kerajaan perlu memberi respons dengan mempertimbangkan sama ada mencukupi atau tidak. Kadang-kadang apa yang dinyatakan pembangkang adalah karut, kita tidak perlu ikut,” katanya yang ditemui selepas menganjurkan jamuan tengah hari untuk peserta forum antarabangsa ‘Konflik dan Pendamaian dalam Politik Rakyat — Menoleh ke Belakang atau Memandang ke Hadapan?’, sempena Perhimpunan Agung Umno 2012.

Berita lanjut....

Jarumemas: Dan UMNO juga yang menwujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Dr M: Banyak demonstrasi jika PR tewas PRU 13

KUALA LUMPUR, 26 Nov — Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi amaran sekali lagi kepada rakyat Malaysia tentang kekecohan di jalan raya jika Pakatan Rakyat (PR) tewas pada pilihan raya akan datang serta menunding jari kepada musuh politik utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menggunakan demonstrasi untuk kepentingan diri sendiri.

Beliau turut mendakwa pembangkang sudah mula merancang untuk mencipta kekecohan dengan menghasut kumpulan pro PR supaya bangkit menolak keputusan pilihan raya sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal di Putrajaya.

Namun mantan perdana menteri tersebut masih percaya BN akan dapat memperoleh semula majoriti dua pertiga di parlimen “ketika ini”, tetapi pada masa sama memberi amaran tentang taktik Anwar jika ramalannya itu benar.

Berita lanjut....

Jarumemas: Selagi tak dapat pegang jawatan PM selagi itulah Anwar akan berdemonstrasi....

Felo: Persepsi keterlaluan rasuah di Malaysia

Persepsi berkaitan rasuah yang "melampau" tidak mencerminkan realiti Malaysia yang terus berkembang mantap di bidang sosial dan ekonomi, kata  Felo kanan Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Anis Yusal Yusoff.

Menurutnya, Malaysia mencatat prestasi baik dari segi penerimaan pelaburan asing dan daripada usahawan tempatan, yang seterusnya menghasilkan pertumbuhan kukuh ekonomi dan kadar pembangunan yang tinggi.
  
transparency international malaysia corruption perception index 2008 pc 230908 anis yusal yusoffKatanya walaupun Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia mencatat mata 4.3 dalam Laporan Transparency International 2011, kadar pertumbuhan negara ini sentiasa cergas sejak 12 tahun lepas, dengan purata pertumbuhan 4.8 peratus dari tahun ke tahun.
  
"Kaji selidik ringkas kami mendapati Malaysia tidak akan mencapai kadar pelaburan, kadar pertumbuhan dan kadar pembangunan insan yang dinikmatinya sekarang sekiranya negara ini begitu teruk dari segi rasuah seperti yang digambarkan," katanya dalam kertas kerja bertajuk "Membanteras Rasuah: Memahami Inisiatif Pencegahan Rasuah di Malaysia".
  
Kertas kerja setebal 72 muka surat itu dibentangkan pada forum bertajuk "Membasmi Rasuah: Sejauh Mana Kejayaan Kita?" yang dirasmikan penutupannya oleh bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di ibu negara semalam. 


Jarumemas: Rasuah boleh menghancurkan negara.

IDEAS: Rasuah tidak seburuk yang disangka

Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) hari ini menyatakan, satu kajian awal yang dijalankannya mendapati tahap rasuah di negara ini tidak seteruk yang dianggap orang ramai.
Badan itu menyatakan, kajian itu juga mendapati wujudnya perpisahan di antara persepsi umum dan juga hasil yang diperolehi daripada datanya.

"Persepsi umum yang diukur dengan CPI (Indeks Persepsi Rasuah) menunjukkan bahawa rasuah berleluas dan keadaannya sangat teruk.

"Namun data menunjukkan bahawa masalah rasuah di Malaysia tidak seburuk yang digambarkan data CPI.

"Maka dalam membincangkan rasuah di Malaysia, ia perlu dijalankan dengan bertapis dan tidak dipengaruhi sepenuhnya oleh persepsi semata-mata," kenyataan itu dipetik.

Bagaimanapun, institut berkenaan mengakui bahawa persepsi tidak timbul begitu sahaja dan menegaskan bahawa badan tersebut tidak berpandangan bahawa rasuah tidak berlaku di Malaysia.

Sumber: Malaysiakini.com

Jarumemas: Jangan memberi mahu pun menerima rasuah.

Monday 26 November 2012

Mari kita ajarkan Umno erti perpaduan — Ariff Sabri Abdul Aziz

25 NOV — Najib tak faham konsep perpaduan Melayu.

Macam mana nak faham? Kunci perpaduan dan permuafakatan yang Najib tahu ialah lu tolong gua tolong lu. Maknanya rakyat dibantu jika menyokong Najib. Ini bukan keikhlas. Kita ada pemimpin negara yang tidak ikhlas. Prinsip yang betul ialah kalau kita nak tolong rakyat, kita tolong atas nama memberi bantuan secara jujur- bukan membangkit bangkit atau menuntut pembalasan.

Najib dan Umno tak faham faham. Kalau betul2 hendak mengunggulkan orang Melayu- maka perintahkan semua ahli Umno sokong calun Melayu tidak kira dari parti mana. Jika calun Melayu dari PAS lebih baik dari calun Melayu Umno , maka pilih calun PAS. Bukankah dia Melayu? Jika calun Melayu DAP lawan calon Cina MCA, sokong calon Melayu. Akhirnya yang menang orang Melayu kan?

Jangan kita sokong Melayu secara babi buta. Kalau Melayu itu rasuah, tidak berkelayakan, apa asas untuk kita sokong dia? Kerana dia Melayu maka kita memaafkan segala kekurangan dan kejahatan? Kalau Melayu itu menyapu RM 250 juta, kita maafkan kerana dia Melayu? Kalau dia sapu komisyen RM500 juta dan agihkan agihkan pula sesama Melayu lain- maka itu tidak mengapa sebab yang senang orang Melayu?

Begitu? Jika begitu, jika orang masuk rumah kita, tidur dengan isteri kita, atau meniduri anak perempuan kita- kita kata tak apa- sebab dia Melayu?  Atau yang lebih dasyat- tak apa sebab dia Melayu dan Umno !
Yang jadi masaalah pokok ialah, yang merah itu saga, yang Melayu itu Umno . Bila Umno dan pemimpin nya angkuh dan sombong, maka timbullah sangkaan bahawa Melayu itu Umno  dan Umno  itu Melayu.

Selanjutnya...

Jarumemas: Sebenarnya UMNOlah yang telah menanamkan perpaduan dalam kalangan selepas peristiwa bersejarah 13v Mei 1969. Yang memecahbelahkannya adalah pemabangkang!!!

Tindakan Anwar mohon bantuan Australia hanya ‘helah’ pembangkang, kata pemimpin Umno

BAGAN DATOH, 25 Nov — Tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon bantuan Australia kononnya untuk memastikan pilihan raya di negara ini bebas dan bersih hanya “helah” untuk menutup kelemahan pembangkang sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pembangkang sebenar terdesak dan apabila kalah pada pilihan raya umum akan datang, mereka akan menyalahkan sistem dan kerajaan sedia ada.

“Kita tahu bahawa ini dibuat adalah bagi mengaburi kelemahan yang ada pada mereka (pembangkang),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia di Wisma Umno di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pertemuan dengan semua anggota Parlimen pada dua minggu lepas bagi mendapatkan maklum balas mengenai proses pilihan raya, hanya segelintir anggota Parlimen pembangkang menghadirinya.

“Mereka ‘berkokok’ di luar, sepatutnya mereka (hadir) bertanya dan menyelesaikan masalah ketika majlis dialog dan taklimat itu diadakan...mereka harus berunding dengan pihak SPR, kerana SPR terbuka dalam menentukan sistem dan perubahan yang mahu diadakan,” katanya.

Pada 21 Nov lepas, Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Anwar. — Bernama

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Anjing takut dengan bayang-bayang sendiri!!!

Najib: Pilihan raya umum ke-13 Disember ini?

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.

Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot,” katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Najib yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.

“Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini,” katanya.

Najib mempunyai masa hingga 28 April tahun depan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-13 sebelum Parlimen terbubar dengan sendirinya, dan Suruhanjaya Pilihan Raya wajib menetapkan tarikh pilihan raya dalam tempoh dua bulan selepas itu. — Bernama

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Tugas dan tanggungjawab tetap berjalan tak kira bila PRU 13 akan berlangsung.

Ribuan berhimpun di PJ menentang pelan pendidikan nasional

PETALING JAYA, Nov 25 — Beribu-ribu rakyat berhimpun di padang bola sepak di sini dalam perhimpunan dianjurkan oleh kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong bagi membantah Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini dengan kebimbangan sekolah vernakular akan diketepikan. 

“Kami menggesa kerajaan memenuhi kehendak rakyat, melaksanakan dasar sekolah pelbagai bahasa dan pastikan ia terkandung dalam dasar persekolahan arus perdana, untuk memberi layanan yang adil dan memelihara ciri-ciri pendidikan vernakular,” kata presiden Dong Zong, Yap Sin Tian dalam ucapan kepada orang ramai yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Cina. 

Penunjuk perasaan bersorak dan bertepuk tangan menyokong, mereka berdiri di bawah panas matahari, sambil membawa payung dan sepanduk. 

Penunjuk perasaan lain duduk di atas platform dan dalam beberapa kanvas khemah putih, manakala pegawai RELA turut dikesan. 

Sepanduk kanvas putih dengan slogan seperti “Membantah KPM mepinggirkan SJKC, SJKT, Sekolah Tamil, Sekolah Mubaligh, SMJK” yang ditulis dalam bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan Tamil digantung di dua sisi padang. 

Parti-parti politik juga menunjukkan kehadiran, dengan bendera PAS, PKR dan DAP yang turut dilihat di padang. 

Penceramah daripada pelbagai organisasi mengambil giliran untuk bercakap kepada orang ramai yang bersemangat, dengan beberapa menekankan perhimpunan itu bukan perhimpunan anti-kerajaan.


Jarumemas: Apa lagi ynag tak cukup? Dah banyak peruntukan yang dihamburkan oleh kerajaan, sekurang-kurangnya berterima kasihlah atas segala pemberian.

Peningkatan daftar pemilih baru di Selangor ‘normal’, kata pengerusi SPR

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Peningkatan daftar pemilih baru mendadak di Selangor adalah perkara biasa memandangkan negeri terkaya di Malaysia tersebut menarik ramai orang yang mencari pekerjaan dan kehidupan lebih baik, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Abdul Aziz juga memuji status negeri Selangor dan mengganggapnya sebagai paling popular dikalangan rakyat Malaysia, serta menambah ramai pengundi tertarik dengan peluang pekerjaan dan tinggal disitu.

“Seluruh Malaysia, daripada 2008 hingga 2012 terdapat tiga juta pengundi baru telah didaftarkan.

“Daripada tiga juga itu, 400 ribu adalah dari Selangor kerana Selangor adalah negeri popular. Ramai yang gemar bekerja dan tinggal di Selangor.

“Mereka juga menggunakan alamat di Selangor,” kata beliau kepada The Malaysian Insider dalam temubual telefon semalam.

Berita lanjut....

Jarumemas: Selagi tak berlakunya pilihan raya selagi itulah pembangkang akan menyalak seperti anjing menyalak bukit.

Kita tidak merdeka jika benar pihak asing pantau pilihan raya, kata Dr M

ERI KEMBANGAN, 26 Nov — Negara sudah tidak lagi merdeka jika benarkan pihak asing memantau pilihan raya, kata bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, pemantau asing ini diperlukan pihak pembangkang untuk membuat kacau sekiranya kalah dalam pilihan raya.

“Kita sudah tidak lagi merdeka, jika kita benarkan pemantau asing untuk datang ke sini memantau pilihan raya.

“Mereka nak bawa Amerika, semua orang dalam negara ini supaya mereka dapat menguasai negara ini.


“Dan jika mereka kalah, mereka akan membuat huru-hara untuk menjatuhkan negara yang dipilih secara demokratik,” kata beliau dalam sidang media selepas merasmikan seminar Third World Conference on Riba, di Golden Palace Horses Resorts, The Mines hari ini.

Sumber: Malaysian Insider

Jarumemas: Minda pembangkang yang masih dijajah. 

Najib: Umno perlu tunjuk PAS selindung di balik Islam

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata anggota Umno seharusnya mendedahkan semasa Perhimpunan Agung Umno 2012 bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam.

Perdana Menteri berkata sekiranya Umno dapat mengemukakan hujah-hujah bernas tentang jati diri PAS yang sebenarnya kepada rakyat, beliau yakin Umno akan muncul sebagai parti yang utama dalam kalangan orang Melayu.

"PAS perlu menggambarkan parti itu sebagai sebuah parti Islam. Tapi sama ada perbuatan itu (doa menghancurkan Umno dan BN, BN) adalah benar-benar menepati prinsip dan syariat Islam atau sebaliknya ia merupakan sebuah parti politik yang berselindung di sebalik imej Islam. Itu yang harus dibincang oleh parti Umno.

"Kalau kita dapat mengetengahkan hujah-hujah yang bernas, maka kita boleh muncul sebagai parti yang utama di kalangan orang Melayu," katanya dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Berita lanjut....

Jarumemas:  Bolehkah kita membuat solat hajat dan membaca Qunut Nazilah meminta Allah menyedarkan Pas?

Pembangkang cuba gagalkan transformasi, kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan wanita muda Malaysia supaya tidak menggadaikan masa depan negara dengan membenarkan pembangkang menggagalkan segala usaha yang dilakukan kerajaan selama ini.

Beliau berkata wanita muda tidak harus terpengaruh dengan dakyah politik parti pembangkang yang sering mempertikaikan kebolehan kerajaan BN dalam mentadbir negara.

Beliau berkata pembangkang sepatutnya menjadi pembangkang yang konstruktif tetapi sebaliknya mereka sentiasa mencari keburukan dalam projek yang dilaksanakan kerajaan sedangkan projek tersebut memberi peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

"Projek-projek seperti Projek Rapid di Pengerang, Johor dan penyenaraian Felda (Global Ventures Holdings Berhad) di Bursa Malaysia cuba digagalkan pembangkang atas dasar politik yang tidak ingin BN mencapai kejayaan dan menunjukkan kebolehan untuk mentadbir negara.

"Segala apa yang dirancangkan akan tinggal di atas kertas dan akan terbantut kalau perancangan untuk lakukan transformasi digagalkan oleh pembangkang dan tidak mendapat sokongan politik daripada rakyat," katanya ketika menutup Himpunan Wanita Muda Negara 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

Berita lanjut...

Jarumemas: Apa saja yang dibuat oleh kerajaan akan mendapat tentangan pembangkang, walaupun demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Mereka cuba memanipulasikan pandangan rakay bahawa kerajaan adalah jahat.

MP sokong resolusi Himpunan Hijau

Sekumpulan MP hari ini hadir ke mesyuarat rakyat bersama aktivis Himpunan Hijau dan menyokong tiga resolusi yang dikemukakan - antaraya mendesak kerajaan supaya membatalkan segera projek loji nadir bumi Lynas.

NONEResolusi berkenaan dibacakan seorang akvitis, Zamri Zanal (kiri) dalam mesyuarat yang bermula pada kira-kira jam 9.15 pagi ini.

Selain itu mereka juga menuntut pemberhentian atau penilaian semula terhadap segala projek yang didakwa memudaratkan, termasuk lombong di Bukit Koman, kabel bervoltan tinggi di Rawang, Rapid di Johor dan rampasan tanah orang asal.


Antara desakan yang terkandung di bawah resolusi kedua itu ialah:
  • Wajib melakukan perundingan awal dengan masyarakat awam dan sesiapa yang terbabit dalam segala hal alam sekitar dan segala projek pembangunan yang berkemungkinan mengancam kepentingan masyarakat setempat.
  • Ketelusan dalam segala prosedur dan pendedahan maklumat kepada masyarakat di mana hak setiap rakyat untuk mendapat maklumat yang jelas dan tepat tentang semua hal alam sekitar serta segala rancangan pembangunan dan aktiviti yang mungkin memberikan kesan negatif.
  • Pencegahan pencemaran alam sekitar dan tidak membenarkan projek yang meninggalkan bahan-bahan radioaktif, bertoksik atau yang merbahaya di dalam negara.
Berita lanjut....

Jarumemas: Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Samalah kalau inginkan pembangunan ada kalanya kita terpaksa mengorbankan sedikit kebaikan.

Himpunan Hijau: Pilih k'jaan yang dengar tuntutan

Pemimpin perarakan jalan kaki sejauh 300km ke Kuala Lumpur bagi membantah operasi loji Lynas, Wong Tack, hari ini menyeru para penyokongnya supaya memilih kerajaan yang mendengar tuntutan mereka.

Berucap dalam persidangan "mesyuarat rakyat" bersama wakil rakyat DAP dan PKR di lokasi perkhemahan mereka di pusat bandar Kuala Lumpur hari ini, Wong berkata menyeru supaya golongan itu "memilih kerajaan yang mendengar suara rakyat"

NONE"Kami memerlukan kerajaan yang bersih dan adil. Kerajaan yang mengambil berat dan mendengar suara rakyat. Kerajaan yang bersama-sama dengan rakyat," katanya sambil diiringi dengan laungan slogan "Hidup rakyat" dan "Rakyat bangkit" oleh peserta perhimpunan.


Turut hadir dalam persidangan tersebut ialah MP Ipoh Timur Lim Kit Siang, William Leong (Selayang), Tan Kok Wai (Cheras), Fong Poh Kuan (Batu Gajah) dan Dr D Jeyakumar (Sungai Siput).

Berita lanjut....

Jarumemas: Kerajaan mendengar segala keluh kesah rakyat. Hanya pembangkang yang mentohmah keburukan kerajaan, mendabik dada merekalah yang terbaik...

Dr M kait hak demokrasi dengan ketidakstabilan

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa amalan hak demokrasi untuk berhimpun dan kebebasan bersuara meletakkan masyarakat dalam "kitaran ganas" ketidakstabilan.

Dakwanya, golongan minoriti yang tidak berpuas hati kerana tewas dalam pilihan raya akan menggunakan hak berkenaan untuk menjejaskan dan menumbangkan kerajaan.

Kumpulan yang tumbang itu pula, dakwanya, akan menggunakan hak mereka untuk menentang perkara ini dan kitaran berkenaan seterusnya akan menyebabkan ketidakstabilan yang lebih besar kepada masyarakat.

Perkara ini, dakwanya, akan berterusan tanpa henti.

Berita lanjut....

Jarumemas: Perlukah mengadakan demonstrasi sedangkan pemilihan dibuat oleh rakyat, bukannya pemimpin yang memilih.

Friday 23 November 2012

Jakim: Doa hancur BN, Umno langgar adab, tatacara doa

Tindakan PAS mengadakan solat hajat serta doa menjatuhkan Barisan Nasional (BN) dan Umno dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai melanggar adab dan tatacara berdoa. 
  
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha berkata sesuatu doa itu hendaklah dilakukan bersesuaian dengan kehendak syarak iaitu bagi tujuan kebaikan dan bukannya dilakukan dengan niat atau tujuan lain.
  
"Jika kita meneliti sejarah baginda Rasulullah S.A.W. sendiri, beliau tidak pernah berdoa untuk kecelakaan umatnya walaupun Rasulullah pernah dicaci maki oleh orang yang membenci perjuangannya.
  
"Kita perlu ingat bahawa doa itu merupakan satu ibadat dan cara hidup yang diajar oleh Rasulullah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
   
Berita lanjut....

Jarumemas: Sentias mendoakan kesejahteraan arwah mak dan abah yang kini di alam barzakh.

Hadi mungkin disokong syaitan, kata Dr Mahathir

Bagaimana rakyat boleh tahu bahawa pembangkang tidak disokong oleh syaitan, tanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah) boleh tahu yang BN disokong oleh syaitan. Dan, Mahathir seterusnya membayangkan yang pemimpin parti Islam itu sendiri mungkin disokong oleh syaitan.

NONE











"Beliau (Hadi) dan pembangkang mungkin disokong oleh syaitan sendiri. Beliau sendiri bersama dengan syaitan. Itulah syaitan yang saya tahu.

"Dia sendiri bersama dengan syaitan itu," ulang Mahathir lagi.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai komen Hadi, semasa muktamar PAS baru-baru ini di Kota Bharu, bahawa parti yang disokong oleh syaitan tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua".

Berita lanjut....

Jarumemas: Syaitan ada di mana-mana yang bersiap siaga untuk menyesatkan kita, Nauzubillahi minzalik...

Saman 27j tapi nahas j'raya meningkat - Mahfuz

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop hari ini berkata polis mengeluarkan sebanyak 27,414,823 saman kepada individu yang dirakam melanggar had laju sejak 1996.

Data berkenaan kemudiannya menjadi modal perbahasan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang berkata jumlah tersebut menunjukkan kegagalan penggunaan kamera untuk mengelak kemalangan.

Katanya, jumlah kemalangan terus meningkat walaupun polis mengeluarkan jumlah saman tersebut sejak 1996.

Atas alasan tersebut, beliau mempersoalkan mengapa pasukan polis perlu menggunakan kamera berkenaan.

Mahfuz merupakan pemimpin pembangkang yang mengetuai gerakan menentang saman ekor dan juga pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), termasuk penggunaan kamera di kawasan yang banyak berlaku kemalangan.

Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) turut membangkitkan sama ada pengguna jalan raya akan dikenakan saman berganda daripada penguatkuasaan AES dan juga daripada kamera polis.

Berita lanjut....

Jarumemas: Dah kena batang hidung sendiri nanti baru tau!!!

Bijih nadir bumi tiba di Kuantan, dikawal ketat polis

Lebih 100 kontena yang mengandungi bijih nadir bumi telah tiba di Pelabuhan Kuantan hampir tengah malam semalam di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis.

Pengerusi Gabungan Stop Lynas, Andansura Rabu, yang berada di pelabuhan, memberitahu Malaysiakini bahawa sebilangan besar anggota polis dan kakitangan Lynas berada di dok malam tadi.

azlanMenurutnya, kira-kira 102 kontainer tiba di Pelabuhan Kuantan pada kira-kira jam 11 malam, yang beliau syaki mengandungi bahan mentah untuk loji nadir bumi Lynas di Gebeng.

Sementara itu, Lynas telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas hari ini mengesahkan berita tersebut.

"Lynas Corporation ingin mengumumkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan," umum Lynas dalam lamanweb rasminya hari ini.


Berita lanjut...

Jarumemas: Hantar emas ke Ar-Rahnu????

MB: Perbezaan politik tidak sepatutnya pecahbelah rakyat

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata perbezaan fahaman politik di kalangan wakil rakyat tidak sepatutnya menjadi sebab untuk memecahbelahkan rakyat.
  
Beliau berkata apabila seseorang itu menjadi wakil rakyat tugasnya ialah untuk menjaga rakyat dan bukannya untuk rakyat bergaduh.

"Janganlah timbul masalah. Biarlah politik dengan politik, parti dengan parti tetapi hubungan kemasyarakatan tetap baik. Ini harapan saya. Bagi saya, saya boleh duduk dengan sesiapa," katanya.
  
Beliau berkata demikian di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah ketika merasmikan Mesyuarat Belanjawan Negeri 2012.
  
Azizan berkata beliau merasa sedikit dukacita apabila berlaku sedikit salah faham ketika sesi pagi tadi menyebabkan Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional keluar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan seorang exco.

Berita lanjut...

Jarumemas: Siapa yang mulakan dulu perbalahan ini, bukan Pas ke dan pakatan pembangkang.

Mat Rempit ganggu nyalaan lilin anti-Lynas

Himpunan nyalaan lilin membantah Lynas Corporation di pelabuhan Kuantan malam tadi menarik kira-kira 400 penyokong dan sekumpulan penunggang motosikal yang datang membuat bising di situ.

NONEPenunggang motosikal tersebut, kebanyakannya belia, menjerit ke arah peserta himpunan tersebut sejurus selepas mereka berhimpun pada kira-kira jam 9.30 malam.

Menurut wakil Himpunan Hijau, Clement Chin, terdapat kira-kira 30 anggota polis yang berada di tengah-tengah, di antara kedua-dua kumpulan tersebut, tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan.


Berita lanjut: 

Jarumemas: Polis cuma kawal tak boleh ambil tindakan, nanti kata polis main kasar..........

Wednesday 21 November 2012

Azmin dakwa Noh 'ghairah' nak jadi MB S'gor

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali hari ini menasihatkan Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar supaya tidak "ghairah" memutarbelit fakta semata-mata kerana mahu menjadi menteri besar Selangor.

Katanya, dakwaan Noh mengenai Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ingin menjual aset dan saham kepada bukan bumiputera, merupakan satu dakwaan untuk memancing undi orang Melayu menjelang pilihan raya umum.

NONE"Dalam keghairahan Noh Omar  nak jadi menteri besar, jangan putar belit fakta dengan membuat dakwaan seperti ini.

"Berhubung dakwaan Noh Omar dan hulubalang Umno terhadap PKNS yang saya kira melampau, saya berani katakan ini serangan untuk memancing undi orang Melayu menjelang pilihan raya umum akan datang," katanya ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Apa salahnya kalau BN memang pada PRU13 nanti???

'Parti Pakatan ibarat kahwin sejenis' - Puad Zarkashi

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi mengumpamakan Pakatan Rakyat seperti perkahwinan sejenis kerana tiada pembahagian peranan yang jelas di antara parti komponen, dakwanya.
Beliau mendakwa, perkara ini amat jelas kerana Pakatan Rakyat tidak mencapai kesepakatan dalam perkara penting.

"Dalam PAS siapa ketua? Mursyidul Am atau presiden? Dalam PKR - (ketuanya) presiden (Datuk Seri) Wan Azizah (Wan Ismail) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)?

"Sama dalam DAP - Karpal (Singh), Setiausaha Agung Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang? Ini pun tidak jelas.

"Dalam parti-parti Pakatan Rakyat ibarat perkahwinan sejenis - kita tidak tahu siapa ibu siapa bapa. Ia tidak jelas," katanya.

Isu perkahwinan dan hubungan sejenis sebelum ini pernah ditimbulkan Puad apabila beliau menggesa isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dibincang secara terbuka di sekolah.

Beliau dilaporkan menggesa agar LGBT ditangani sebagai cabaran yang boleh mengancam budaya murni rakyat dan mencetuskan suasana tidak sihat dalam rakyat.
 

Jarumemas: Sudah dicanaikan begitu tapi tak ada yang sedar!!!

Cita-cita Anwar atau Abdul Hadi jadi Perdana Menteri tidak akan tercapai

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Kalangan Anggota Parlimen Barisan Nasional dan Bebas yakin cita-cita Pakatan Pembangkang untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri tidak akan tercapai.

Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ini kerana pakatan itu tidak akan mampu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

“Itu masalahnya dengan pembangkang, mereka sendiri tiada pendirian tetap mengenai siapa paling layak untuk jadi pemimpin nombor satu negara.

“Saya percaya rakyat tidak akan terpedaya dengan helah mereka kerana pakatan sendiri tidak pernah melaksanakan apa yang mereka janjikan,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan seorang perwakilan Dewan Ulama Pas yang mencadangkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 baru-baru ini, supaya presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih menjadi perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Berita lanjut...

Jarumemas: Hadi vs Anwar = Perdana Menteri Malaysia?

Mahathir: Mahukan Hadi jadi PM cermin sikap berebut-rebut pembangkang

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Hasrat PAS yang mahu presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri sekiranya cita-cita pakatan pembangkang memerintah tercapai, menunjukkan sikap berebut-rebut sesama mereka.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata jawatan itu patut diberi kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.

“Belum jadi kerajaan sudah berebut-rebut, esok (kalau) dah jadi kerajaan bukan saja Hadi, Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah Karpal Singh pun nak jadi PM juga.

“Bagilah kepada dia. Teruk, lama dia berjuang... patut bagi Karpal Singh (jadi) perdana menteri Malaysia, yang amat berhormat... bila pencen dapat Tun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gaza di sini hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Karpal jadi PM???????????

Mustafa Ali: Hadi jadi PM, bukan usul muktamar, tak perlu sensasikan

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Muktamar PAS ke 58 tidak mengeluarkan usul agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri (PM), oleh itu perkara ini tidak perlu disensasikan, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

“Maka tiada keperluan sebenarnya untuk media memainkan perkara ini kerana ia bukan sebahagian daripada usul muktamar,” kata beliau
dipetik dari Harakahdaily.

Tambah beliau, cadangan supaya Presiden PAS menjadi PM hanyalah luahan sayang para pewakilan kepada Abdul Hadi, yang dianggap bapa yang dihormati dan disanjungi ketika perbahasan di muktamar tersebut.
“Ahli-ahli PAS hanya mengharapkan yang terbaik untuk ayah mereka, sebagaimana anak-anak lain mendoakan yang terbaik untuk ibu bapa sendiri. Walaubagaimanapun, harapan anak tidak semestinya sama dengan hasrat ayah,” katanya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Pas dah mula gabra bila DAP keluarkan kenyataan mahu Anwar jadi PM...

Saksi: 'Tentera Israel tiada belas kasihan'

Saksi rakyat Palestin menceritakan pengalaman perit kehilangan orang kesayangan mereka di tangan tentera rejim Israel dengan seorang ayah berkata: "Askar terbabit langsung tidak menunjukkan belas kasihan."
  
Salah Al Sammouni, 33, saksi pertama yang memberi keterangan pada pendengaran Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur mengenai Palestin, berkata askar Israel membunuh 21 anggota keluarganya termasuk anak perempuannya pada 5 Januari 2009, ketika menyerang kampungnya di Gaza.
  
"Pada hari berkenaan, 21 anggota keluarga saya mati di rumah yang sama pada masa yang sama," katanya menerusi penterjemah, dengan air mata berlinangan.

Menjawab soalan Prof Gurdial Singh Nijar yang mengetuai pasukan pendakwaan sama ada mereka yang membunuh keluarganya berpakaian seragam, Salah berkata: "Ya. Saya lihat mereka selama beberapa jam. Mereka memakai seragam tentera...sudah tentu saya mahu pembunuh terbabit dipenjarakan.

Berita lanjut....

Jarumemas: Ya Allah, hantarlah burung hud-hud seperti mana yang pernah kau lakukan ke atas tentera Abrahah yang mahu meruntuhkan Kaabah.

GPMS bidas Dong Zong mahu berhimpun bantah pelan pendidikan

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membidas Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang mahu berhimpun untuk membantah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
  
NONEPresidennya, Jais Abdul Karim (kanan) berkata Dong Zong seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk meluahkan rasa tidak puas hati, bukan dengan berhimpun yang mungkin mencetuskan kejadian tidak diingini.
  
"Janganlah menyalahgunakan kebebasan bersuara sehingga boleh merosakkan suasana harmoni," katanya pada sidanga media di Kangar semalam.
  
Beliau mengulas mengenai kenyataan Dong Zong menerusi lamanweb serta iklan dalam akhbar bahawa mereka mahu menganjurkan perhimpunan pada 25 November ini bagi membantah pelan tersebut.
  
Dong Zong antara lain menyifatkan pelaksanaan pelan itu menyalahi prinsip keadilan pendidikan dan menjejaskan pembangunan pendidikan bahasa ibunda, perpaduan rakyat dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa.

Mengulas lanjut, Jais berkata perbuatan Dong Zong membangkitkan isu itu pada saat negara sedang bersedia menghadapi pilihan raya umum juga menimbulkan kemusykilan akan agenda sebenar persekutuan tersebut.

- Bernama

Jarumemas: Ada saja helah yang dibuat oleh Dong Zong...

Menteri, KP digesa jawab dakwaan guna logo JPJ

NGO berkaitan PKR, JINGGA 13 mendesak menteri pengangkutan dan ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjawab dakwaan tindakan kontraktor AES menggunakan kenderaan berwarna dan berlogo JPJ dalam tempoh seminggu dari sekarang.

NONESetiausaha Agung Jingga 13, DK Vicky berkata, rakyat mahu tahu siapakah yang telah membenarkannya sepertimana dakwaan dalam laporan polis yang dibuat oleh dua ahli Parlimen PAS semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen PAS - Datuk Mahfuz Omar yang juga pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) dan Mohd Firdaus Jaafar - di Balai Polis Dang Wangi semalam.

Mereka mendakwa kontraktor AES menggunakan kenderaan dengan warna dan logo JPJ dan mendakwa melanggar Seksyen 170 dan Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan pejawat awam dengan niat menipu.

Berita lanjut....

Jarumemas: JPJ perlu jawab

Can PAS hold the middle ground?

COMMENT The big winner in the public relations stakes of the recently concluded PAS muktamar would appear to be Abdul Hadi Awang.

The "for all" in the "PAS for all" tagline is mainly for the non-Muslims/Malay. I have often made the argument that the sole political party in Malaysia, which has a firm ideological stance and have demonstrated commitment to its rhetoric, is PAS.

Whatever your views on Islam, PAS over the long Umno watch has been consistent in its rejection of Umno framing the conflict in religious terms, which often times pitted them against DAP.

The argument often made by DAP partisans is that PAS needs the coalition (thus the Chinese vote) to have a chance to claim the throne in Putrajaya. While this may be true, I would argue that without PAS, there would be no coalition with a credible chance of forming a new government...

Read more....

Jarumemas: Parti Amat Sakit. 

Tuesday 20 November 2012

TANDA-TANDA KECIL KIAMAT TELAH LENGKAP

 ► Banyak saksi palsu.. - bersaksi ke lutut
► Kurang sifat amanah.. - banyak harta anak yatim ditipu oleh pentadbirnya
► Zina bermaharajalela.. - semakin banyak rumah-rumah urut dan seumpamanya
► Ramainya anak luar nikah.. - abak-anak ini dibunh dan dibuang sesuka hati
► Penaklukan Baitulmuqaddis.. - Israel tidak mahu langsung berganjak
► Bermaharajalela alat muzik.. - banyaknya muzik realiti di Malaysia
► Banyak berlakunya gempa bumi.. - hampir setiap hari ada saja gempa yang berlaku di sekeliling kita
► Ramai orang soleh meninggal dunia.. - orang-orang jahil mula mengeluarkan pelbagai fatwa mereka
► Menghiasi Masjid dan membanggakannya.. - masajid semakin banyak tapi jemaah kurang
► Lelaki mentaati isterinya dan mendurkai ibunya.. - sayangkan isteri ibu ditinggalkan di rumah kebajikan
► Pemimpin terdiri dari orang yang fasik dan jahil.. -  pemimpin fasik menghalalkan yang haram
► Salam diberi kepada orang yang dikenali sahaja.. - ada kebenarannya
► Orang yang hina mendapat kedudukan terhomat.. - pemimpin songsang aqidahnya dihargai dan disayangi
► Ramai wanita berpakaian tapi hakikatnya terlanjang.. - pakai baju ketat dan nipis nampak bentuk badan
► Muncul kekejian dan memutuskan hubungan kekeluargaan.. - anak derhaka semakin ramai
► Dusta berleluasa dan tidak tepat dalam penyampaian berigatan - kebenaran diketepikan
 
 
Sumber: Junior At Mandiri Sdn Bhd

Jarumemas: Sudah begitu ketara, dan Allah sudah mengingatkan apabila ditiup sangkakala akan hancurlah dunia ini.

Mahathir: Mahukan Hadi jadi PM cermin sikap berebut-rebut pembangkang

KUALA LUMPUR, 20 Nov — Hasrat PAS yang mahu presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri sekiranya cita-cita pakatan pembangkang memerintah tercapai, menunjukkan sikap berebut-rebut sesama mereka.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata jawatan itu patut diberi kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.

“Belum jadi kerajaan sudah berebut-rebut, esok (kalau) dah jadi kerajaan bukan saja Hadi, Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah Karpal Singh pun nak jadi PM juga.

“Bagilah kepada dia. Teruk, lama dia berjuang... patut bagi Karpal Singh (jadi) perdana menteri Malaysia, yang amat berhormat... bila pencen dapat Tun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gaza di sini hari ini.

 Berita lanjut....

Jarumemas: Pas nak Hadi, DAP nak Anwar...belum berkuasa dah mula berebut-rebut nak jadi PM.

Kerajaan pusat ada kuasa batal projek kondo Batu Caves, kata exco

SHAH ALAM, 20 Nov — Kerajaan Pusat memiliki kuasa penuh untuk membatalkan pembangunan projek kondominium 29 tingkat di kawasan keagamaan Kompleks Batu Caves, kata Ronnie Liu.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian, dan Penyelidikan itu ketika sesi sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sengaja mengelirukan orang ramai apabila menjanjikan untuk membatalkan projek tersebut jika berjaya menawan Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) ke 13, sedangkan mereka mempunyai kuasa penuh dan kaedah membatalkan projek tersebut.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan menteri mempunyai kuasa penuh menarik balik lesen pemaju ... membatalkan permit penjualan dan pengiklanan.

“Jadi mereka cuba mengelirukan orang ramai. Kalau mereka jujur dan ikhlas nak batalkan projek itu, mereka ada caranya,” kata Ronnie menjawab soalan Adun Batu Caves, Amirudin Shari.

Najib dalam usaha menarik kembali sokongan masyarakat India kepada BN telah membuat pengumuman bahawa kerajaan pimpinannya akan membatalkan projek pembinaan kondominium 29 tingkat berhampiran pusat keagamaan masyarakat Hindu di Batu Caves jika kembali memerintah Selangor selepas pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Berita lanjut....

Jarumemas: Inilah perangai pembangkang, dia akan spin balik apa yang kerajaan katakan.

Dr M mahu suruhanjaya siasatan 9/11

Salah satu resolusi yang diluluskan di persidangan antarabangsa untuk mendedahkan kebenaran serangan 9/11 adalah untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan antarabangsa untuk menyiasat kemungkinan ada yang tersembunyi di sebalik kemusnahan Menara Berkembar New York.

sept 11 911 attack world trade centre new york  110906Panel penceramah di persidangan sehari itu semalam mencadangkan penubuhan suruhanjaya tersebut untuk cuba "mendedahkan kebenaran" di sebalik serangan yang turut mensasarkan Pentagon, dan yang telah dipersalahkan kepada pemimpin Al-Qaeda sebelum ini, Osama Bin Laden.

Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana, Tun Dr Mahathir
Mohamad - penganjur persidangan tersebut - berkata ahli panel antarabangsa akan meneroka lebih lanjut cadangan lagi.

"Ini adalah salah satu daripada idea-idea. Selepas ini, panel akan bermesyuarat dan memutuskan sama ada untuk menubuhkan suruhanjaya itu seperti yang dicadangkan," kata Dr Mahathir petang semalam.

Berita lanjut....

Jarumemas: 911 seperti dirancang oleh mereka yang mahu menghapuskan Islam di muka bumi ini, tapi ingatlah Allah tidak akan mengizinkan Islam hilang di muka bumi ini.

RM45b hutang lapuk: PTPTN tetap guna 'cara baik'

Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Agos Cholan berkata badan itu tetap mengambil tindakan dengan cara "baik" walau hanya mencapai separuh daripada kadar kutipan semula pinjaman.

NONE"Kita ada cara baik dan cara keras. Setakat ini, kita bertindak agak baik dan sederhana. Kami iklankan di akhbar, papan iklan dan mengadakan kempen kesedaran untuk memberitahu orang ramai supaya "bayar balik lah", dan seterusnya.

"Kami beritahu mereka 'cuma bayar apa sahaja yang anda (mampu). Perkara seterusnya yang kami lakukan ialah menghantar surat tuntutan," katanya.

Namun, memandangkan sejumlah besar daripada data peminjam PTPTN masih belum dikemaskini, kemungkinan bagi surat tuntutan berkenaan sampai ke tangan penerima masih rendah.

Berdepan dengan kemungkinan ini, Agos yang merupakan bekas pegawai bank berkata PTPTN masih enggan mencontohi tindakan bank dengan menggunakan agensi bagi mengutip semula hutang tersebut.

Berita lanjut....

Jarumemas: PTPTN dah jadi macam peminta sedekah menadih hutang peminjam.

NGO pro-Pakatan berdemo bantah AES

Sekumpulan aktivis NGO pro Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan dekat bangunan parlimen hari ini bagi membantah pelaksanaan saman trafik melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang didakwa hanya memberi keuntungan kepada pihak tertentu.

Perhimpunan selama kira-kira 20 minit itu diketuai koordinator Gabungan Aktivis Bantah AES (BANTAH) Saifullah Zulkifli yang menjelaskan, NGO tersebut menolak sistem yang "mengayakan kroni".

"Kita tak bantah usaha mengurangkan kemalangan. Apa yang kita marah kenapa syarikat kroni yang dapat?," kata aktivis Angkatan Muda PKR itu lagi ketika berucap dalam perhimpunan tersebut.
Beliau turut mempersoalkan jumlah saman yang terlalu banyak dikeluarkan oleh sistem itu sejak ia diperkenalkan.

"Dalam tempoh 14 hari disaman, lebih 64,000 saman dikeluarkan," katanya.

Isu berhubung kontrak AES itu menjadi pertikaian utama pemimpin Pakatan, yang mempersoalkan kaitan syarikat melaksana sistem tersebut – Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno.

Syarikat berkenaan bagaimanapun menafikan bahawa ia mempunyai hubungan dalam perniagaan yang berkaitan Umno sepertimana didakwa.

Berita lanjut....

Jarumemas: Kenapa nak berhimpun membantah. Ikut sajalah had kelajuan yang telah ditetapkan. Jangan ikut pembangkang yang sering menongkah arus. Nanti rakyat yang jadi seperti Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya....

S'gor umum RM300j untuk jambatan dijanjikan BN

Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan sebanyak RM300 juta untuk memulakan satu projek jambatan baru di bandar Klang yang dijanjikan BN semasa kempen pilihan raya Mac 2008.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika mengumumkan peruntukan itu berkata, kerajaan negeri akan mendahulukan wang tersebut bagi "mengotakan janji yang tidak ditepati" BN berhubung projek tersebut.

NONE"Saya difahamkan upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh kerajaan terdahulu beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-12. Malangnya, setelah lebih empat tahun, jangankan jambatan, sebatang rangka tiang pun masih tidak kelihatan.

"Oleh itu, pada tahun 2013 nanti, meskipun kita maklum bahawa pembinaan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, namun kerajaan negeri akan mendahulukan wang untuk pembinaannya bagi mengotakan janji yang tidak ditepati Umno-BN," katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2013 di Dewan Undangan Negeri di Shah Alam hari ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Penuhilah janji2 dalam manifesto PRU 12 dulu.

Jakim buka pusat rawat pesakit HIV/AIDS

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membuka pusat perlindungan untuk pesakit HIV/AIDS di sini pada 2014, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata pusat perlindungan itu yang diberi nama 'Ilaj home' adalah untuk memberi rawatan khusus bagi pesakit yang dijangkiti HIV/Aids menggunakan kaedah dan pendekatan rawatan berasaskan Islam.

"Apa yang membezakan pusat Ilaj home dengan pusat rawatan HIV/Aids lain ialah ia menggunakan kaedah dan pendekatan rawatan Islam yang mengintegrasikan rawatan jasmani, rohani dan emosi pesakit dan boleh menempatkan 200 pesakit pada satu masa," katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Islam dan HIV/Aids 2012 di ibunegara semalam.

Berita lanjut...

Jarumemas: Alhamdulillah dan sewajarnya mereka yang yang terbabit menyambut baik rawatan ini.

Monday 19 November 2012

Muktamar bersemangat, menyerlah kehebatan Abdul Hadi — Mohd Sayuti Omar

18 Nov — Muktamar tahunan Pas kali ke 58 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah (Putik) di Kelantan selama tiga hari telah pun melabuhkan tirai lewat petang ini dengan sempurna seadanya. Selama empat hari tiga malam ahli, penyokong Pas dan pemerhati berkampung di Kota Bharu Kelantan. Muktamar bermula dengan sidang oleh ketiga-tiga dewan yang merupakan sayap kepada Pas, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pada 14 Novermber hingga 15 Novermber.

Muktamar penuh bermula pada 16 November dengan dihadiri oleh hampir 2,000 perwakilan dan 4,000 para pemerhati dari seluruh negara. Turut sama hadir dimajlis perasmian ialah Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan ismail, Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Geok dan lain-lain jemputan kenamaan.

Menambahkan kemerihan dan “kesumringahan” muktamar itu juga ialah himpunan rakyat yang diadakan pada sebelah malam 16 November bertempat di stadium Sultan Mohamad Ke IV. Kehadiran lebih 40,000 dengan menampilkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim memberi pentanda sihat yang Pas dan Pakatan Rakyat kian mendapat sambutan.

Berita lanjut...

Jarumemas: Tetap mengagumi Rasulullah yang amat menyayagi umatnya....

PRU ke-13 penentu jatuh bangun bangsa Melayu, kata Dr Hasan Ali

GEORGE TOWN, 18 Nov — Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi penentu kepada jatuh bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

Justeru, beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus diagungkan, bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus diperkasakan, rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan pembangkang pada pilihan raya akan datang.

“Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadi penentu untuk bangsa Melayu, agama Islam di bumi Malaysia.

“Bayangkan tuan-tuan kalau pakatan pembangkang menang kita diberitahu bahawa mereka nak menjadikan Malaysia ini satu republik dan ini kemungkinan akan berlaku kalau saudara mengundi pakatan pembangkang, memenangkan mereka,” katanya pada ceramah perdana di Kampung Suluk, Teluk Kumbar dekat sini malam tadi.

Berita lanjut....

Jarumemas: jangan sampai Melayu hilang di bumi Malaysia ini kerana hanya kerakusan segelintir bangsa Melayu sendiri yang tamakkan kuasa.

Hudud hak PAS, tidak paksa bukan Muslim terima

KOTA BHARU, 18 Nov — Pelaksanaan hukum hudud adalah hak orang Islam dan PAS tidak memaksa golongan bukan Islam menerima hukum itu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi ketika sidang media sejurus tamat Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Pusat Tarbiah Islamyiah Kelantan (Putik) hari ini bagaimanapun menegaskan PAS akan melaksanakan hudud melalui proses demokrasi.

"Hudud hak kita ... dan kita tidak paksa orang bukan Islam, dan kita akan melaksanakan melalui proses demokrasi.

"Hak bukan Islam diizinkan untuk agama mereka ... contohnya  arak, itu diizinkan agama dia ... walaupun Islam mengharamkan, tetapi itu hak dia," katanya kepada pemberita.

Mengambil contoh penjualan arak kepada bukan Islam di Kelantan, Abdul Hadi menjelaskan itu adalah salah satu perkara di dalam hudud.

Berita lanjut....

Jarumemas: UMNO pun tidak akan memaksa bukan Islam menerima pakai hukuk  Hudud.

Muhyiddin: Pemimpin BN tidak gentar hadapi mana-mana tokoh PRU


GOLD COAST - Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak gentar untuk berhadapan dengan mana-mana tokoh atau calon pada pilihan raya umum kerana pengundi yang menjadi penentu tentang kesesuaian tokoh di kawasan mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Presiden Umno itu berkata Umno dan BN bukan bersikap takbur tetapi bersifat "gentlemen" memandangkan dalam demokrasi sesiapa sahaja warga Malaysia boleh bertanding di mana-mana kawasan yang disukai.

Mengulas laporan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz dicadang bertanding di kawasan Parlimen Pagoh yang kini disandang beliau, Muhyiddin berkata cabaran itu akan disahut sekiranya ia berlaku.

"Lagi ramai lagi meriah," katanya pada wartawan Malaysia pada akhir lawatan sembilan harinya ke Australia di sini Ahad.

Berita lanjut....

Jarumemas: Memang benar UMNO dan BN tidak gentar untuk menghadapi mana-mana calon pembangkang pada PRU 13 nanti.

Hadi ‘alu-alukan’ cadangan perwakilan dilantik jadi PM

KOTA BHARU, 18 Nov — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyambut baik cadangan perwakilan yang menyarankan dirinya menjadi perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya alu-alukan nak lantik jadi perdana menteri, kadang-kadang syok juga ... tetapi saya minta Allah menangkan kita, bila menangkan Islam, lepas tu nak mati, matilah,” katanya ketika ucapan penggulungan di Pusat Tarbyiah Islamyiah Kelantan (Putik) di sini.

Ahli Parlimen Marang itu dilihat mengeluarkan kenyataan sedemikian sebagai respon kepada sesi terakhir muktamar hari ini yang menyaksikan semakin ramai perwakilan membangkitkan pendirian melantik beliau sebagai perdana menteri.

Pakatan Rakyat (PR) bagaimanapun telah mempunyai kesepakatan untuk memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan itu jika berjaya menawan Putrajaya.

Antara perwakilan yang membangkitkan perkara itu adalah daripada Dewan Ulama PAS, dan juga Dewan Muslimat parti Islam berkenaan.

Berita lanjut....

Jarumemas: Pimpinlah Pas supaya tidak mengkafirkan orang lain dan memurtadkan parti lain. Cermin diri dan muhasabahlah diri parti itu adakah Pas parti yang tidak pernah membuat dosa?

Doa 'KO BN' boleh bawa perpecahan dahsyat - Hasan Ali


KUALA LUMPUR - Tindakan Pas mengadakan solat hajat dan doa supaya Umno dihancurkan boleh menyebabkan perpecahan lebih dahsyat antara umat Islam di negara ini, kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini berkata, tindakan Pas itu lahir daripada pemikiran sempit dan dikhuatiri akan dicontohi anggota parti yang taksub dan mengamalkannya di tempat masing-masing.

"Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindungi dan dipertahankan," kata beliau yang juga Presiden Jalur Tiga dalam kenyataan di sini, hari ini.

Berita lanjut...

Jarumemas: Kalau ikut rasa binasa, ikut kata hati mati. Sedarlah bahawa orang yang kita doakan itu adalah saudara kita sesama ISlam. Orang kafir memang suka umat Islam berbalah sesama sendiri supaya mereka dapat memasukkan jarum mereka bagi merosakkan umat Islam.

Nik Aziz: Tak salah doa jatuhkan Umno-BN

KOTA BHARU – Pas menyifatkan tindakan mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) itu adalah sebagai sesuatu yang wajar dan bukannya kesalahan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan mendoakan parti itu hancur adalah kerana BN didakwa menolak Islam.

Dakwanya, tindakan BN menolak Islam secara jelas menunjukkan parti itu memperlekehkan agama tersebut kerana ia berkait soal akidah.

Beliau turut memberikan contoh kisah Nabi Nuh AS yang memohon kepada ALLAH SWT untuk menghancurkan kaumnya ketika itu yang tidak mematuhinya.

“Bila Umno tolak Islam apa taraf Islam? Takkan nak biar? Tak salah doa macam itu kerana dalam al-Quran sendiri menyebut mengenai kisah di zaman Nabi Nuh AS yang berdakwah tetapi ditolak kaumnya yang mempunyai pengikut dan harta banyak.

“Akhirnya Nabi berdoa supaya Tuhan musnahkan orang itu kerana sekiranya tak dimusnahkan nanti bila orang itu beranak maka anaknya pula melawannya jadi jangan tinggalkan seorang pun,” katanya pada sidang media selepas Muktamar Tahunan Pas ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan di sini, hari ini.

Berita lanjut...

Jarumemas:  Sedangkan mengumpat sedara kita, di akhirat nanti kita akan memakan daging mentah, apatah lagi mendoakan keburukan pada saudara kitas sesama Islam.

Perbezaan pandangan dalam PAS, tetapi pemimpin menegaskan parti kekal bersatu

KUALA LUMPUR, 19 Nov — Pemimpin-pemimpin PAS menegaskan parti Islam itu kekal bersatu dan mempamerkan kematangan dalam kongres terakhir menjelang pilihan raya umum (PRU) dengan kepimpinan pusat mengetengahkan dasar inklusif bagi semua rakyat Malaysia - dasar-dasar yang pragmatik sementara sayap-sayap lain memberi tumpuan kepada tema tradtional hudud dan dasar konservatif.

Sepanjang persidangan tiga hari di kubu kuat politik mereka di Kelantan, kepimpinan pusat yang secara tradisinya konservatif menjauhkan diri dari membincangkan pelaksanaan undang-undang jenayah dan hukuman kontroversi hudud, sebaliknya lebih menumpukan kepada dasar praktikal di bawah manifesto 'negara kebajikan' mereka. Akan tetapi topik tersebut masih dibawa oleh sayap pemuda, wanita dan ulama.

“Perbezaan ini bukan kerana perbezaan cita-cita, tetapi kerana perbezaan dalam kematangan. Ia bergantung sama ada anda memahami perjuangan dan strategi PAS,” kata Aiman Athirah, ketua penerangan Dewan Muslimat PAS atau sayap wanita kepada The Malaysian Insider.

Berita lanjut.... 

Jarumemas: Allah melarang kita mendoakan keburukan orang lain, hatta musuh kita sendiripun. 

Friday 16 November 2012

Isu amah warga asing jadi tumpuan Muslimat PAS

Isu pembantu rumah warga asing menjadi tumpuan pada Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat Kali Ke-52 di Kota Bharu hari ini apabila usul itu dibahaskan pada muktamar kali ini.
  
Usul mengenai perkara itu dibawa perwakilan Indera Mahkota, Zuriati
Muhammad yang mencadangkan langkah wajar diambil bagi engurangkan pergantungan pembantu rumah warga asing.
  
"Rekod menunjukkan kira-kira 200,000 pembantu rumah warga asing di negara kita yang sebahagiannya warga Indonesia.
  
"Mengapa perlu menggaji orang luar. Pekerjaan ini jangan dianggap kelas terendah dan sudah sampai masanya kita mengambil pekerja tempatan," katanya ketika membawa usul sosial mengenai pembantu rumah itu.
  
Beliau mencadangkan agar kerajaan menjadikan kerjaya pembantu rumah sebagai pekerjaan menarik dengan menawarkan gaji berpatutan termasuk diberikan caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
  
Sementara itu, perwakilan Bahagian Batu, Salbiah Abdul Wahab ketika membahaskan isu itu mencadangkan kerajaan mewujudkan institusi melahirkan tenaga kerja dalam bidang itu.
  
"Saya juga mencadangkan agar ada juga kolej-kolej yang turut menawarkan kursus pembantu rumah ini," katanya.

Sumber: Bernama/Malaysiakini

Jarumemas: Kenapa baru sekarang nak ambil tahu tentang perkara ini.

Pemuda PAS tolak protes BERSIH 4.0 sebelum PRU

Dalam keputusan hampir sebulat suara, perwakilan di Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini menolak usul untuk mengadakan protes BERSIH 4.0 sebelum pilihan raya umum akan datang.

Perwakilan yang berucap menolak usul tersebut berhujah bahawa sumber parti perlu disalurkan ke arah menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi, dan bukannya menganjurkan satu protes mega.

Ketika membahaskannya, Ketua Pemuda PAS Kawasan Alor Setar, Mohd Azam Awang berkata, Umno Umno telah turun ke kampung-kampung di luar bandar dan mengedarkan habuan.

Oleh itu, katanya,  jika protes tersebut diteruskan, rakyat akan bertanggapan bahawa mereka hanya tahu turun ke jalanan.

NONEMenurut Mohd Azam, tidak ada banyak masa yang tinggal untuk
menghadapi pilihan raya umum dan lagi pula pihaknya juga akan menganjurkan Himpunan Kebangkitan Rakyat di setiap negeri.

"Marilah kita beri tumpuan untuk menawan Putrajaya," tegasnya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Tak cukup bersih lagi ke???

Dewan Ulama: Pertahan PAS dari 'fikrah al-Haddamah'

Dewan Ulama PAS berikrar untuk mempertahankan parti Islam itu daripada diresapi pemikiran yang dibimbangi akan merosakkan hala tujunya.

Perkara itu ditegaskan dalam satu usul yang dikemukakan wakil Dewan Ulama PAS kawasan Kemaman, dan yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar hari ini.

"Menyedari bahawa PAS merupakan satu gerakan untuk mendaulatkan kalimah Allah berdasarkan kepada tuntutan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijma' dan Qias, maka sudah tentu dasar dan prinsip ini tidak akan berubah sama sekali dan PAS akan terus mempertahankannya.

"Dewan Ulama PAS hendaklah menjadikan benteng Islam untuk memelihara dasar dan kesucian parti daripada diresapi oleh mana-mana 'fikrah al-Haddamah' yang boleh merosakkan fikrah dan hala tuju parti," usul itu dipetik.

Berita lanjut....

Jarumemas: Betul ke ramai pengikut Pas mengamalkan fahaman Syiah? Tolong jawab sikit...

Isu hudud: Ketua Dewan Ulama akui ada ahli celaru

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Datuk Harun Taib mengakui terdapat ahli yang bercelaru kerana merasakan bahawa isu hudud tidak perlu dibicarakan dalam era tahaluf siayasi (kerjasama politik) susulan pelbagai pandangan dan lontaran idea dari luar parti.

Beliau menegaskan "kecelaruan pemikiran" tersebut timbul kerana kegagalan mereka untuk mengikuti tarbiyah daripada parti itu.

"Dalam isu hudud, ada ahli yang bercelaru merasakan bahawa ianya tidak perlu dibicarakan dalam era Tahaaluf Siyasi. Setengahnya terkeliru dengan pandangan bahawa hudud tidak perlu dilaksanakan kerana keadaan bermasyarakat rakyat Malaysia yang belum kondusif.

"Ini semua adalah kecelaruan pemikiran kerana gagal mengikuti tarbiyah PAS. Perjuangan menegakkan hudud merupakan agenda Islam dan sudah pasti menjadi agenda PAS," kata Harun.

Berita lanjut...

Jarumemas: Pendirian pemimpin Pas yang membuatkan ahli parti bercelaru.

Pemuda PAS mahu Harakah 'distruktur semula'

Satu usul untuk menghentam lidah partinya, Harakah diluluskan sebulat suara dalam perbahasan Muktamar Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini.

Usul berkenaan, yang dikemukakan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad, mendakwa mutu pemberitaan Harakah merosot dan media itu juga "kurang kredibiliti" sebagai lidah parti.

NONESalinan senarai usul berkenaan, yang diperolehi pemberita, juga mendakwa Harakah tersasar dari matlamat penubuhannya.

Selain itu, usul itu juga menyebut Harakah "tidak membawa aspirasi jemaah dalam memacu kebangkitan gerakan Islam abad ke-21".

Usul berkenaan seterusnya mendesak pimpinan parti supaya menstruktur semula sidang redaksi Harakah.






Berita lanjut...

Jarumemas: Memang kurang kredibilitinya...

Ketua Ulama PAS nasihat Harussani juga bertaubat...

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) Datuk Harun Taib membidas Mufti Kerajaan Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menasihatkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar supaya bertaubat susulan dakwaan kenyataannya mengenai kebebasan beragama.

"Bertaubat kalau dia (Nurul Izzah) buat salah besar... Tan Sri Harussani harus bertaubat juga kerana tidak menyokong perjuangan Islam. Dia harus bertaubat," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung laporan yang menyebut Harussani menasihatkan Nurul Izzah bertaubat susulan kenyataannya itu.

Harussani juga dilaporkan menasihat ahli Parlimen Lembah Pantai itu memohon keampunan daripada Allah SWT serta menarik kembali kenyataannya berhubung kebebasan beragama di sebuah forum di Subang Jaya baru-baru ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Siapalah kita nak meghukum ulama muktabar dalam negara...

Hadi: 'Negara berkebajikan' lebih baik dari '1Malaysia'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempromosikan tema "negara berkebajikan" dalam ucaptamanya di muktamar parti itu sebagai asas perpaduan yang lebih baik daripada slogan "1Malaysia" BN.

Katanya, slogan 1Malaysia itu tidak akan mewujudkan perpaduan memandangkan "tiupan angin perkauman sempit", menurutnya masih berlaku.

Hadi berkata, beliau memilih tema "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" itu kerana perpaduan umat, menurutnya menjadi cabaran terkini di setiap negara dan bangsa di seluruh dunia.

Berita lanjut...

Jarumemas: Kita tunggu dan lihat saja..

'PAS sudah sedia perintah M'sia bersama Pakatan'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertegaskan bahawa parti sudah bersedia untuk memerintah negara bersama rakan gabungan Pakatan Rakyat bagi memikul dan melaksanakan amanah berdasarkan resolusi permuafakatan gabungan itu.

"Maka PAS mengadakan Tahaluf Siyasi, dalam persefahaman Pakatan Rakyat yang menegakkan konsep dalam persamaan dan tidak  memaksa dalam perbezaan.

"Iltizam politik menerusi Tahaluf Siyasi ini menuntut kita terus bekerjasama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat, secara kolektif  dalam mengurus pentadbiran negeri dan negara," katanya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Jangan terlalu takbur kerana semua percaturan Allah yang tentukan.

'Parti syaitan tak mampu tegak kebajikan'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa "parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya" tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua".

Tanpa menamakan "parti syaitan" tersebut, Hadi berkata hanya kebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia majmuk dan mewujudkan perpaduan tulen.

Beliau memberi alasan, manusia merupakan makhluk yang bernyawa, berperasaan dan berakal

"Setiap manusia yang saksama akal dan perasaannya tetap menerima kebajikan yang berteraskan keadilan. Ketepikan manusia yang tamak haloba yang buruk sifat-sifatnya dan tidak berperi   kemanusiaan.

"Kita ingin memerintah dengan adil berdasarkan konsep kebajikan yang diterima secara sejagat tanpa paksaan menganut Islam. 

"Saksikanlah bahawa perjuangan Rasulullah SAW pada awalnya didukung oleh penganut Islam dan juga turut disertai oleh kalangan bukan Islam yang menentang kezaliman," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menghurai tema Muktamar PAS ke-58 bertajuk "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan di Kota Bharu pagi ini.

Berita lanjut....

Jarumemas: Bukan Pas ke  parti syaitan yang bersekongkol dengan parti laknatullah?

Wednesday 14 November 2012

Penyokong Pakatan ungkit kenyataan Pak Lah isu murtad

Kumpulan penyokong Pakatan Rakyat giat mengongsi satu laporan memetik kenyataan bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang didakwa membenarkan orang Melayu keluar daripada Islam sekiranya golongan itu mahu berbuat demikian.

Laporan bertarikh Julai 2007 dari media Singapura itu dikesan berlegar di laman sosial dan juga blog para penyokong Pakatan Rakyat, antaranya blog Anak Sungai Derhaka dan juga laman Facebook Demi Rakyat.

Kemunculan semula laporan berkenaan dipercayai ekoran serangan keras daripada pemimpin BN ke atas Nurul Izzah Anwar, susulan satu kenyataan kontroversi naib presiden PKR itu pada 3 November lalu.

Berita lanjut....

Jarumemas: Pembangkang memang suka mencari perkara yang boleh diputarbelitkan demi kelangsungan politik mereka. Tidak  takut dilkanati Allah dan dijatuhkan bala.

PUM: Hentikan manipulasi teks agama

Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) meminta Sister In Islam (SIS) dan sesetengah pihak sekularis supaya berhenti memanipulasi teks agama untuk disesuaikan dengan perspektif sekular termasuk dalam isu kebebasan beragama.
  
NONESetiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Noor (kanan) berkata tindakan itu merupakan suatu penistaan agama yang menjadi sebahagian daripada menifestasi `religionfobia'.
  
"Ia telah pun dianggap suatu jenayah di peringkat nasional dan antarabangsa.

"Justeru, PUM menyokong kerajaan persekutuan atau kerajaan-kerajaan negeri yang menjalankan tanggungjawab mengambil tindakan dari sudut perundangan, pendidikan, media dan seumpamanya untuk memastikan agama tidak dinafikan haknya atas nama-nama yang indah seperti hak asasi manusia," katanya dalam kenyataan hari ini.
  
Laporan portal berita propembangkang baru-baru ini memetik SIS didakwa sebagai  berkata kebebasan beragama mestilah termasuk kebebasan untuk menukar agama.

Sumber: Malaysiakini

Jarumemas: Bersuaralah wahai ulama agar umat Islam tidak tercari2 akan jawapan yang mutlak akan isu ini. 

MP: Sokong murtad 'tafsiran jahat pencacai Umno'

MP Shah Alam Khalid Samad menjelaskan bahawa ucapan kontroversi Nurul Izzah Anwar dalam satu forum pada 3 November lalu adalah berhubung prinsip keyakinan terhadap agama Islam dan "tafsiran jahat" untuk menyokong murtad oleh "pencacai Umno".

Katanya, naib presiden PKR itu menegaskan perkara tersebut apabila ditanya dalam forum "Negara Islam: Versi Mana? Tanggungjawab Siapa" itu, namun difitnah sebagai seseorang yang menyokong murtad.

NONEBeliau yakin bahawa fitnah tersebut digembar-gemburkan untuk menunjukkan bahawa bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga keluarga ketua umum PKR itu "penganut Islam liberal" dan juga bagi menggambarkan bahawa PAS tidak mampu menghalang perkara itu.

"Beliau menjawab dalam masa terhad, ayat-ayatnya banyak tergantung dan oleh itu jawapan kepada soalan (tersebut) dieksploitasi oleh golongan yang berkepentingan," katanya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Kalau agama dah boleh mereka politikkan,  yang lain-lain perkara apa lagi...

Nasha di luar negara, tak hadir muktamar PAS

Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa dilaporkan tidak akan hadir ke Muktamar PAS ke-58 yang bakal berlangsung di Kota Bharu bermula Jumaat kerana memenuhi undangan rasmi ke luar negara.

Akhbar Berita Harian menyebut, Nasharudin berada di luar negara sejak Ahad dan undangan tersebut diterima sejak awal lagi.

Nasharudin memberitahu akhbar tersebut bahawa ketidakhadirannya itu "bukan isu besar" dan yakin PAS tidak akan mengenakan apa-apa tindakan ke atasnya.

"PAS tiada masalah kalau memang beliau atau mana-mana ahli muktamar ada urusan lain yang lebih penting. Tak adalah sampai nak ambil tindakan sebab ini biasa.

"Mungkin ramai yang mahu melihat tempat duduknya selepas tidak lagi berada di atas pentas itu saja," katanya seperti dipetik akhbar itu.

PAS dalam satu kenyataan pada September lalu menyatakan kontroversi melibatkan Nasharudin dan parti itu dibincangkan atas prinsip "sahabat" dan tidak melayan MP Bachok itu sebagai musuh.

Berita lanjut....

Jarumemas: Orang dah tak suka pandai-pandailah bawak diri.

Pemimpin PAS sanggup jumpa Sultan pertahan Nurul Izzah...

Seorang demi seorang pemimpin PAS bersuara menyokong Naib Presiden PKR, Nurul  Izzah Anwar yang kian tertekan berhubung kontroversi kenyataan kebebasan beragama di satu forum, Sabtu lalu.

Paling awal ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menyokong kenyataan ahli parlimen Lembah Pantai itu.

Selepas itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan komen panjang kerana mahu mendengar penjelasan Nurul Izzah dan melihat buktinya terlebih dahulu.

Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi senang, beliau enggan komen sebab yang menyiarkan berita itu akhbar Utusan Malaysia.

Sementara itu ahli parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Rawa yang turut hadir dalam forum di dewan sebuah gereja di Subang Jaya menjelaskan tindakan mengaitkan kenyataan Nurul Izzah berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.

"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

Berita lanjut....

Jarumemas: PAS jangan cuba nak mengelirukan rakyat.

NGO mahu hapus Artikel 89 dan 153 Perlembangaan Malaysia... Apa pendirian PAS?

Menjelang pilihanraya umum ke 13, macam-macam cara orang hendak cari populariti termasuklah mempertikaikan apa yang sudah diterima sekian lama orang rakyat Malaysia.

Terbaru, dua NGO, satu asing dan satu lagi Malaysia, keluarkan satu laporan yang konon dakwa dua artikel dalam Perlembagaan Persekutuan menyebabkan diskriminasi terhadap kaum-kaum lain di negara ini.

Equal Rights Trust (ERT) NGO yang berpengkalan di London bersama Tenaganita, NGO yang mana bosnya orang Malaysia dan pemimpin PKR Irene Fernandez, berkerjasama menyiapkan laporan tersebut.

Dengan dibiayai oleh tabung Kesatuan Eropah (EU) laporan setebal 406 (Versi PDF) itu boleh dimuat turun di laman web ERT.

Apa yang menarik, punya pembohongan mereka ini adalah menyadikan gambar perhimpunan Bersih sebagai gambar utama, memberi bayangan seolah-olah p[erhimpunan tersebut juga berkaitan dengan diskriminasi kaum.

Laporan tersebut antara lain mendesak kerajaan Malaysia memansuhkan atau meminda dua peruntukan Perlembagaan yang melindungi hak istimewa dan tanah orang Melayu untuk mengelakkan diskriminasi berdasarkan kaum atau etnik.

Berita lanjut....

Jarumemas: Tenaganita memang nak kena sumpah laknat oleh Allah swt.

Selangor likely to stop Batu Caves condo project, state exco hints

KUALA LUMPUR, Nov 13 – Selangor executive councillor Ronnie Liu today hinted that the state government would likely pull the plug on the controversial luxury condominium project near Batu Caves, after Prime Minister Datuk Seri Najib Razak promised this morning to scrap the project if the opposition Barisan Nasional (BN) came to power in the next general elections.

Najib, in his speech at MIC’s Deepavali open house at Batu Caves, had promised to stop the project should BN successfully recapture Selangor in the next polls.

In response, Liu said: “He already knows we are stopping it. So he announced it first.”

When asked to confirm the Selangor government’s plans to stop the project, however, Liu , who is in charge of local government, research and development, stopped short.

He noted that the state government has already set up a taskforce to look into the matter and issued a temporary stop work order on the project, adding that these steps were “as good as stopping it (the project)”.

Read more....

Jarumemas: It is up to the local government to take further action to stop the development, instead why blame BN?

Janji batalkan projek kondo Batu Caves adalah rasuah politik, kata Pakatan

KUALA LUMPUR, 13 Nov — Janji Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan projek pembinaan kondominium kontroversi di Batu Caves sekiranya Barisan Nasional (BN) menawan semula Selangor adalah rasuah politik kata pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor. 



Pemimpin PR juga membidas Najib sebagai tidak bertanggungjawab kerana menggunakan isu sensitif semata-mata untuk menarik pengundi kaum India.



"Ia adalah rasuah... Saya rasa adalah sesuatu yang pelik seorang PM berkata begitu," kata ahli ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor, Xavier Jayakumar  kepada The Malaysian Insider.


"Malahan dengan memberi ucapan kepada masyakat dikategorikan sebagai berpendapatan rendah secara demikian... ia sesuatu yang pelik.

Berita lanjut...

Jarumemas: Dah boleh agak apa persepsi pembangkang dalam soal ini.




Permintaan menurun, kilang-kilang P. Pinang kurangkan pekerjaan dan pengeluaran

GEORGETOWN, 13 Nov — Kejatuhan permintaan global telah memaksa kilang Pulau Pinang untuk membekukan pengambilan, mengurangkan pengeluaran dan melaksanakan empat hari minggu, walaupun penganalisis meramalkan ekonomi Malaysia berkembang lebih perlahan pada suku ketiga.

The Malaysian Insider difahamkan kilang di Pulau Pinang, hub utama elektronik telah mula berhanti mengambil pekerja, termasuk tidak menggantikan yang telah pencen atau berhenti.

Banyak loji juga telah mengurangkan output untuk mengurangkan kos.

Berita lanjut....

Jarumemas: Mungkin juga kerana kepimpinan pentabiran negeri DAP yang tidak disenangai menyebabkan pengeluar dan pelabur bertindak demikian.