Wednesday 26 December 2012

Sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin meningkat

KUALA LUMPUR 26, Dis — Dengan memilih slogan ‘Janji Ditepati’ sebagai agenda utama, keprihatinan Barisan Nasional (BN) akhirnya menyentuh hati ramai rakyat Malaysia tanpa mengira umur, jantina, agama dan taraf hidup melalui usaha berterusan demi kebaikan semua.

Dengan mengutamakan kebajikan rakyat, tiada siapa yang ketinggalan termasuk pelajar, wanita, warga emas, usahawan, penjawat awam dan belia di bawah kerajaan BN.

Pada awal 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, yang merasai kesusahan masyarakat nelayan telah menyalurkan  bantuan antara RM5,000 dan RM10,000 kepada nelayan di seluruh negara bagi membaiki rumah mereka.

Bantuan itu adalah sebahagian daripada Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta, yang diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, tahun lepas.

Berita lanjut....

Jarumemas: Rakyat perlu menyokong kerajaan Barisan Nasional sebagai tanda terima kasih. Janganlah jadi seperti segelintir  rakyat yang tidak tahu bersyukur dengan memberi tuba setelah susu diberikan kerajaan.

BN yakin rampas 20 kerusi pembangkang

Barisan Nasional (BN) mampu merampas 20 kerusi Parlimen yang dimenangi pembangkang, sekaligus meraih kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13.
  
Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata beliau yakin BN dapat mempertahankan 140 kerusi Parlimen yang dimenangi sekarang serta merampas lima daripada 23 kerusi PAS, lima daripada 29 kerusi DAP dan 10 daripada 31 kerusi PKR.
  
Beliau berkata keyakinan tersebut berdasarkan pelbagai faktor termasuk masalah yang dihadapi pembangkang di beberapa kawasan yang dimenangi mereka sebelum ini.
  
"Semua perkara ini logik kerana sebagai contoh, tujuh kerusi PKR sudah bermasalah di mana enam daripadanya telah cabut masuk bebas sementara satu lagi kalah di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita selepas Program Pemukiman Pemantapan Profesionalisme Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerangan (KKRP) yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Melaka.
  
Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bakal menjadi faktor utama kemenangan BN.
  
"Rakyat telah menikmati pelbagai insentif dan keistimewaan yang
 diperkenalkan Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia serta program transformasi," katanya.
  
Selain itu, beliau berkata faktor calon boleh menang yang dimiliki BN akan turut membantu merampas kembali kerusi pembangkang.

Bagaimanapun, katanya kemenangan tersebut hanya akan dicapai sekiranya anggota BN tidak melakukan sabotaj atau 'cah keting' terhadap parti.
  
- Bernama

Jarumemas: barisan Nasional perlu memenangi majoriti 2/3 supaya akyat terus terbela. 

Ngeh: Kami peroleh tanah K'tan melalui pasaran terbuka

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham menafikan dakwaan bahawa kerajaan Kelantan telah memberi tanah kepadanya sebagai pertukaran sokongan, dengan menegaskan bahawa syarikat itu diperoleh melalui pasaran terbuka.

Tanah tersebut, kata Ngeh dalam satu kenyataan hari ini, telah diperolehi melalui pembelian syarikat yang dianugerahkan 10,526 hektar tanah oleh kerajaan negeri, maka oleh itu, tidak ada unsur rasuah yang terlibat.

Beliau menambah bahawa perjanjian perniagaan itu bukan satu rahsia kerana DAP dan kepimpinan Pakatan Rakyat negeri, serta kerajaan persekutuan, telah dimaklumkan mengenai pembelian itu.


Jarumemas: Menurut satu maklumat yang teman terima, sudah banyak tanah rakayat Kelantan tergadai pada orang luar. Begitu juga dengan perumahan. Kuota Melayu yang diperuntukkan telah disabotaj apabila orang Melayu nak membeli rumah akan ada pihak yang kata rumah kuota Melayu dah habis terjual. Sedangkan masih ada lagi. Sebenarnya kuota tersebut disonglap untuk dijual kepada okaum lain terutamanya kaum Cina!!!

NGO serah batu nisan pada exco agama P Pinang

Lima puluh anggota pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan batu nisan kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Abdul Malik Abul Kassim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) Datuk Patahiyah Ismail dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohd Salleh Man.
  
Batu nisan itu yang diserahkan Ketua Wira Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang Mohd Rizuad Mohd Azudin, diterima seorang pegawai di pejabat ketiga-tiga pemimpin berkenaan di Tingkat 9 Menara Umno, Jalan Macalister dan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).
  
Mohd Rizuad berkata penyerahan batu nisan kepada ketiga-tiga pemimpin itu sebagai simbolik untuk memberi peringatan kepada mereka supaya menyelesaikan segera masalah Tanah Perkuburan Islam Kampung Boundry, Ayer Itam di George Town yang terjejas dipercayai diceroboh syarikat pemaju swasta.
  
"Tujuan kami datang ke sini sebab pejabat agama sampai hari ini tidak pernah datang menelefon mangsa. Ini adalah satu isu paling sensitif yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan hari ini terjadi benda ini di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita semalam.
   

Berita lanjut...

Jarumemas: Pedih dan pedas  dengan tindakan NGO itu.

'Nak import dari India, graduan ISMP menganggur

Satu memorandum akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran bagi meminta kerajaan menangani masalah pengangguran graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (ISMP) yang tidak ditempatkan sebagai guru di sekolah kebangsaan.

Presiden Mahasiswa Keadilan, Haziq Abdul Aziz berkata, pihaknya yang merupakan satu sayap baru dalam PKR kini dalam perancangan untuk berjumpa kementerian pelajaran serta pelajar ISMP bagi menyerahkan memorandum tersebut.

"Kita dalam perancangan nak jumpa kementerian pelajaran untuk hantar memorandum dan berjumpa dengan pelajar ISMP dalam masa terdekat.

"Kita akan sampaikan memorandum dan akan tunggu respons daripada kementerian pelajaran kerana kami merasakan wujudnya diskriminasi terhadap pelajar ISPM di IPTS (Institusi Pengajian Tinggi Swasta)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Berita lanjut....

Jarumemas: Letih nak mengupas persoalan ini. Kerajaan perlu lihan pro dan kontra akan cadangan ini.

Lambakan masih tinggi, tidak perlu import guru India

PETALING JAYA, 26 Dis — Rancangan kerajaan untuk mengimport guru bahasa Inggeris dari India bukan jalan penyelesaian terbaik, kata  pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini serta menggesa kerajaan menangani masalah lambakan guru terlebih dahulu.

Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini, Nik Nazmi  berkata rancangan kerajaan tersebut tidak memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan kita.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Razak) tidak memberikan alasan kukuh untuk mengimport guru-guru dari India ini.

“Adakah ia akan memberi nilai tambah kepada kualiti dan mutu pendidikan negara,” kata beliau.

Berita lanjut...

Jarumemas: Kerajaan perlu kaji dengan mendalam akan cadangan ini kerana tak semuanya akan mendatangkan kebaikan kepada negara.

Putrajaya kekalkan kamera perangkap kelajuan AES walaupun saman dibekukan

KUALA LUMPUR, 26 Dis — Putrajaya akan meneruskan operasi kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun pembekuan pada pendengaran saman oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Kong memberitahu The Malaysian Insider pihak berkuasa tidak akan berhenti mengeluarkan saman AES walaupun mendapat tentangan hebat daripada orang ramai dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu,” kata Kong merujuk kepada kelulusan perbelanjaan dianggarkan kementerian itu di bawah Bajet 2013 bulan lepas.

Setiausaha agung MCA itu akhirnya menjelaskan isu berkaitan pemberhentian semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman AES oleh AGC untuk mengkaji isu-isu undang-undang yang dibangkitkan, selepas seminggu isu ini berada dalam keadaan tergantung.

Berita lanjut....

Jarumemas: Pembangkang kena berhati-hati memandu di Putrajaya, jangan sampai kena saman AES ya.

Kerajaan Kedah: Kerosakan projek Ladang Hutan di Pedu tidak seteruk dilaporkan Utusan

KUALA LUMPUR, 25 Dis — Kerajaan negeri Kedah mahu melaksanakan projek perladangan hutan di Tasik Pedu, dan kerosakannya tidak seteruk yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia.

“Pembangunan ladang hutan adalah projek yang dilakukan dikawasan hutan miskin. Kawasan yang dipilih adalah terdiri daripada kawasan hutan simpan yang dikelaskan sebagai kawasan hutan pengeluaran.

“Mana ada rosak teruk (kawasan pembalakan), Utusan ni pembohong, memutarbelit fakta,” kata Muhammad Sanusi Md Noor, setiausaha politik Menteri Besar Kedah ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Muhammad Sanusi lagi, kerajaan negeri masih belum menerima apa-apa surat dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk arahan berhenti projek pembalakan tersebut serta merta seperti dilaporkan oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia semalam.


Jarumemas: Tengok pada gambar yang dipaparkan dikatanya tak teruk. Adakah bila kawasan tu dah botak licin, berlakunya tanah runtuh, Air Tasik Pedu dah jadi kuning baru dikatakan teruk?

Kerajaan tidak pernah pinggirkan masyarakat Kristian, kata Najib

KUALA LUMPUR, 25 – Kerajaan tidak pernah melupakan masyarakat Kristian di Malaysia kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sambil menekankan penganut agama tersebut juga berperanan dalam pembangunan dan kemajuan negara sejak merdeka lagi.

Najib berkata kerajaan sentiasa menghargai peranan masyarakat Kristian, malahan keputusan penarikan sekatan ke atas jemaah Kristian ke Jerusalem baru-baru ini adalah antara komitmen kerajaan terhadap penganut agama tersebut.

“Walaupun usaha yang dilakukan oleh kerajaan masih tidak mencukupi kepada masyarakat Kristian Malaysia, tapi kerajaan tidak pernah melupakan peranan mereka.

“Pelbagai usaha dilakukan sebagai penghargaan kepada penganut Kristian di Malaysia, keputusan penarikan lawatan ke Jerusalem baru-baru ini juga adalah salah satu komitmen kerajaan kepada penganut Kristian,” kata Najib pada majlis jamuan petang sempena Hari Natal di Pusat Luther, Petaling Jaya.

Berita lanjut....

Jarumemas: Sebagai masyarakat majmuk, sikap bertola ansur adalah intipati kepada perpaduan negara. Adalah tidak wajar satu-satu kaum terlalu meminta-minta sehingga menyebabkan kaum yang lain terasa disisihkan.