Friday 21 September 2012

Umno has doubts over Ngeh’s apology to Muslims

KUALA LUMPUR: Umno has questioned the sincerity of Perak DAP chairman Datuk Ngeh Koo Ham who apologised for a tweet that implied Muslims in the country were wasting time protesting against an anti-Islam movie. Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak said: “One cannot simply make remarks and apologise only because the statement had angered others.” “If it is that easy, we can also pass remarks, insult and ridicule other religions and later apologise. “We question the sincerity (of the apology),” the Prime Minister said after chairing the Umno supreme council meeting here yesterday. Read more... Jarumemas: Jangan hanya manis dibibir saja...

NED salur dana hampir RM20 juta kepada pelbagai NGO, agensi

KUALA LUMPUR - National Endowment for Democracy (NED) yang dipimpin tokoh Yahudi, Carl Gershman menyalurkan dana hampir RM20 juta ke negara ini antara 2005 hingga 2011. Sikap 'pemurah' pertubuhan yang turut dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu dibuat menerusi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sama ada yang berdaftar atau tidak serta agensi-agensi lain. Menurut sumber, antara penerima terbesar dana daripada NED itu adalah National Democracy Institute for International Affairs (NDI) berjumlah kira-kira RM4.6 juta iaitu 23 peratus daripada keseluruhan dana yang disalurkan. NDI adalah pertubuhan yang turut menyalurkan 'sejumlah kecil sumbangan' kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) seperti yang diakui sendiri Pengerusinya, Datuk S. Ambiga dan dilaporkan secara meluas portal-portal berita sebelum ini. -Utusan Jarumemas: Bangkai semut boleh ditutup, inikan pula bangkai gajah!!

Nasrudin: Pas hormati pendirian Pemuda Umno

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menerima secara terbuka dan menghormati pendirian Pemuda Umno yang mahu mengadakan himpunan aman secara berasingan hari ini bagi membantah filem Innocence of Muslim dan karikatur dalam majalah Perancis. Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya wajar menghormati pendirian dibuat Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin selepas mereka bersama-sama berbincang kelmarin. "Saya hormati sikap dan pendirian beliau," kata beliau kepada Sinar Harian Online. Semalam, Khairy berkata, Pemuda Umno akan mengadakan protes berasingan daripada Pemuda Pas bagi mengecam penerbitan filem anti-Islam Innocence of Muslims dan kartun di dalam majalah Perancis Charlie Hebdo. Berita lanjut... Jarumemas: Sudah ada persefahaman demi Islam.

Persidangan Agung Umno November, PRU mungkin tahun hadapan

KUALA LUMPUR, – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Persidangan Agung Umno 2012 akan diadakan pada 27 November hingga 1 Disember depan, dan pengumuman itu menunjukkan kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan dilaksanakan tahun depan. Najib yang juga Presiden Umno mengumumkan tarikh persidangan tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Ibu Pejabat parti itu di sini. “Majlis Tertinggi (Umno) menetapkan persidangan Agung Umno bagi tahun 2012 akan dilaksanakan bermula pada 27 November, hingga 1 Disember 2012,” kata Najib kepada pemberita hari ini. Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali meramalkan Najib akan mengadakan PRU selepas Tahun Baru Cina untuk memanfaatkan perayaan tersebut bagi memenangi kembali undi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN). Berita lanjut... Jarumemas: Hanya Allah yang tahu bila PRU 13 akan diadakan.

Islam untuk kuatkan politik atau politik untuk kuatkan Islam?

SAYA mewakili jutaan lagi umat Islam di tanah Melayu ini mahu melihat janji-janji Parti Islam SeMalaysia (Pas) ditepati. Janji mesti ditepati, seperti janji-janji kerajaan Barisan Nasional (BN). Janji Pas supaya hukum hudud dilaksanakan, yang merupakan perjuangan mutlak Pas wajib dikotakan. Sebenarnya Pas dan Hudud tidak boleh dipisahkan. Seruan Ustaz Nasharudin Mat Isa kelmarin kepada Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat amat tepat sekali. Nik Aziz yang telah memperjuangkan hudud sejak lebih 22 tahun lalu hendaklah menunaikannya. Pelaksanaan hukum hudud tidak boleh dilengah-lengahkan. Nik Aziz sudah memerintah Kelantan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1990. Saya ditugaskan ke Kelantan sebagai pemberita sebaik-baik sahaja Nik Aziz menduduki kerusi MB Kelantan. Siang malam dia bercakap pasal hudud. Naik jemu kami, para pemberita ketika itu mendengar mengenai hudud. Tapi sehingga kini habuk pun tak ada. Saya hairan mengapa Nik Aziz mempermain-main hukum Allah seperti yang diterangkan di dalam al-Quran dan Hadis? Hukum Allah ialah perintah. Sama ada suka atau tidak kita kena ikut. Jika itu cadangan yang dilontarkan Pas, maka laksanakanlah. Jangan letak tanggungjawab itu kepada orang lain. Berita lanjut... Jarumemas: Jgn gadaikan Islam demi kepentingan politik.