Thursday 11 April 2013

Kumpulan Pengacau Pada Hari Mengundi Akan Dikenakan Tindakan Undang-Undang - SPR

KUALA LUMPUR, 10 April -- Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memberi amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang cuba mengacau proses pengundian pada pilihan raya umum ini.

Abdul Aziz berkata pihaknya mempunyai maklumat mengenai kumpulan yang dikenali 'MATA' dipercayai akan menghalang pengundi daripada menjalankan tanggungjawab mereka pada hari mengundi 5 Mei depan.

"Kita sudah kenal pasti maklumat yang dikemukakan oleh kawan-kawan kita (Polis Diraja Malaysia) mengenai kumpulan MATA ini. Saya menasihatkan mereka yang terlibat supaya insaf dan hentikan niat untuk menganggu pada hari mengundi sebelum pihak polis bertindak.

"Mereka perlu tahu tindakan menghalang pengundi untuk mengundi adalah salah," katanya.

Sumber: Info Malaysia 

Jarumemas: Jadilah rakyat yang berhemah dan berpekerti mulia. 

Calon BN Yang Tidak Terpilih Harus Terima Dengan Fikiran Terbuka - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 10 April  -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) yang tidak terpilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus menerima keputusan itu dengan fikiran terbuka.

Bekas perdana menteri berkata penyandang kerusi Parlimen atau kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak terpilih perlu menerima hakikat bahawa akan tiba masanya mereka perlu berundur.

"Kalau betul-betul sayang parti, mereka akan terima dengan fikiran terbuka malah harus sokong parti dan calon ganti itu. Kena ingat dulu mereka menang sebab orang-orang (penyokong) itu juga, jadi kena kembali menyokong calon baharu," katanya dalam program 'Soal Jawab' yang disiarkan TV3 malam Rabu .

Sumber: Info Malaysia

Jarumemas: Berundur tak bererti kalah, Terimalah keputusan dengan hati terbuka. 

15,000 Alumni Asrama Yayasan Selangor Akan Tolak Pakatan Pembangkang Dalam PRU13

SHAH ALAM, 10 April  -- Kira-kira 15,000 anggota Alumni Asrama Yayasan Selangor akan menolak pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) berikutan kegagalan parti itu menyelesaikan isu membabitkan yayasan selama hampir lima tahun mentadbir Selangor.

Antara isu itu ialah penutupan operasi dua asrama yayasan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, pemberian tanah milik yayasan di Klang untuk pembangunan pusat kebudayaan Cina, isu tanah milik yayasan di Pulau Carey, Klang dan isu penjualan atau tawaran penjualan bangunan Yayasan Selangor di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur .

Presidennya Kapten (B) Azme Dollah berkata persatuan berasa sangat kecewa, sedih dan tidak puas hati dengan maklum balas negatif daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki berhubung isu itu.

Sumber: Info Malaysia

Jarumemas: Terbaik keputusan anda semua.

Gerakan Lancar Dua Klip Video Papar Sumbangan Parti

KUALA LUMPUR, 10 April -- Sempena pilihan raya umum ke-13, Gerakan melancarkan pada Rabu dua klip video untuk memaparkan sumbangan parti itu selama ini kepada orang ramai.

Dua klip video itu bertajuk 'Satu Hati-Gerakan With The People' dan 'Gerakan Moving With Penang', menurut biro publisiti parti itu dalam kenyataan Rabu.

Menurut kenyataan itu, klip video 'Satu Hati-Gerakan With The People' memaparkan sumbangan parti kepada negara secara menyeluruh.

Sumbangan itu termasuk dalam industri-industri utama semasa yang diterajui bekas menteri kabinet dan bekas presiden parti mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik, yang berjaya menembusi pasaran asing seperti China, India dan Eropah.

Satu lagi klip video fokus kepada sumbangan parti di pangkalannya di Pulau Pinang, seperti mengurangkan kadar pengangguran dan pada masa sama menyaksikan pembinaan pelbagai infrastruktur penting seperti Komtar, jambatan Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu Expressway dan Empangan Mengkuang.

Kedua-dua klip video dalam bahasa Inggeris dan Mandarin itu boleh dilayari dalam laman web parti dan YouTube.

Sumber: Info Malaysia

Jarumemas: Baru nak buat? Ketinggalan betul!!

BN Rampas Semula Selangor, Kedah, Ramal Pakar Feng Shui

KUALA LUMPUR, 11 April  -- Seorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di peringkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah.

David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lepas.

Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut, semalam.

Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang.

"Selepas pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk mengadakan pilihan raya, jadi menurut formula Shi, sepanjang tempoh 60 hari itu akan ada satu hari yang akan berperang dan hari tersebut jatuh pada 5 Mei," katanya.

Koh berkata BN telah banyak membuat perubahan drastik dengan beberapa kejayaan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memenangi hati rakyat selepas negara mengalami tsunami politik pada 2008.

"Selama lima tahun ini kita dapat lihat pelbagai transformasi telah dilakukan oleh Perdana Menteri. Meramalkan siapa yang menang atau kalah pada pilihan raya kali ini juga memerlukan ramalan yang berasas. Ia bukan bergantung kepada nasib tetapi berdasarkan usaha keras yang dilakukan oleh anggota politik itu sendiri untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata semua pihak perlu terima keputusan siapa menang atau kalah pada hari mengundi nanti dan percaya rakyat Malaysia kini lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan.

Sumber: Info Malaysia

Jarumemas: Amekau!!!